Thursday, July 8, 2010
Menukar jumlah komen pada artikel kepada perkataan
Pada setiap posting pada kebiasaanya akan memaparkan link dengan jumlah komen(sekiranya ia di aktifkankan) dan terpapar "0 comments" dan jika terdapat 1 komen ia akan memaparkan "1 comments",dimana paparan ini agak kurang menarik seolah olah  mcm menyuruh membuat komen(one comment pun boleh diubah pada kod dibawah.)Perkataan ini boleh juga ditukarkan kepada "Leave your Comment" atau lain perkataan yang kita suka.Berikut adalah cara nya:
1. Pada Design pilih,Edit HTMLdan seterusnya klik kotak “Expand widgets template”
2. Seterusnya cari kod ini:
<b:if cond='data:post.allowComments'>
<b:if cond='data:post.numComments == 1'>
1 <data:top.commentLabel/>
<b:else/>
<data:post.numComments/> <data:top.commentLabelPlural/>
</b:if>
</b:if>
dan tukarkan dengan kod ini:
<b:if cond='data:post.allowComments'>  <b:if cond='data:post.numComments == 0'> Leave your comment </b:if> <b:if cond='data:post.numComments == 1'> 1 Comment </b:if> <b:if cond='data:post.numComments > 1'> <data:post.numComments/> Comments </b:if>  </b:if>
3. Seterusnya cari kod ini:
<b:if cond='data:post.allowComments'>
<b:if cond='data:post.numComments == 1'>
1 <data:commentLabel/>:
<b:else/>
<data:post.numComments/> <data:commentLabelPlural/>:
</b:if>
dan tukarkan dengan kod ini:
<b:if cond='data:post.allowComments'>
<b:if cond='data:post.numComments == 0'> Leave your comment </b:if> <b:if cond='data:post.numComments == 1'> 1 Comment: </b:if> <b:if cond='data:post.numComments > 1'> <data:post.numComments/> Comments: </b:if>
Tulisan berwarna putih(bold) boleh ditukarkan dengan perkataan yang diinginkan.
Selamat mencuba.
Tuesday, July 6, 2010
Mengubah tajuk pada sidebar dengan imej
letak tajuk widget
Kebiasaannya tajuk pada sidebar blog adalah menggunakan teks.Entri kali ini adalah cara bagaimana kita boleh gantikan teks tersebut dengan imej ,yang mana lebih banyak pilihan teks yang boleh kita letakkan dan nampak lebih menarik lagi.Kita juga boleh reka bentuk tajuk widget  dengan paparan yg kita kehendakki dan tidak hanya bergantung dengan apa yang ada pada template semata mata.
Bagi membuatnya:
1.Masuk ke design--->>edit HTML--->>klik pada “expand template widget “
2.Sebagai contoh saya nak tukar tajuk Buku Tamu ,jadi saya cari judul widget Buku Tamu pada template. saya taip tajuk  Buku tamu pada kotak find(Ctrl+F) dan akan jumpa  kod seperti dibawah:
<b:widget id='HTML2' locked='false' title='Buku Tamu' type='HTML'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:title != ""'>
<data:title/>
</b:if>
<data:content/>
<b:include name='quickedit'/>
</b:includable>
</b:widget>
3.Untuk meletak imej sebagai tajuk widget,pertama sekali kita perlu buat tajuk dengan tulisan dan latarbelakang yang kita kehendakki,kemudian upload imej ke Photobucket kemudian  gantikan kod warna oren pada kod diatas :
<data:title/>
4.Gantikan dengan kod alamat gambar yg kita upload tadi:
contoh :
Kemudian  klik pada preview untuk melihat hasilnya
Jika tiada apa apa error klik save template.
Nota:
Untuk upload gambar boleh gunakan photobucket,tinypic .Untuk membuat corak teks pula boleh gunakan flamingtext atau cooltext.
Thursday, July 1, 2010
Menukar perkataan home,older post dan new post pada blog kepada ikon
change home,older post and new post to icon
Kebiasaanya pada bahagian bawah posting sesuatu blog terdapat perkataan home,older post dan new post.Kita boleh lihat pada kebanyakan laman web ikon diletakkan bagi menggantikan perkataan yang mana nampak lebih cantik dan praktikal.Jika anda ingin menukarnya,berikut adalah langkahnya:
1.Masuk ke blogger
2.kemudian pilih design/layout--->>edit html-->> Expand Widget Templates
3. Untuk new post cari kod dibawah:
<b:if cond='data:newerPageUrl'>
</ span>
</ b: if>
4. Tukar perkataan berwarna oren dengan kod dibawah:
5. Untuk older post  cari kod ini:
<b:if cond='data:olderPageUrl'>
</ span>
</ b: if>
6. tukar perkataan berwarna oren dengan kod dibawah:
7. Untuk home pula cari kod ini:
<b:if cond='data:blog.homepageUrl != data:blog.url'>
<data:homeMsg/> </ a>
<b:else/>
<b:if cond='data:newerPageUrl'>
<data:homeMsg/> </ a>
</ b: if>
</ b: if>
8. Tukar perkataan berwarna oren dengan kod dibawah::
9.Kemudian simpan template anda.
Gunakan ctrl+F lebih mudah untuk cari kod.taipkan --newerPageUrl,olderpageUrl dan homepageUrl..sebab setengah template kod agak berbeza sedikit.Jika korang nak tukar ikon yang lain boleh dapatkan pada laman laman web,cuma perlu upload ke photobucket,imageshack dan sebagainya.
Tuesday, June 29, 2010
membuat widget artikel paling popular atau top article
Mungkin anda pernah melihat widget top article atau artikel paling popular pada mana mana blog sebelum ini.Widget ini adalah seperti yang terdapat pada bahagian bawah blog ini.Fungsi widget ini adalah memaparkan artikel yang paling banyak dibaca dan juga bergantung kepada berapa banyak jumlah komen yang diberi.Ia juga adalah berdasarkan trafik terakhir pada blog kita.
Langkah langkah bagi membuatnya:
1. Login ke  Blogger
2. Seterusnya pilih "Layout"
3. Klik pada Add a Gadget --->>> HTML/Javascript
4. salin kod dibawah ini:
5. Gantikan  teknikbuatblog.blogspot.com dengan nama blog anda
6. Pada angka "10" menunjukkan jumlah "top article" yang akan dipaparkan dan
boleh  digantikan
7. kemudian save widget anda.
Thursday, June 24, 2010
Kecoh telur rebus tanpa telur kuning
KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda terkejut apabila telur ayam rebus yang dipotongnya tidak mempunyai telur kuning ketika membantu ibunya berniaga di Pasar Bukit Besar, di sini, semalam.
Keadaan menjadi kecoh seketika selepas kejadian pelik berkenaan diketahui peniaga pasar serta pelanggan gerai ibunya yang mengerumuninya untuk melihat telur berkenaan selain keletah beberapa individu yang menawar untuk membeli telur pelik itu.
Pemuda berkenaan, Muhammad Nor Firuddin Baharom, 21, berkata dia tercengang seketika apabila melihat telur rebus dibelah dua itu tidak mempunyai telur kuning sebelum kejadian pelik berkenaan disedari peniaga dan pelanggan gerai.
“Paling mengejutkan apabila segelintir pihak yang mengetahui mengenai kejadian itu tidak segan silu tawar menawar membeli telur berkenaan sehingga ada menawarkan RM500 untuk membelinya.
“Apabila ditanya faktor yang mendorong mereka menawarkan harga tinggi untuk telur berkenaan, mereka hanya memberi alasan ia boleh dijadikan ubat tanpa memberitahu jenis penyakit boleh dirawat menggunakannya.
“Memang pelik dan jarang berlaku telur ayam tanpa telur kuning, bagaimanapun saya menolak semua tawaran berkenaan kerana ingin menyimpannya sendiri tetapi tidak mengetahui kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan telur rebus itu tidak busuk serta tahan lama selain meletakkannya dalam peti sejuk,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Muhammad Nor berkata, sepanjang membantu ibunya membungkus nasi lemak di warung milik mereka, dia tidak pernah menemui telur ayam tanpa telur kuning.
Justeru, kejadian itu sedikit banyak mengejutkannya dan ahli keluarga selain berpendapat telur berkenaan pasti diminati pengamal perubatan tradisional di negeri ini.
“Mungkin telur pelik itu bernilai bagi sesetengah pihak dan ia mungkin memiliki 1,001 khasiat yang tersendiri. Saya berasa bertuah kerana menemuinya dan akan terus menyimpannya untuk tatapan orang ramai,” katanya.
Sumber: H.Metro
Bergusti dengan anaconda di dalam air
Perlawanan manusia dan Anaconda yang berlaku pada tahun 1960 antara Ross dan anaknya Tom di dalam air.
Wednesday, June 23, 2010
Gerhana Bulan Separa Sabtu Ini
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.
Gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.
Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini pada Rabu.
Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.
Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lepas.
Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.
-- BERNAMA
Gambar Belangkas