Wednesday, May 5, 2010

Di China, beribu-ribu orang mencari pekerjaan!

Susahnya nak dapat kerja..

















Osama Laden hidup mewah di Iran



NEW YORK - Sebuah dokumentari berjudul Feathered Cocaine mendakwa ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden masih hidup, sihat dan tinggal dalam kemewahan di Iran, lapor sebuah akhbar semalam.

Dokumentari itu yang ditayangkan di Festival Filem Tribeca, di sini, Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengisahkan tentang urus niaga bernilai berjuta-juta dolar AS dengan membabitkan aktiviti pemburuan haram burung helang di Asia Barat untuk dijual kepada golongan sheikh yang kaya raya.

Menurut dokumentari itu, Osama tinggal di sebuah kediaman yang dikawal oleh anggota-anggota pasukan keselamatan di ibu negara Iran, Teheran, bersama isterinya, beberapa anak dan cucu mereka sejak 2003 dan dilindungi oleh pemerintah negara berkenaan.

Dakwaan itu berdasarkan kenyataan seorang penyeludup burung helang dari bekas negara Kesatuan Soviet yang dikenali sebagai T-2.

Penyeludup itu berkata, dia berkenalan dengan Osama pada 2004 di sebuah kem pemburuan burung helang di timur laut Iran.

"Saya menemuinya (Osama) lima kali selepas 2004. Kali terakhir kami bertemu ialah pada Oktober 2007. Semua pertemuan kami berlaku di Iran," katanya.

Dakwaan tersebut bercanggah dengan teori popular termasuk oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa Osama kini bersembunyi di rangkaian gua di kawasan pergunungan yang terletak di sempadan Afghanistan dan Pakistan.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad bagaimanapun menolak dakwaan itu dan beliau dengan nada sinis menambah: "Osama bersembunyi di ibu negara AS, Washington D.C".

Menurut agensi berita AFP, Presiden Iran itu menyatakan beliau mendengar Osama berada di Washington tanpa memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya.

"Ya, saya mendengarnya (Osama berada di Washington). Ya beliau berada di sana kerana beliau (Osama) pernah menjadi rakan Bush," katanya yang merujuk kepada bekas Presiden AS, George W. Bush.

"Secara faktanya, mereka (Bush dan Osama) ialah rakan pada masa lalu. Anda tahu mengenainya. Mereka pernah menjadi rakan perniagaan minyak bersama-sama. Mereka pernah bekerja bersama.

"Osama tidak pernah bekerjasama dengan Iran tetapi beliau bekerjasama dengan Bush," kata Presiden Iran itu pada satu temu ramah dengan stesen televisyen ABC semalam.

Menurutnya, pegawai-pegawai AS sepatutnya tahu di mana lokasi pemimpin rangkaian Al-Qaeda itu.

"AS telah menceroboh Afghanistan untuk menangkap Osama.

"Mungkin ia (AS) tahu di mana lokasi Osama.

"Jika AS tidak mengetahui di mana Osama, kenapakah AS menyerang (Afghanistan). Adakah kita tahu maklumat perisikan?," kata Presiden Iran itu. - Agensi

Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm




Tuesday, May 4, 2010

Teknik Kalajengking Melahirkan Anaknya

Anak-anak kalajengking ini akan duduk dibelakang ibunya sehingga mereka cukup besar dan pandai hidup sendiri. AMARAN: Jangan jadikan kalajengking binatang peliharaan anda kerana ia bakal membiak lebih dari 10 ekor dalam satu masa!















Kucing berikan pertolongan cemas!


Pengemis di Teheran dapat RM4,815 sebulan

TEHERAN - Pengemis-pengemis di Teheran memperoleh pendapatan AS$1,500 (RM4,815) sebulan, lima kali ganda daripada gaji minimum pekerja di Iran, lapor agensi berita Mehr semalam.

Menurut seorang pegawai yang mengendalikan perkhidmatan sosial di Teheran, Sadegh Avvali, pengemis-pengemis itu memperoleh pendapatan AS$50 (RM160.74) sehari.


Dia berkata, kebanyakan pengemis itu datang dari kampung dan kawasan pekan terpencil tetapi terdapat juga warga asing.

Gaji minimum pekerja di Iran ialah kira-kira AS$300 (RM964.44) sebulan dan kebanyakan penduduk di negara tersebut percaya bahawa memberi sedekah merupakan satu bentuk kebajikan.

Berdasarkan inisiatif pihak perbandaran, pengemis dan golongan tidak berumah akan dihantar ke beberapa pusat perlindungan pada waktu malam. - AFP

Monday, May 3, 2010

Jurugambar aksi, hampir maut

Jurugambar, Andy Willsheer, hampir menemukan ajal apabila sebuah kereta lumba Drag terbabas ke arahnya dan melanggar konkrit penghadang di Litar Pomona di California pada akhir tahun lepas.

Kereta yang memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam itu telah merempuh penghadang jalan dan berhenti hanya satu meter dari tempat Andy Willsheer mengambil gambar. Beliau yang ketika itu asyik dengan rakaman gambar tidak melarikan diri. Berikut adalah hasil gambar yang beliau perolehi.











Gambar Belangkas