Wednesday, August 18, 2010

(ReMade) Episod 1 - Kuaters tinggal di puncak bukit.

Episod pertama Pengembaraan Alam Ghaib..Menjejaki mistik di Kuaters Empangan lama.Setelah penat mendaki,kami berehat seketika di deretan kuaters yang pertama.Ketika itu kami langsung tidak menyedari atau dengar 2 bisikan di celah-celah kepenatan kami berempat.Setelah pulang ke studio dan ingin membuat proses penyuntingan,kami terkejut ada suara kelima yang berbisik `i kill you`...i kill you (name)??..bisikan kedua itu kami tidak dapat mentafsirkannya.So itulah bukti pertama yang kami dapat dari lokasi tersebut yang menandakan unsur-unsur mistik juga wujud di waktu siang.Ada juga orang tempatan yang `membuat` bercerita tentang adanya pembunuhan kejam berlaku dikawasan tersebut dan ada juga mengatakan yang kawasan kuaters terbabit telah lama ditinggalkan sejak tahun 70an lagi.Namun kami tidak dapat memastikan kesahihan kisah-kisah yang disampaikan dari mulut ke mulut.Namun kami tetap terkejut dengan kehadiran suara yang cukup jelas di dalam video ini.Jom kita saksikan..

Saturday, August 14, 2010

cara buat border lengkung pada blog

Menukar tampilan bagi mengindahkan blog tentunya merupakan antara yang tidak dapat tidak dilakukan oleh seseorang blogger.Selain dari cantik dan tidak memberatkan loading blog adalah antara yang perlu diberi perhatian bila melakukan sesuatu perubahan pada template.Sebelum ini saya ada membuat entri tentang membuat border disekeliling posting.tapi dalam bentuk persegi.Kali ini pula dipenjuru border adalah dalam bentuk bulat.
buat border lengkung

Untuk membuatnya:

1.Masukk ke blogger dan pilih design
2.Klik edit HTML dan tandakan pada Expand template widget
3.Cari kod h2.date header{

dan letakkan kod ini dibawahnya


border-left:3px solid #0000FF;
border-right:3px solid #0000FF;
border-top:3px solid #0000FF;
border-bottom:0px solid #0000FF;
-moz-border-radius-topleft:15px;
-moz-border-radius-topright:15px;


4.cari kod . post-body {

dan letakkan kod ini dibawahnya

border-right:3px solid #0000FF;
border-left:3px solid #0000FF;
5. Kemudian cari kod ini pula, .post-footer {
Tambah kod ini dibawahnya
border-left:3px solid #0000FF;
  border-right:3px solid #0000FF;
  border-top:0px solid #0000FF;
  border-bottom:3px solid #0000FF;
  -moz-border-radius-bottomleft:15px;
  -moz-border-radius-bottomright:15px;

6.Untuk mengganti border pada sidebar pula cari kod ini:

.sidebar .widget { 

dan letakkan kod ini dibawahnya

border:1px solid #0000FF;
-moz-border-radius-topleft:15px;
-moz-border-radius-topright:15px;
-moz-border-radius-bottomleft:15px;
-moz-border-radius-bottomright:15px

Kod berwarna oren adalah kod bagi warna biru,boleh ditukarkan dengan kod warna yang  bersesuaian.

7.Seterusnya save template .

Friday, August 6, 2010

Cara pasang widget jumlah post dan jumlah komen

Salah satu widget yang sering kita lihat dipasang pada blog adalah bagi memaparkan jumlah komen dan juga jumlah posting yang ada pada sesuatu blog.Dengan adanya widget ini akan membolehkan pengunjung mengetahui jumlah komen dan posting yang ada diblog anda.

jumlah komen dan posting








Bagi membuatnya:

1.Masuk ke blogger
2.pilih design-->> page elements
3.Pilih Add Gadget--->>HTML/Javascript
   dan masukkan kod dibawah ini:
<center><script style="text/javascript">function numberOfPosts(json) {document.write('Jumlah Posting: <b>' + json.feed.openSearch$totalResults.$t + '</b><br>');}</script><script src="URL blog anda/feeds/posts/default?alt=json-in-script&callback=numberOfPosts"></script><script src="URL blog anda/feeds/comments/default?orderby=published&alt=json-in-script&callback=rp"></script><script style="text/javascript">function numberOfComments(json) {document.write('Jumlah Komen: <b>' + json.feed.openSearch$totalResults.$t + '</b><br>');}</script><script src="URL blog anda/feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=numberOfComments"></script><a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com/2010/08/cara-pasang-widget-jumlah-post-dan.html"><small>get this</small></a></center>
4.Tukar perkataan berwarna oren kepada nama alamat /url blog anda
5.Kemudian save .

Cemburu, cerewet, celupar...





credit to google

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI
dari Dr Fadillah Kamsah


C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri  kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
 
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi  comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah  baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak  nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun. 




credit to google

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah.....


p/s : pernah didatangi si suami mengadu perihal keburukan si isteri dan mertua akibat memendam rasa dgn sikap isteri yang kuat cemburu dan camputangan keluarga mertua...hishh macam-macam.

Cemburu, cerewet, celupar...





credit to google

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI
dari Dr Fadillah Kamsah


C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri  kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
 
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi  comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah  baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak  nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun. 




credit to google

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah.....


p/s : pernah didatangi si suami mengadu perihal keburukan si isteri dan mertua akibat memendam rasa dgn sikap isteri yang kuat cemburu dan camputangan keluarga mertua...hishh macam-macam.

Thursday, August 5, 2010

10 Ramalan Nostradamus Paling Popular

Para pembaca disarankan membaca cerita tentang Nostradamus sebelum atau selepas membaca artikel ini. Disini, saya telah menyediakan link yang berkaitan. Nostradamus dalam 2012 dan biodata dirinya.
Ramalan-ramalan ini sekadar kajian semata-mata. Tidak dibenarkan untuk menjadi panduan hidup yang sebenar. Sebagai seorang muslim, hanya al-Quran dan sunnah panduan yang lengkap dan boleh di percayai. Sekadar peringatan sahaja kepada anda semua tujuan artikel ini ditulis. Selamat membaca! 

10. Revolusi Perancis (France Revolution)
“From the enslaved populace, songs,
Chants and demands
While princes and lords are held captive in prisons.
These will in the future by headless idiots
Be received as divine prayers”
Maksudnya:

Orang-orang (“the enslaved populace”) bangkit dengan kekuatan. Golongan beraja (aristokrasi) dijatuhkan dan dipancung (“While princes and lords are held captive in prisons”). Dalam versi lain, “the ‘great wall’ falling” dikatakan merujuk kepada rusuhan di Bastille. Keadaan ini berlaku semasa Revolusi Perancis, dimana golongan bangsawan atau beraja dijatuhkan dan republik di tubuhkan apabila rakyat bangkit merusuh.

9. Kebakaran Dahsyat Kota London (The Great Fire of London)
“The blood of the just will commit a fault at London,
Burnt through lighting of twenty threes the six:
The ancient lady will fall from her high place,
Several of the same sect will be killed.”
Maksudnya:

Peristiwa kebaran kota London terjadi pada tahun 1666, namun tidak ramai orang yang mengetahuinya. Peristiwa ini benar-benar melenyapkan London lama (“The ancient lady”) di dalam dinding tua Romawi. Hanya enam korban jiwa yang benar-benar diketahui (“the six” di baris kedua merujuk kepada jumlah kematian), walaupun mungkin banyak dari penduduk London yang meninggal ketika itu, tetapi mereka tidak tercatat dalam sejarah. Kebakaran ini amat dahsyat dan kebaran paling besar yang pernah dicatatkan dalam sejarah Kota London. Menurut sejarah, api bermula dari sebuah kedai roti, yang kemudian melahap seluruh kota London dalam tempoh tiga hari. Jika penduduk London ketika itu melihat catatan Nostradamus, mungkin mereka dapat selamat dari maut.

8. Kematian Lady Diana
“The penultimate of the surname of Prophet
Will take Diana [Thursday] for his day and rest:
He will wander because of a frantic head,
And delivering a great people from subjection.”
Maksudnya:

Ayah kepada kekasih Lady Diana, Dodi Al-Fayed, bernama Mohammed (“Prophet” – Nabi Muhammad). Apakah kematian Lady Diana merujuk kepada “a great people from subjection”? Mungkin bukan, namun kita semua setuju bahwa Anglo-Saxon (Great Britain) merupakan bangsa yang terdiri dari orang-orang hebat. Faktanya sendiri, bahwa nama “Diana” jelas-jelas disebut di ramalan Nostradamus, dan tulisan nama yang spesifik seperti ini sangat jarang ditemukan dalam karya-karya Nostradamus.

7. Ribut Katrina
“The cities of Tours, Orleans, Blois, Angers, Reims and Nantes
Are troubled by sudden change.
Tents will be pitched by (people) of foreign tongues;
Rivers, darts at Rennes, shaking of land and sea.”
Maksudnya:

Apakah perkataan Orleans yang dimaksudkan oleh Nostradamus diatas adalah NEW Orleans? “Shaking of land and sea” mungkin merujuk kepada ribut. “By (people) of foreign tongues” bermaksudpertolongan sukarelawan dari seluruh dunia (untuk mangsa ribut Katrina). Dan yang dimaksudkan Tours, Blois, Angers, Reims dan Nante berkemungkinan besar banda-bandar yang dilanda ribut katrina. Dan perkara ini telah berlaku tidak lama dahulu di mana kawasan yang dinyatakan di landa ribut yang sangat dahsyat.

6. Kematian John F. Kennedy dan Robert F. Kennedy
“The great man will be struck down in the day by a thunderbolt,
An evil deed foretold by the bearer of a petition.
According to the prediction, another falls at night time.
Conflict at Reims, London and a pestilence in Tuscany.”
Maksudnya:

“Thunderbolt” bermaksud gunshot atau tembakan. Dan “the great man will be struck down in the day” bermaksud kematian John F. Kennedy. “Another falls at night time” harusnya ditujukan kepada Bobby Kennedy yang mati lima tahun kemudian. Maksud Reims, London, dan Tuscany masih belum dapat di terjemahkan lagi. Kemungkinan besar ianya nama tempat atau kawasan.

5. Louis Pasteur
“The lost thing is discovered, hidden for many centuries.
Pasteur will be celebrated almost as a God-like figure.
This is when the moon completes her great cycle,
But by other rumors he shall be dishonored.”
Maksudnya:

Louis Pasteur (1822 – 1895) merupakan seorang ilmuwan kelahiran Perancis. Beliau dikenali sebagai salah satu ilmuwan mikrobiologi terbesar sepanjang masa. Penemuan-penemuannya yang tak ternilai bagi dunia diantaranya adalah proses pasteurisasi, iaitu mematikan bakteri yang ada di susu dengan pemanasan, dan vaksin antraks (“the lost thing is discovered, hidden for many centuries”). Pasteur, dalam bahasa Perancis dapat juga bermaksud “pastor” atau pendeta. Oleh karena itu, beberapa orang mengatakan ramalan ini hanya sekadar prasa kata dari Nostradamus tentang pendeta tua . Yang lain mengatakan ini adalah ramalan langsung tentang orang yang mempelajari mikrobiologi dan menemukan susu tahan bakteri dan vaksinasi antraks. The moon completes her great cycle juga fenomena yang berlaku sekitar 1800 hingga 1900. Dan ini menunjukkan tempoh berlakunya kejadian ini.

4. Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki
“Near the gates and within two cities
There will be scourges the like of which was never seen,
Famine within plague, people put out by steel,
Crying to the great immortal God for relief.”
Maksudnya:

Hiroshima dan Nagasaki (“Two Cities”) dibom atom pada 6 dan 9 Ogos 1945. “Scourges the like of which was never seen” dan “Crying to the great immortal God for relief” merupakan keadaan apa yang terjadi pada 6 dan 9 Ogos 1945. Selepas di bom, kedua-dua bandar ini kelihatan seperti tidak pernah wujud. Kosong di ratakan bom atom. Mereka yang selamat meneruskan hidup dengan penuh kepayahan dan kemiskinan. Hanya tuhan sahaja tempat bergantung. Namun beberapa pengkaji menbantah ramalan ini ditujukan kepada kejadian Hiroshima dan Nagasaki dengan mengatakan ramalan tersebut samar-samar dan tidak jelas, kemungkinan ramalan ini akan terjadi pada masa hadapan.

3. World War II dan Hitler
“The two greatest ones of Asia and of Africa,
From the Rhine and Lower Danube they will be said to have come,
Cries, tears at Malta and the Ligurian side.
Also …
From the depths of the West of Europe,
A young child will be born of poor people,
He who by his tongue will seduce a great troop;
His fame will increase towards the realm of the East.”
Maksudnya:

Dua quatrain ini mungkin menceritakan tentang Perang Dunia II dan Hitler dan mungkin juga bukan. Mungkinkah “A young child will be born of poor people” adalah Adolf Hitler dan beliau amat dikenali dengan kekejamananya. Hitler menggunakan kepakaran berpidatonya untuk membakar semangat tenteranya (“He who by his tongue will seduce a great troop”). Dan hitler telah menyebarkan sayapnya jauh ke timur (“His fame will increase towards the realm of the East.”)

2. Sept. 11, 2001 (The 9/11 Attack)
“Earthshaking fire from the center of the Earth
Will cause tremors around the New City.
Two great rocks will war for a long time,
Then Arethusa will redden a new river.”
Maksudnya:

“Two great rocks” dapat bermaksud “two towers” dan kejadian ini menyebabkan peperangan yang panjang di Afghanistan dan Iraq oleh Amerika (“Two great rocks will war for a long time”)Namun dapatkah kita katakan kedua menara itu sedang berperang? “Earthshaking fire”, “tremors”, “rocks will war”, merujuk kepada semasa runtuhan 2 tower ini. Orang ramai meramalkan ia bermaksud gempa bumi. “Will cause tremors around the New City” , New City merujuk kepada tempat kejadian ini berlaku iaitu New York city.

1. Hari Kiamat (End of The World)

Hari kiamat hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui tarikh sebenarnya. Banyak ramalan Nostradamus yang dikaitkan dengan hari kiamat tetapi tidak menjadi. Mungkin ianya tersilap tafsir atau mungkin juga Nostradamus sendiri tidak tahu bilakah Hari Kiamat itu akan berlaku. Namun begitu, para pengikut Nostradamus percaya bahawa Nostradamus mengatakan dunia pasti akan berakhir, dan kita semua pun percaya walaupun kita tidak percaya kepada Nostradamus. Yang paling terbaru, orang mengatakan bahwa dunia akan kiamat pada tahun 2012. Namun begitu, catatan ramalan Nostradamus meramalkan sehingga tahun 3797 iaitu abad ke 38. Hanya Allah sahaja yang lebih Maha mengetahui akan hal ini.

Kesimpulannya, Nostradamus memang manusia yang mempunyai kelebihan untuk meramal masa depan. Namun, kebolehannya itu pasti "dibantu" oleh sesuatu "benda" kerana berdasarkan rujukan yang saya perolehi, Nostradamus hidup di zaman yang mana rakyat Eropah dikongkong oleh gereja. Dia juga melakukan pemujaan (dikelilingi oleh lilin yang membentuk sebuah bintang dalam bulatan) untuk setiap kajian tentang "ramalan"nya.

Mungkin ada di antara kita yang mengatakan pelbagai spekulasi tentang beliau. Namun, secara asasnya ilmu adalah untuk di kaji dan digunakan kearah kebaikan. Jika ilmu itu elok, ambillah ia. Jika tidak, cukuplah sekadar tahu dan tinggalkan. Jangan biarkan kerana hal duniawi yang kecil, kita gadaikan kehidupan akhirat yang selamanya. Sekian pesanan ikhlas dari penulis.


p/s : Cadangan saya supaya pembaca mencari dan membaca juga tentang ramalan turunnya Nabi Isa a.s)

Wednesday, August 4, 2010

Memahami konsep One World, One Religion, One Israel

pyramid_dollar

Salah satu agenda terpenting pada awal penubuhan Illuminati ialah memastikan seluruh kerajaan-kerajaan dunia bersatu menjadi One World Government (Satu Kerajaan Dunia). Konsep ini adalah idea utama yang dicanang oleh Adam Weishaupt untuk menarik golongan elit menyertai Illuminati.

Semasa menghasut dan memujuk golongan elit untuk menyertai Illuminati, Weishaupt berhujah bahawa seluruh peperangan yang berlaku di dunia hanya boleh dihentikan jika semua kerajaan-kerajaan bersatu di bawah satu payung pentadbiran sahaja.

Payung itu pula hendaklah dikuasai oleh golongan cerdik pandai yang berlatar belakangkan akademik dan profesional atau ahli ekonomi.

Weishaupt juga berhujah bahawa peperangan yang berlaku di dunia adalah berpunca dari sikap tamak golongan pertengahan dan kerabat diraja yang tidak mementingkan rakyat. Hujah Weishaupt ketika itu memang tepat pada masanya kerana Eropah ketika waktu tersebut sedang berada di zaman kegelapan.

Golongan bawahan dan ahli akademik sememangnya ternanti-nantikan seorang hero yang akan membawa revolusi menghapuskan kekejaman golongan pertengahan dan diraja.

Fakta dan idea yang dibina Dajjal untuk digunakan Weishaupt amat tepat ketika itu, maka dalam masa yang singkat ramai golongan elit teruja dengan idea One World Government.

Perbezaan konsep New World Order dan One World Government

Konsep New World Order (NWO) dan One World Government (OWG) adalah bersumberkan dari pertubuhan yang sama iaitu Illuminati. Perbezaannya hanya dapat dilihat dari segi tarikh pengenalan dan fungsi konsep kedua-dua idea tersebut.

Konsep OWG diperkenalkan selaras dengan penubuhan Illuminati iaitu pada 1776 oleh Adam Weishaupt. Konsep ini diguna pakai oleh Weishaupt untuk dijadikan matlamat penubuhan Illuminati dan objektif kepada gerak kerja masyarakat Yahudi elit.

Konsep NWO pula mengikut teori konspirasi mula diperkenalkan pada 1782 pada cop mohor kerajaan Amerika iaitu The Great Seal of the United States.

The Great Seal yang mempunyai gambar piramid itu juga mempunyai suatu perkataan latin yang ditulis sebagai Novus Ordo Seclorum atau New World Order.

Pada tahun 1935, kedua-dua cop mohor di atas telah dicetak di bahagian belakang wang kertas 1 dollar Amerika. Kemudian pada 11 September 1991, Presiden George H.W. Bush telah mengumumkan perlaksanaan New World Order di persidangan kongres.

Ringkasnya, NWO adalah perlembagaan tersembunyi bagi pentadbiran One World Government.

PBB ialah One World Government

Adakah One World Government yang dicanangkan Illuminati sudah tercapai? YA, ia sudah tercapai sebanyak 70 peratus dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penubuhan amat unik dan sama konsep penubuhannya seperti mana yang dihujahkan oleh Adam Weishaupt apabila ingin menarik orang ramai memasuki Illuminati.

PBB yang ditubuhkan pada 1945 itu diasaskan selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2. Ianya ditubuh khusus untuk menghentikan peperangan antara negara dan memastikan setiap isu diselesaikan melalui dialog (walaupun Amerika sendiri tidak mempraktikkannya).

PBB sebenarnya adalah objek realisasi yang berasaskan konsep One World Government. Ciri-ciri asas sebuah kerajaan ialah ia mempunyai menteri-menteri yang membantunya di bawah setiap kementerian.

Kerajaan pula asasnya mempunyai peringkat Persekutuan dan Negeri. Di dalam PBB, ia berfungsi sebagai Federal Government dan negara-negara yang menganggotainya adalah State Government.

Manakala setiap kerajaan mempunyai tentera tersendiri dan PBB juga mempunyai tentera pengaman tersendiri. Begitulah PBB jika diperhatikan konsep penubuhannya satu persatu dan dibandingkan pula dengan kehendak One World Government.

Cuma yang terkurang di dalam PBB ialah ia tidak mempunyai Ketua Kerajaan sebagaimana sebuah kerajaan biasa yang diketuai oleh Presiden atau Perdana Menteri.

PBB hanya mempromosikan Setiausaha Agung sebagai orang terpenting di dalamnya, manakala soal dasar ekonomi, polisi luar adalah daripada keputusan majlis keselamatan yang dianggotai oleh negara-negara kuasa veto.

Kemungkinan kita perlu lihat nanti negara manakah yang akan mencadangkan bahawa PBB perlu seorang Presiden PBB (Ketua One World Government) dan siapa pula yang bakal dilantik untuk menduduki kerusi pertama Presdien PBB.

Wallahu’alam…

Gambar Belangkas