Friday, April 23, 2010

Masyarakat kita perlukan orang yang hebat macam ni

Pakcik Yang Berani:




Makcik yang berani:




Pemuda yang berani:




Amir yang Selamat dari Adzab Allah Ta'ala

Ditakhrijkan oleh At-Thabrani dari Abu Wail Shaqiq bin Salamah sesungguhnya Umar bin Khathab ra. telah melantik Bashar bin Asim ra. untuk memungut zakat penduduk Hawazin. Bashar ra. telah melewat-lewatkan kepergiannya lalu beliau telah ditemui oleh Umar ra. dan telah berkata kepadanya, "Apakah yang telah menyebabkanmu terlambat?". Adakah kamu tidak mendengar dan thaat kepada perintah kami?". Bashar ra. berkata, "Tidak, melainkan aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Barang siapa yang menjadi ketua bagi sesuatu urusan kaum Muslimin, maka ia akan datang pada hari kiamat sehingga ia akan berdiri di atas sebuah jembatan Neraka. Jika ia telah melakukan kebaikan, ia akan selamat. Jika telah melakukan kejahatan, jembatan itu akan runtuh lalu ia akan terjatuh ke dalam api Neraka tersebut selama tujuh puluh tahun".



Abu Dzar ra. telah berkata kepada Umar ra. "Adakah kamu telah mendengar sesuatu dari Rasulullah SAW?" Umar ra. pun menjawab. "Tidak". Abu Dzar ra. berkata, "Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

'Barangsiapa yang bertanggungjawab ke atas urusan kaum Muslimin, ia akan datang pada hari kiamat sehingga ia akan berdiri di atas sebuah jembatan neraka. Jika beliau melakukan melakukan kebaikan dalam tanggungjawabnya ia akan selamat. Jika sebaliknya jembatan itu akan rubuh dan ia akan tejatuh ke dalam neraka itu selama tujuh puluh tahun dan Neraka itu amat gelap dan hitam'.

Maka hadis yang mana satukah yang lebih menggetarkan hatimu?". Umar ra. mejawab, "Kedua-duanya. Oleh itu adakah sesiapa yang mau mengambil jabatan Khalifah ini?". Abu Dzar ra. pun berkata, "Hanya orang yang hidungnya telah terpotong dan pipinya telah dilekapkan diatas tanah yang akan mengambil alih jabatan ini. Adapun aku tidak mengetahui melainkan jabatan Khalifah ini baik untuk mu. Karena jika kamu memberikan jabatan Khalifah ini kepada seseorang yang tidak akan berlaku adil, kamu juga akan menanggung dosa bersama dengannya".

Sebagaimana dalam kitab At-Targhib. Ditakhrijkan juga oleh Abdul Razak, Abu Nu'aim Abu Said An-Naqashi, Al-Baghowi dan Ad-Daruqutni dari jalur Sawid sebagaimana dalam kitab Al-Kanz. Ditakhrijkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Mundah dari selain galur Sawid sebagaimana dalam kitab Al-Isobah.

Yang Layak Menjadi Amir

Telah ditakhrijkan oleh At-Tirmidzi dan di hasankannya, Ibmu Majah, Ibnu Hibban dan lafadznya oleh Bukhari dari Abu Hurairah ra. katanya, Rasulullah shallallaahu 'alayhi wa sallam telah mengutus satu jema'ah yang terdiri dari beberapa orang. Sebelum mengutus mereka keluar, Rasulullah SAW telah mendengarkan bacaan Al-Qur'an dari setiap orang dari mereka. Baginda SAW telah mendatangi seorang lelaki yang paling muda di antara mereka lalu bertanya, "Adakah kamu menghafal Al-Qur'an?". Lelaki itu menjawab, "Ya, aku hafal beberapa surah dan surah Al-Baqarah". Rasulullah SAW bertanya lagi, "Apakah kamu hafal surah Al-Baqarah?". Pemuda itu menjawab, "Ya". Rasulullah SAW pun bersabda, "Pergilah, kamu adalah amir mereka". Seorang lelaki dari kalangan mereka berkata, "Demi Allah! Kami takut untuk menghafalnya sekiranya kami terpaksa mengamalkannya". Rasulullah SAW telah bersabda, "Belajarlah Al-Qur'an dan bacalah ia, karena sesungguhnya perumpamaan Al-Qur'an itu bagi sesiapa yang mempelajarinya dan membacanya adalah seperti kasturi yang tersebar baunya di setiap tempat. Barang siapa yang mempelajarinya dan menyimpannya adalah seumpama tempat penyimpanan yang mengandung kasturi yang tertutup".

Sebagaimana dalam kitab At-Targhib.

Ditakhrijkan oleh Al-Hakim dalam kitab Al-Kunya dari Asy-Sya'shy seumpamanya katanya, Umar bin Khathab telah berkata, "Tunjukkanlah kepadaku seorang lelaki yang patut akulantik sebagai amir untuk menguruskan hal ihwal kaum Muslimin?". Mereka menjawab, "Abdul Rahman bin Auf (ra)". Umar ra. berkata, "DIa seorang tua yang lemah". Mereka bertanya, "Siapakah yang kamu kehendaki?". Umar ra. menjawab,

Seorang lelaki, jika ia menjadi Amir mereka, ia menjadi seolah-olah orang biasa di antara mereka, dan apabila mereka ia tidak menjadi Amir mereka, ia seolah-olah adalah amir mereka.

Merekapun berkata, "Tidaklah kami ketahui seorangpun kecuali Ar-Rabi' bin Ziyad Al-Haris". Umar ra. pun berkata, "Kamu benar."

Sebagaimana dalam kitab Al-Kanz

219,000 Batang Rokok Untuk Kempen Berhenti Merokok



Dalam menyedarkan masyarakat tentang bahaya merokok, sebuah firma di Australia telah menampilkan 219,000 batang rokok di tengah-tengah kota Sydney.

219,000 Batang rokok ini bermakna, banyaknya jumlah perokok dalam jangka masa 30 tahun pada kadar 20 batang sehari.








Berhenti rokok!

Thursday, April 22, 2010

membuat "read more" pada posting

Membuat "read more" atau baca seterusnya pada blog

Caranya:

* Login ke blogger.com, klik pada Design  kemudian masuk ke Edit HTML

read more








* Untuk mengedit template secara keseluruhan, anda harus tandakan /aktifkan Expand Widget Templates




* Masukkan kod berikut sebelum tag </head> atau tepat sesudah kod
} ]]></b:skin>seperti ini:
<style>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
span.fullpost {display:inline;}
<b:else/>
span.fullpost {display:none;}
</b:if>
</style>

Seterusnya supaya posting terpotong, cari kod <p><data:post.body/></p> dalam template anda dan tambahkan kod berikut tepat dibawahnya:

<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
<a expr:href='data:post.url'> Read More..</a>
</b:if>

supaya terpotong, setiap kali anda posting, klik pada bahagian teks pada posting dimana anda ingin tulisan Read More.. muncul, dan taip<span class="fullpost">baki posting sampai penghujung dan taip </span>.

Untuk menambahkan kod ini, ketika posting anda mestilah dalam mod Edit HTML bukan Compose

posting







dan paparan teks seperti ini:

letak read more





*Perkataan read more ini boleh kita ubah menjadi perkataan lain hanya edit  perkataan read more pada kod tadi

Penghancuran Stadium Texas Dalam Masa 25 Saat

Menghancurkan, tak sesusah membina.. betul tak?

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket




Photobucket

Wednesday, April 21, 2010

Anak Ayam Goreng Filiphina



Maksudnya, Ayam Goreng, Anak Ayam. Yang digoreng ialah hanya anak ayam jantan kerana dimaklumi semua hanya ayam betina sahaja yang memberi keuntungan untuk bertelur. Oleh itu anak ayam jantan akan dibunuh sejurus sahaja hari pertama dilahirkan.

Sajian anak ayam goreng ini sangat ringkas. Hanya dengan sapuan mentega dan diletakkan lidi seperti satay, dan digoreng. Harga untuk secucuk hanya 6 peso.

psssst.. kalau tiada ayam jantan.. bagaimana ayam betina nak bertelur??














Gambar Belangkas