Saturday, September 18, 2010

cara tukar mouse pointer cursor pada blog

mouse pointer pada blog
Bagaimanakah cara hendak menukar pointer cursor pada blog ?.Tutorial kali ini akan menunjukkan cara bagaimana hendak menukar pointer cursor kepada pelbagai bentuk pointer cursor yang boleh didapati di.zingerbug.com,cursors-4u.com dan banyak lagi laman web yang menyediakan pointer cursor .
Langkah membuatnya:

1.Masuk  cursors-4u.com/cursors/
2.Klik pada categories-disini saya pilih cursor/ pointers
3.Disebelah kanan terpapar berbagai pointer—pilih pointer yang dikehendakki
4.Kemudian  muncul paparan kursor dan dibawah nya adalah kod untuk kursor
  contohnya seperti  dibawah ini:
pointers untuk blog

ambil kod url cursors warna hijau diatas letak url diatas pada kod oren dibawah ini:

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/user/use-1/use66.cur), progress;}</style>
(untuk cursor yang lain cuma ambil url dan letak pada teks warna oren) 


Salin kod tersebut dan letakkan tepat diatas kod </head>

Untuk dashboard lama:
Masuk ke design--edit HTML

Untuk dashboard baru:

Pilih template..>>edit html...>>proceed
cari kod </head>
dan letakkan kod tadi diatasnya:


pilih kursor tanpa animasi (.cur)bahagian hujung link berakhir dengan .cur yg saya boldkan.jika guna cursor animasi bersama kod diatas ia tidak berfungsi.

Kemudian save template ..Selamat mencuba

Friday, September 17, 2010

Cara buat widget muncul hanya pada halaman tertentu

Cara ini adalah bagi membolehkan widget hanya muncul pada halaman depan dan bila diklik pada tajuk posting atau read more untuk membaca artikel satu paparan lain akan muncul dan disini widget tersebut disembunyikan.Mungkin ada diantara widget yang dirasakan tidak perlu muncul ketika posting dibaca ,cuma melambat kan proses loading.Sebagai contoh cuba perhatikan widget Friend Banners pada sidebar yang saya sembunyikan bila read more diklik untuk membaca entri seterusnya.

Bagi membuat nya kita perlu pastikan widget mana yang hendak akan ditampilkan hanya pada bahagian hadapan:

Misalnya saya hendak sembunyikan widget Shoutbox pada blog ini:

Seperti biasa pada design--pilih edit HTML--tandakan pada expand template widget
Gunakan Crtl +F  taipkan pada find (widget id atau title tulisan warna oren ) untuk memudahkan pencarian dan  kodnya adalah seperti dibawah ini pada template:

</b:widget>
</b:section-contents><b:section-contents id='sidebar-right-2-2'>
<b:widget id='HTML1' locked='false' title='Friend Banners' type='HTML'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>

<!-- only display title if it's non-empty -->
<b:if cond='data:title != &quot;&quot;'>
<h2 class='title'><data:title/></h2>
</b:if>
<div class='widget-content'>
<data:content/>
</div>

<b:include name='quickedit'/>
</b:if>
</b:includable>
</b:widget>

* cuma tambah kod yang berwarna merah sahaja
Jika widget tidak dinamakan kita cuma perlu buka widget tersebut dan dapatkan  id nya:
Lihat bulatan pada imej

sembunyi widget
Jika hendak memaparkan widget hanya pada halaman posting gantikan dengan kod ini:

<b:if cond="data:blog.pageType == &quot;item&quot;">
Widget kod disini
</b:if>

Thursday, September 16, 2010

Helikopter, Pesawat dan Kapal Selam Wujud Zaman Firaun?

Pada tahun 1848, sebuah ekspedisi arkeologi yang sedang melakukan penelitian di Mesir telah menemui hierogliph aneh di dinding-dinding batu sebuah kuil kuno di Abydos, beberapa ratus kilometer ke selatan Kairo. Cetakan contoh hierogliph itu kemudiannya dibawa ke Eropah dan segera menimbulkan perdebatan yang luar biasa di kalangan pengkaji Mesir. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menjelaskan maksud hierogliph tersebut. Akhirnya, hierogliph tersebut dianggap hanya sebagai ukiran objek-objek aneh yang tidak dikenali. Puluhan tahun kemudian, hierogliph tersebut kembali muncul ke permukaan, kali ini beberapa orang mengenali ukiran Hierogliph tersebut sebagai helikopter, pesawat dan kapal selam, objek-objek yang tercipta pada abad ke-20.

Saya percaya sebahagian besar daripada para pembaca yang membaca tulisan ini dan sudah pernah melihat foto yang termashyur ini pasti akan menganggap tulisan saya ini basi. Namun ternyata ada sebahagian orang yang belum atau mungkin hanya sedikit yang mengetahui berkenaan kisah ini dan meminta saya menulisnya. Jadi yang sudah tahu harus mengalah dengan mereka yang belum tahu.


Pada tahun 1990-an, para pelancong yang mengunjungi kuil di Abydos sedang merakamkan kembali ukiran-ukiran yang terdapat di dinding kuil itu. Foto-foto yang diambil mulai muncul di internet beberapa tahun kemudian, dan ia telah membangkitkan kembali perdebatan mengenai makna hierogliph tersebut.


Helikopter yang tergambar di dinding kuil tersebut memiliki kipas, kokpit dan ekor, persis seperti helikopter yang tercipta pada abad ke-20. Sedangkan 2 ukiran lain sepertinya menunjukan gambar kapal selam dan pesawat.



Hierogliph tersebut dijumpai di sebuah kuil yang didirikan oleh Firaun Seti I sekitar 3000 tahun yang lalu, bukan di Piramid seperti yang dinyatakan sebahagian orang. Soalnya sekarang adalah, bagaimana ukiran mesin-mesin pengangkutan moden boleh wujud di dinding kuil yang berusia 3000 tahun ?


Tentu saja tidak semua orang dengan senang menerima penjelasan bahawa adanya UFO pada masa purba seperti yang dipercayai oleh sebahagian orang (baca-dimensi alam adalah berbeza).
Oleh kerana, pendapat ini kurang dipercayai,
saya cuba untuk mencari penjelasan alternatif.

Pertama, saya menemui penjelasan daripada seorang arkeologi yang ternyata pandanganya sangat luar biasa. Dengan cepat dan tanpa berfikir panjang dia mengatakan bahawa foto tersebut adalah hasil rekaan photoshop. Nampaknya arkeologi 'cerdik pandai' ini tidak pernah mengunjungi kuil Abydos di Mesir. Macam-macam foto dan rakaman yang diambil di kuil tersebut oleh orang yang berbeza-beza jelas menunjukkan bahawa ukiran tersebut bukan hasil photoshop.


Seorang lagi arkeologi lebih bijak pandangannya dan tidak hanya pandai cakap saja dan tentu saja mempunyai sumber kewangan yang baik untuk melihat ukiran tersebut secara 'live' di Abydos. Beliau memiliki penjelasan yang ilmiah dan sesuai dengan ilmunya. Menurut mereka, ukiran tersebut sama sekali bukan ukiran helikopter, pesawat dan kapal selam. Hierogliph tersebut boleh menyerupai gambar helikopter, pesawat dan kapal selam karana sebuah proses yang disebut Palimpsest.


Apa itu Palimpsest? Palimpsest adalah sebuah teknik membuat ukiran hierogliph yang baru di atas ukiran yang lama. Caranya adalah dengan memplaster ukiran yang lama dan kemudian mengukir hierogliph yang baru di atasnya.


Ukiran yang terdapat di dinding kuil Abydos dipercayai oleh para arkeologi telah mengalami proses Palimpsest. Seiring dengan waktu, plaster yang ditampal untuk tujuan menutupi ukiran yang lama mula lekang. Ukiran lama yang bercantum dengan ukiran baru menghasilkan ukiran-ukiran yang berbentuk aneh. Dan dari situlah muncul helikopter/UFO seperti yang di dakwa oleh saintis 'kepala dongga' di Amerika-Eropah.


Proses ini sama seperti ketika kita yang sedang menghadapi ujian di sekolah. Ketika kita merasa jawapan yang kita tulis salah, kita mengambil liquip dan menutupi kesalahan itu dengan cairannya. Namun karana kita terdesak oleh waktu, kita yang tergesa-gesa segera menulis di atas kesan liquip itu tadi yang belum kering. Akibatnya, lapisan liquip menjadi rosak dan kertas ujian kita menjadi kotor dengan huruf yang bercampur-aduk. (sekarang pembaca faham apa itu Palimpsest kan ?)


Terbukti para atisan Mesir biasa menggunakan metode Palimpsest pada masa purba. Jika seorang Firaun naik tahta, dia akan mengarahkan tulisan-tulisan lama di dinding diganti dengan tulisan yang menceritakan tentang kemuliaannya. Jadi artisan Mesir pun memplaster tulisan yang lama dan menggantinya dengan yang baru.


Disini, saya mendapati bahawa penjelasan ini seperti tidak terlalu tepat Cuba bayangkan, berapa besar kemungkinannya proses Palimpsest yang gagal, mampu membentuk satu imej helikopter yang sedemikian sempurna?



Namun, tidak lama kemudian ketika saya sedang sibuk mencari data tambahan, saya telah menemui sebuah foto yang mengejutkan dan akan membawa kajian saya ini ke pengakhirannya. Di dinding lain, di kuil yang sama, ada susunan hierogliph yang sangat mirip dengan ukiran helikopter yang arkeologi jumpa.

Lihatlah persamaannya. Berdasarkan foto ini, Palimpsest seakan-akan masuk akal.
Boleh jadi hierogliph ini menunjukkan hierogliph awal sebelum ukiran itu mengalami proses Palimpsest.


Melihat foto ini, 'Teori Helikopter' masa purba mula kabur.


Ukiran yang mirip dengan kapal selam ternyata merupakan ukiran telapak tangan. Bekas-bekas ruas jarinya jelas terlihat di kedua-dua ukiran tersebut. Lagi pun, setelah dilihat berkali -kali saya merasa helikopter itu ternyata memang tidak mirip dengan helikopter. Apa yang kita sebut dengan kipas, terbukti bersambung dengan ekornya. Hidung helikopter itu terbukti bersambung dengan ukiran lain.


Tapi, jika ada petunjuk baru yang mematahkan dakwaan sebelumnya, maka saya rasa tidak ada salahnya untuk menerima kemungkinan baru.


Sebuah akhbar Arab bernama "Al-Sharq Al-Awsat" pernah memaparkan foto-foto yang diambil di dinding kuil Amon Ra di Karnak. Kononnya foto itu menunjukkan terdapat hierogliph yang mirip dengan ukiran yang ada di kuil Abydos. Di dalamnya juga dikatakan ada helikopter dengan kipas dan ekor.


*Sekiranya anda mempunyai gamabar tersebut sila emailkan kepada saya. Sekian, Wassalam...

Tuesday, September 14, 2010

Cara membuat butang buka dan tutup widget pada blog

Tips buat kali ini adalah cara bagaimana menyembunyikan widget pada side bar. Maksud saya disini ialah widget ini boleh dibuka dan ditutup dengan hanya klik pada butang tajuk widget pada sidebar dan boleh juga pada footer.Kebaikan dengan menggunakan cara ini sidebar nampak lebih tersusun rapi dan juga loading pun lebih laju kerana disembunyikan terutama widget yang mengandungi imej.

Kalau ingin membuatnya ikuti langkah seterusnya:
Sebelum membuatnya adalah disarankan backup template terlebih dahulu supaya dapat mengembalikan semula kepada yang asal jika ada kesalahan.
Pada Design--pilih edit HTML--dan tandakan pada Expand Template Widget

Kemudian cari widget yang hendak disembunyikan:
(boleh juga rujuk artikel sebelum ini)
-Untuk contoh ini, saya pilih widget Pelawat untuk disembunyikan
Cara lebih mudah gunakan Crtl +F untuk mencarinya,taipkan

title='Pelawat'

Kemudian enter.

Kemudian muncul kod seperti dibawah:
<b:widget id='HTML12' locked='false' title='Pelawat' type='HTML'>
<b:includable id='main'>
<!-- only display title if it's non-empty -->
<b:if cond='data:title != &quot;&quot;'>
<h2 class='title'><data:title/></h2>
</b:if>
<div class='widget-content'>
<data:content/>
</div>

<b:include name='quickedit'/>
</b:includable>
</b:widget>
Gantikan kod ini :
<h2 class='title'><data:title/></h2> (warna merah)
Dengan kod dibawah :
<h2 class='title'><script type='text/javascript'> /* <![CDATA[ */ if(typeof(rnd) == 'undefined') var rnd = ''; rnd = Math.floor(Math.random()*1000); rnd = 'id-' + rnd; document.write('<a href="#" onclick="tmp = document.getElementById(&quot;' + rnd + '&quot;); tmp.style.display = (tmp.style.display == &quot;none&quot;) ? &quot;block&quot; : &quot;none&quot;; return false;" style="float:right;margin-right:0px;font-weight:bold; color:#FFFFFF;">[Open -+]<\/a>'); /* ]]> */ </script><data:title/></h2><script type='text/javascript'> /* <![CDATA[ */ document.write('<div id="' + rnd + '" style="display:none;">'); /* ]]> */ </script>
Tulisan berwarna merah boleh diganti mengikut kesesuaian.Kod color untuk font juga boleh ditukar mengikut keperluan.Pada kod ini adalah berwarna puteh:

Seterusnya salin kod ini :
<script type='text/javascript'> /* <![CDATA[ */ document.write('<\/div>'); /* ]]> */ </script>
dan letakkan sebelum kod :
</b:includable>
Kemudian preview terlebih dahulu dan seterusnya save template.


Monday, September 13, 2010

AWAS!!! Yahudi Cipta Quran 'Baru'

Organisasi Yahudi, Yad Lahim sekali lagi menunjukkan kebodohan mereka dan kebiadapan bangsa laknatullah (Yahudi-Zionis) dengan menerbitkan risalah setebal 222 mukasurat yang digelar mereka sebagai 'al-Quran baru' bertujuan menyebarkan 'mesej baru al-Quran' itu kepada sesiapa yang ingin mengetahui kandungan sebenar (sebenarnya-diselewengkan oleh orang Yahudi sama seperti yang dilakukan kepada kitab Injil-kristian katolik dulu yang akhirnya membawa kepada kewujudan kristian protestan) al-Quran dan hadis.

Bagi tujuan bodoh itu, organisasi berkenaan mewujudkan talian bebas tol dan mewujudkan dua pusat penerangan di Tel Aviv dan Baitulmaqdis Barat serta menerbitkan video mengenai kedudukan wanita di dalam Islam.

Kandungan risalah itu jelas tidak mengiktiraf doktrin Islam yang diturunkan dari Syurga malah mereka juga turut mendakwa al-Quran ditulis secara langsung oleh Rasullallah S.A.W
Bagi umat Islam, keajaiban yang paling hebat dalam al-Quran ialah apabila Nabi Muhammad S.A.W menghafal surah yang dibacakan kepada baginda oleh malaikat Jibril. Yad Lahim mendakwa, tujuan mereka itu adalah untuk membantu umat Islam yang salah faham mengenai al-Quran sebenar dan membongkar idea beracun yang berada dalam pemikiran umat Islam.(siapakah Yahudi ini nak ajar orang Islam mengenai al-Quran? Yahudi - bangsa yang bertanggungjawab terhadap cubaan membunuh nabi-nabi daripada kalangan mereka sendiri, menyelewengkan kitab Injil, mencipta Kristian Protestan/ mencipta 'teori bangang' tentang evolusi manusia dll...)

Penduduk Islam lantas mengadakan bantahan keras (sebenarnya tindakan lemah-sama spt tindakan kerajaan Malaysia yang hanya menghantar 'surat bantahan kpd kerajaan Indonesia mengenai demonstrasi anti-Malaysia di Jakarta') terhadap risalah yang diterbitkan oleh organisasi itu kerana ia fitnah dan merendah-rendahkan kedudukan al-Quran asal dan ditebitkan bertujuan untuk 'menyesatkan' mahupun 'mencetuskan keraguan' dikalangan umat Islam sedunia.

Mufti Baitulmaqdis, Sheikh Akrama Sabri cuba meredakan ketegangan itu dengan berkata

"itu bukan kali pertama ia dilakukan dan cubaan seumpama itu tidak pernah berjaya"
-Sheikh Akrama Sabri, Mufti Baitulmaqdis

Beliau meluahkan keyakinannya bahawa tidak akan ada seorang pun yang berjaya merosakkan keaslian kesucian al-Quran kerana ia dilindungi oleh Allah S.W.T

*Apa yang membimbangkan penulis ialah risalah itu sampai ke Malaysia dan ia dibaca oleh orang Melayu yang kurang pengetahuan agama seperti kebanyakan bangsa Melayu sekarang ini. Ianya tidak mustahil apabila syarikat APCO dilantik oleh kerajaan Malaysia dengan menggunakan 'wang cukai rakyat Malaysia' untuk membayar APCO menguruskan beberapa 'hal-hal berkaitan' Malaysia. Jadi hati-hatilah...Assalamualaikum.

Episod 2 - Rumah Pusaka berpenunggu??

Season 1 (Episode 2)
Tersebutlah al kisah kelibat wanita berambut panjang dan seekor kelawar besar yang mendiami rumah usang di kampung Juasseh n9.Dari bualan mulut ke mulut masyarakat kampung tersebut membuatkan kami teruja untuk membuat rakaman di dalam rumah tersebut yang telah berpuluh tahun lamanya ditinggalkan.Kisah rumah pusaka tersebut bermula dengan seorang nenek tua yang ditinggalkan keseorangan oleh tiga anak kandungnya sendiri dan tinggal bersama anak angkat yang tidak pernah penat lelah menjaganya.Usia beliau semakin hari semakin uzur hingglah beliau menghembuskan nafas yang terakhir didalam rumah tersebut.dimandikan,dikafankan dan dikebumikan oleh anak angkat kesayangannya bersama penduduk setempat.dari situlah bermulanya perebutan hak milik tanah dan rumah pusaka tersebut oleh tiga anak kandungnya yang sebelum ini tidak pernah menjenguk `nenek`(maknya) itu semasa hidup.Setelah bercakaran sesama sendiri,akhirnya anak sulung berjaya mendapatkan tanah dan rumah pusaka tersebut.tidak lama kemudian,anak sulung itu secara tiba-tiba meninggal dunia di dalam rumah tersebut tanpa tahu apa puncanya.sehinggalah anak yang kedua mengambil alih wasiat itu dan juga turut meninggal dunia di rumah yang sama.begitu juga dengan anaknya yang bongsu..akhirnya rumah itu tiada pewarisnya hingga di biar usang..Setelah lama ditinggalkan,ramai penduduk setempat yang terserempak dengan kelibat wanita berambut panjang berwarna putih melintas mengililingi rumah tersebut di waktu pagi dan petang.Jika diwaktu malam,laluan dihadapan rumah itu tidak siapa pun yang berani melaluinya.Jiran yang bersebelahan dengan rumah tersebut pula selalu mendengar bunyi pinggan mangkuk berbunyi seolah olah ada penghuni yang menggunakannya.Sebelum ini pada tahun 2006 kami pernah mengambil gambar didalam rumah tersebut hanya dari luar kerana dinasihatkan oleh `makcik` jiran hadapan rumah tersebut supaya rumah itu tidak diganggu kerana takut perkara buruk akan menimpa kami dan orang kampung.Akhirnya kami Kru P.A.G mengambil keputusan untuk datang semula ke lokasi yang sama untuk merakamkan sesuatu dengan bantuan jiran rumah tersebut.Kami cuma dapat merakamkan situasi didalam rumah tersebut pada waktu siang kerana kami telah dinasihatkan tidak berbuat pada waktu malam kerana dikhuatiri membahayakan diri kami.JOM KITA SAKSIKAN...







Sunday, September 12, 2010

Cara buat Dropdown Menu

Ada berbagai cara yang dilakukan bagi menjimatkan ruangan pada blog.Seperti entri saya sebelum ini ada memuatkan tentang cara membuat tab view menu.Salah satu cara lagi adalah dengan membuat menu secara dropdown. Cara membuat nya amat mudah,berikut adalah cara membuatnya.
dropdown list menu









1. Masuk  ke blogger dan pilih design
2. Pada Page Element--pilih Add a Gadget--HTML/JavaScript

3.seterusnya masukkan kod berikut:


<form name="ddmenu">
<select name="menu"
onChange="document.location.href=this.options[this.selectedIndex].value;">

<option value="0" selected>Tutorial Blog</option>
<option value="http://alamat_link artikel 1 anda">Tajuk Artikel1</option>
<option value="http://alamat_link artikel 2 anda">Tajuk Artikel 2</option>

</select>
</form>
<br>

Tulisan berwarna oren adalah bahagian yang boleh ditambah bagi link artikel yang hendak dimasukkan pada senarai dropdown menu.
Tulisan berwarna hijau adalah teks yang akan dipaparkan bila menu tidak di klik

Selamat mencuba

Gambar Belangkas