Wednesday, October 27, 2010

Berdoa lah

 Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta

kerana tanpa diberitahu pun
Allah sedia mengetahui.

Doa ialah pengabdian 
daripada seorang hamba

kepada Tuhannya.
(Solusi:22)

Misteri imej wanita guna telefon bimbit pada 1928


LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.

Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.



Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.

"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika.

GA Nurazzah8 mana pulak ni?

Salam semua. Sempena menyokong contest yang dianjurkan oleh Kak InaKL , saya telah menjadi salah seorang penaja utama dalam contest tersebut. Kami tidak pernah bersua muka, tapi sebenarnya saya terlebih dahulu mengenali Kak Ina dalam alam maya ini melalui blog pinggan mangkuk antik beliau (cepat-cepat..tarikh tutup semakin hampir...22hb Oktober 2010).

Kak Ina juga telah menulis satu entri di blog beliau, dengan tajuk, "Nurazzah mana lah pulak ni?" Mungkin ramai di kalangan rakan bloggers KakInaKL tidak mengenali saya, apalah ada pada blog saya ...blog orang biasa-biasa sahaja...cerita pun biasa-biasa sahaja.. oleh itu, sempena hendak memeriahkan lagi contest yang dianjurkan oleh KakInaKL, saya hendak membuat satu GiveAway (GA) buat rakan-rakan maya sekelian, dengan tujuan kita dapat berkenalan dan bertukar-tukar maklumat sesama kita...

GA ini saya namakan "GA Nurazzah8 mana pulak ni?"

Sebenarnya, saya telah berblogging sejak tahun 2007 lagi,tetapi disebabkan kesibukan tugas hakiki, saya tidak dapat menulis dengan lebih kerap. Di alam maya di kalangan teman bloggers, saya lebih dikenali sebagai, Nurazzah8. Ada yang bertanya, kenapa 8? tidak 7? tidak 9? atau nombor-nombor yang lain? 

Haaaa.... kenapa 8 ? Menjadi satu nombor yang istimewa buat saya? Sebenarnya, saya ada menulis kenapa nombor 8 menjadi pilihan saya di dalam entri-entri terdahulu...

Hendak tahu? jom sertai GA ini....
HADIAH ? Oh ...ok...ini hadiah-hadiah yang akan saya berikan kepada 8 orang pemenang bertuah ! Saya dan keluarga suka baca buku, sejak kecil saya memang suka baca buku. sehinggalah saya bekerja juga di dalam bidang yang memerlukan saya bergelumang dengan buku setiap masa, setiap hari...setiap bulan saya akan memperuntukkan sedikit duit dari gaji saya untuk membeli buku-buku...
Oleh itu, saya ingin berkongsi koleksi buku-buku yang saya ada dengan teman blogger sekelian... 

BUKU ADALAH GEDUNG ILMU

 8 orang pemenang berpeluang untuk memilih sebuah buku dari koleksi buku-buku ini. Buku-buku ini adalah antara koleksi kesayangan saya dan anak-anak saya dari perpustakaan di rumah kami.

 "Tenggelamnya kapal Van Der Wijck" karya Bung Hamka dan 
"Jangan Bersedih Jadilah Wanita yang Paling Bahagia"
"Kisah Cinta Yusuf & Zulaikha"
"Mihrab Cinta" oleh penulis terkenal "Ayat-ayat Cinta" Kang Habib
"Rindu Andalusia" 
 "As I was Passing" oleh Adibah Amin
"Suami Memimpin Isteri Mengurus" oleh Pak Utih
 "Pengintip Kota Syam" dan "Bahtera Nabi Nuh"
 Siri KuTakluki Angkasa  dan "Gitar dan Lolipop"
Siri Detik Tengah Malam

dan  saya tambah lagi pilihan buku dari koleksi penulis novel thriller terkenal tanahair...
siapa lagi jika bukan RAM! Tak kenal RAM???

oh ok...RAMLEE AWANG MURSHID...
novel-novel thriller beliau memang meletopss..!

Hijab Sang Pencinta , Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu.

ok..saya tambah lagi pilihan buku dari koleksi buku karya penulis novel sejarah Islam yang terkenal iaitu  Pak Latip Talib.

  oklah...syaratnya senang saja:


* sesiapa sahaja boleh masuk GA ni, tapi first jadilah follower blog ini.

* tulis entri di blog anda kenapa saya pilih angka 8

* tinggalkan komen di bawah entri ini beritahu nama anda dan permalink entri di blog anda (komen di shout box tidak di kira)

* tulis sekali di komen itu apakah buku pilihan anda sekiranya anda terpilih menjadi pemenang

* tarikh akhir ialah 8 nov 2010

~~~SELAMAT BERKENALAN DAN SEMOGA IKATAN SILATURRAHIM ANTARA KITA AKAN TERUS BERKEKALAN.~~~

Tuesday, October 26, 2010

Cuba teka, ini anjing sebenar atau patung?










Mee Udang Restoran Aur Gading, Sg Dua

Dalam perjalanan ke utara, teringin sangat nak makan mee udang yang terkenal di Kuala Sepetang, Taiping tu, tapi bila baca di blog-blog dan forum-forum, semua cakap mmg sedap tapi punyalah lama nak tunggu dapat order. Ada yang sampai kul 12 tghr order, kul 1.40 ptg baru sampai...menunjukkan betapa ramainya orang ...
 Jadi cuba cari alternatif lain...terbaca pula di satu blog ni (dah tak jumpa cari link dia..) dia kata ada satu tempat lagi di Sg Dua, di Butterworth sana yg jual mee udang lebih sedap dari di Kuala Sepetang.. Nama restoran tu Restoran Aur Gading, terus lah cari di Google Map tempat tu... lepas dah catit semua jalan nak pergi situ...
teruskan misi...bertolak dari Shah Alam lebih kurang kul 11 pg...sanggup tak makan lunch sebab nak makan mee Udang Sg Dua... sampai di area situ lebih kurang kul 4 ptg..
Alhamdulillah restoran tu sudah memulakan operasi...mmg best sebab restoran tu terletak betul2 di tepi sungai ...

Kak Long menikmati kerang sebelum mee udang sampai...
 Dua mangkuk besar mee udang...udangnya besar2 makan 3 ekor pun dah kenyang...
Abi kata alaaa..lambat sangat ambil gambar..abi dah lapar ni..! hehehe
Selepas makan sempat lagi bergambar di tepi sungai...cantik background sampan tu...!
Kakak dan adik
3 generasi


Masa boleh dikejar?

Hujung minggu yang sangat sibuk. Memenuhi undangan kenduri doa selamat saudara dan jiran yang hendak menunaikan fardhu haji, rukun Islam yang ke-5.
Pagi Sabtu ke KLIA kerana mengambil Kak Long yang pulang ke tanahair untuk membuat praktikal selama 2 bulan di sini. Dari KLIA singgah ke Kota SeriEMas di Nilai rumah Mak Long. Kak Long pun makan-makan dan ambil kesempatan untuk mandi dan membersihkan diri..

Tengahari kami 2 kereta konvoi ke Bangi pula...ke rumah sepupu yang hendak menunaikan fardhu haji. Hurm...sampai Bangi pukul 1 tghr...pusing-pusing, belok kiri, belok kanan, buat U-turn.. tak jumpa2 Seksyen 8... Ni nak kena komplen majlis perbandaran Bangi ni... 2 roundabout..satu pun tak ada tanda Sek 8!!!! Seksyen lain semua ada, 1-7 , 9, -15, tapi seksyen 8 tak ada! Bab ni saya nak pujilah MBSA (Majlis Perbandaran Shah ALam).. walaupun Shah Alam terkenal dengan bandaraya yang paling banyak roundabout, tapi papan tanda di sini cukup complete...nak cari seksyen apa semua ada... InsyaAllah mesti jumpa punya lah...
nak pendekkan cerita...dari pukul 1.00 pm hingga pukul 2;30 pm baru jumpa rumah  sepupuku...dah lah telefon dia tak berangkat..(ialah tuan rumah mesti sibuk melayan tetamukan, tak dengar agaknya bunyi telefon), telefon mak saudaraku pun tak dapat-dapat... lamaaaaaa baru berjawab...dah pening kepala dok pusing-pusing ...Alhamdulillah akhirnya sampai juga...
makan-makan, berbual-bual...dah petang...bertolak balik ke Shah Alam...sampai dah lepas asar...solat ..terus lepak tertidor...
esok pagi pula selepas bersiap dan sarapan...tunggu kak long bersiap...susahnya nak kejut..masih jet lag lagi...(ikut waktu Jordan)..hampir tengahari baru bertolak ke Kedah. Kak Long akan buat praktikal di Hospital Sultanah Bahiyah selama 3 minggu, selepas itu ke Hospital Sg Buloh pula... Alhamdulillah ramai sedara mara kat Kedah...jadi Kak Long tumpang rumah mak saudara ku..di Jalan Langgar, AS.
Malam pula ada sepupu datang jumpa..berbual lagi hingga pukul 11.30 mlm..lepas tu dah tak larat nak bukak mata...letak kat bantal terus tertidur...
Isnin ingatkan nak hantar kak long ke hospital utk register, bila baca surat semula, rupanya kak long kena lapor diri hari Selasa. Jadi kami ambil kesempatan waktu terluang pergi melawat semua mak-mak sedara (orang Kedah kata...mak menakan..betui dak org Kedah)
seharian..! lepak...dari Alor Setar ke Jitra - Tunjang - Jitra - Alor Setar semula...
rehar sekejap pukul 6 ptg bertolak balik ke SHah Alam.. tiba pukul 12.30 malam...
tinggallah kak long di sana..baru saja jumpa 1 hari..dah tak ada lagi depan mata...sedih juga tapi inilah suratan kehidupan... InsyaAllah 3 minggu lagi apabila kak long buat praktikal di Hospital Sg Buloh..kak long akan duduk di rumah..baru boleh jumpa...InsyaAllah

Sekarang ini kurasakan masa berjalan begitu laju sekali... jika dahulu rasanya masa berlalu sangat lambat... sekarang nampak gaya kita perlu mengejar masa....suatu hari dulu, rasanya baru sahaja menginjak ke tahun 2010..sekelip mata..tahun 2010 sudahpun menghampiri ke penghujungnya....!

Kerana itu Allah telah bersumpah demi masa (Surah Al-'Asr):
[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian [3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Monday, October 25, 2010

Galian perak dijumpai di bulan



Para saintis telah menyatakan bahawa permukaan bulan mempunyai ketulan-ketulan logam yang berharga. Mereka yang asalnya melancarkan sebuah roket Centaur untuk mencari air di bulan, terkejut dengan penemuan yang istimewa itu. Misi Lunar Crater Remote Observation dan Sensing Satellite (LCROSS) ini telah berjaya menemukan air dipermukaan bulan terutamanya dikawah yang bernama Cabeus. Ternyata permukaan bulan 5.6 peratus mengandungi air.




Penemuan ini menunjukkan bahawa tanah kawah tersebut jauh lebih kompleks dari apa yang dinyatakan sebelum ini. Ini kerana ia juga mengandungi merkuri, kalsium, magnesium, karbon monoksida dan dioksida, amonia, natrium, dan sedikit perak.

"Dengan penemuan yang khazanah berharga ini, bulan dapat disebut sebagai peti harta karun yang berisi material berharga yang tersimpan cukup lama. Apatah lagi dengan adanya kandungan air akan menjadi tentangan bagi tujuan pembongkaran yang akan dilakukan manusia," kata Dr. Peter Schultz dari Brown University,.

Sumber: http://www.telegraph.co.uk/science/space/8081722/Silver-found-on-Moon.html

Gambar Belangkas