Wednesday, June 2, 2010

Kematian Rachel Corrie dan Kapal MV Rachel Corrie




Sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland pada 30 Mac 2010 dengan harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement) digunakan dalam pelayaran sukarelawan ke Gaza.

Kapal berusia 42 tahun itu terbiar di pelabuhan Dundalk, Ireland selama sembilan bulan sebelum Gerakan Membebaskan Gaza atau FGM dengan sumbangan diperoleh PGPO membelinya untuk dimuatkan simen, kertas dan peralatan bantuan dan dihantar kepada penduduk Palestin di Gaza.



Kapal MV Rachel Corrie yang membawa aktivis pro-Palestin dan dinamakan sempena nama wanita Amerika Syarikat yang terbunuh di Gaza pada 2003.

Siapakah Rachel Corrie?
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).Beliau telah dibunuh dengan kejam dengan jentolak oleh Zionis ketika menghalang dari tindakan puak yahudi merobohkan kediaman penduduk palestin yang bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.



Sebelum di langgar jentolak


Selepas dilanggar









Beliau telah mengambil cuti selama setahun dari pengajiannya semata-mata untuk menyertai intifada ke 2 di Palestin. Kematiannya adalah akibat dari tekanan yang sangat kuat ke atas dadanya yang menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru-paru kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.


Dalam kenangan..

Bila Blog Down

Salam buat semua. Lama sungguh tak updated blog ini. Huhuu.. Sejak de self hosting memang blog ini sedikit (bukan sikit dah ni) terabai.. Bila self hosting bermasalah, baru lah nak jenguk blog ni. Ini lah manusia, habis madu sepah dibuang.. hehe.. 

Tak de nak cerita sebenarnya, tapi rasa nak nulis. Dah lama rasa nak menulis ni. Tak tertahan lagi. Dah le blog yang satu lagi tu dah 3 hari down.. Ni kerja hosting tu la.. Bila la nak baik.. Pe nak jadik ni.. huhuuu..

Baru-baru ni balik ke kampung, Penang. Sebelum balik, siap plan lagi ke mana nak habiskan waktu bercuti.. hehe.. biasalah, Penang kan kata orang, syurga makanan.. Kata orang, saya tak kata.. So, hari khamis, on the way balik lagi dah siap pesan kat adik, soh mak belikan murtabak sedap. Tak pernah rasa? Sedap woo.. Kat KL ni rasanya lum jumpa murtabak sesedap itu. Lau tak tanya lah IDLAN naib juara Raja Lawak kat Astro tu.. Katanya dulu die kerja dgn tauke murtabak sedap tu.. Heehee..

Hari Jumaat lepas lunch nasi ayam, petang sikit terus ke Machang Bubok. Mee kuah die mmg sedap, sampaikan suami tanya die letak pe dalam ni? Hehee.. Biasala kan.. Rasa yang tak berubah sejak saya sekolah rendah lagi.. Si puteri kecil tu pun makan banyak mee kuah tu.. Tapi mee je la, kuahnye tak..

Malam dah kekenyangan, hanya duduk di rumah menonton tv. Tu pun de hati nak makan ikan bakar.. Hahaaa.. Disebabkan dah kenyang, agenda tu diitukar keesokan harinya. Selepas penat bermain badminton bersama-sama suami dan adik-beradik, lepas Maghrib je terus ke Teluk Tempoyak.. Makan ikan bakar. orang Penang mesti tau.. Tak sangka lak dalam menunggu ikan dibakar, terjumpa pula member satu course kat universiti tu.. Dah lama tak jumpa.. Borak-borak la sikit kan..

Cerita lebih-lebih pun, gambar tak de kan.. hhuhuu.. Layan je la gambar yang de ni..

Rasa-rasa nampak sedap tak mee ni?

budak kecik ni baru bangun tido..si abah tgh ajak sembang2..

Tak banyak pun gambar, dua je.. cukup setakat ni ek.. Jumpa lagi..

Tuesday, June 1, 2010

Pengemis Jelita di tepi jalan


Bagaimana jika anda menemukan seorang pengemis yang berwajah jelita di tepi jalan. Kemungkinan tak sanggup kita nyatakan bahawa dia adalah pengemis. Tapi yang berlaku di salah sebuah kota di China seorang remaja perempuan yang berwajah manis mengemis untuk persekolahan adik lelakinya.
(Selalunya yang berlaku sekarang, jika tidak ada duit, mereka akan jual badan - maruah)

cara letak avatar pada komen

Blogger telah pun memperkenal satu elemen baru bagi membolehkan kita meletakkan  avatar pada komen
Berikut adalah cara meletakkan avatar pada komen.

Log in ke bloggerpilih setting--->comments
kemudian pilih "Show profile images on comment”
jika sekiranya anda memiliki template biasa avatar akan muncul pada komen di blog anda.Tetapi jika anda menggunakan template selain dari terdapat pada blogger anda perlu membuat perubahan pada template.
masuk ke layout---->pilih edit HTML (backup dulu template anda)

Klik pada Expand Widget dan cari kod berikut:

<dl expr:class='data:post.avatarIndentClass' id='comments-block'>

jika tidak jumpa bermakna anda kena buat sesuatu,jika tidak jumpa ikuti langkah berikut:

Cari:
<dl id='comments-block'>

gantikan dengan:


<dl expr:class='data:post.avatarIndentClass' id='comments-block'>

Kemudian cari semua kod:

<a expr: name 'data =: comment.anchorName' />

dan gantikan dengan:


<b:if cond='data:comment.favicon'>
<img expr:src='data:comment.favicon' height='16px' style='margin-bottom:-2px;' width='16px'/>
</b:if>
<a expr:name='data:comment.anchorName'/>
<b:if cond='data:blog.enabledCommentProfileImages'>
<div expr:class='data:comment.avatarContainerClass'>
<data:comment.authorAvatarImage/>
</div>
</b:if>


Jika anda ingin menggunakan default avatar pada komen bagi seseorang yang tiada gambar profile avatar gunakan kod CSS dibawah ini:
.avatar-image-container{width:50px;height:50px;margin-top:-5px;}
.avatar-image-container img {background:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeFlSCO3qO20kBsvfv3rFkkOvkLGlSPryOVmcnx4Hxc8Y0cyHubNCaLKmMcv7Pk4bmUORPUDHdsH2hp_q8nld6Fvx52-cNcZrV5wEj2m5Jbh_sCrG7Bl5pGbBPzZvSdrIC7spyk3-9bK4/s400/grav.png);width:50px;height:50px;}

letakkan diatas kod:  ]] ></ b:skin >

Kemudian simpan template anda dan lihat hasilnya.

Monday, May 31, 2010

Setahun makan tanah




Menjaga ayah yang lumpuh di dewan kuliah


Xu Dahui Seorang mahasiswi di Institut Bioengineering Wuhan, China membuktikan kecintaan dan ketaatan kepada ibu bapa membolehkannya menjadi pelajar terbaik di kampusnya itu.

Bapanya yang lumpuh akibat dari penyakit pendarahan otak akut menyebab Xu Dahui membawa dan menjaga bapanya semasa berada di dewan kuliah dan juga di kantin kampus ketika dia berkerja.

Ibunya juga tidak sihat. Bermakna Xu Dahui terpaksa menjaga kedua-dua ibu bapanya. Pada waktu pagi, dia terpaksa bangun awal untuk membeli sarapan. Kemudian membangunkan bapanya dan menyiapkannya untuk pergi bersama ke kuliah yang perjalanannya mengambil masa sekitar satu jam.

Balik dari kuliah, Xu Dahui pula perlu menyiapkan makanan malam untuk ayah dan ibunya pula. Begitulah rutin harian anak yang taat ini demi menjamin kehidupan ibu dan ayahnya dapat disempurnakan.

Dipaksa minum jus stoking


KUALA LUMPUR - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akhirnya meninggal dunia semalam.

Nor Hashimah Wahid, 30, disahkan meninggal dunia pukul 6.35 pagi akibat jangkitan paru-paru ketika sedang menjalani latihan Modul Jati Diri di Kem Latihan Jugra, Banting anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sejak 23 Mei lalu.

Difahamkan, Nor Hashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya dipaksa menjalani latihan lasak di situ walaupun pernah mengadu tidak sihat.

Seseorang pelatih PTD wajib mengikuti latihan tersebut selama tujuh bulan yang merupakan antara syarat untuk pengesahan jawatan.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa pernah mengadu tidak sihat ketika latihan masuk hari kedua tetapi dia disahkan hanya mengalami demam biasa selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

"Keadaan bertambah buruk apabila kami semua dipaksa menjalani latihan fizikal yang keras termasuk berkayak selama empat jam, berendam dalam kolam berlumpur dan minum air jus stoking," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, ekoran latihan lasak itu, Nor Hashimah semakin tenat apabila mukanya kelihatan pucat dan bibir kebiru-biruan sebelum dihantar ke HTAR Jumaat lalu.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Zakir Hussain, 41, memberitahu, mereka sekeluarga amat kesal dengan tindakan pihak pengurusan program latihan yang langsung tidak memberitahu mereka mengenai kesihatan Nor Hashimah.

"Pelatih tidak dibenarkan menggunakan telefon dan masa arwah demam pun mereka tidak beritahu kami. Suami arwah hanya dihubungi selepas dia dimasukkan ke ICU," katanya.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Norlia Hashim, 61, memberitahu, dia mendapati ada kesan luka dan lebam pada tubuh anak bongsunya itu ketika memandikan jenazah

"Bagaimanapun, saya tidak tahu apakah punca kesan lebam dan luka itu," katanya.

Gambar Belangkas