Monday, June 14, 2010
Harry Potter kini di dunia nyata
Universal Orlando Resort telah pun menyebarkan gambar Taman Tema Harry Potter yang akan dibuka umum pada 18 jun ini. Kini, kisah khayalan penyihir kanak-kanak itu telah diterjemahkan dari komik ke dunia nyata.
Selepas melalui pintu gerbang yang menempatkan kereta api Hogwarts Express, pengunjung akan melihat bandar rekaan Hogsmeade yang dilitupi salji, bumbung-bumbung bangunan dan rumah yang kotor serta barisan kedai-kedai, tidak ubah seperti yang dipaparkan dalam buku dan filem.
Kedai konfeksi Honeydukes menawarkan coklat berbentuk katak dan gula-gula paling popular dalam siri filem Harry Potter, Bertie Bott's Every-Flavour Beans boleh didapati dalam pelbagai bentuk daripada buah pear hingga ikan.
Penulis buku-buku Harry Potter, J.K. Rowling sangat mementingkan perincian dalam kerjanya dan Universal Orlando dilaporkan terpaksa bekerja keras bagi memenuhi permintaannya.
Hantar sms percuma dengan Facebook Application
Pergi ke laman web: http://www.dodotext.com
Klik Add our Facebook Application / gambar tersebut
klik Allow
klik Add to Profile
klik Add jika anda ingin letakkan box tersebut ke dalam profile anda.
Sekarang anda boleh menghantar mesej ke handphone sahabat anda secara percuma. Memang percuma!
Sunday, June 13, 2010
Video Pokok Rukuk
Gambar ini sebenarnya telah lama tersebar di internet. Namun ramai juga yang menduga bahawa ini adalah gambar rekaan, kerana kesahihannya boleh disangkal disebab ia adalah sebuah potret (suatu masa dahulu). Walaubagaimanapun, kini ramai yang telah pergi melihat sendiri pokok yang dalam keadaan rukuk tersebut.
Pokok yang seolah-olah dalam keadaan sedang rukuk tersebut terletak hanya 200km dari Sydney, Australia. Yang lebih menakjubkan, ia menghadap ke arah kiblat. Anda boleh mengkaji sendiri. Jika dilihat kedudukan pokok dari gambar sekarang dengan gambar yang pernah beredar diinternet suatu masa dahulu, tidak ada perbezaan.
Saturday, June 12, 2010
Batu karang terbesar dalam perut
Saiz baru karang yang biasa dijumpai adalah sebesar bola golf. Tapi kali ini seorang doktor telah menjumpai saiz yang lebih besar dari itu pada salah seorang pesakitnya. Amat mengejutkan, batu yang tinggal diperut pesakit itu selama ini adalah seberat 1.13 kg dan berdiameter 17 sentimeter.
Friday, June 11, 2010
Hilangkan blog title dan description
Jika anda dalam platform blogger dan menggunakan template asal blogspot,anda akan dapati bahawa tajuk blog dan deskipsi akan kelihatan pada header blog.Kalau deskripsi atau keterangan terlampau panjang kelihatan pula seperti iklan.Jika anda ingin menghilangkan tajuk dan deskripsi dari blog anda dan boleh meletak gambar sebagai header ikutilah langkah dibawah ini.
1.masuk ke blogger dan klik pada dashboard
2.Klik pada layout dan pilih edit HTML
3.Cari kod #header h1,jika tidak jumpa cari kod ini :#Header .description
4.masukkan kod display:none; pada hujung kod diatas
.Dibawah ini adalah contoh kedudukan kod tadi
#header .description {6.Kemudian save template anda.
margin:5px 5px 0;
padding:15px 20px .25em;
line-height:1.2em;
display:none;
Thursday, June 10, 2010
Pesawat tempur Amerika yang ganas
AC-130 merupakan sebuah pesawat tempur yg digunakan oleh tentera bagi sokongan pertempuran jarak dekat. Misi-misi lain termasuk pertahanan perimeter dan titik, pengiring, pendaratan, penurunan dan pengekstrakan zon sokongan, kawalan udara, dan operasi mencari serta menyelamat.
Pesawat berat ini dilengkapi dgn senjata sisi dan sensor canggih, sistem navigasi dan kawalan persenjataan bagi kadar masa tambahan. AC-130 telah digunakan secara efektif selama lebih tiga puluh tahun dalam memusnahkan kubu pertahanan dan sasaran2 lain. Satu kelemahan AC-130 ialah lazimnya serangan hanya boleh dilakukan pada waktu malam berikutan kendaliannya yang agak lemah dan sumber sasaran yg terhad kadangkalanya kurang tepat bagi mengenalpasti identiti sasaran.
Semasa Perang Vietnam, pesawat kelas ini telah memusnahkan lebih daripada 10,000 buah trak musuh dan telah di-kredit kerana byk membantu tentera darat dalam menyelamatkan mereka. Dalam Operation Desert Storm di Iraq, pesawat ini menyediakan pertahanan pangkalan dan sokongan udara jarak dekat untuk pasukan darat. Dalam satu misi, tentera Iraq telah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat AC-130H mengakibatkan kesemua 14 krew petugas terkorban.
Antara misi-misi yg terlibat:
* Operation Urgent Fury - Grenada, 1983
* Operation Just Cause - Panama, 1989
* Operation Desert Storm - Iraq/Kuwait, 1991
* Operation Restore Hope - Somalia, 1992–94
* Operation Support Democracy - Haiti, 1994
* Operation Deny Flight/Joint Endeavor - Bosnia, 1993–99
* Operation Assured Response - Liberia, 1996
* Operation Allied Force - Kosovo, March-July, 1999
* Operation Enduring Freedom - Afghanistan, 2001–present
* Operation Iraqi Freedom - Iraq, 2003–present
Seunit AC-130H mempunyai kos bernilai US$132.4 juta. Kini terdapat lapan AC-130H dan tujuh belas pesawat AC-130U yang masih aktif dalam perkhidmatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...