Thursday, July 22, 2010
Banduan 650 - Dr. Aafia Siddiqui
Dr. Aafia dalam tahanan menunjukkan penderitaan yang dialami
Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.
Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai. Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.
Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan. Beliau belajar di Amerika dan memperolehi PHD dari Universiti Brandeis,Massachusetts dalam bidang sains neurologi pada tahun 2001. Sebelum itu beliau belajar Universiti Houstan selama tiga semester kemudian bertukar ke MIT dan major dalam bidang biologi, antropologi dan arkeologi dan mendapat sarjana muda dalam bidang biologi. Beliau banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja amal Islam semasa berada di sana. Di kalangan rakan-rakannya beliau dikenali sebagai seorang baik, kuat beragama dan lemah-lembut dalam berbicara.
Ini ceramah beliau
Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.
Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.
Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya semasa di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.
Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq. Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.
Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah klik di link Laman Menarik sebelah kanan sebagai sokongan kepada wanita genius yang tidak bersalah ini. Juga jangan lupa boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya. Adioss!!!
Dengar kisah lebih terperinci tentang apa yang berlaku pada Dr. Aafia oleh bekas tahanan Taliban Yvonne Ridley. Beliau sekuat mungkin memperjuangkan pembebasan Dr. Aafia
Wednesday, July 21, 2010
membuat jumlah pembaca artikel pada blog
Mungkin anda ingin mengetahui jumlah pengunjung yang membaca atau membuka artikel artikel anda pada setiap hari.Bagaimana kita boleh mengetahui berapa orang yang mengklik artikel yang dibuat?.artikel kali ini akan memperkatakan tentang cara membuat post views counter pada setiap posting anda.Page Hits Counter ini adalah menggunakan khidmat tools secara percuma oleh putchoice.com
Untuk makluman:
#Buat masa ini widget ini tidak berfungsi#
Untuk membuatnya:
1.Masuk ke blogger.com pilih edit HTML klik pada expand template widget
2.Kemudian cari kod :
kalau tiada  cari  kod ini: <data:post.body/>
3.Jika dah jumpa letakkan kod dibawah ini dibawah salah satu kod tadi.Jika ada dua kod,simpan pada kod yang pertama.
Page view dengan imej:
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<script src='http://www.putchoice.com/stats.php?p=stats' type='text/javascript'/> Views
</b:if>
* pada Views boleh ditukar dengan perkataan yang dinginkan
4.Seterusnya masukkan kod reciprocal verify  pada pada mana bahagian sidebar blog
Masuk ke design--Pilih Page elements dan klik pada add a Gadget
Pilih HTML/Javascript dan masukkan kod ini:
4.Kemudian save template anda.
Keluar dari blog anda  dan refresh 3 kali atau keluar masuk blog kali dan paparannya akan muncul
Jika anda anda memasang read more,ia akan terpapar setelah read more di klik.
Update:
5 Feb 2011..gunakan kod dibawah ini.
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
</b:if>
sumber:
http://csharpdotnetfreak.blogspot.com/
Sunday, July 18, 2010
Cara pasang menu scroll pada blog
Memasang scroll bar pada blog tujuannya yang utama adalah bagi menjimat kan ruangan.Cara membuat nya amat mudah dengan hanya  mengikut langkah dibawah ini.
1.Masuk ke dashboard,
kemudian pilih Layout-->>add gadget
2.HTML/JAVASCRIPT
Masukkan kod berikut:
masukkan teks atau apa apa kod yang hendak dipaparkan disini atau
Saiz kotak scroll boleh ditukar pada width(lebar)dan height)tinggi pada kod diatas
Memasang scroll bar pada blog tujuannya yang utama adalah bagi menjimat kan ruangan.Cara membuat nya amat mudah dengan hanya  mengikut langkah dibawah ini.
Untuk membuat menu scroll :
kod nya adalah seperti dibawah ini :
Cara membuat blog
masukkan link seterusnya....
Jika hendak letakkan nombor dihadapan senarai gantikan ul  kepada ol
ul akan memaparkan bullet dihadapan
Kod warna oren untuk kod scroll
Kod warna hijau adalah link artikel dan warna biru tajuk artikel yang hendak paparkan
Scroll akan muncul bila kandungan pada list melebihi ketinggian yang diletakkan pada kod(overflow:auto).Jadi ubahkan ketinggian pada height.
3.kemudian save untuk melihat hasilnya.
update 20/6/2013
Friday, July 16, 2010
Cara letak ikon disebelah tajuk posting
Penambahan ikon disebelah tajuk posting adalah merupakan satu daya penarik ,selain dari tajuk posting itu sendiri.Bagi tujuan itu gambar yang dimasukkan hendaklah adalah bersaiz 32x32
Untuk membuatnya ikuti  langkah ini:
Masuk ke design--->> EDIT HTML Kemudian cari kod berikut ini:
.post h3 {
margin:.5em 0;
padding:30px 0px 0px 45px;
font-size:120%;
font-style:italic;
line-height:1.3em;
color:#333;
background:url(letak url gambar disini ) no-repeat left center;}
• kod berwarna hijau ini adalah kod yang perlu ditambah
Jika tidak jumpa kod seperti diatas cuba pula kod ini :
<data:post.title/>
Nota: jika terdapat lebih dari satu kod ini,masukkan pada kod yang pertama.
Letakkan kod url gambar (warna hijau)diantara kod dibawah antara kod seperti ini:
<data:post.title/>
kod pada template
contoh kod pada template
Kemudian preview terlebih dahulu untuk mengetahui tiada apa apa error.
Jika telah berpuas hati  klik save template
Wednesday, July 14, 2010
Ulasan buku : I, PHOOLAN DEVI
Aku beli buku ini pada tahun 1998 sebab beberapa tahun sebelum itu selalu terpampang beritanya yang sensasi di ruangan luar negeri di dada-dada akhbar perdana. Disebabkan aku berminat dengan autobiograpy maka sudah sewajibnya aku membeli buku ini. Membaca buku ini anda akan merasakan anda sedang membaca skrip filem tamil yang dibukukan. Ada kisah kasta, penindasan, pergaduhan, bunuh, cinta, cuma lagu dan dansa sahaja yang tiada. Betullah kata keluarga angkat aku yang selalu berulang alik ke India, apa yang kamu lihat dalam filem tamil adalah realiti kehidupan di sana.
Buku ini menceritakan kisah duka Phoolan Devi dari zaman kanak-kanak sehinggalah dewasa. Phoolan Devi satu nama budak perempuan di pinggiran kampung yang miskin berkasta mallah (jenis kasta rendah) dan serba serbi kekurangan tetapi tidak menyangka namanya akan menjadi satu lagenda di negaranya sendiri juga di seantero dunia. Jika Robin Hood dilahirkan di England, India pula melahirkan Bandit Queen. Kedua-duanya memiliki watak yang sama. Merampas harta orang kaya dan diberikan kepada orang miskin cuma Phoolan Devi membalas dendam dan menuntut keadilan ke atas dirinya.
Mempunyai 5 orang adik beradik 4 perempuan dan seorang adik lelaki dan beliau anak kedua di dalam keluarga juga merupakan anak yang paling degil dan lincah. Ibu seorang suri rumah dan ayahnya seorang tukang kayu. Di zaman kanak-kanaknya beliau melalui segala hinaan dan penindasan dari bapa saudaranya dan sepupunya yang hidup dalam kekayaan hasil penipuan mereka terhadap keluarga Phoolan. Beliau jugalah yang banyak bersuara untuk melindungi keluarganya apabila bapanya yang terlalu naif gagal melindung keluarga sendiri dari pakcik dan sepupunya itu.
Pada umur 10 tahun Phoolan dikahwinkan oleh keluarganya dengan seorang lelaki yang telah pun beristeri. Malang buat Phoolan apabila dia didera seperti hamba tetapi akhirnya dia kembali ke pangkuan keluarganya. Untuk kaum mereka adalah memalukan apabila anak perempuan diceraikan dan Phoolan tidak diterima oleh keluarga sendiri. Phoolan selalu dipukul oleh ibunya kerana sikapnya yang tak serupa dengan anak orang lain. Tetapi Phoolan jenis yang sangat degil dan tidak peduli tentang penolakan masyarakat dan keluarga terhadap dirinya. Bapanyalah sahaja yang kasihan dan menyayanginya.
Melihat bapanya sentiasa ditipu oleh pakcik dan sepupunya beliau berani membawa kes perampasan dan penipuan tanah oleh pakciknya terhadap bapanya ke mahkamah. Melihat anak buahnya begitu berani maka mereka membalas dendam dengan membuat tuduhan Phoolan melakukan kecurian di rumah mereka. Akibatnya Phoolan ditangkap dan dipenjarakan juga dirogol oleh polis di hadapan bapanya yang naif. Ini membuatkan Phoolan begitu anti dengan lelaki dan bertambah kebenciannya kepada pakcik dan sepupunya dan dia semakin menonjol sebagai perempuan murah dan jahat di kampungnya.
Sehinggalah di satu ketika beliau diculik oleh satu kumpulan perompak berkasta Thakur (kasta tinggi sikitlah tu) dengan tujuan untuk merogolnya tetapi diselamatkan oleh seorang ahli kumpulan tersebut yang bernama Vikram yang taraf kastanya sama dengan Phoolan dan akhirnya Vikram mengambilnya sebagai isteri. Vikramlah yang mengajarnya cara-cara menggunakan senjata rifle dan mengajarnya merompak dan menculik orang-orang kaya untuk mendapatkan harta. Dengan kuasa yang ada beliau telah mengambil peluang menuntut bela terhadap orang-orang yang telah memusnahkan hidupnya.
Pembunuhan Vikram oleh kumpulan Thakur menyebabkan Phoolan keseorangan dan para Thakur menjadikan beliau mangsa rogol. Akhirnya pengikut-pengikut setia Vikram telah menyelamatkan Phoolan dan melantik Phoolan sebagai ketua mereka. Phoolan kemudian menuntut bela dengan mengarahkan pengikutnya membunuh orang yang merogolnya termasuk 20 orang Thakur yang lain di Bhemai.
Di akhir buku ini beliau telah menyerah diri beserta pengikutnya kepada pihak kerajaan dengan beberapa syarat. Maklumlah orang popular lagipun kerajaan India sampai ke sudah tak dapat menangkap beliau hingga terpaksa membuat perundingan dengan beliau. Betapa liciknya si Phoolan ini.
Buku ini sangat menarik untuk di baca kerana ia boleh membuatkan kita ketawa dengan kehidupan naifnya dan sedih dengan perlakuan yang dilakukan oleh orang sekeliling terhadapnya juga seperti di awal tadi buku ini boleh menimbulkan satu imaginasi filem tamil diminda kita.
Untuk penambahan sedikit dari kisah hidup beliau. Beliau dipenjarakan selama 11 tahun dan pada 1996 beliau telah memenangi kerusi parlimen. Beliau banyak menuntut hak waniita dan orang-orang miskin yang berkasta rendah untuk dilayan seperti orang lain. Kemenangan beliau di parlimen telah membuat namanya mahsyur di mata dunia dan orang mengambil kesempatan memfilemkan kisah kehidupannya tetapi beliau telah menyaman dan meminta kerajaan mengharamkan filem ini kerana filem tersebut banyak kepalsuan dan menjatuhkan maruah wanita. Pada tahun 2001 beliau telah dibunuh di hadapan rumahnya dan dipercayai pembunuhan ini dilakukan oleh puak-puak Thakur yang menuntut bela di atas pembunuhan yang berlaku di Behmai. ADIOSS!!!
Cara buat Link Membesar dan Berubah Warna
Membuat link sebegini adalah merupakan tambahan bagi memberi kelainan pada blog kita.Link akan hanya membesar dan berubah warna apabila pointer mouse dihalakan pada link.Pointer juga boleh diubah kepada bentuk lain,selain dari bentuk asal yang berupa tangan.
Berikut adalah caranya :
1. Login to Blogger kemudian pilih "design"
2. Klik pada "Edit HTML"
3. kemudian cari kod a:link dan a:hover dan gantikan dengan kod dibawah ini :
a:link
color:#0000ff;
font-size:10px;
cursor:default;
a:hover
color:#d2691e;
font-size:19px;
font-style:italic;
cursor:wait;
4. Kemudian klik save Template.
Nota:
warna oren menunjukkan warna link
warna merah menunjukkan ukuran font
warna hijau adalah font italic ketika pointer dihalakan pada link
warna biru menunjukkan style mouse pointer dan boleh ditukar menjadi crosshair, hand, wait,
move, text dan sebagainya
Monday, July 12, 2010
Petua
Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang
Mengempiskan Perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang
Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.
Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Gambar Belangkas