Saturday, April 24, 2010

Syiling Peringatan Sidang Kemuncak Asean ke 11



Syiling Peringatan sempena sidang kemuncak ASEAN ke 11 di Kuala Lumpur pada 12 - 14 Disember 2005.

Design blog anda sendiri

Blogspot memberikan kemudahan kepada pengguna bagi mereka bentuk sendiri design bagi blog.Kemudahan ini amat lah berfaedah kepada mereka yang tidak mahir kod CSS.Kalau dulu kita mungkin tercari cari tutorial dalam internet bagaimana untuk mengubah suai blog kita.Kini dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh Blogspot ini, kita boleh mengubahnya hanya dengan menekan tetikus sahaja.

Pertama sekali anda perlu masuk ke Blogger
Kemudian pilih Design

Kemudian pilih customise.
Kemudian muncul paparan Template Designer.

 
Dibahagian ini anda akan dapat mengubahsuai blog anda dengan begitu mudah sekali.apa yang perlu anda lakukan ialah menyusun kedudukan nya mengikut kemahuan anda tanpa menghilangkan widget,bloglist dan aplikasi yang ada.Berdasarkan gambar di atas, Blogger Template Designer ini menyediakan empat aplikasi untuk kita merekabentuk blog iaitu Templates, Background, Layout dan Advanced. 

Pada bahagian Templates, kita boleh memilih jenis-jenis Templates yang disediakan. Ada empat pilihan utama dan setiap pilihan utama ada subpilihan lain. Semuanya berjumlah lebih kurang 10-16 Templates untuk dipilih.

Pada bahagian background kita boleh menukar warna latar belakang blog, atau warna tema.Anda boleh mengekalkan template yang ada,anda boleh menukar gambar latar belakang anda disini.
Selepas menukar background anda boleh pergi kebahagian Layout.Disini kita boleh menyusun atur kedudukan sidebar,column kepada 2 atau 3 column.Kita juga boleh mengubah saiz template.
selamat mencuba.
update  13oct 2012

Ionator Pengubah Air Menjadi Bahan Pencuci


Anda pernah membaca 'Mesin penukaran air kencing menjadi air minum'? Kali ini tajuknya lebih kurang. Tapi air suling yang akan bertukar menjadi bahan pencuci. Kalau air kencing jadi bahan pencuci, macam mana? :-)

Ionator adalah alat yang mampu mengubah air bersih menjadi bahan pembersih. Yang menarik, cairan yang tercipta bebas dari bahan kimia. Ini bermakna ia lebih selamat digunakan samada untuk membersih peralatan anak-anak dan lainnya.

Hanya masukkan air ke dalam bekas ini dengan sambungan elektrik, ia akan bertukar menjadi bahan pembersih. Harganya hanyalah US$ 169 sahaja.









Photobucket

Friday, April 23, 2010

Masuk gambar pada background blog


Mungkin anda ingin supaya background blog anda lebih menarik dengan memasukkan imej kedalamnya,tetapi belum tahu bagaimana hendak membuatnya.Berikut adalah cara untuk membuatnya:
Login ke blogger, klikDesign, setelah masuk ke halaman template, klik sub menu Edit HTML, kemudian cari kod/tag CSS body { }, biasanya seperti dibawah ini:


body {
font: $bodyFont;
color: $textColor;
background: $bgColor;
}

kemudian  tambahkan kod untuk background dengan gambar seperti ini:


body {
font: $bodyFont;
color: $textColor;
background: $bgColor;
background-image: url(http://www.domain.com/gambar.jpg);
}

Gantikan http://www.domain.com/gambar.jpg dengan url dimana anda upload gambar/imej untuk background . Untuk upload gambar, anda boleh  boleh gunakan imageshack atau di Tinypic

update:

Jika kod diatas tiada atau tidak berfungsi letakkan pada bahagian kod ini:


.main-outer {
  border-top: $(main.border.width) solid $(body.rule.color);
background-image: url(http://www.domain.com/gambar.jpg);
}

Masyarakat kita perlukan orang yang hebat macam ni

Pakcik Yang Berani:




Makcik yang berani:




Pemuda yang berani:




Amir yang Selamat dari Adzab Allah Ta'ala

Ditakhrijkan oleh At-Thabrani dari Abu Wail Shaqiq bin Salamah sesungguhnya Umar bin Khathab ra. telah melantik Bashar bin Asim ra. untuk memungut zakat penduduk Hawazin. Bashar ra. telah melewat-lewatkan kepergiannya lalu beliau telah ditemui oleh Umar ra. dan telah berkata kepadanya, "Apakah yang telah menyebabkanmu terlambat?". Adakah kamu tidak mendengar dan thaat kepada perintah kami?". Bashar ra. berkata, "Tidak, melainkan aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Barang siapa yang menjadi ketua bagi sesuatu urusan kaum Muslimin, maka ia akan datang pada hari kiamat sehingga ia akan berdiri di atas sebuah jembatan Neraka. Jika ia telah melakukan kebaikan, ia akan selamat. Jika telah melakukan kejahatan, jembatan itu akan runtuh lalu ia akan terjatuh ke dalam api Neraka tersebut selama tujuh puluh tahun".



Abu Dzar ra. telah berkata kepada Umar ra. "Adakah kamu telah mendengar sesuatu dari Rasulullah SAW?" Umar ra. pun menjawab. "Tidak". Abu Dzar ra. berkata, "Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

'Barangsiapa yang bertanggungjawab ke atas urusan kaum Muslimin, ia akan datang pada hari kiamat sehingga ia akan berdiri di atas sebuah jembatan neraka. Jika beliau melakukan melakukan kebaikan dalam tanggungjawabnya ia akan selamat. Jika sebaliknya jembatan itu akan rubuh dan ia akan tejatuh ke dalam neraka itu selama tujuh puluh tahun dan Neraka itu amat gelap dan hitam'.

Maka hadis yang mana satukah yang lebih menggetarkan hatimu?". Umar ra. mejawab, "Kedua-duanya. Oleh itu adakah sesiapa yang mau mengambil jabatan Khalifah ini?". Abu Dzar ra. pun berkata, "Hanya orang yang hidungnya telah terpotong dan pipinya telah dilekapkan diatas tanah yang akan mengambil alih jabatan ini. Adapun aku tidak mengetahui melainkan jabatan Khalifah ini baik untuk mu. Karena jika kamu memberikan jabatan Khalifah ini kepada seseorang yang tidak akan berlaku adil, kamu juga akan menanggung dosa bersama dengannya".

Sebagaimana dalam kitab At-Targhib. Ditakhrijkan juga oleh Abdul Razak, Abu Nu'aim Abu Said An-Naqashi, Al-Baghowi dan Ad-Daruqutni dari jalur Sawid sebagaimana dalam kitab Al-Kanz. Ditakhrijkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Mundah dari selain galur Sawid sebagaimana dalam kitab Al-Isobah.

Yang Layak Menjadi Amir

Telah ditakhrijkan oleh At-Tirmidzi dan di hasankannya, Ibmu Majah, Ibnu Hibban dan lafadznya oleh Bukhari dari Abu Hurairah ra. katanya, Rasulullah shallallaahu 'alayhi wa sallam telah mengutus satu jema'ah yang terdiri dari beberapa orang. Sebelum mengutus mereka keluar, Rasulullah SAW telah mendengarkan bacaan Al-Qur'an dari setiap orang dari mereka. Baginda SAW telah mendatangi seorang lelaki yang paling muda di antara mereka lalu bertanya, "Adakah kamu menghafal Al-Qur'an?". Lelaki itu menjawab, "Ya, aku hafal beberapa surah dan surah Al-Baqarah". Rasulullah SAW bertanya lagi, "Apakah kamu hafal surah Al-Baqarah?". Pemuda itu menjawab, "Ya". Rasulullah SAW pun bersabda, "Pergilah, kamu adalah amir mereka". Seorang lelaki dari kalangan mereka berkata, "Demi Allah! Kami takut untuk menghafalnya sekiranya kami terpaksa mengamalkannya". Rasulullah SAW telah bersabda, "Belajarlah Al-Qur'an dan bacalah ia, karena sesungguhnya perumpamaan Al-Qur'an itu bagi sesiapa yang mempelajarinya dan membacanya adalah seperti kasturi yang tersebar baunya di setiap tempat. Barang siapa yang mempelajarinya dan menyimpannya adalah seumpama tempat penyimpanan yang mengandung kasturi yang tertutup".

Sebagaimana dalam kitab At-Targhib.

Ditakhrijkan oleh Al-Hakim dalam kitab Al-Kunya dari Asy-Sya'shy seumpamanya katanya, Umar bin Khathab telah berkata, "Tunjukkanlah kepadaku seorang lelaki yang patut akulantik sebagai amir untuk menguruskan hal ihwal kaum Muslimin?". Mereka menjawab, "Abdul Rahman bin Auf (ra)". Umar ra. berkata, "DIa seorang tua yang lemah". Mereka bertanya, "Siapakah yang kamu kehendaki?". Umar ra. menjawab,

Seorang lelaki, jika ia menjadi Amir mereka, ia menjadi seolah-olah orang biasa di antara mereka, dan apabila mereka ia tidak menjadi Amir mereka, ia seolah-olah adalah amir mereka.

Merekapun berkata, "Tidaklah kami ketahui seorangpun kecuali Ar-Rabi' bin Ziyad Al-Haris". Umar ra. pun berkata, "Kamu benar."

Sebagaimana dalam kitab Al-Kanz

Gambar Belangkas