Wednesday, September 22, 2010

Senarai Artis Wanita Malaysia Merokok

Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang ini, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat memang agak susah. tambahan pula, jika wartawan-wartawan media perdana (hiburan) dibarisi oleh orang-orang yang 'banyak pahala'nya sehingga sanggup bersekongkol dengan artis ini dengan merahsiakannya dari pengetahuan peminat. Mungkin diorang (wartawan media perdana-hiburan) ni takut rumah mereka dilempar dengan darah ataupun bangkai 'gajah' pula kot..Hehehe..Baiklah, jom kita usha senarai  artis wanita Malaysia yang ketagihan rokok.

Di tempat pertama ialah Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap..
Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.
Artis di tempat kedua (2) pula adalah Aflind Shauki dan isterinya. Si 'Buyot' (nama glamour dalam filem Buli) ni nampak saja 'skema' dalam filem Papadom tapi di dunia realiti, lihat sajalah...
Tetapi dalam meniti era kegemilangannya..Afdlin tampak tidak profesional dalam pengurusan peribadinya. Rata-rata ramai yang tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan..Dan gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan dia merupakan seorang perokok. Lihat saja di tangan dia dan isterinya itu. Jika ditanya pada tuan empunya badan, pasti jawapannya 'super impose'. Untuk makluman anda, gambar seperti ini tidak boleh di 'super impose'kan.

Di tempat ketiga (3) pula adalah pelakon sinetron Soleha yang memegang watak isteri kedua kepada watak Ikram lakonan Rionaldo, iaitu Zaskia Adya Mecca. Tentu para pembaca tertanya-tanya, mengapa artis Indonesia juga termasuk ke dalam senarai ini kan? Jawapannya adalah kerana tidak ada bezanya industri seni Malaysia ataupun Indonesia, kerana yang pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton karya-karya dari seberang. Ya kan? Pernahkah anda terfikir bahawa Zaskia ini adalah perokok dan mempunyai tatoo. 



Di tempat keempat (4) ialah Fasha Sandha. Akibat penyebaran secara berleluasa gambar di atas, Fasha Sandha akhirnya telah membuat pengakuan yang dia sememangnya merokok. Namun dia bukanlah seorang heavy smoker, cuma kadang-kadang (social smoker) sahaja.
Fasha Sandha telah memberitahu yang gambar di atas telah diambil oleh kenalannya di suatu majlis. Fasha Sandha sendiri telah melihat gambar di atas menggunakan Blackberry miliknya.

Di tempat kelima (5) ialah Sazzy Falak. Sazzy memang dikenali dengan gaya urbannya. Gambar ini menunjukkan Sazzy sedang memegang puntung rokok ini diambil ketika Sazzy bersama-sama Yasmin Hani dan rakan-rakannya yang lain di sebuah parti. Di sebuah laman hiburan, menyatakan bahawa Sazzy sememangnya perokok. Tapi, kadang-kadang je...
Seterusnya di tempat keenam (8) pula ialah Shariffah Sofea. Gambar ini dirakamkan ketika Shariffah Sofea bersama-sama Jue Aziz dan Jehan Miskin di sebuah kelab malam.
Yang ketujuh (7) ialah bekas peserta Gadis Melayu 3 Sharifah Jasmine Soraya. beberapa gambar lagi menunjukkan Jasmine sedang bercumbu dengan pasangan wanitanya.
Baiklah, setakat ini sahaja. Jika anda mempunyai sebarang rasa tidak puas hati ataupun sebarang cadangan sila tinggalkan komen anda. Bye....

Tuesday, September 21, 2010

Kisah Zulkarnain dan Yakjuj Makjuj - Part 1

Adalah penting bagi umat Islam untuk mengetahui akan sejarah terbilang Iskandar Zulkarnain serta persoalan bila dan dimanakah munculnya 'makhluk perosak' Yakjuj dan Makjuj ini. Oleh itu, sumber yang saya perolehi agak panjang, jadi saya ringkaskan menjadi dua bahagian.

SIAPAKAH SEBENARNYA ZULKARNAIN?


Sebenarnya pendapat popular bahawa Zulkarnain adalah Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) telah dinafikan oleh ramai sarjana Islam kerana setelah di kaji latar belakang Iskandar Zulkarnain, ternyata bahawa beliau bukanlah seorang yang berperibadi mulia sebagaimana Zulkarnain yang diberitakan di dalam Al-Qur'an.


Wahab bin Munabbih berpendapat bahawa Zulkarnain adalah seorang raja Yaman bernama As-Sha'ab Zulkarnain bin Al-Harith Zu Murathid bin Amru Al-Hammal Zu Manah bin Aad Zu Syidad bin Emir bin Al-Milthat bin Saksak bin Wail bin Himyar bin Saba' bin Yusyiab bin Yi'rab bin Qahtan bin Hud a.s. bin Emir bin Syalikh bin Arfafksyad bin Sam bin Nuh a.s. Menarik juga kisah As-Sha'ab Zulkarnain ini kerana baginda ini dikatakan hidup di zaman Nabi Musa a.s. dan satu lagi perkara menarik ialah bahawa Nabi Khidir a.s. adalah menteri kanan kepada As-Sha'ab dan Khidir a.s. telah mengikuti baginda bersama-sama dalam siri pengembaraan baginda untuk menakluki negeri-negeri lain. Malah Khidir a.s. dikatakan telah menghilangkan diri selepas As-Sha'ab Zulkarnain mangkat.

Seorang lagi raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain ialah Kaurasyh Al-Ikhmini. Pendapat ini dikemukakan oleh Abul Kalam Azad, bekas Menteri Pendidikan India. Beliau telah menyelidik sejarah Parsi kuno dan menemukan seorang raja yang terbilang sejarahnya. Kaurasyh dikenali oleh orang Greek sebagai Syrus, dan orang-orang Yahudi menggelarnya sebagai Khauras. Selain dari merupakan raja yang agung, Khaurasyh dikatakan bersifat adil, hubungan dengan rakyat jelata adalah baik, dan menunjukkan sifat-sifat kemanusiaan yang mulia.


Jika mahu dicatat satu persatu berkaitan tiga raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain dalam Al-Qur'an itu akan jadi amat panjanglah artikel ini. Memadailah untuk saya catat di sini pendapat Muhammad Khair Ramadhan Yusuf yang telah mengkaji dengan terperinci mengenai raja-raja berkaitan. Beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk tidak mengaitkan salah satu dari tiga raja ini sebagai Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Qur'an. Adalah lebih baik bagi kita menganggap bahawa Zulkarnain yang di sebut di dalam Al-Qur'an itu sebagai seorang raja agung yang beriman, yang berperibadi mulia. Saya sendiri pun bersetuju dengan beliau, kerana pendapat-pendapat ulama berkaitan perkara tersebut adalah sekadar pendapat dan belum lagi mencapai tahap pembuktian yang benar-benar kukuh. Mungkin pada satu hari nanti ulama Islam akan menemui bukti siapakah Zulkarnain yang dimaksudkan di dalam Al-Qur'an. InsyaAllah.

YAKJUJ DAN MAKJUJ DARI BERBAGAI SUMBER


Dari susut perkataan Yakjuj dan Makjuj, Imam Al-Alusi, Ibnu Manzur dan Al-Hafiz Ibnu Hajar berpendapat bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari bahasa asing (bukan bahasa Arab). Sesetengah ulama lain mengatakan ia berasal dari bahasa Arab. Abul Kalam Azad pula menyatakan bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal daripada bahasa Ibrani, dan pada asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat Yunan menyebutnya sebagai Gog dan Magog.

Berbagai pendapat telah dikemukakan mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut Imam Al-Alusi, Wahab bin Munabbih, dan ramai ulama termasuk pada masa kini, Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalangan anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Al-Kisai menyatakan dalam kitab Al-Ara'is bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar, Banras, Asyar, Askuwail dan Mayasheikh, dan Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan Asyar. Hadis dari Ibnu Abi Hatim dan Hakim melalui Abu Hurairah menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sesetengah ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith iaitu bapa kepada bangsa Turki, dan mereka menamakannya sebagai bangsa Turki kerana Yakjuj dan Makjuj itu "terpisah atau tinggal" pada satu arah di belakang tembok. Ada juga yang berpendapat bahawa Yakjuj berasal dari Turki sementara Makjuj pula berasal dari Al-Gel dan Ad-Dailam.


Dari segi sifat Yakjuj dan Makjuj pula, banyak pendapat yang berbeza-beza telah dikemukakan oleh para ulama. Sebahagiannya dianggap terlalu aneh, pelik dan menyimpang dari realiti dan telah dianggap sebagai dongeng Isra'iliyat. Para pengkaji percaya bahawa Yakjuj dan Makjuj digambarkan oleh sebahagian ulama sedemikian rupa semata-mata untuk menarik minat pembaca. Sepatutnya Yakjuj dan Makjuj tidak digambarkan sewenangnya hingga boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam. Ibnu Jarir ada meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih secara terperinci mengenai kisah Zulkarnain dan pembinaan tembok, tetapi tidak menyentuh mengenai sifat-sifat Yakjuj dan Makjuj. Para pengkaji berpendapat bahawa hadis-hadis ganjil berkaitan sifat Yakjuj dan Makjuj ini tidak sah dari segi sanadnya. Secara umumnya kini para pengkaji berpegang pada prinsip bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah manusia, anak-anak Adam, dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sheikh Abdul Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah diketahui sama ada Yakjuj dan Makjuj punya perbezaan ketara dari sudut tubuh, mungkin ada kelainan dari segi warna kulit, akhlak dan adat, tapi mungkin dari sudut kekuatan dan membentuk kerajaan.


Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya, bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima' secara bebas dengan perempuan dari kalangan mereka (maksudnya mereka menjima' sesuka hati) dan ikatan perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak mereka sendiri. Ibnu Hajar berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan anggota kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-peralatan.

Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam: "Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: "Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik". Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai.


Apakah jenis kerosakan yang dilakukan oleh Yakjuj dan Makjuj? Sesetengah ulama berpendapat bahawa mereka ini melakukan kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang merangkak, liar dan ganas. Mereka juga memakan ular, kala dan semua yang bernyawa. Al-Kalbi berpendapat: "Mereka ini keluar ke bumi pada musim bunga dan memakan semua yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh." Sesetengah ulama lain berpendapat bahawa mereka memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.


Sebahagian ulama' berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol. Syed Qutub seorang pengkaji Islam yang masyhur berpendapat bahawa ada kemungkinan Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol, kerana itulah orang Mongol dan Tartar mengganas serta membuat kebinasaan di Timur. Doktor Abdul Halim berpendapat bahawa Tartar adalah nama bagi bangsa yang berlainan petunjuk dengan sebab berlainan masa, tapi Thomson berpendapat bahawa Tartar merupakan nama yang digelarkan ke atas bangsa Mongol atau satu puak daripada mereka, dan bukan ke atas bangsa Turki. Thomson juga berkata bahawa orang-orang Turki telah keluar dari Mongolia sebagai jalan penyelesaian, dan tempat mereka diganti oleh orang-orang Mongol. Setengah dari kaum Tartar telah berpakat dengan puak Turki ketika keluar dari Mongolia dan berpindah bersama dari Asia Tengah menuju ke arah barat. Ibnu Al-Athir menggelarkan "At-Taiman" terhadap nenek-moyang Genghis Khan, dan mereka ini dianggap nenek-moyang bangsa Tartar. Ternyata bahawa bangsa yang asalnya berketurunan Mongol dan bertutur bahasa Mongolia adalah Tartar. Nama Mongol dan Mongolia mula digunakan secara rasmi oleh Genghis Khan. Imam Al-Qasimi juga berpendapat bahawa mereka adalah orang Mongol dan Tartar.

Persoalan mengenai siapakah Yakjuj dan Makjuj juga telah mendapat perhatian dan dikaji dengan terperinci oleh sarjana-sarjana Islam. Secara ringkasnya, ada yang berpendapat bahawa kaum ini adalah bangsa Mongol dan Tartar yang memang terkenal ganas dan telah menyerang dan menakluki sebahagian besar muka bumi, dan kaum Mongol jugalah yang telah mengalahkan kerajaan Abasiyyah dan menghancurkan Baghdad sekitar kurun ke 12. Bangsa Mongol ini dikatakan membunuh manusia dengan kejam dan merosakkan apa yang mereka temui dalam siri penaklukan mereka. Bangsa ini jugalah yang menyebabkan Shih Huang Ti membina Tembok Besar China, dan kerja hebat itu disambung oleh raja-raja yang kemudian. Ada mungkin telah tahu nama-nama Genghis Khan, Kublai Khan dan Hulagu. Mereka ini adalah antara raja-raja Mongol yang terkenal dalam sejarah.

Doktor Al-Butiy berkata "Apa yang dikatakan oleh sesetengah mereka hanyalah merupakan satu pendapat atau ijtihad semata-mata bahawa (Yakjuj dan Makjuj) adalah orang-orang Tartar dan Mongol.." Ada pendapat yang menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah dari bangsa Yahudi atau beragama Yahudi. Kaum Yahudi dikatakan pernah menduduki kawasan timur dan kemudiannya berpindah ke Eropah melalui Dariel Pass yang berada di banjaran gunung Caucasus. Dalam sebuah artikel oleh Colonel R.G. Pearse berjudul The National Message, banyak bukti telah dikemukakan bahawa kabilah Yahudi telah melalui kawasan Pergunungan Caucasia masuk ke Eropah pada kurun-kurun awal sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Colonel Pearse dikatakan telah tinggal di kawasan ini beberapa tahun. Ada dua jalan melalui gunung-ganang Caucasia ini. Satu darinya bernama Jalan Georgia, dan satu lagi adalah denai keldai, pada masa silam jalan ini dikenali sebagai "Lorong (Bani) Israel". Diceritakan bahawa bila 10 kabilah (Bani) Israel berpindah dari Guta di Media ke Arsareth, mereka (dalam bilangan yang ramai) perlu melalui banjaran Caucasia ini. Banjaran ini panjangnya beratus batu.. Mereka kemudiannya sampai ke (kaki) Gunung Kazbek, kemudian masuk ke siri gaung yang berbatu-batu, yang dinamakan Gaung Dariel, atau Gaung Darius... Kemudian melepasi kaki bukit, hingga muncul di dataran Eropah di Gerbang Caucasus.

Saya berpendapat bahawa walaupun kabilah Yahudi ini dikatakan telah berpindah melalui Lorong Dariel, belumlah dapat dipastikan sama ada mereka ini telah berpindah kesemuanya sebelum Tembok Zulkarnain dibina. Dan satu perkara lagi, hingga masa kini pun, sebenarnya Lorong Dariel boleh dilalui oleh sesiapa yang mengikut jalan di atas bumi. Maksud saya ialah, setakat yang saya faham, Tembok Zulkarnain itu dibina untuk mengepung kaum Yakjuj dan Makjuj dari keluar ke atas muka bumi, bukan mengepung dari satu kawasan atas bumi ke satu kawasan yang lain. Kemungkinan bahawa sebahagian dari kaum Yahudi inilah yang dinamakan kaum Yakjuj dan Makjuj dan mereka telah melakukan kerosakan yang besar di muka bumi mengatasi bangsa Mongol tapi kebanyakan dari peristiwa itu telah "dipadamkan" dari sejarah oleh bangsa Yahudi yang berada di atas bumi. Saya berpendapat demikian kerana antara banyak bangsa-bangsa di dunia ini, bangsa Yahudi adalah bangsa yang dianggap paling bongkak, kejam dan tidak berperi-kemanusiaan. Mereka ini menganggap bangsa-bangsa lain seperti binatang ternak yang "halal" disembelih. Lihatlah apa yang telah mereka lakukan ke atas rakyat Palestin pada masa sekarang.

Dalam kitab Al-Badu Wa At-Tarikh: "Semua ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj tinggal di sebelah timur muka bumi." Imam Al-Masudi berkata: "Mereka tinggal di bandar terpencil di sebelah timur jauh diantara sempadan negara China dan di hujung Mongolia. Di situ Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok yang besar bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj daripada keluar ke muka bumi untuk membuat kerosakan." Tantawi Jauhari berkata: "Di dalam risalah-risalah terdahulu yang dikarang sekitar kurun ke 3 dan ke 4 telah menjelaskan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah penduduk yang berada di sudut yang maju di utara China. Dihadkan negara mereka sekitar 27 darjah ke utara hingga 50 darjah. Negara ini sekarang merupakan bahagian yang besar di China dan ianya (lokasinya) sekarang merupakan ibu negaranya iaitu Beijing."

baca sambungannya | Kisah Zulkarnain & Yajuj Majuj Part 2 

Monday, September 20, 2010

Jumlah Ya'juj dan Ma'juj : 9 Kali Jumlah Manusia !


Gambar lokasi tembok Zulkarnain

Ya'juj dan Ma'juj sentiasa menggali tembok yang memisahkan mereka dengan dunia,bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”.

Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula.Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”.

Pada esoknya, mereka akan mendapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan sebelum itu, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah). Kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu '9 kali' lebih ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi.

Umur mereka juga sangat panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Bayangkanlah bunyi pedang si bangsa pemusnah ini masih boleh didengari dari Mesir hingga ke Babylon. Namun, mereka akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi canggih), mereka tetap tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain.

Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda

Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan (9) bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”.

Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagi mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”?

Saya berpendapat bahawa sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”.

Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut pada satu hari nanti. Malah, beberapa tahun sebelum ini pun, ada berita dan bukti mengatakan saintis NASA yang sedang menjalankan projek rahsia kerajaan Amerika (terowong bawah tanah dari USA ke China) di Washington telah menjumpai suatu kaum yang digelar 'Moors'.

Mereka tinggal 20 kaki dan lebih di bawah tanah, bentuk badan mereka besar dan tegap. Mereka lebih menyerupai 'primat' kerana badan mereka yang berbulu. Tangan dan kaki hampir menyerupai sejenis makhluk 'evolusi manusia'. Mereka ini agak agresif tetapi amat menyukai buah-buahan terutamanya buah anggur. Bekas Presiden Amerika, George W. Bush dikatakan telah meminta supaya hal ini dirahsiakan kerana kerajaan Amerika masih mahu mengkaji berkenaan jumlah kaum 'Moors' ini.


P/S : Artikel ini dipetik daripada sebuah blog. Fakta mengenai kewujudan kaum Moors ini mungkin hanya suatu 'konspirasi Yahudi-USA' semata-mata untuk menafikan bahawa Yahudi Zionis yang memerintah Israel sekarang ini adalah puak Khazar yakni Yajuj dan Majuj. Berikut adalah video pendedahan berkenaan identiti Zionis yang memerintah Israel sekarang ini oleh bekas PM Israel dan pembelot terkenal Zionis, Bejamin Freedman.
tonton di sini


Wassalam...

Saturday, September 18, 2010

Yahudi Mahu Musnahkan Kaabah

Keadaan semasa yang berkecamuk di Gaza. Yahudi dikatakan tiada pilihan, kecuali menyerang Palestin dan jika keadaan tidak terkawal mungkin mereka akan menyerang Makkah. bagi mereka situ lah pusat kekuatan Islam. Jika ianya dimusnahkan, Islam akan lumpuh…

Islam Online melaporkan bahawa seorang penulis Israel yang berbangsa Amerika yang bernama Roven Koret membuat satu cadangan supaya Ka’abah yang merupakan tempat dan pusat bagi umat Islam menunaikan solat lima waktu diroboh dan dimusnah. Katanya itulah tempat lahirnya para ‘ekstrimist’, ‘fundamnetalist’ dan ‘terrorist’.

Foto disebelah ini dipetik daripada sebuah laman web berpangkalan di Amerika Syarikat yang anti-Islam. Mereka mahu menghentikan perkembangan agama Islam yang semakin berkembang baik di sana.

Dalam artikel yang bertajuk “Time to Face Mecca” yang disiarkan dalam sebuah majalah Israel, penulis Roven Koret menggesa dimusnahkan segera simbol umat Islam ini. Katanya, “.. biarkan mereka kehilangan arah untuk beribadat dan biarkan mereka tunduk kepada Tuhan mereka di atas timbunan tempat yang musnah.” Asbu’ akhbar mingguan Mesir menyatakan, “Ini adalah satu pandangan bahaya serta ancaman serius yang amat perlu diperhatikan malah semua perlu bersedia menghadapi suatu kemungkinan yang amat buruk dikhuatiri berlaku”.

Menurut Roven Koret, Barat perlu mencari strategi yang dapat membendung kegiatan ‘ganas’ orang Islam di samping berusaha bersungguh-sungguh memusnahkan sistem nilai umat Islam, . “Jika perlu mengebom mereka, bomlah mereka dan tidak ada sebab untuk kita menghalangnya. Begitu juga usaha untuk menjatuhkan Saddam Hussien mesti diteruskan segera. Kerana beliau masih menjadi masalah kepada kita”. Kerja-kerja ini katanya gagal disempurnakan dengan baik oleh George Bush senior dan sudah sampai masanya pula untuk giliran George Bush junior untuk meneruskan misi ini.

Katanya, .. “Di Mekah terdapat dua menara tinggi yang menjadi benteng yang merintangi sebuah kotak hitam yang menjadi tumpuan umat Islam beribadat dan objek serta simbol utama umat Islam untuk bersembahyang..”

Katanya; “Seseorang pun tak akan merasa ragu-ragu untuk menyatakan bahawa dengan kemusnahan simbol umat islam ini pasti akan membangkitkan keresahan yang berpanjangan di kalangan umat Islam..”

Dengan runtuhnya Mekah katanya, ‘kerja-kerja seterusnya’ akan menjadi lebih mudah. Malah katanya Barat perlu berrbuat demikian dari sekarang dengan pelbagai gaya dan bahasa yang boleh diterima umum.

Mereka memang berhasrat untuk memusnahkan umat Islam. Yahudi daripada mula-mula kejadiannya lagi telah membunuh Nabi-nabi dan Rasul-rasul a.s. Mereka adalah di antara umat paling jahat. Tidak hairan jika kejadian 11 September baru-bari ini adalah rancangan jahat Yahudi untuk menfitnah umat Islam, memberi kebebasan untuk mekotak-katikkan umat Islam. Bagi mereka bangsa Yahudi aje manusia yang lain semua binatang.

Oleh itu jangan kita sekali-kali lalai tentang amaran-amaran Allah dalam Al Quran berkaitan bangsa Yahudi ini. Kita pula jangan sekali-kali menjadi tali barut kepada proganda Yahudi demi untuk sedikit habuan di dunia. Kita juga jangan sekali-kali meninggal Jihad, kerana pesanan Saidina Umar barang siapa yang meninggalkan Jihad nescaya ia dan bangsanya akan terhina.

cara tukar mouse pointer cursor pada blog

mouse pointer pada blog
Bagaimanakah cara hendak menukar pointer cursor pada blog ?.Tutorial kali ini akan menunjukkan cara bagaimana hendak menukar pointer cursor kepada pelbagai bentuk pointer cursor yang boleh didapati di.zingerbug.com,cursors-4u.com dan banyak lagi laman web yang menyediakan pointer cursor .
Langkah membuatnya:

1.Masuk  cursors-4u.com/cursors/
2.Klik pada categories-disini saya pilih cursor/ pointers
3.Disebelah kanan terpapar berbagai pointer—pilih pointer yang dikehendakki
4.Kemudian  muncul paparan kursor dan dibawah nya adalah kod untuk kursor
  contohnya seperti  dibawah ini:
pointers untuk blog

ambil kod url cursors warna hijau diatas letak url diatas pada kod oren dibawah ini:

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/user/use-1/use66.cur), progress;}</style>
(untuk cursor yang lain cuma ambil url dan letak pada teks warna oren) 


Salin kod tersebut dan letakkan tepat diatas kod </head>

Untuk dashboard lama:
Masuk ke design--edit HTML

Untuk dashboard baru:

Pilih template..>>edit html...>>proceed
cari kod </head>
dan letakkan kod tadi diatasnya:


pilih kursor tanpa animasi (.cur)bahagian hujung link berakhir dengan .cur yg saya boldkan.jika guna cursor animasi bersama kod diatas ia tidak berfungsi.

Kemudian save template ..Selamat mencuba

Friday, September 17, 2010

Cara buat widget muncul hanya pada halaman tertentu

Cara ini adalah bagi membolehkan widget hanya muncul pada halaman depan dan bila diklik pada tajuk posting atau read more untuk membaca artikel satu paparan lain akan muncul dan disini widget tersebut disembunyikan.Mungkin ada diantara widget yang dirasakan tidak perlu muncul ketika posting dibaca ,cuma melambat kan proses loading.Sebagai contoh cuba perhatikan widget Friend Banners pada sidebar yang saya sembunyikan bila read more diklik untuk membaca entri seterusnya.

Bagi membuat nya kita perlu pastikan widget mana yang hendak akan ditampilkan hanya pada bahagian hadapan:

Misalnya saya hendak sembunyikan widget Shoutbox pada blog ini:

Seperti biasa pada design--pilih edit HTML--tandakan pada expand template widget
Gunakan Crtl +F  taipkan pada find (widget id atau title tulisan warna oren ) untuk memudahkan pencarian dan  kodnya adalah seperti dibawah ini pada template:

</b:widget>
</b:section-contents><b:section-contents id='sidebar-right-2-2'>
<b:widget id='HTML1' locked='false' title='Friend Banners' type='HTML'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>

<!-- only display title if it's non-empty -->
<b:if cond='data:title != &quot;&quot;'>
<h2 class='title'><data:title/></h2>
</b:if>
<div class='widget-content'>
<data:content/>
</div>

<b:include name='quickedit'/>
</b:if>
</b:includable>
</b:widget>

* cuma tambah kod yang berwarna merah sahaja
Jika widget tidak dinamakan kita cuma perlu buka widget tersebut dan dapatkan  id nya:
Lihat bulatan pada imej

sembunyi widget
Jika hendak memaparkan widget hanya pada halaman posting gantikan dengan kod ini:

<b:if cond="data:blog.pageType == &quot;item&quot;">
Widget kod disini
</b:if>

Thursday, September 16, 2010

Helikopter, Pesawat dan Kapal Selam Wujud Zaman Firaun?

Pada tahun 1848, sebuah ekspedisi arkeologi yang sedang melakukan penelitian di Mesir telah menemui hierogliph aneh di dinding-dinding batu sebuah kuil kuno di Abydos, beberapa ratus kilometer ke selatan Kairo. Cetakan contoh hierogliph itu kemudiannya dibawa ke Eropah dan segera menimbulkan perdebatan yang luar biasa di kalangan pengkaji Mesir. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menjelaskan maksud hierogliph tersebut. Akhirnya, hierogliph tersebut dianggap hanya sebagai ukiran objek-objek aneh yang tidak dikenali. Puluhan tahun kemudian, hierogliph tersebut kembali muncul ke permukaan, kali ini beberapa orang mengenali ukiran Hierogliph tersebut sebagai helikopter, pesawat dan kapal selam, objek-objek yang tercipta pada abad ke-20.

Saya percaya sebahagian besar daripada para pembaca yang membaca tulisan ini dan sudah pernah melihat foto yang termashyur ini pasti akan menganggap tulisan saya ini basi. Namun ternyata ada sebahagian orang yang belum atau mungkin hanya sedikit yang mengetahui berkenaan kisah ini dan meminta saya menulisnya. Jadi yang sudah tahu harus mengalah dengan mereka yang belum tahu.


Pada tahun 1990-an, para pelancong yang mengunjungi kuil di Abydos sedang merakamkan kembali ukiran-ukiran yang terdapat di dinding kuil itu. Foto-foto yang diambil mulai muncul di internet beberapa tahun kemudian, dan ia telah membangkitkan kembali perdebatan mengenai makna hierogliph tersebut.


Helikopter yang tergambar di dinding kuil tersebut memiliki kipas, kokpit dan ekor, persis seperti helikopter yang tercipta pada abad ke-20. Sedangkan 2 ukiran lain sepertinya menunjukan gambar kapal selam dan pesawat.



Hierogliph tersebut dijumpai di sebuah kuil yang didirikan oleh Firaun Seti I sekitar 3000 tahun yang lalu, bukan di Piramid seperti yang dinyatakan sebahagian orang. Soalnya sekarang adalah, bagaimana ukiran mesin-mesin pengangkutan moden boleh wujud di dinding kuil yang berusia 3000 tahun ?


Tentu saja tidak semua orang dengan senang menerima penjelasan bahawa adanya UFO pada masa purba seperti yang dipercayai oleh sebahagian orang (baca-dimensi alam adalah berbeza).
Oleh kerana, pendapat ini kurang dipercayai,
saya cuba untuk mencari penjelasan alternatif.

Pertama, saya menemui penjelasan daripada seorang arkeologi yang ternyata pandanganya sangat luar biasa. Dengan cepat dan tanpa berfikir panjang dia mengatakan bahawa foto tersebut adalah hasil rekaan photoshop. Nampaknya arkeologi 'cerdik pandai' ini tidak pernah mengunjungi kuil Abydos di Mesir. Macam-macam foto dan rakaman yang diambil di kuil tersebut oleh orang yang berbeza-beza jelas menunjukkan bahawa ukiran tersebut bukan hasil photoshop.


Seorang lagi arkeologi lebih bijak pandangannya dan tidak hanya pandai cakap saja dan tentu saja mempunyai sumber kewangan yang baik untuk melihat ukiran tersebut secara 'live' di Abydos. Beliau memiliki penjelasan yang ilmiah dan sesuai dengan ilmunya. Menurut mereka, ukiran tersebut sama sekali bukan ukiran helikopter, pesawat dan kapal selam. Hierogliph tersebut boleh menyerupai gambar helikopter, pesawat dan kapal selam karana sebuah proses yang disebut Palimpsest.


Apa itu Palimpsest? Palimpsest adalah sebuah teknik membuat ukiran hierogliph yang baru di atas ukiran yang lama. Caranya adalah dengan memplaster ukiran yang lama dan kemudian mengukir hierogliph yang baru di atasnya.


Ukiran yang terdapat di dinding kuil Abydos dipercayai oleh para arkeologi telah mengalami proses Palimpsest. Seiring dengan waktu, plaster yang ditampal untuk tujuan menutupi ukiran yang lama mula lekang. Ukiran lama yang bercantum dengan ukiran baru menghasilkan ukiran-ukiran yang berbentuk aneh. Dan dari situlah muncul helikopter/UFO seperti yang di dakwa oleh saintis 'kepala dongga' di Amerika-Eropah.


Proses ini sama seperti ketika kita yang sedang menghadapi ujian di sekolah. Ketika kita merasa jawapan yang kita tulis salah, kita mengambil liquip dan menutupi kesalahan itu dengan cairannya. Namun karana kita terdesak oleh waktu, kita yang tergesa-gesa segera menulis di atas kesan liquip itu tadi yang belum kering. Akibatnya, lapisan liquip menjadi rosak dan kertas ujian kita menjadi kotor dengan huruf yang bercampur-aduk. (sekarang pembaca faham apa itu Palimpsest kan ?)


Terbukti para atisan Mesir biasa menggunakan metode Palimpsest pada masa purba. Jika seorang Firaun naik tahta, dia akan mengarahkan tulisan-tulisan lama di dinding diganti dengan tulisan yang menceritakan tentang kemuliaannya. Jadi artisan Mesir pun memplaster tulisan yang lama dan menggantinya dengan yang baru.


Disini, saya mendapati bahawa penjelasan ini seperti tidak terlalu tepat Cuba bayangkan, berapa besar kemungkinannya proses Palimpsest yang gagal, mampu membentuk satu imej helikopter yang sedemikian sempurna?



Namun, tidak lama kemudian ketika saya sedang sibuk mencari data tambahan, saya telah menemui sebuah foto yang mengejutkan dan akan membawa kajian saya ini ke pengakhirannya. Di dinding lain, di kuil yang sama, ada susunan hierogliph yang sangat mirip dengan ukiran helikopter yang arkeologi jumpa.

Lihatlah persamaannya. Berdasarkan foto ini, Palimpsest seakan-akan masuk akal.
Boleh jadi hierogliph ini menunjukkan hierogliph awal sebelum ukiran itu mengalami proses Palimpsest.


Melihat foto ini, 'Teori Helikopter' masa purba mula kabur.


Ukiran yang mirip dengan kapal selam ternyata merupakan ukiran telapak tangan. Bekas-bekas ruas jarinya jelas terlihat di kedua-dua ukiran tersebut. Lagi pun, setelah dilihat berkali -kali saya merasa helikopter itu ternyata memang tidak mirip dengan helikopter. Apa yang kita sebut dengan kipas, terbukti bersambung dengan ekornya. Hidung helikopter itu terbukti bersambung dengan ukiran lain.


Tapi, jika ada petunjuk baru yang mematahkan dakwaan sebelumnya, maka saya rasa tidak ada salahnya untuk menerima kemungkinan baru.


Sebuah akhbar Arab bernama "Al-Sharq Al-Awsat" pernah memaparkan foto-foto yang diambil di dinding kuil Amon Ra di Karnak. Kononnya foto itu menunjukkan terdapat hierogliph yang mirip dengan ukiran yang ada di kuil Abydos. Di dalamnya juga dikatakan ada helikopter dengan kipas dan ekor.


*Sekiranya anda mempunyai gamabar tersebut sila emailkan kepada saya. Sekian, Wassalam...

Gambar Belangkas