Thursday, June 3, 2010

masaalah blog melorot

Maksud blog melorot ialah bahagian pada side bar seperti pada blog ini hilang kedua belah dan bersambung pada bahagian tengah.Pada blog ada dua bahagian penting iaitu side bar dan juga halaman posting.Bahagian ini mengandungi ukuran tertentu.Bila terlebih maka berlaku lah melorot.

berikut adalah antara puncanya:

1.Halaman posting

Artikel yang yang ditulis dalam posting akan menyesuaikan kedudukan nya secara automatik semasa kita membuat posting.Bila ada beberapa karekter tidak dapat menyesuaikan pada kedudukannya akan menyebabkan berlakunya melorot.

Antara karekter tulisan yang tidak boleh menyesuaikan  dengan lebar halaman ialah:

a)alamat link URL
Alamat yang panjang hingga melebihi halaman posting juga adalah puncanya.Alamat ini boleh kita cantumkan dengan kod supaya menjadi pendek contohnya:

<a href="alamat url">nama blog/tajuk posting

menjadi <a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com">blog melorot</a>
dan terpapar begini pada posting-->blog melorot


b)Ada beberapa karekter seperti tanda "----",tanda ______ ,tanda = = = = kalau terlampau panjang juga boleh menjadi puncanya.

c)banner dan plugin
 berhati hati dengan banner iklan  dan plugin contohnya seperti translator jangan sampai terlebih ukuran.

2.sidebar

Ukuran maksimum pada sidebar ialah 200 piksel.jikalau terlebih maka sidebar akan melorot kebawah.


Jika tidak terdapat satu pun kesalahan diatas bermakna ada kesalahan kod HTML.Bagi mengatasinya hendaklah menukar template baru.
Jika template baru telah ditukar tapi tiada apa apa perubahan bermakna ada error pada artikel.Ia disebabkan kita mengedit artikel dalam mode edit HTML dan mengeluarkan error seperti dibawah.


Satu lagi kesannya  jika kita cuba menukar jumlah posting untuk dipaparkan pada halaman utama ia gagal dilakukan.contoh seperti dibawah jika saya menukar kepada 4 blog jadi melorot.Jika 3 ok saja.Jadi ada antara artikel tadi yang bermasaalah.

Wednesday, June 2, 2010

Laser senjata komando Israel tepat di dahi





Info:
NGO dari Malaysia akan menyertai satu konvoi terbesar didunia dalam misi untuk meruntuhkan halangan Zionis Israel Laknatullah terhadap Gaza dan menghantar pelbagai barangan keperluan asas kepada penduduk palestin yang selama ini dihalang oleh Zionis Israel Laknatullah.
Pelbagai badan NGO dari Malaysia telah menyatakan persetujuan untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam menganjurkan program untuk mengutip dana terhadap krisis kemanusiaan melalui projek “Lifeline4Gaza – Break The Siege”.

Antara NGO yang terlibat:
• Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
• Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
• Jemaah Islah Malaysia (JIM)
• Palestinian Center of Excellence (PACE)
• Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
• Pertubuhan Mawaddah Malaysia, and Viva Palestina Malaysia (VPM)

Konvoi Sebelum Ini

2006 – Terdapat 10 cubaan memasuki Gaza oleh pelbagai NGO dari seluruh dunia. Hanya beberapa cubaan yang bejaya.

2009 – Konvoi diketuai oleh Viva Palestina dan disertai oleh 320 sukarelawan melalui jalan darat sejauh 3000km dari U.K melalui Turki, Syria, Jordan, El-A’rish di Rafah, Mesir sebelum memasuki Gaza pada 6 Jan 2010. Terdapat 12 rakyat Malaysia telah menyertai rombongan tersebut. Meskipun konvoi ini berjaya memasuki Gaza, namun mereka gagal menghulurkan barang bantuan kepada penduduk Palestin.

2010- IHH mendapat sokongan penuh oleh kerajaan Turkin dan badan NGO dari 17 negara telah melancarkan kempen Lifeline for Gaza yang ke-4. Satu usaha besar-besaran telah dilancarkan dan konvoi kali ini akan menggunakan kapal melalui Laut Mediterranean dari Istanbul, menghala ke Cyprus dan akhirnya ke Gaza melalui jalan laut. Konvoi ini akan melibatkan lebih 20 buah kapal dan bot.

Kempen ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan dan akan disertai oleh ahli politik dan hak asasi manusia dari seluruh duni yang simpati kepada keaadaan penduduk di Palestin.

Bantuan akan disalurkan terus kepada Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik Turki yang telah menandatangani Perjanjian Keselamatan dengan kerajaan Israel Laknatullah sejak Perang Dunia Ke-2. Perjanjian ini menunjukan bahawa Israel tidak boleh menggangu sebarang kapal dari Turki.
Kejayaan konvoi ini amatlah penting kerana kapal-kapal akan digunakan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza pada masa hadapan.

Donations in aid of the Lifeline4Gaza project can be made directly to the account below:
Account name : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
Account number : 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad
Web : http://www.lifeline4gaza.org

Kematian Rachel Corrie dan Kapal MV Rachel Corrie




Sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland pada 30 Mac 2010 dengan harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement) digunakan dalam pelayaran sukarelawan ke Gaza.

Kapal berusia 42 tahun itu terbiar di pelabuhan Dundalk, Ireland selama sembilan bulan sebelum Gerakan Membebaskan Gaza atau FGM dengan sumbangan diperoleh PGPO membelinya untuk dimuatkan simen, kertas dan peralatan bantuan dan dihantar kepada penduduk Palestin di Gaza.



Kapal MV Rachel Corrie yang membawa aktivis pro-Palestin dan dinamakan sempena nama wanita Amerika Syarikat yang terbunuh di Gaza pada 2003.

Siapakah Rachel Corrie?
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).Beliau telah dibunuh dengan kejam dengan jentolak oleh Zionis ketika menghalang dari tindakan puak yahudi merobohkan kediaman penduduk palestin yang bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.



Sebelum di langgar jentolak


Selepas dilanggar









Beliau telah mengambil cuti selama setahun dari pengajiannya semata-mata untuk menyertai intifada ke 2 di Palestin. Kematiannya adalah akibat dari tekanan yang sangat kuat ke atas dadanya yang menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru-paru kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.


Dalam kenangan..

Bila Blog Down

Salam buat semua. Lama sungguh tak updated blog ini. Huhuu.. Sejak de self hosting memang blog ini sedikit (bukan sikit dah ni) terabai.. Bila self hosting bermasalah, baru lah nak jenguk blog ni. Ini lah manusia, habis madu sepah dibuang.. hehe.. 

Tak de nak cerita sebenarnya, tapi rasa nak nulis. Dah lama rasa nak menulis ni. Tak tertahan lagi. Dah le blog yang satu lagi tu dah 3 hari down.. Ni kerja hosting tu la.. Bila la nak baik.. Pe nak jadik ni.. huhuuu..

Baru-baru ni balik ke kampung, Penang. Sebelum balik, siap plan lagi ke mana nak habiskan waktu bercuti.. hehe.. biasalah, Penang kan kata orang, syurga makanan.. Kata orang, saya tak kata.. So, hari khamis, on the way balik lagi dah siap pesan kat adik, soh mak belikan murtabak sedap. Tak pernah rasa? Sedap woo.. Kat KL ni rasanya lum jumpa murtabak sesedap itu. Lau tak tanya lah IDLAN naib juara Raja Lawak kat Astro tu.. Katanya dulu die kerja dgn tauke murtabak sedap tu.. Heehee..

Hari Jumaat lepas lunch nasi ayam, petang sikit terus ke Machang Bubok. Mee kuah die mmg sedap, sampaikan suami tanya die letak pe dalam ni? Hehee.. Biasala kan.. Rasa yang tak berubah sejak saya sekolah rendah lagi.. Si puteri kecil tu pun makan banyak mee kuah tu.. Tapi mee je la, kuahnye tak..

Malam dah kekenyangan, hanya duduk di rumah menonton tv. Tu pun de hati nak makan ikan bakar.. Hahaaa.. Disebabkan dah kenyang, agenda tu diitukar keesokan harinya. Selepas penat bermain badminton bersama-sama suami dan adik-beradik, lepas Maghrib je terus ke Teluk Tempoyak.. Makan ikan bakar. orang Penang mesti tau.. Tak sangka lak dalam menunggu ikan dibakar, terjumpa pula member satu course kat universiti tu.. Dah lama tak jumpa.. Borak-borak la sikit kan..

Cerita lebih-lebih pun, gambar tak de kan.. hhuhuu.. Layan je la gambar yang de ni..

Rasa-rasa nampak sedap tak mee ni?

budak kecik ni baru bangun tido..si abah tgh ajak sembang2..

Tak banyak pun gambar, dua je.. cukup setakat ni ek.. Jumpa lagi..

Tuesday, June 1, 2010

Pengemis Jelita di tepi jalan


Bagaimana jika anda menemukan seorang pengemis yang berwajah jelita di tepi jalan. Kemungkinan tak sanggup kita nyatakan bahawa dia adalah pengemis. Tapi yang berlaku di salah sebuah kota di China seorang remaja perempuan yang berwajah manis mengemis untuk persekolahan adik lelakinya.
(Selalunya yang berlaku sekarang, jika tidak ada duit, mereka akan jual badan - maruah)

cara letak avatar pada komen

Blogger telah pun memperkenal satu elemen baru bagi membolehkan kita meletakkan  avatar pada komen
Berikut adalah cara meletakkan avatar pada komen.

Log in ke bloggerpilih setting--->comments
kemudian pilih "Show profile images on comment”
jika sekiranya anda memiliki template biasa avatar akan muncul pada komen di blog anda.Tetapi jika anda menggunakan template selain dari terdapat pada blogger anda perlu membuat perubahan pada template.
masuk ke layout---->pilih edit HTML (backup dulu template anda)

Klik pada Expand Widget dan cari kod berikut:

<dl expr:class='data:post.avatarIndentClass' id='comments-block'>

jika tidak jumpa bermakna anda kena buat sesuatu,jika tidak jumpa ikuti langkah berikut:

Cari:
<dl id='comments-block'>

gantikan dengan:


<dl expr:class='data:post.avatarIndentClass' id='comments-block'>

Kemudian cari semua kod:

<a expr: name 'data =: comment.anchorName' />

dan gantikan dengan:


<b:if cond='data:comment.favicon'>
<img expr:src='data:comment.favicon' height='16px' style='margin-bottom:-2px;' width='16px'/>
</b:if>
<a expr:name='data:comment.anchorName'/>
<b:if cond='data:blog.enabledCommentProfileImages'>
<div expr:class='data:comment.avatarContainerClass'>
<data:comment.authorAvatarImage/>
</div>
</b:if>


Jika anda ingin menggunakan default avatar pada komen bagi seseorang yang tiada gambar profile avatar gunakan kod CSS dibawah ini:
.avatar-image-container{width:50px;height:50px;margin-top:-5px;}
.avatar-image-container img {background:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeFlSCO3qO20kBsvfv3rFkkOvkLGlSPryOVmcnx4Hxc8Y0cyHubNCaLKmMcv7Pk4bmUORPUDHdsH2hp_q8nld6Fvx52-cNcZrV5wEj2m5Jbh_sCrG7Bl5pGbBPzZvSdrIC7spyk3-9bK4/s400/grav.png);width:50px;height:50px;}

letakkan diatas kod:  ]] ></ b:skin >

Kemudian simpan template anda dan lihat hasilnya.

Gambar Belangkas