Wednesday, February 3, 2010

Lima Tahun Tidur Di Sisi Mayat Isteri

TAKDIR alam, setiap yang hidup pasti mati dan tiada siapa yang dapat melawan hakikat ini.

Tetapi kasih sayang seorang suami yang mahukan isterinya berada di sampingnya walaupun telah meninggal dunia adalah sesuatu yang mustahil.

Namun seorang warga Vietnam telah berjaya melakukannya!

Dia menggali semula mayat isterinya dan menyelimutkan mayat itu dengan tanah liat sehingga meyerupai patung seorang wanita.

Lelaki tersebut, Le Van, 55, dari Ha Lam, wilayah Quang Nam berbuat demikian agar dapat memeluk isterinya setiap malam sejak lima tahun lepas.


Isterinya meninggal dunia pada tahun 2003 dan Le Van tidur di pusara isterinya semenjak itu.

Setahun selepas itu, dia menggali sebuah terowong berhampiran tempat itu untuk melindungi dirinya dari hujan dan angin.

Namun tindakan yang tidak masuk akal itu dikesan oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.

Tetapi Le Van tidak dapat meneruskan hidupnya tanpa isterinya di sisi. Oleh itu, dia menggali mayat isterinya dan membawanya balik ke rumah.

Sehingga hari ini, dia masih tinggal bersama mayat isterinya serta anak mereka.

Le Van memberitahu akhbar Lao Dong bahawa pada awalnya jiran-jiran tidak berani menjenguknya, tetapi kini mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut dan berkunjung ke rumahnya sekali-kala.

“Saya melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan bukan seperti orang kebanyakan,” katanya.

Dia juga dapat merasakan kehadiran roh isterinya sentiasa bersama mereka dua beranak. Mereka juga tidak takut untuk tidur bersama mayat itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka sedang merancang untuk memeriksa kes tersebut kerana di bawah undang-undang sanitasi yang baru digubal, mayat mestilah dibakar atau dikebumikan.

Perbuatan menanam mayat di kawasan perumahan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.

Sumber: http://mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2010/1/31/mstar_manusia_peristiwa/20100129213153&sec=mstar_manusia_peristiwa

P.S: KALAU dia pula yang mati? siapa yang nak tidur dengan dia? Kucing? Jangan bersifat jiwang tidak tentu hala. Kalau benar anda sayangkan kekasih - isteri, ayah, ibu, sedekahkan amal untuk dipindahkan kepada mereka. ok!

Tuesday, February 2, 2010

Koleksi Gambar Planet Marikh Terkini


Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Mesej Hangat. Gegaran di Pahang

Anda ada dapat mesej ini pada hari ini? 2 Feb 2010
Photobucket
[Semalam. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. > kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam.]


Macam pernah aku baca..  3 Mei 2009
Photobucket



... juga 20 Ogos 2009

Photobucket




Mungkin ini berita asalnya.. (27 Mac 2009)
Photobucket

Tapi sebelum ini, mungkin 2-3 tahun yang lepas juga aku pernah baca.. cuma bukti dah buang dalam tong sampah.. Mungkin juga kes cina nak bunuh orang melayu yang aku dengar masa sekolah rendah juga aku jumpa kembali.. huhu..

p.s: Berapa kali semalam daa...

Monday, February 1, 2010

Gambar David Beckham seorang Yahudi

David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham adalah dari keturunan Yahudi dari
sebelah datuknya. Perkara ini dapat dikenal pasti lagi apabila dia menghadiri upacara pengkebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan Golden Green, North London. Pada majlis itu dia memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi.

Selain itu anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.




"I used to wear the traditional Jewish skullcaps when I was younger, and I also went along to some Jewish weddings with my grandfather." - David Beckham




 



sumber lain:
http://en.wikipedia.org/wiki/David_Beckham
http://www.jewornotjew.com/profile.jsp?ID=47
http://www.thejc.com/news/uk-news/24461/david-beckhams-jewish-grandfather-dies
http://www.jewlicious.com/2005/08/goal-becks-discovers-jewish-roots/


Jepun Cipta Ikan Emas Lutsinar

TOKYO - Para penyelidik Jepun berjaya menghasilkan ikan Emas lutsinar yang membolehkan orang ramai melihat hati haiwan itu. "Anda boleh melihat hati dan organ-organ lain secara langsung kerana sisik dan kulit ikan ini tiada pigmen," kata Profesor Madya Yutaka Tamaru dari Jabatan Sains Hidupan, Universiti Mie. "Anda tidak perlu membedah ikan itu (untuk melihat isinya). Anda boleh melihat otak kecil di atas mata ikan tersebut," jelasnya. Sekumpulan penyelidik Universiti Mie dan Universiti Nagoya di tengah Jepun melakukan kajian selama dua tahun untuk menghasilkan ikan itu. Ikan itu dijangka mampu hidup sehingga 20 tahun dan membesar sepanjang 25 sentimeter dengan berat lebih dua kilogram. Ia dihasilkan dengan memilih ikan emas mutan yang mempunyai kulit pucat dan membiaknya bersama-sama. - AFP & kosmo



Sunday, January 31, 2010

Rekod baru kapal terbang kertas

TOKYO - Seorang jurutera Jepun, Takuo Toda mencipta rekod dunia apabila kapal terbang yang diperbuat daripada satu helaian kertas rekaannya berjaya bergerak di udara bagi tempoh yang lama.
Toda yang merupakan pengamal seni lipatan kertas atau origami melakukan 10 cubaan menerbangkan kapal terbang kertas itu yang sepanjang 10 sentimeter.
Kapal terbang kertasnya itu berada di udara selama 26. 1 saat.
Namun, catatan tersebut adalah yang terbaik bagi kapal terbang yang dihasilkan dengan satu helaian kertas.

Dia sebelum ini mencipta rekod 27.9 saat bagi kapal terbang kertas yang memiliki pita pelekat.
"Saya berasa amat tertekan kali ini," kata Takuo.
Percubaan memecah rekod dunia kapal terbang kertas itu dilakukan di sebuah hangar syarikat penerbangan Japan Airlines berhampiran Lapangan Terbang Haneda di sini.
Toda memberitahu, rahsia kejayaannya ialah menghalakan kapal terbang kertas itu ke arah atas dan bukannya ke hadapan.


 
  AP & kosmo

Gambar Belangkas