Friday, January 29, 2010

Syiling Peringatan 25 Tahun Kemerdekaan


Syiling Peringatan 25 Tahun Kemerdekaan dikeluarkan tahun 1982 dengan nilai muka 25 Ringgit. Jumlah keluaran 150,000 unit diperbuat daripada silver.500 fine.

Kopi Boleh Mengecilkan Payudara Wanita


LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka. Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.



Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

“Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,” kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

“Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.
“Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.”

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.
Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. Agensi

Wednesday, January 27, 2010

Teleskop dari London ke New York

Photobucket




Lagi.. lagi.. dan lagi..


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket





One Cent Brunei 1887


Coin one cent Brunei keluaran tahun 1304H/1887M ini amat jarang dijumpai. walaupun bukan dalam kategori rare lagi, tapi semakin sukar untuk diperolehi. Jumlah keluarannya pada tahun 1887 adalah 1,000,000 unit. Mungkin kerana usianya telah 123 tahun menyebabkan jumlah sebenar yang masih tersimpan semakin berkurangan.

Sunday, January 24, 2010

Duit yassin 1



Duit yassin 1 dengan gambar rama-rama dan orang berperahu ini amat jarang ditemui.

TELAH DITEBUS OLEH HAMBA ALLAH DARI N.SEMBILAN.

Friday, January 22, 2010

Dulang Tembaga Lama

1. Bergaris pusat 18 inci dengan berat 1.6kg.(TELAH DITEBUS OLEH HAMBA ALLAH DARI TAIPING, PERAK)

2. Bergaris pusat 17 inci dengan berat 1.1kg

3. Bergaris pusat 17inci dengan berat 1.1 kg

4. Bergaris pusat 17 inci dengan berat 1.1 kg

5. Bergaris pusat 17inci dengan berat 0.9 kg.

Dulang atau talam tembaga ini pernah digunakan untuk mengangkut hidangan untuk dihidang kepada tetamu. Juga digunakan sebagai tempat meletakkan makanan bagi orang yang makan setalam bersama. Aku pernah makan setalam dengan menggunakan dulang sebegini semasa kenduri di surau kampung kami.

Wednesday, January 20, 2010

selamat tinggal blogspot

Salam buat semua. Hari ni tiba-tiba rasa nak update blogspot ni. Terima kasih buat yang masih mengunjungi blog ni. Untuk sekali lagi sebaran dan pengumuman, saya telah bertukar ke domain baru.. check this out.. www.fiezaradzi.com. Feel free to visit ok.

Perkenalan saya dengan blog bermula apabila encik suami mula memperkatakan tentang blog. Mula-mula sign up, hanya rasa untuk personal, tapi lama-lama rasa bagus juga bagi info sikit-sikit. Dulu, memang malas nak update, tapi pastu rasa best lak.. Kawan- kawan pun ramai saya kenal dari blog dan dari forum. Best bila kita kerja tak ramai orang ni, jadi online le kawan-kawan kita.

Suatu hari, encik suami bermurah hati nak taja blog dengan domain sendiri. Saya pun pe lagi dengan hati berbunga-bunga lagi berseri-seri, terima tawaran dengan senang hati.. Hehe.. tapi untuk setahun je la.. tahun depan, sendiri mau ingat. Jadi, sekarang ni tgh sibuk mengemas blog baru tu. Harap-harap kawan-kawan dapat le berkunjung ke blog baru saya tu ye.. Dan jangan lupa tukar link di blog anda kepada link blog baru ye..Jangan tak datang.. hehe.. mungkin masa saya lebih banyak di situ nanti ..

Gambar Belangkas