Friday, March 12, 2010
Sup Ayam Best
BAHAN-BAHAN (UNTUK 2-3 ORANG)
- Ayam ---- separuh
- Halia ---- 1cm
- Bawang besar ---- 1 biji
- Bawang merah ---- 2 ulas
- Bawang putih ---- 2 ulas
- Kulit kayu manis ---- 5 cm
- Buah pelaga, bunga lawang
- Garam secukup rasa
- Daun sup
CARA-CARA
- Halia, bawang besar, bawang merah dan bawang putih dikisar terlebih dahulu
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisaran tadi dengan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
- Masukkan 1 liter air dan masukkan ayam. Rebus sehingga ayam menjadi lembut dan kuah sedikit pekat.
- Masukkan garam secukup rasa dan biarkan selama beberapa minit.
- Letaklah daun sup untuk lebih warna (hiasan & boleh dimakan). Siap dihidang.
Senangkan?? Sungguh dan sangat-sangat senang. Oh ye, disebabkan sup ini tidak pedas, amatlah disyorkan agar sup dikongsi bersama-sama anak kecil yang gemarkan sup. Korang tidak perlu risau anak kecil korang tidak mahu makan atau sakit perut. Silap-silap, sup ni akan menjadi kegemaran mereka. Selamat mencuba ye..
Thursday, March 11, 2010
Wednesday, March 10, 2010
aktif semula
Salam semua. Ini untuk pemberitahuan, insyaAllah blog ini akan hidup semula.. (pernah mati ke dia..hehehe). APa pun insyaallah.. tapi blog ni saya akan tukar menjai blog yang lebih ke arah resepi. Korang suka makan kan? Insyaalah, kita kongsi bersama. Kalau korang de resepi-resepi yang menarik, leh la kongsi ek..
Setakat ini itulah yang bermain di fikiran saya. Harap-harap ianya tak terbantutla kan. Maklumlah, sibuk.. Terfikir gak camnerla orang yang de banyak2 blog untuk diuruskan.. hahaa.. sungguh.. Tapi kalau dah minat dan berkehendak, semuanya tak jadi masalah kan..
Oklah, setakat ini dulu, insyaallah, entry selanjutnya adalah berkisarkan kepada makanan. Insyaalah, jumpa lagi di lain hari..
Monday, March 8, 2010
Thursday, March 4, 2010
Syiling Peringatan Ulang Tahun ke 25 BNM.
Monday, March 1, 2010
Syiling Peringatan Sukan Sea ke 15 1989 Kuala Lumpur. (2).
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...