Monday, September 27, 2010

Episod 3 - `Menanam benda`



Episod 3 kali ini memaparkan pengambaran kru PAGparanormal dengan sukarela ke suatu tempat untuk menanam "benda" yang dimiliki oleh seorang individu yang sudah tidak sanggup lagi memiliki benda tersebut kerana ada unsur unsur gangguan makhluk halus.Setelah kami berbincang dan meminta pendapat para-para pakar,kami mengambil keputusan untuk bertindak sebagai wakil kepada si `empunya` untuk menanam sendiri `benda` tersebut di sebuah bukit yang jauh dari bandar dan manusia.Jom kita saksikan cabaran dan pengalaman yang menyeramkan ini.Cuba anda perhatikan betul-betul pada minit ke 3.02 - 3.04 di cermin kereta kru PAG.ada penampakkan makhluk yang sedang melompat dari arah hadapan kereta ke arah kru kami.



Setelah dikaji dan diperhati dan diperhalusi video tersebut,memang nyata itu adalah penampakkan lembaga seperti POCONG.

Sunday, September 26, 2010

GEMPAR! Anwar Ibrahim Mengaku Anggotai ICG, Organisasi Pro-Israel Zionis



Kalau nak tahu, Anwar sibuk membersihkan diri daripada gelaran agen Yahudi dan anti Israel apabila merancang terperinci memanipulasikan isu serangan Israel terhadap kapal bantuan ke Gaza semata-mata untuk menarik semula sokongan melayu kepada beliau. Strategi ini dikatakan dipersetujui untuk dilakukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat pada malam 1 jun lalu.

Hal ini dapat dilihat apabila Anwar menggunakan media pro pakatan rakyat seperti harakahdaily,TV Selangor dan Malaysiakini untuk memperlihatkan beliau sebagai seorang yang anti Israel dan yahudi.

Ini dapat dilihat daripada laporan harakahdaily dan Malaysiakini yang menghebahkan cerita bahawa sebuah pertubuhan Yahudi B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini, mereka dilaporkan oleh "media Anwar" itu sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

Selain itu Anwar tiba-tiba menjadi hero apabila menyertai bantahan kepada Israel petang tadi sedangkan 2 demontrasi Pakatan Rakyat sebelum iaitu demo GST dan demo perlaksanaan judi bola sepak tidak dihiraukan langsung oleh Anwar, jenguk pun tak ingin. Perkara ini yang menguatkan hujah yang sememangnya Anwar memilih masa yang tepat iaitu ketika serangan Israel kepada kapal bantuan gaza untuk mencuci dosa beliau sebagai seorang agen yahudi dan meraih sokongan melayu dan bukan kerana semata-mata ikhlas untuk hadir demontrasi.

Tetapi semua usaha Anwar ini ada cacat-celanya apabila beliau terlepas cakap bahawa Apco mengemukakan satu 'aduan rasmi' kepada International Crisis Group (ICG) - sebuah organisasi yang dianggota Anwar - menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic" untuk menjatuhkan imej Anwar.

Perkara ini satu pengakuan ikhlas daripada Anwar yang sememangnya beliau terlibat dengan ICG (International Crisis Group), pertubuhan yang majoritinya dianggotai oleh yahudi dan ada yang pernah menjawat jawatan tertinggi dalam kabinet Israel. Pertubuhan ini juga dibiayai oleh George Soros, yahudi terkenal Amerika. Keanggotaan Anwar dalam ICG juga ditapis supaya sealiran dengan yahudi-yahudi sebelum menganggotai ICG.

Soal Anwar sebagai anti Israel

Kumbang cukup pelik untuk mengucapkan Anwar sebagai anti Israel kerana Anwar telah menandatangai perjanjian Annapolis Summit yang sah-sah mengiktiraf negara Israel dan perkara ini telah menjadi pengetahuan umum dan disiarkan oleh media antarabangsa tetapi Anwar memperbodohkan rakyat Malaysia dengan menafikannya.

Keduanya ialah apabila Anwar Ibrahim menjadi lembaga penasihat kepada Generation Investment Management Group yang jelas-jelas melabur di Israel. Anwar sebagai lembaga penasihat yang dilantik Al Gore langsung tidak menghalang perkara ini berlaku. Ini membawa makna apa? Ertinya Anwar memang bukan seorang yang anti yahudi atau Israel kerana tidak membuat apa-apa apabila perkara ini berlaku di dalam syarikat yang dianggotai beliau.

Selain Generation, Anwar juga terlibat dengan Accountability yang juga ada kaitan dengan Al Gore. Accountability jelas berkerjasama dengan Israel dalam aktiviti-aktivitinya. Takkan Anwar yang anti Israel dan anti yahudi turut rela membiarkan semua ini berlaku di hadapan mata beliau?

Amat jelas apabila Paul Wolfowitz yang diakui Anwar sahabat beliau juga adalah seorang yang yahudi dan mempunyai passport Israel. Jadi apa ingin dikatakan lagi?

Banyak juga jika ingin dirungkai kaitan Anwar dengan Yahudi dan Israel. Anda bolehlah melayari laman web AIDC untuk membaca info-info tersebut.

Anwar tak payahlah berlakon lagi ramai dah tahu anda berpakat dengan yahudi untuk menjatuhkan kerajaan, contoh jelas ialah bagaimana dokumen melibatkan kerajaan Israel boleh jatuh ke tangan beliau jika tidak diberikan sendiri oleh mereka yang bergelar yahudi dan Zionis.

Orang pun dah tahu yang Anwar burukkan APCO kerana diarah Al Gore yang mana APCO pernah terlibat dalam usaha menghalang kerajaan Kanada daripada menandatangani Protokol Kyoto bersama syarikat Exon Mobil dan Talisman Energy, perkara ini merugikan bekas naib presiden Amerika itu kerana kegagalan ini memberi kesan kepada projek perdagangan karbon beliau untuk menindas negara membangun dan miskin. Klik sini.

Sudah jelas lagi bersuluh semua perkara ini. Adakah anda masih menganggap Anwar anti yahudi dan anti Israel?

sumber:kumbang

Pendedahan dan analisis yang jelas mengupas dan membuktikan betapa Anwar ibrahim sesumpah yang cukup pandai berlakon.

Pisau sudah menyedari sejak timbulnya isu APCO,walaupun tidak punyai bukti yang kukuh penglibatan Israel,namun dengan penyelarasan dan garapan skrip yang memanipulasikan fakta.Pihak think tank Anwar sedaya upaya cuba untuk membuang imej pengkhianat dan pro yahudi anutan Anwar berahi.

Sekarang ini jika dilihat dari segi trend kempen yang dimainkan oleh pakatan,mereka cuba mengalihkan isu apabila sebaliknya mendakwa pihak UMNO yang pro yahudi,walhal telah beberapa kali dibuktikan penglibatan Anwar Ibrahim bersama pelobi yahudi yang turut sama bersekongkol membuat plan menakluki Iraq dan Afganistan.

Inilah taktik diversi yang cuba memperbodohkan rakyat, turut sama terpedaya adalah penyokong mereka sendiri. Marilah sama-sama kita menyebarkan bukti penglibatan Anwar bersama kuncu kuncu Yahudi yang sudah lama merancang untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara.

Ingatlah permainan politik secara halus cukup mirip apa yang sedang berlaku di Iran, semuanya adalah hasil daripada garapan pihak Mossad dan CIA.

Sumber dari Pisau.Net

Saturday, September 25, 2010

Malaysia Kuasai Ekonomi Indonesia

Assalamualaikum. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering kali kita terdengar mengenai demonstrasi yang dilakukan oleh segelintir "pengganas" di Indonesia yang hanya mempunyai "najis" didalam rangka otak mereka. Mungkin sebab itu jugalah, ada pengikut demonstrasi yang membawa najis ke Kedutaan Malaysia di Jakarta. Mungkin sebenarnya, "pengganas" ini mahu menyatakan bahawa pemikiran mereka hanya dipenuhi dengan "najis". Kerana itulah mereka membawa "najis" tersebut(kami rakyat Malaysia ngerti akan hal).

Dibawah ini adalah petikan daripada http://archive.kaskus.us mengenai kemaraan Malaysia dalam operasi "menjajah" ekonomi Indonesia.




Dalam beberapa tahun belakangan ini, Malaysia terlihat agresif menggarap potensi bisnis di Indonesia, mulai perkebunan, pertambangan, telekomunikasi, perbankan, asuransi, pendidikan, hingga sektor kesehatan. Mereka pun sukses mendulang keuntungan. Sebaliknya, Indonesia terkesan hanya mampu menggaet ringgit dari tenaga kerja informal di negeri jiran itu.

Selama 2007-2009, data Badan Koordinator Penanaman Modal (BKPM) menunjukkan, realisasi investasi Malaysia di Indonesia sekitar US$ 1 miliar. Dari sisi neraca perdagangan, Badan Pusat Statistik (BPS) mencatat, defisit neraca perdagangan Indonesia-Malaysia membengkak. Tahun lalu, nilai impor Indonesia dari Malaysia mencapai US$ 8,9 miliar, sedangkan nilai ekspornya hanya US$ 6,4 miliar. Sebaliknya, Indonesia ‘sukses’ mendulang devisa dari sekitar dua juta tenaga kerja Indonesia (TKI) yang merantau ke negeri jiran itu.

Di Indonesia, para pemodal Malaysia telah merasuki aneka sektor bisnis. Di sektor perkebunan, para pemodal Malaysia telah menguasai sekitar 2,1 juta hektare dari 5,2 juta ha lahan kelapa sawit. Hal ini memperkuat sinyalemen 50 perusahaan Malaysia telah mengontrol 50% lahan perkebunan kelapa sawit di Indonesia.

“Keberhasilan perusahaan sawit patungan di Indonesia tergantung kesanggupan kita menjaga keamanan mitra Indonesia,” ujar Boon Weng Siew, president
Malaysian Estate Owners Association, seperti dikutip StarBiz, beberapa waktu lalu.

Namun, Gabungan Pengusaha Kelapa Sawit Indonesia (Gapki) tidak yakin kalau pengusaha sawit Malaysia sudah menguasai 50% lahan sawit di Indonesia.

Berdasarkan data Gapki, 40% luas perkebunan kelapa sawit saat ini milik rakyat dan badan usaha milik negara (BUMN), yaitu masing-masing 2,1 juta hektare (ha) untuk rakyat dan 800 ribu ha milik BUMN. Sebagian besar adalah milik perusahaan swasta Indonesia. “Secara langsung, pengusaha Malaysia mungkin hanya memiliki luas lahan sawit di Indonesia sekitar 400-500 ribu ha,” jelas Susanto, ketua bidang pemasaran Gapki.

Meski Malaysia begitu ekspansif ke Indonesia, menurut Susanto, pemerintah tidak bisa membatasi investasi di perkebunan kelapa sawit oleh pengusaha asal Malaysia. Pasar bebas tidak mengenal pembatasan investasi asing. “Namun, pemerintah bisa menetapkan aturan untuk menyeleksi investasi asing. Hal itu untuk memberikan dukungan kepada pengusaha lokal supaya lebih eksis di perkebunan kelapa sawit,” jelas dia.

Sebelum memberikan izin baru, pemerintah perlu mewajibkan setiap pengusaha lebih dahulu membangun plasma sebesar 20%. “Tujuannya, supaya investasi yang datang dari investor asing itu benar-benar bisa diserap langsung oleh masyarakat,” jelas Susanto.

Dirjen Perkebunan Deptan Ahmad Mangga Barani mengakui, perusahaan Malaysia makin gencar mengakuisisi perkebunan kecil di Indonesia. Namun, pemerintah pusat sulit memantau aksi akuisisi itu karena izinnya lewat pemerintah daerah.

Di sektor perbankan, negeri jiran itu juga telah memantapkan posisinya melalui sejumlah bank, seperti CIMB Niaga dan Bank Internasional Indonesia (BII). CIMN Niaga adalah perusahaan keuangan yang sahamnya di perdagangkan di Bursa Efek Indonesia (BEI). Per 31 Maret 2009, kapitalisasi pasar CIMB Niaga tercatat sebesar R p11,25 triliun. CIMB Niaga merupakan bank keenam terbesar di Indonesia dari segi asset (Rp 102,9 triliun).

Di sektor telekomunikasi, mereka mengepakkan sayapnya melalui PT Excelcomindo Pratama. Tahun ini, operator seluler itu berharap bisa menambah empat juta pelanggan baru menjadi 30 juta dari akhir 2008 sebanyak 26 juta. Meski rugi bersih Rp 306 miliar, pada kuartal I 2009, pendapatan XL naik dari Rp 2,65 triliun menjadi Rp 2,926 triliun. “Jika saja kurs rupiah stabil di bawah Rp 10.500, setidaknya XL bisa membukukan keuntungan bersih Rp 400 miliar,” jelas Hasnul Suhaimi, presiden direktur Excelcomindo.

Jaring Pasien dan Pelajar

Selain berinvestasi langsung, para pebisnis negeri jiran itu terlihat agresif menarik minat orang kaya Indonesia melalui program pariwisata, kesehatan, dan pendidikan. Sebelumnya, negeri jiran itu ‘mengintip’ keberhasilan Singapura menjaring pasien-pasien potensial Indonesia. Mereka pun berlomba-lomba mengemas pelayanan di rumah sakit dengan cara menarik. Salah satunya dengan menerapkan konsep wisata kesehatan (medical tourism).

Data Perhimpunan Rumah Sakit Seluruh Indonesia (Persi) menunjukkan, pasien asal Indonesia mendominasi rumah sakit di Malaysia. Sekitar 70% pasien Indonesia berasal dari Sumatra, sedangkan sisanya dari Jakarta, Surabaya, dan Bandung. Bahkan, RS Lam Wah Ee Malaysia mampu menjaring 12.000 orang Indonesia per tahun atau sekitar 32 pasien per hari. Jumlah pasien Indonesia di RS Adventist mencapai 14.000 per tahun atau sekitar 38 pasien per hari.

Dari sisi tenaga kerja, Malaysia berhasil ‘menjaring’ 2 juta tenaga kerja Indonesia (TKI), 800 ribu di antaranya bekerja secara ilegal. Bukan hanya pekerja informal, negeri itu juga mampu menggaet tenaga kerja ahli, seperti di sektor minyak dan gas, dari Indonesia.

Yang pasti, tenaga nonformal dari Indonesia turut membangun negeri jiran itu seperti konstruksi, perkebunan, dan sektor rumah tangga. Selain itu, tenaga profesional perminyakan Indonesia banyak tersebar di Petronas dan Shell. Tenaga professional teknologi infomasi tersebar di berbagai perusahaan seperti IBM, Axon Global, Shell Down Stream & Upstream IT, Deloitte, dan Morse.

Di bidang pendidikan, Malaysia juga sukses menarik 10.000 pelajar Indonesia. Mereka umumnya meminati bidang bisnis, teknologi informasi, desain grafis, teknik, dan komunikasi. Pada 2010, Departemen Pendidikan Malaysia menargetkan bisa menggaet 100 ribu pelajar Indonesia. Sebaliknya, jumlah pelajar Malaysia di Indonesia hanya sekitar 4.000.

“Pendidikan di Indonesia sebenarnya cukup bagus, namun Malaysia memang lebih unggul,” ujar Rizky Wisnoentoro yang kini mengikuti program doktoral di Universiti Sains Malaysia (USN), kepada Investor Daily, Jumat (12/6).

Salah satu kelebihan perguruan tinggi di Malaysia adalah mereka memiliki tenaga ahli yang diakui internasional. Malaysia mengadopsi secara utuh metode pendidikan Inggris. Rizky sengaja memilih USN karena ingin memperdalam ilmu tentang corporate social responsibility (CSR). “Saya memilih USN karena terdapat ahli CSR yakni DR Reevany Bustami,” jelas dia.

Di sektor pariwisata, Malaysia terus berupaya menggaet pelancong, termasuk dari Indonesia. Tahun lalu, Pemerintah Malaysia mengeluarkan US$ 2,82 juta untuk berpromosi dan iklan. Hasilnya, negeri itu mampu mendulang US$ 3,44 miliar dari pelancong yang berwisata belanja. Pada 2008, warga Indonesia yang melancong ke Malaysia tercatat 2,43 juta orang. Selama Januari-Maret 2009, negeri itu sudah kebanjiran 533.843 pelancong Indonesia.

Tingkatkan SDM

Dari segi luas wilayah, potensi sumber daya alam (SDA), dan populasi penduduk, Indonesia seharusnya unggul dibanding Malaysia. Faktanya, Indonesia tertinggal dalam banyak hal. “Rahasianya hanya satu, Malaysia unggul dari sisi sumber daya manusia,” kata Revrisond Baswir, ekonom dari Universitas Gajah Mada.

Dengan penduduk sekitar 28 juta jiwa, Pemerintah Malaysia sangat memperhatikan SDM-nya. Hal itu tercermin pada anggaran untuk sektor pendidikan. “Indonesia baru saat ini menetapkan anggaran pendidikan 20% dari APBN. Itu pun masih memuat komponen gaji,” jelas Revrisond.

Sebaliknya, sektor pendidikan di Malaysia mendapatkan 30% dari APBN. Sejak 2008, negeri jiran itu telah membebaskan biaya pendidikan hingga sekolah menengah atas (SMA). “Secara individu, banyak anak Indonesia yang berprestasi internasional. Namun, secara makro, kita tertinggal,” kata Rizky.

Selain pengembangan SDA dan SDM, menurut Rizky, Indonesia juga perlu lebih mengembangkan khazanah budaya. “Indonesia harus menjadi rujukan studi budaya di dunia,” tegas Rizky.

Revrisond mengingatkan, faktor kepemimpinan juga menjadi kunci sukses Malaysia. Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahatir Muhammad berperan besar dalam kebangkitan negeri itu. Keberpihakan Mahatir kepada pengusaha lokal melalui program New Economic Policy mampu mendongkrak ekonomi Malaysia. “Mahatir belajar dari Indonesia. Dulu dia dikenal dengan sebutan Soekarno kecil,” ujar dia.

Friday, September 24, 2010

Ekonomi-Nasional : mengapa Malaysia bisa kalahkan Indonesia?

Selepas menonton TV dan mengkaji sumber-sumber dari media perdana mahupun media alternatif, akhirnya saya terjumpa juga hasil kajian seorang warga Indonesia yang bertajuk "Ekonomi-Nasional : mengapa Malaysia bisa kalahkan Indonesia ?" . Kepada warga Indonesia yang membaca blog ini, tulisan dibawah ini adalah buat kamu :

Sumber daripada www.mail-archive.com

Jajak Pendapat yang dilakukan Kompas berkaitan dengan reaksi keras Indonesia terhadap Malaysia, yang berjudul 'Menakar Kecintaan Budaya Lokal', ada 2 hal yang menarik perhatian saya.

Pertama, sikap keras yang diekspresikan itu ternyata tidak berkorelasidengan
interaksi yang intens dengan produk-produk budaya yang diklaim Malaysia.
Ternyata lebih dari separuh responden hanya tahu sedikit tentang budaya
lokal Indonesia, tarian (67,8%) musik dan lagu (68,8%) pakaian (67,8%) masakan
(53,3%) obat-obatan tradisional (54,3%).

Dalam laporan hasil jajak pendapat itu,
juga dituliskan, mayoritas responden memiliki rasa bangga dengan kebudayaan
lokal. Namun ironisnya, rasa bangga itu tidak tercermin dari pengetahuannya
yang minim dalam soal kebudayaan lokal.

Sesungguhnya, bingung juga mau disebut ini
sebagai ironis atau sebuah hal yang kontradiktif ?.

Mengaku bangga, tapi hanya tahu sedikit
tentang yang dibanggakannya. Atau, jangan-jangan mengaku bangga, tapi
sebenarnya malah tidak tahu apa sebenarnya yang dibanggakannya itu.

Pengetahuan minim ini, ternyata masih
ditambah dengan pengakuan akan minimnya perilaku mempraktekkan budaya lokalnya,
semisal tentang pakaian tradisional
dan dongeng lokal. Masih pula ditambah dengan mayoritas masyarakat Indonesia
justru lebih terdorong untuk mengkonsumsi produk-produk
budaya yang berasal dari luar Indonesia.

Inikah alasan sebenarnya yang menjelaskan
mengapa seksinya goyang ngebor, goyang patah-patah, lebih digandrungi
dan kepopulerannya sampai mengalahkan seksinya goyang pinggulnya tari Pendet?.

Inikah yang menunjukkan bahwa sebenarnya
masyarakat Indonesia, sebagai pemiliknya, dibandingkan dengan Malaysia justru
kalah jeli dalam melihat harta kebudayaanyang sebenarnya berharga?.

Mungkin ini dapat diibaratkan, selama ini
kita sudah tak lagi mengurusnya dan sudah lama menggudang bekaskan
barang-barang itu, namun setelah diambil oleh tetangga, barulah kita
tersadarkan betapa berharganya barang-barang itu, barulah kita teriak-teriak
dan mencak-mencak karenanya.

Kedua, semenjak tahun 2000 hingga tahun 2007 ternyata
jumlah wisatawan orang Indonesia yang berwisata ke Malaysia terus meningkat
tajam, jauh melebihi jumlah wisatawan orang Malaysia yang berwisata ke
Indonesia.

Tahun 2000, wisatawan Malaysia yang
melancong ke Indonesia sebanyak 475.845 orang, sebaliknya wisatawan Indonesia
yang melancong ke Malaysia sebanyak 545.051 orang. Tahun 2008, wisatawan
Malaysia yang melancong ke Indonesia sebanyak 890.903 orang, sebaliknya
wisatawan Indonesia yang melancong ke Malaysia sebanyak 2.428.605 orang.

Data ini menunjukkan surplusjumlah wisatawan dinikmati Malaysia, juga bisa
menunjukkan
bahwa kemajuan pariwisata Malaysia jauh meninggalkan Indonesia.

Atau, data ini menunjukkan bahwa orang
Indonesia lebih makmur sejahtera kehidupannya dibandingkan orang Malaysia ?.
Atau, orang Indonesia membenci Malaysia, namun sesungguhnya cinta dan rindu
serta ingin dengan apa yang telah dicapai oleh Malaysia ?.

Rasanya, jika kita mau jujur, data itu
tidak menunjukkan bahwa tingkat kesejahteraan kehidupan rakyat Indonesia lebih
baik dibandingkan dengan Malaysia. Justru sebaliknya.

Ternyata, banyak PR yang harus kita
kerjakan. Hati boleh panas tapi kepala tetap harus dingin, boleh mencak-mencak
tapi perlu juga kita intropeksi diri.

Tari Pendet, kita yang punya, tapi mereka
yang lebih tahu bagaimana memanfaatkan dan menjadikannya sebagai nilai jual
pariwisatanya. Tanah subur kita yang punya, tapi perdagangan hasil sawit justru
mereka yang pegang kendalinya.

Kita punya segala hal, mulai dari seni
budaya, keindahan alam, kekayaan alam, jumlah penduduk, luas wilayah, yang jauh
melebihi apa yang dipunyai oleh Malaysia. Namun
mengapa Malaysia, hampir dalam segala hal, justru semakin lama semakin jauh
meninggalkan kita?.

Adakah yang tahu jawabannya ?.

*
Artikel ini dapat dibaca di Politikanadan Kompasiana
*


Thursday, September 23, 2010

Tulisan Punch Hole

tulisan punch hole

1.Klik menu file pilih new , masukan  Width 600 pixels dan Height  250 pixel dan resolution kepada 150 
2.Gunakan horizontal  type tool ( T) dan taipkan perkataan TEKNIK  dan tekan butang enter.

guna type tool







3. Warnakan teks dengan warna merah muda (pada color palette set kan RGB kepada 255,260,260)
  
color pallette

4. Tekan butang Ctrl dan Double klik pada layer teks untuk membuat selection dan gunakan brush atau paint bucket tool untuk masukkan warnanya.

5. klik kanan pada layer background pada palet,klik kanan pilih merge visible (Ctrl+shift+E)
merge layers

6. kemudian pilih menu filter,blur->gaussian blur-> setkan radius kepada 5.0 pixels
gaussian blur technique

7. Pilih menu image>adjusment>level.Taipkan input level 245 pada ruangan sebelah kanan dan klik ok
tukar level

8. Kemudian pilih menu filter>pixelate>color halftone,setkan max radius kepada 5 dan semua channel kecuali channel 1 kepada 0.
color halftone

9.Memasukkan background hitam-gunakan magic wand tool(W) dan klik pada background putih untuk pilih background sahaja,

10.kemudian klik pada ikon add new layer (Ctrl+shift+N) untuk masukkan layer baru
11.Ubah foreground color kepada hitam dan tekan butang Alt+Del utk masukkan backround hitam.kemudian Ctrl+D untuk deselect.


menukar foreground








12.Meletak warna merah pada background hitam-gunakan rectangular marquee tool untuk membuat
ruangan empat segi.
inverse








13.kemudian pilih menu select>inverse.tekan butang delete untuk membuang bahagian luar background
 tadi.
tukar background








14.Setkan foreground color kepada merah,Klik pada background layer pada palet dan tekan butang
Alt+del,kemudian tekan butang  CTRL+D (utk deselect selection tadi).
deselect selection
 









15. Mengubah background hitam kepada kelabu—klik pada layer 1,kemudian pilih menu image--->adjustment--->hue and saturation---->setkan lightness kepada + 50
16.Pilih Menu  layer-->layer style---> Bevel and emboss dan setkan seperti pada imej dibawah atau mengikut yang diingini.

layer style

Mengapa Yahudi Bijak ?

Sebenarnya banyak kaedah dan cara pemakanan yang dibuat oleh bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam. Contohnya mereka mengamalkan makan sebelum malam.

Islam juga mengajar kita makan ketika Maghrib apabila berpuasa. Ia contoh waktu yang tepat untuk menikmati makan malam agar perut tidak terlalu penuh hingga menyukarkan kita melakukan ibadat atau membaca di waktu malam.

Namun kaum Yahudi ini mengetahui kebenaran Islam tetapi sayang sekali mereka tidak menerima Keesaan Allah walaupun percaya kepada apa yang diturunkan Allah kepada kita melalui Nabi Muhammad s.a.w. Kelak mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka atas balasan kekufuran mereka.

Namun ramai kalangan kita percaya kepada Allah namun gagal mencontohi sunnah Nabi serta para sahabat hingga kita menyalahkan agama apabila perkata tidak baik berlaku. Walhal Nabi s.a.w telah meninggalkan ajaran yang lengkap kepada semua manusia beragama Islam untuk dijadikan panduan.

Sedangkan kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempelajari cara hidup yang diajar oleh Nabi serta mengikutinya sepenuh hati dalam kehidupan seharian.

Bukankah Nabi itu junjungan mulia dan tidak bercakap atau bergerak kecuali mengikut perintah Maha Esa ?

Petikan di bawah ini dipetik daripada hasil tesis Dr Stephen Carr Leon 

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliau menjawab,
“ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”
Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja. Jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah -buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah.

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!

Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan.

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri...

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai. Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon

Wednesday, September 22, 2010

Kisah Zulkarnain dan Yakjuj Makjuj - Part 2

Persoalan ini pun telah mendapat perhatian dari para sarjana Islam. Ramai yang telah mengkajinya dengan terperinci. Malah ada ekspedisi-ekspedisi silam yang telah dilakukan untuk mencari di mana letaknya tembok tersebut. Untuk mengelakkan dari menulis terlalu panjang, saya ringkaskan di sini bahawa setakat ini seolah-olah terdapat satu persetujuan bahawa lokasi Tembok Zulkarnain sudah ditemui. Saya telah melakukan carian demi carian untuk mendapatkan foto Tembok Zulkarnain tetapi masih gagal. Namun begitu, dalam artikel ini saya paparkan kawasan lokasi Tembok Zulkarnain untuk kita sama-sama renungkan.

Kawasan yang dipercayai terletaknya tembok Zulkarnain berada di Utara Georgia, selatan Rusia, iaitu di banjaran Gunung Caucasus (bahagian tengah Greater Caucasus Mountains), iaitu di kaki Gunung Kazbek. Kawasan ini dikenali sebagai Lorong Dariel atau Daryal (Dariel Pass, ketinggiannya ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter dari aras laut). Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Terek. Terdapat satu jalan tentera Georgia yang merentasi lorong ini (ini baru saja dibina oleh Rusia tahun 1850'an) dan sejak zaman silam ianya terkenal sebagai lorong yang dilalui untuk tujuan menjajah. Pada zaman silam, Lorong Dariel ini juga dikenali sebagai Gerbang Alan, atau Gerbang Caucasia, atau Gerbang Iberia.

Al-Marhum Abul Kalam Azad pun menyatakan begitu. Beliau mengakui bahawa di Georgia terdapat satu timbunan besar tembok yang dibuat daripada besi bercampur tembaga di Bukit Qawqaz (Caucasian Mountain) di suatu kawasan yang sempit iaitu antara dua bukit Darial (Dariel). Keadaan bukit itu curam memanjang dari Laut Hitam hingga Laut Qazwain. Ianya menghubungkan antara dua laut ini. Panjangnya 1,200 kilometer. Bukit Darial ini secara umumnya masih tidak terusik, masih teguh, mempunyai bentuk berlapis-lapis. Di sana ada suatu timbunan yang tinggi daripada besi tulen bercampur tembaga tulen di Tembok Darial. Ia adalah merupakan suatu hasil kerja menyumbat satu lubang yang ada di situ. Penduduk-penduduk tempatan takut untuk mengusik atau mengubahnya. Hanya perubahan semulajadi saja yang berlaku di situ. Terdapat proses penerokaan tanah berlaku di sebelah-menyebelah tembok itu, tapi tidak menjejaskan tembok itu sendiri. Ini menyebabkan wujudnya ruang-ruang kosong antara batu-batu bukit dan Tembok Zulkarnain, yang masih kukuh hingga sekarang. Nampaknya manusia di atas muka bumi pun tidak mampu untuk melubanginya mahupun mendakinya.

Banjaran Gunung Caucasia merupakan satu rekahan (fracture, sebagaimana "geological fault-line"), dan ia adalah pembahagi bukan saja dari sudut geografi dan budaya etnik, malah juga dari sudut geopolitik. Terdapatnya kaum yang ganas dan membuat kerosakan (bangsa Monggol) di sebelah utara menyebabkan Tembok Besar China telah dibina, begitu juga Tembok Hadrian (Roman Limes). Ada yang berpendapat bahawa Gerbang Caucasia dibina untuk melindungi Timur Tengah (dari kaum nomad bangsa Eurasia).

Gerbang Caucasia juga sering disebut sebagai "Pillars, Stronghold" atau "Iron Gate of Alexander The Great" oleh penulis-penulis klasik. Barat juga menganggap bahawa Tembok Zulkarnain (Gerbang Caucasia) ini dibina untuk mengepung Gog dan Magog dari melakukan keganasan dan kerosakan yang lebih banyak. Pada hari ini, lambang Georgia (matahari, bulan dan lima bintang) kononnya adalah sempena lambang Iskandar (Zulkarnain).

Kawasan pergunungan Caucasus ini agak unik. Di sini terdapat 62 bahasa yang dituturkan oleh 5 keluarga besar, budayanya juga berbagai. Kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan yang selalu berlaku peperangan antara kaum, pertumpahan darah dan peperangan kolonial sejak zaman berzaman. Lorong Dariel (tempat Tembok Zulkarnain) berada di kaki Gunung Kazbek (5033m/16,800') dan Elbrus (5642m/18,800'). Kedua-dua gunung ini adalah gunung berapi yang aktif tapi sudah tidak meletup sejak 500 tahun lampau, menyebabkan penduduk tempatan menganggap ianya gunung berapi yang sudah mati.

Saya telah membuat beberapa siri carian di Internet, dan telah terjumpa antara bukti-bukti bahawa penduduk silam di kawasan ini mempunyai teknologi yang tinggi. Di kawasan Caucasia ini banyak ditemui batu-batu besar yang disusun (megaliths) yang dipercayai merupakan kepuk kubur (dolmens). Batu-batu ini telah dipotong rapi (high-precision) dan di batu tengahnya telah ditebuk satu lubang bulat. Kehalusan ukiran pada batu adalah amat tinggi, dianggap sehalus kemahiran pengukir permata (jeweller).

KESIMPULAN


Pada hemat saya kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi yang tinggi (mungkin yang diwarisi dari kaum yang telah musnah ketika taufan Nuh a.s.) dan masih membangunkan teknologinya hingga saat ini. Mengenai siapakah mereka ini sebenarnya, sama ada Mongol atau Tartar atau dari keturunan Yahudi adalah pendapat-pendapat yang hingga kini belum dapat disahkan. Mengenai di manakah Yakjuj dan Makjuj sekarang ini, saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung di bawah bumi, bukan di atas bumi dan bukan pula di dimensi yang lain. Bolehlah diputuskan bahawa mereka ini adalah anak-anak Adam dan ciri-ciri mereka adalah sebagaimana manusia di atas muka bumi juga. Para sarjana Islam telah menolak kemungkinan bahawa mereka ini berupa seperti binatang atau berbentuk ganjil dan hodoh.

Satu perkara yang elok dicatat ialah ada sarjana berpendapat bahawa pada akhir zaman nanti kaum Yakjuj dan Makjuj ini keluar dari banyak tempat, bukan hanya dari Tembok Zulkarnain yang telah ditebuk. Keadaan mereka keluar itu ialah secara pantas, berpusu-pusu atau berlumba-lumba, iaitu suatu keadaan keluar dari tempat yang sempit. Saya berpendapat bahawa pada akhir zaman mereka ini akan meluru keluar dari tempat yang tinggi mungkin bermaksud bahawa mereka keluar dari kawasan pergunungan, bukan saja dari pergunungan Caucasus (Tembok Zulkarnain) tapi kawasan-kawasan tinggi yang lain seperti Himalaya. Kemungkinan mereka juga menebuk bekas kawah gunung berapi yang telah mati juga tidak mustahil. Apa pun, ini hanyalah pendapat saya yang serba tidak tahu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui bagaimanakah keadaan Yakjuj Makjuj kini dan ketika ia keluar nanti.


Kisah Yakjuj Makjuj dan Zulkarnain wajib dipercayai oleh seluruh umat Islam kerana ianya secara jelas termaktub dalam Al-Qur'an. Kerana itu jugalah ulama Islam bukan saja telah meneliti berbagai sumber hadis, malah telah menghujahkan pendapat mereka dengan panjang lebar. Kajian demi kajian yang telah dilakukan sebelumnya telah dikaji semula oleh sarjana yang kemudian dengan teliti sekali. Begitulah sikap pengkaji Muslim sejak dari zaman kegemilangan Islam lagi. Sepatutnya sikap ini dapat diteruskan oleh sarjana Muslim zaman ini dan seterusnya zaman berzaman. Walaupun identiti Zulkarnain dan juga Yakjuj dan Makjuj belum lagi bertemu kata putus, sebenarnya usaha-usaha para pengkaji mempunyai hikmah yang amat besar. Mereka telah menyingkap kembali sejarah kegemilangan banyak empayar silam dan ini telah didokumenkan untuk tatapan generasi kemudian. Pada hemat saya, kisah Yakjuj Makjuj dan Zulkarnain dalam Al-Qur'an adalah salah satu dari mukjizat Al-Qur'an itu sendiri. Ianya satu berita misteri besar yang mendorong banyak pengkaji untuk melakukan kajian demi kajian, secara berterusan zaman-berzaman selagi jawapan yang pasti belum ditemui. Umat Islam perlu memperhatikan, menyelidik dan mengkaji untuk menjadi umat yang hebat dan kaya dengan ilmu pengetahuan. Dan jangan lupa, itu semua pun adalah atas rahmat Allah Yang Maha Bijaksana.

Sekian.

baca artikel sebelumnya | Kisah Zulkarnain & Yajuj Majuj Part 1

Gambar Belangkas