Wednesday, February 3, 2010

bersua kembali..

Salam semua. Lama sungguh tak jenguk sini. Sebenarnya ingat nak lupakan terus blogspot ni. Tapi bila tengok masih ramai (ramai ke..) yang datang ke sini lagi.. saya buat yang mana termampu la ek.. Tapi, jangan lupa ke blog saya yang baru.. Layan gambar dulu la ek.. Jom
Ini sepatutnya nak letak masa bulan Januari.. tak pe la.. Mungkin paling kurang sebulan sekali saya update blog ni.. Tengok kerajinan la ye.. Kat atas tu de tulis benda ni..
Even on the toughest day, there's something wonderful to cheer about.
Kata-kata ni ingatkan saya supaya saya sentiasa ceria walaupun de perkara yang sangat boleh membuatkan hati saya sedih..  Sedih dengan pekerja de gak.. hahaaa.. Jom layan gambar lagi..
kasut baru annur - suka sangat dengan kasut..

  ni kat rumah lepas beli kasut baru
ni kat Jucso AU, jalan2 kat sini. Annur suka naik mainan camni

Okeylah ek.. cukup dulu.. ni gambar random jer.. dah lama dalam hp, baru nak publish.. hehe.. okey, kawan-kawan.. enjoy..


Syiling Peringatan Ke 100 Tahun Kuala Lumpur


Dikeluarkan pada 1990 sempena 100 Kuala Lumpur.
Jumlah Tempaan : 25,000 unit
Diperbuat daripada : silver.925 fine
Nilai Muka : RM25

Apartmen Satu Bilik RM10.27 Juta

DUBAI - Bangunan tertinggi dunia, Burj Dubai akan dibuka secara rasmi pada Isnin ini tetapi seorang pembeli apartmen di bangunan itu berharap dia tidak akan mengalami kerugian berikutan harga hartanah yang menjunam.
Seorang ahli perniagaan Palestin yang namanya tidak didedahkan berkata, dia membeli sebuah apartmen satu bilik tidur di bangunan tersebut pada harga AS$3 juta (RM10.27 juta) pada 2008.





"Ekoran penurunan harga (hartanah), kerugian saya akan meningkat," katanya.
Harga hartanah di Dubai telah jatuh lebih 50 peratus sejak tahun lalu berikutan kemelesetan ekonomi. Syarikat Emaar, pemilik bangunan itu enggan mendedahkan ketinggian sebenarnya.
Ia cuma menyatakan ketinggianya melebihi 800 meter sekali gus mengatasi bangunan Taipei 101 yang setinggi 508 meter.
Bangunan itu dibina oleh syarikat Samsung Engineering & Construction, Kumpulan BESIX dari Belgium dan Arabtec dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Bangunan 160 tingkat itu boleh dilihat dari kedudukan sejauh 95 kilometer.
Ia mengandungi 57 buah lif untuk digunakan bagi membawa penghuni ke 1,044 apartmen selain terdapat ruang pejabat dan sebuah hotel. 

http://news.bbc.co.uk/2/hi/8439618.stm

Lima Tahun Tidur Di Sisi Mayat Isteri

TAKDIR alam, setiap yang hidup pasti mati dan tiada siapa yang dapat melawan hakikat ini.

Tetapi kasih sayang seorang suami yang mahukan isterinya berada di sampingnya walaupun telah meninggal dunia adalah sesuatu yang mustahil.

Namun seorang warga Vietnam telah berjaya melakukannya!

Dia menggali semula mayat isterinya dan menyelimutkan mayat itu dengan tanah liat sehingga meyerupai patung seorang wanita.

Lelaki tersebut, Le Van, 55, dari Ha Lam, wilayah Quang Nam berbuat demikian agar dapat memeluk isterinya setiap malam sejak lima tahun lepas.


Isterinya meninggal dunia pada tahun 2003 dan Le Van tidur di pusara isterinya semenjak itu.

Setahun selepas itu, dia menggali sebuah terowong berhampiran tempat itu untuk melindungi dirinya dari hujan dan angin.

Namun tindakan yang tidak masuk akal itu dikesan oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.

Tetapi Le Van tidak dapat meneruskan hidupnya tanpa isterinya di sisi. Oleh itu, dia menggali mayat isterinya dan membawanya balik ke rumah.

Sehingga hari ini, dia masih tinggal bersama mayat isterinya serta anak mereka.

Le Van memberitahu akhbar Lao Dong bahawa pada awalnya jiran-jiran tidak berani menjenguknya, tetapi kini mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut dan berkunjung ke rumahnya sekali-kala.

“Saya melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan bukan seperti orang kebanyakan,” katanya.

Dia juga dapat merasakan kehadiran roh isterinya sentiasa bersama mereka dua beranak. Mereka juga tidak takut untuk tidur bersama mayat itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka sedang merancang untuk memeriksa kes tersebut kerana di bawah undang-undang sanitasi yang baru digubal, mayat mestilah dibakar atau dikebumikan.

Perbuatan menanam mayat di kawasan perumahan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.

Sumber: http://mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2010/1/31/mstar_manusia_peristiwa/20100129213153&sec=mstar_manusia_peristiwa

P.S: KALAU dia pula yang mati? siapa yang nak tidur dengan dia? Kucing? Jangan bersifat jiwang tidak tentu hala. Kalau benar anda sayangkan kekasih - isteri, ayah, ibu, sedekahkan amal untuk dipindahkan kepada mereka. ok!

Tuesday, February 2, 2010

Koleksi Gambar Planet Marikh Terkini


Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Mesej Hangat. Gegaran di Pahang

Anda ada dapat mesej ini pada hari ini? 2 Feb 2010
Photobucket
[Semalam. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. > kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam.]


Macam pernah aku baca..  3 Mei 2009
Photobucket



... juga 20 Ogos 2009

Photobucket




Mungkin ini berita asalnya.. (27 Mac 2009)
Photobucket

Tapi sebelum ini, mungkin 2-3 tahun yang lepas juga aku pernah baca.. cuma bukti dah buang dalam tong sampah.. Mungkin juga kes cina nak bunuh orang melayu yang aku dengar masa sekolah rendah juga aku jumpa kembali.. huhu..

p.s: Berapa kali semalam daa...

Monday, February 1, 2010

Gambar David Beckham seorang Yahudi

David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham adalah dari keturunan Yahudi dari
sebelah datuknya. Perkara ini dapat dikenal pasti lagi apabila dia menghadiri upacara pengkebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan Golden Green, North London. Pada majlis itu dia memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi.

Selain itu anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.




"I used to wear the traditional Jewish skullcaps when I was younger, and I also went along to some Jewish weddings with my grandfather." - David Beckham




 



sumber lain:
http://en.wikipedia.org/wiki/David_Beckham
http://www.jewornotjew.com/profile.jsp?ID=47
http://www.thejc.com/news/uk-news/24461/david-beckhams-jewish-grandfather-dies
http://www.jewlicious.com/2005/08/goal-becks-discovers-jewish-roots/


Gambar Belangkas