Friday, October 15, 2010

Rumah Pertamaku

Bajet 2011: Skim Rumah Pertamaku 
bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
Beruntungnya mereka yang baru bekerja sekarang...
baru kerja dah boleh buat pinjaman perumahan 100% ....

Saya masih ingat sewaktu mula bekerja di awal 1990, teringin nak beli rumah pada masa itu. Maklumlah harga rumah sangat murah (jika dibandingkan sekarang)  tapi bila tanya pinjaman perumahan hanya boleh dibuat SELEPAS 5 tahun bekerja!!! Jika nak beli juga boleh tapi kena buat pinjaman bank, di mana % yang dikenakan lebih tinggi.

Jadi rumah pertamaku HANYA dapat dibeli pada tahun penghujung tahun 1995 dan siap untuk diduduki pada 1997 ...

itulah rumah pertamaku beli dan itulah juga rumah yang kududuki bersama keluargaku sehingga sekarang...

Jika difikirkan semula, ada hikmahnya disebalik itu. Jika saya dapat membeli lebih awal, mungkin saya akan beli di tempat lain, sedangkan rumah yang saya duduki sekarang SANGAT strategik tempatnya. Kemudahan yang diperlukan semuanya dalam jarak perjalanan dan masa yang sesuai, begitu juga dengan jarak ke tempat kerja, hanya 5 minit perjalanan...(ini adalah antara ciri-ciri yang saya cari apabila hendak membeli rumah, iaitu dekat dengan tempat kerja. Kerana saya tidak mahu menghabiskan masa yang lama dalam perjalanan pergi dan balik kerja) DAN yang paling utama saya tidak mahu terlibat dalam JAM ...

Alhamdulillah..sesungguhnya Allah itulah sebaik-baik perancang..
 

Cara membuat berbagai bentuk link

Link  adalah digunakan  bagi menyambung antara  satu halaman ke satu halaman blog atau web . Bagi membolehkan ia bersambung satu link atau pun pautan perlu wujudkan bagi kedua duanya bersambung. Cara paling senang untuk membuat link pada satu posting adalah dengan menggunakan fungsi Link  yg ada pada tool bar .

Meletak link pada teks(penulisan) di posting

Cara nya ialah dengan highlightkan pada teks yang ada pada posting yang hendak disambung/link kepage/halaman  lain.
Kemudian klik pada ikon Link
pasng link pada blog
Kemudian pada web address taipkan alamat web/blog yang hendak dituju contoh saya nak link ke web googledan saya masukkkan pada web address  http://www.google.com .ruangan text to display dikosongkan kerana kita guna teks yg ada pada posting.


cara buat link

Pada ruangan text to display jika kita hendak membuat link dengan memaparkan teks yang akan diklik akan membuka link baru.contohnya saya nak letak link bagi membolehkan saya menuju kemuka hadapan blog ini pada text to display saya masukkan HOME dan pada web address saya masukkan alamat blog saya
letak link pada posting
 
dan akan kelihatan paparan seperti ini

HOME

Atau Kita boleh juga gunakan kod seperti dibawah ini:
<a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com">HOME</a>

Cara membuat link terbuka dengan sendiri

Cara ini membolehkan kita membuka secara Otomatik tanpa perlu klik pada link.Bila pointer cursor mouse bergerak melaluinya ia terus terbuka
<a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com" onMouseover="window.location=this.href">HOME</a>

Cara membuat link terbuka pada tab baru di browser
<a href="http://.teknikbuatblogspot.com/" target="_blank">Home</a>

Cuma perlu tambah target sahaja.

Membuat link dari imej atau gambar.
Selain dari menggunakan teks sebagai cara membuat link, kita boleh juga guna imej sebagai link.Untuk itu imej tersebut perlu kita upload ke Photobucket dan dapatkan alamat imej tadi

Contoh alamatnya begini:
http://i219.photobucket.com/albums/cc282/garam63/background4.gif
dan untuk membuat gambar tadi jadi link masukkan kod seperti dibawah:
<a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com"><img src=" http://i219.photobucket.com/albums/cc282/garam63/background4.gif
"></a>

(tulis dalam satu baris)

Berita Gembira!!!

Dengar berita kul 8:00 malam tadi... 

dia kata: Berita GEMBIRA BAGI PENJAWAT AWAM WANITA! 

huhuhu..

Apa dia?

CUTI BERSALIN = 90 HARI!!!

Tapiiiiiiiii....

Saya dah tak boleh ambil ..!!! sebab apa?

Dah terlebih layak!
hehehehe...

tak apalah .. bagi can lah pada ibu-ibu junior ni ...

Jejak Yahudi di Indonesia

Percaya atau tidak, logo Trans TV (stesen televisyen Indonesia) dikatakan mirip dengan logo Freemason, yang merupakan sebuah organisasi Yahudi-Kristian pada masa Perang Salib. Hal ini telah dikemukakan oleh penulis buku "Jejak Freemason dan Zionis di Indonesia" karya Ustaz Herry Nurdin. Lihat gambar dibawah:


untitled-1.jpg

voc-freemason-2.jpg
Kewujudan VOC di Indonesia tidak terlepas daripada pengaruh Zionisme. Bangsa Yahudi Belanda secara perlahan-lahan menanam pengaruh Zionisme di Indonesia. Lihatlah lambang VOC yang sangat mirip dengan lambang Zionisme, bintang daud yang juga terdapat pada bendera Israel.
Medium lain yang digunakan oleh Yahudi di Indonesia adalah melalui jalur telekomunikasi. Ketika Indosat melakukan perubahan pada sistem pengurusannya, 41,94% sahamnya dibeli oleh Singapore Technologies Telemedia (STT), anak syarikat SingTel, dimana pengurus-pengurus syarikat tersebut kebanyakannya merupakan hasil didikan Yahudi. Jika dilihat dengan teliti, logo Indosat sekarang merupakan metamorfosis daripada Bintang David yang merupakan simbol bangsa Yahudi.
Namun dalam salah satu blog, ada terdapat gambar-gambar seperti ini.



Perhatikan 3 gambar/simbol zionis yang lain, di bawah ini:
Air Mata Horus
Di atas adalah merupakan imej lambang "mata Horus". Perhatikan juga air mata Horus itu.
Horus
Gambar di atas merupakan gambar Horus, dewa berkepala burung. Perhatikan kepala burung tersebut.
Ular Symbolic
Gambar di atas merupakan ular symbolik Masonic. Di tengahnya pula, terdapat segitiga seperti piramid yang memuatkan imej matahari yang merupakan lambang Horus, si Dewa Matahari. Dibahagian atas segitiga tersebut, terdapat satu mata. Ia adalah satu lambang Iblis yang sangat dikenal kepada sesiapa yang kerap membaca mengenai agen Yahudi.

Sekarang perhatikan lambang di bawah:
Salafy
Gambar di atas merupakan lambang/logo salah satu penerbit buku-buku Salafy. Perhatikan logo yang mirip satu mata itu. Dan perhatikan lagi, bukankah itu juga mirip dengan kepala burung? Perhatikan pen yang menyerupai ular naga. Lihat tetesan air seperti air mata Horus.
Orang-orang salafy tentu faham apa itu tasyabbuh. Jika saya menggunakan lambang salib, swastika, atau bintang Daud sebagai lambang perniagaan saya, tentu mereka akan mengangap saya sebagai agen Kristian atau Israel. Maka, wajarlah jika saya mencurigai mereka sebagai agen Freemasonry kerana mereka menjadikan simbol-simbol "masonic" sebagai logo terbitan mereka.
Mungkinkah Salafy merupakan bentukan Freemason? Jika benar, maka berhati-hatilah kamu para ’salafiyun’! Karana ajaran dan buku-buku kamu semua telah diselitkan dengan unsur-unsur Syaitan.
Jika Freemasonry sudah terlarang di Indonesia, ia tidak bererti mereka tidak akan terus berusaha untuk menawan Indonesia. Mereka tidak akan terus berdiam diri selagi kaum muslim belum mengikuti agama mereka. Atau setidaknya mengamalkan gaya hidup sebagaimana mereka hidup. Allah sudah memberikan peringatan akan hal ini dalam surat Al-Baqarah ayat 120.



Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani keatas kamu sehingga kamu mengikuti ajaran mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)” dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kehendak mereka setelah kebenaran telah kamu ketahui, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Thursday, October 14, 2010

Maher Zain ...oh....Maher Zain

Belum sempat nak tempah tiket, tiket dah sold out...huhu..takpalah...selamat poket ku..hehehe..sebab tiketnya bukan murah, yg paling murah pun RM70, yang lain semua ratus-ratusan...dan mana boleh beli satu ...sebab kalau nak bawa anak2 ku, nak kena beli paling kurang 6 tiket..haa kali lah dengan RM70..(kalau dpt yg murah..kalau nak yang mahal ...adoyaiii..rabak poketku!)

takapalah..tengok You Tube ajelah...
Kali ini bukan nak cerita pasal pertunjukan Maher Zain yang akan diadakan di Shah Alam ni, tetapi nak cerita dari sudut yang lain pula...

(sumber: Abang Long)
Merujuk kepada kehebatan Maher Zain. Saya akui, saya kurang mengikuti perkembangan seni beliau. Cuma, sekadar ingin berkongsi satu perkara dari satu sudut yang lain.

Terjadi pertengkaran suami isteri. Bila saya berhadapan secara lemah lembut dan berhikmah. Saya dapati satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Si isteri terlalu memuja kekacakan Maher Zain. Seperti tidak ada cacat celanya. Hinggakan menimbulkan perasaan kurang senang dihati suami. Atau perkataan lain - CEMBURU !

Maher Zain kacak. 
Maher Zain hensem. 
Vokal Maher Zain hebat. 
Penampilan Maher Zain memukau 
dan sebagainya.

Bila ini menjadi sebutan setiap waktu. Akhirnya si suami timbul perasaan iri hati. Dan bermulalah bisikan kalbu yang tidak menyenangkan.

Akhirnya, si suami yang selama ini bersikap lemah lembut dengan isteri menjadi seperti orang yang hilang kewarasan dalam bertindak.

Bak kata seorang ustazah. Isteri mudah sungguh dapat syurga. Jaga suami, belai suami dan puja suami. InsyaAllah.

Akhir kalam. Kepada peminat Maher Zain diluar sana. Berpada - padalah memuji Maher Zain. Khususnya bila berhadapan dengan suami tercinta.

Bajet 2011

Hari ini Bajet 2011 akan dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Umumnya rakyat Malaysia pasti ternanti-nanti apakah topik yang bakal dibentangkan terutama berkaitan pelaksanaan gaji minimum, cukai dan subsidi, kualiti dan kos pendidikan serta menaikkan taraf perkhidmatan internet dan jalur lebar. 

Sambil menyifatkannya sebagai ‘bajet oleh rakyat’, Perdana Menteri berkata, lebih 1,000 pandangan untuk Bajet 2011 diperoleh dalam tempoh kurang dua minggu menerusi laman blognya.(tahukan anda semua bahawa PM kita ada blog juga? )

“Ada juga permintaan untuk peningkatan insentif kepada mereka yang kurang bernasib baik, kawalan ke atas harga barangan pengguna, peningkatan pembangunan di kawasan pedalaman bagi menarik peluang komersial kepada golongan muda, insentif untuk pembangunan teknologi hijau, peningkatan peruntukan untuk keselamatan negara dan program mengatasi pendatang tanpa izin,” katanya lagi.
“Saya sendiri membaca semua pandangan ini dan mengemukakan sebahagian besar daripadanya kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian lanjut dan kemungkinan menggabungkannya dalam bajet atau program kerajaan yang lain.
“Malah, pejabat saya dan saya sendiri mengkaji pandangan ini dan merancang untuk meneliti dengan lebih mendalam cadangan yang berdaya maju untuk dilaksanakan, tanpa mengira sama ada dimasukkan ke dalam Belanjawan atau pun tidak,” katanya.

Apakah matlamat bajet 2011 ini?
 Matlamat bajet ini adalah untuk menetapkan rentak mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
 
ok..jom tunggu petang ini !

(tapi bagi kebanyakan rakyat marhaen, adakah anda mengambil kesah berkenaan bajet ini? Saya pernah mendengar beberapa orang berkata, "alaaa...apapun yang dibentang, hidup kita macam ni jugak, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Wallahu'alam ) 

Wednesday, October 13, 2010

Budaya Menuding Jari

Perkara sudah berlaku, nyawa sudah terkorban, ramai yang masih cedera samada parah atau ringan. Ramai yang terlibat tetapi selamat menyifatkannya ibarat mati hidup semula. 
Setiap kali berlaku tragedi sebegini, maka perkara yang sama berlaku. Budaya tuding-menuding, salah menyalah. Dalam mencari punca nahas kemalangan ngeri yang melibatkan bas ekspres tempohari, pihak-pihak yang terlibat masing-masing kata-mengata, masing-masing bersikap defensif, masing-masing menafikan. Namun punca sebenar masih dalam siasatan. 

1. Dakwaan Besi penghadang lebuhraya tidak cukup kuat 
Kelmarin, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali, berkata besi penghadang lebuh raya tidak cukup kuat untuk menghalang kenderaan daripada memasuki ke laluan bertentangan. Datuk Ashfar berkata, rel penghadang tidak cukup kuat turut menyebabkan kemalangan bas ekspres di Kilometer 229 PLUS di Bukit Gantang, Perak, pada tahun 2007 sehingga meragut 20 nyawa.

Jawapan: Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha, berkata pemasangannya adalah mengikut spesifikasi dan piawaian ditetapkan serta mendapat kelulusan pihak berkuasa.

2.  Dakwaan Angin Lintang
Dakwaan seorang pemandu bas persiaran berpengalaman lebih 10 tahun memandu di kawasan selatan lebuh raya PLUS, bahawa lokasi kemalangan bas ekspres yang meragut 12 nyawa itu adalah kawasan angin lintang.

Azmi Ibrahim, 47, mendakwa kebanyakan pemandu bas mengetahui kawasan itu berbahaya, kenderaan mudah hilang kawalan seperti rasa ditolak secara tiba-tiba dan stereng sangat berat untuk dipusing kembali ke arah dikehendaki.
Azmi yang pernah terbabit dalam kemalangan disebabkan angin lintang pada 2002 ketika memandu bas persiaran membawa pelancong Singapura, mengakui kejadian menimpa bas Ekspres Delima itu seolah-olah sama dengan pengalaman dilaluinya.

Seorang lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi, Salimat Arifin, 44, yang sering berulang alik antara Kuala Lumpur-Melaka, turut mendakwa pernah ditolak angin lintang di tempat sama, dua tahun lalu.

Jawapan: Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha, berkata had kelajuan ditetapkan di kawasan itu adalah 110 km/jam berbanding kawasan angin lintang hanya 90km/jam. 
Beliau berkata, mengikut Jabatan Keselamatan Trafik hanya satu kawasan saja di sepanjang laluan PLUS dikenal pasti sering berlaku fenomena itu, iaitu di antara Simpang Ampat/Alor Gajah menuju ke Ayer Keroh, Melaka
“Kawasan itu diletakkan papan tanda amaran supaya pengguna mengurangkan had laju kepada 90km/jam ketika melintasi jalan berkenaan.

“Justeru, saya mengesahkan kawasan itu bukan kawasan angin lintang seperti yang didakwa, bagaimanapun pemantauan akan dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya PLUS,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


3.  Dakwaan Memandu Laju
 Bagaimana pula dakwaan pemandu (salah seorang yang terkorban) memandu laju? dari petikan berita di TV, ada di kalangan penumpang yang terselamat mengatakan bas dipandu laju dan sedang dalam keadaan hendak memotong sebuah kenderaan sejurus sebelum kemalangan, apabila bas kelihatan terhoyong hayang sebelum melanggar pembahagi jalan dan menjunam ke arah yang bertentangan.

Jawapan: (Pembaca blog ini harap dapat memberi pendapat atau pengalaman anda sendiri menaiki bas ekspres di sepanjang lebuhraya )

Pengalaman saya sendiri melalui lebuhraya Utara-Selatan berulang-alik ke kampung saya di Johor, memang kebanyakan bas ekspres dipandu laju. Kadang-kadang pemandu bas ini seperti berlawan dgn kenderaan lain, pernah beberapa kali, apabila saya memotong bas ekspres ini, selang beberapa minit kemudian bas itu pula memotong saya. Bayangkan saya bawa kereta dengan kelajuan 110 km/j, jika bas itu memotong saya bermakna bas itu dipandu dengan kelajuan MELEBIHI 110 km.j  !!! Sedangkan kita tahu bahawa bas ini sepatutnya dipandu HANYA dengan kelajuan 90km/j !!! 
Kadang-kadang mahu saja saya mengambil no plet bas tersebut dan membuat aduan.... 

Lagi satu saya dapati kebanyakan bas-bas ekspres dipandu di lorong tengah dan juga lorong sebelah kanan... di mana sepatutnya bas ekspres ini HANYA DIBENARKAN DIPANDU  DI LORONG SEBELAH KIRI SAHAJA!!!! Sama seperti kenderaan berat yang lain...

Sekarang ini apakah langkah yang sepatutnya diambil oleh pihak yang berkenaan? 
Memang kebanyakan kes-kes kemalangan yang melibatkan bas ekspres ada berpunca dari SIKAP PEMANDU bas itu sendiri. 
       Samada mereka ini: 
  • kurang pengalaman, 
  • Tidak mempunyai kelayakan yang sah utk memandu bas (kurang pemantauan dari pihak yang berkuasa)
  • terlibat di bawah pengaruh dadah 
  • tidak diberi penerangan khas/kursus sebelum memulakan tugas sebagai pemandu bas ekspres (Syarikat bas ekspres main tangkap muat kerana kekurangan pemandu)
  • bekerja lebih masa sehingga menjejaskan tahap pemanduan (mengantuk, penat. Semalam saya dengar di TV ada yang mengatakan sesetangah pemandu bas ini bekerja part-time, maksudnya mereka mempunyai tugas lain di siang hari, dan bertugas sebagai pemandu bas ekspres di malam hari! )
  • ???


Marilah kita sama-sama berdoa ke atas mereka yang terkorban, dan semoga jalan penyelesaian yang terbaik akan tercapai untuk kebaikan semua pihak (terutama penumpang) ..Kita tidak mahu perkara ini hanya diambil berat APABILA SUDAH terjadi perkara yang tidak diingini...
Seperti suatu masa dahulu pihak berkuasa pernah mencadangkan penggunaan KOTAK HITAM (spt black box dlm kapalterbang) yang akan dipasang pada semua bas ekspres... tetapi selepas beberapa ketika, ianya hilang begitu sahaja...mungkin ada syarikat bas ekspres yang memasangnya (tapi tidak semua)..

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga bagi kita semua, 
silalah baca doa memulakan perjalanan sebelum anda memandu, atau menaiki kenderaan. Mohonlah agar Allah akan memelihara kita sepanjang perjalanan kita. Doa yang sangat pendek tetapi sangat bermenafaat dalam hidup kita:
Maksudnya: (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami , sedangkan kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah , kami akan kembali )

Gambar Belangkas