Wednesday, March 31, 2010

Syiling Peringatan Sukan Sea 2001 Kuala Lumpur.



Syiling peringatan sempena sukan sea ke 21 2001 Kuala Lumpur.

Hissa Hilal peserta pilihan The Million's Poet

ABU DHABI - Seorang suri rumah rakyat Arab Saudi, Hissa Hilal merupakan peserta pilihan untuk memenangi program realiti televisyen realiti terkenal The Million's Poet, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibu kepada empat anak itu antara lima peserta terakhir rancangan terbitan stesen Abu Dhabi TV yang cukup diminati di kalangan penonton rantau Asia Barat itu sehingga menyamai tahap populariti program American Idol di Amerika Syarikat.





"Puisi saya agak provokatif tetapi itulah cara saya untuk meluahkan pandangan dan mengetengahkan suara wanita Arab yang dimatikan oleh golongan tertentu," katanya.
Hissa tampil dengan memakai purdah gelap semasa membaca puisi pada program tersebut.
Sebelum ini, Hissa menjadi terkenal kerana dia menerima banyak ancaman bunuh kerana salah satu puisinya mengkritik sesetengah fatwa yang dianggapnya mengelirukan.
Antara baris sajak itu ialah: "Saya telah melihat kejahatan di dalam mata fatwa."
Pertandingan akhir puisi itu akan diadakan pada 7 April depan.
Pemenang utama pertandingan puisi itu ialah hadiah wang tunai AS$1.3 juta (RM4.24 juta). - Agensi



Sumber:
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm
http://cetak.kompas.com/read/xml/2010/03/24/03081061/penyair.mendadak.tenar.tetapi.terancam

Photobucket

Koleksi Syiling Lama (2)

Syiling asing (Hong Kong) 1960's - 1970's.



Syiling 10 sen dan 20 sen tahun kemerdekaan (1957)


Syiling 10 sen dan 20 sen tahun kemerdekaan (1957)

Dengan wajah King George VI dan Ratu Elizabeth II

Syiling satu sen berbentuk empat segi sama.


Syiling satu sen berbentuk segi empat sama.

Tuesday, March 30, 2010

Kisah Sedih Pasangan Burung

Sebelum ini, saya ada melihat video monyet yang kematian anak kesayangannya. Amat memilukan hati. Walaupun kita tak tahu perasaan yang dialami mereka, tapi jelas menunjukkan fenomena kasih sayang juga ada pada binatang-binatang. Saksikan kisah berikut dari gambar-gambar ini...


Photobucket
Seeokor burung betina yang dalam keadaan parah terkapar di jalanan


Photobucket
Pasangannya, si burung jantan membawakannya makanan.

Photobucket
Sewaktu memberikan burung betina itu makanan yang di bawa si burung jantan, burung betina itu sudah mati. Si burung jantan cuba mengangkat dan membangunkan burung betina itu.

Photobucket
Akhirnya burung jantan itu mengetahui kekasihnya itu sudah mati. Keadaan terharu terpapar di raut mukanya.

Photobucket
Si burung jantan seolah-oleh berteriak kesedihan

Photobucket
Akhirnya dengan kepasrahan burung itu, hanya berdiri di sebelah burung betina itu sambil meratap sedih.

Gambar ini, menyebabkan ratusan rakyat amerika menangis kesyahduan melihat gelagat seekor burung yang cuba untuk menyelamatkan pasangannya.



Syiling 1/4 sen dan 1/2 sen

Selamat Datang ke blog "Koleksi Syiling Lama" !

Blog ini dibina bagi berkongsi maklumat berkenaan wang/syiling lama yang sukar ditemui lagi dimasa sekarang. Generasi muda ramai tidak sedar kewujudan pelbagai jenis syiling sejak dahulu lagi. Bagi sesetengah pihak, syiling lama ini mempunyai nilai dan maknanya tersendiri. Justeru, ramai yang berminat untuk mengumpul wang/duit/syiling lama ini sebagai koleksi peribadi mahupun koleksi untuk pameran bersama. Oleh kerana variasi syiling-syiling lama ini mempamerkan keunikannya tersendiri, adalah lebih baik bagi saya untuk berkongsi (view) koleksi syiling lama yang saya miliki.
Syiling yang saya miliki meliputi syiling lama tempatan dan syiling asing.



Syiling yang memiliki nilai terkecil, satu per empat (1/4) sen yang saya miliki.



Syiling satu per dua (1/2) sen



Syiling peringatan Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980.
Dengan wajah Tun Abdul Razak dan bendera 14 buah negeri Malaysia.














Monday, March 29, 2010

Mendapatkan kembali post yang didelete

Blogger ada menyediakan undelete this blog untuk mendapatkan kembali blog yang sudah didelete.Bagaimana pula kalau kita hendak mendapatkan kembali post yang telah dipadam.

Berikut adalah beberapa cara untuk mendapatkan kembali post yang telah dipadam:

Cara pertama

Dapat kan salinan cache dari web dan masukkan kembali post dari cache

Taipkan pada search cache:http://namabloganda.blogspot.com/

Cara kedua:

Cara ini sesuai jika anda masih bekerja dengan komputer dimana anda membuat post tersebut.Tekan butang Ctlr+H untuk membuka senarai history pada sidebar.Dapatkan bahagian dimana anda telah mengedit post dan terus mengedit atau publish post(ataupun copy dan paste dari cache yang memaparkan post) .
history

Tutorial cara ubah setting pada blog

Tutorial blog kali ini adalah untuk mengubah beberapa ‘setting’ agar blog kita boleh di kesan oleh enjin pencari seperti Google,yahoo, Msn dan sebagainya. Berikut adalah panduan kepada mereka yang baru membina blog:

1.Klik Setting, dan kemudian klik Basic. Beberapa form yang harus di isi pada menu Formatting:

Title ⇒ isi dengan tajuk blog anda. Contoh : bina blog dengan blogspot.

Description⇒ isi pengenalan tentang blog anda. Contoh : teknik membuat blog dengan blogspot.

Add your blog to our listings? ⇒ pilih Yes agar setiap posting kita selalu masuk di daftar Blogger.com.

Let search engines find your blog? ⇒ pilih Yes.

Show Quick Editing on your Blog?⇒ pilih Yes.

Show Email Post links?⇒ Sebaiknya pilih yes, tetapi jika anda memilih no tidak mengapa.

Adult Content?⇒ Pilih No. Jika pilih yes bererti blog anda di anggap blog untuk dewasa.

Show Compose Mode for all your blogs?⇒ pilih Yes.

Enable transliteration?? ⇒ pilih Disable.

Klik butang Simpan Pengaturan . Selesai.


2. Klik Publishing untuk mengubah menu Publishing :

Blog*Spot Address⇒ isi dengan nama blog anda. Contoh : teknikbuatblog.blogspot.com.

Klik Save Setting. Selesai


3. Klik Formatting untuk mengubah menu Formatting :

Show ⇒ pilih angka posting yang ingin anda tampilkan. Contoh : Show : 8 posting.Ini bermakna posting yang akan tampil di halaman blog anda adalah sebanyak 8 posting. Pilih posts on the main page pada menu pulldown.

Date Header Format⇒ pilih format yang mana anda minat, Format Date Header Format ini akan muncul diatas posting anda nanti.

Archive Index Date Format⇒ pilih format yang mana anda minat.
Timestamp Format⇒ Pilih format waktu yang mana anda minat.

Time Zone⇒ Pilih zon waktu yang sesuai. Contoh [GMT+08:00]Kuala Lumpur.

Language ⇒ Pilih format bahasa yang anda minat.
Convert line breaks⇒ Pilih Yes.

Show Title field⇒ pilih Yes.

Enable float alignment⇒ pilih Yes.

Klik Save Setting. Selesai.


4. Klik Comment untuk mengubah menu Comment :

Comment ⇒ pilih show agar artikel anda dapat di komen oleh pengunjung.

Who Can Comment?? ⇒ Pilih Anyone - includes Anonymous Users. Bermaksud setiap orang boleh membuat komen pada posting anda.

Comments Default for Posts⇒ pilih New Posts Have Comments.

Backlinks⇒ Pilih show. Ini bermaksud anda mengetahui apabila ada yang membina link pada artikel anda.

Backlinks Default for Posts⇒ pilih New Posts Have Backlinks.

Comments Timestamp Format⇒ pilih format waktu yang mana anda minat.



saya masih dalam proses update tutorial mengikut dahboard baru blogger.....harap maaf

Gambar Belangkas