Friday, January 1, 2010

perginya tak kembali..

Salam. Selamat tahun baru dengan azam baru.. Selamat semuanya.. amin..

Hari nih dah hari kedua tahun 2010.. cepatkan? Apa pencapaian kawan-kawan semua dalam 2009? Tercapaikah azam di akhir tahun 2008 dahulu? Atau masih menyambungnya untuk tahun 2010 ini? Apa pun, moga apa yang kawan-kawan azamkan akan terlaksana biar berapa lama pun masa yang diambil..

Tahun 2009 pergi takkan kembali. Bagi kami, tahun 2009 penuh dengan warna-warni kehidupan. 1 Julai genap umur annur setahun, 17 Ogos genap usia perkahwinan kami 2 tahun. Belum lagi pertambahan usia masing-masing.. Menuju kehidupan yang seperti yang telah dijanjikan Allah. moga kita semua mendapat rahmat dan lindunganNya. amin..

Memang, dari segi duniawi, tahun 2009 cukup bermakna. Dari segi harta dan pendapatan, alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki yang lebih untuk kami sekeluarga.. Terima kasih Ya Allah.. Tanpa keizinanMu tak mungkin kami mengecapi semua ini..

Moga azam tahun 2010 yang semakin mencabar ini dapat kami penuhi. Dalam mencari & memenuhi azam duniawi, jangan kita lupa pada 'kehidupan selepas ini'. Marilah kita sama-sama mengingati sesama sendiri akan hal ini.

Dalam kemeriahan menyambut kedatangan tahun baru 2010 ini, ternyata ada berita yang kurang enak di telinga dan mata. Sungguh, kealpaan membuatkan manusia mudah terjebak dalam kemaksiatan. Seorang pengerusi/pengetua rumah asuhan remaja yang mengandung tanpa ikatan, antara masa yang dikatakan tinggi kes penerimaan di rumah tersebut, salah satunya ialah pada sambutan tahun baru. Juga selepas konsert atau apa-apa acara yang melibatkan ramai orang dan hingga lewat malam. Sungguh, kalau tanpa perayaan atau sambutan ini, jika mereka yang terlibat ini masih melakukannya, tetap akan mereka lakukan. Tapi, keadaan yang melampau ini menjadi penyebab yang besar kepada aktiviti yang tidak sah ini. Rata-rata yang ditangkap merupakan pasangan bukan muhrim di hotel-hotel sejurus selepas aktiviti keraian diadakan. Adakah adanya keraian ini merupakan tiket bagi mereka melakukan perkara terkutuk ini?

Seawal usia kanak-kanak sudah didedahkan dengan aktiviti sambutan yang mana penuh pelbagai ragam, suasana dan tidak keterlaluan aktiviti yang kurang manfaat. Jadi, bila kanak-kanak ini membesar, maka jangan pula kita salahkan mereka kenapa pulang ke rumah lewat malam, kenapa berkawan dengan remaja-remaja liar dan sebagainya, kerana tanpa kita sedari kitalah yang memulakan 'perkenalan' dengan budaya sebegini.

Apalah salahnya hanya berada di rumah menyambut ala kadar kedatangan tahun baru ini dengan doa yang ikhlas agar kita dan keluarga sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yang tidak sepatutnya, atau mengadakan bacaan ayat Al-Quran secara berjemaah. Malah itu lebih baik rasanya.

Apa pun, moga kita semua terhindar dari perkara-perkara yang merugikan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara amnya. Moga azam yang kita tanamkan juga akan terlaksana di penghujung tahun ini. Juga moga kejahatan & kemusnahan dapat diperangi oleh kebaikan & keindahan. Selamat tahun 2010 untuk semua.

* Maaf andai kata-kata ini mungkin menyentuh hati sesiapa. Sekadar mengingatkan diri sendiri seadanya.

fr: selamat hari lahir buat mak tersayang di kampung. moga hari ini membawa kebahagiaannya yang berterusan. moga beroleh hidayah & rahmat dari-Nya. amin..



Hubungi Deena

Deena boleh dihubungi melalui email : dinaffi@gmail.com atau facebook : DeenaYasmin

Penafian / Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar peribadi ( hasil nukilan deena sendiri ) di Deena's Blog ini tidak boleh ditiru,(melainkan ada dinyatakan atau diletak link asal dimana ianya diambil). dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat menyakitkan hati, menganiaya, menggugut atau menggangu orang lain, atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, samada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat utk menyakitkan hati, menganiya, menggugut atau menggangu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat eletronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sunday, December 27, 2009

RM1 Siri ke 10




RM1 siri ke 10 ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman mempunyai nilai yang agak tinggi. Dikeluarkan tahun 1999 dengan prefix CR sahaja.

Friday, December 25, 2009

Makanan tentera Amerika di Iraq

Tentera selalu diajar untuk makan beruk kat hutan (di Malaysia lah tu) makan daun-daun, dan minum air sungai (walau pun ada member buang air besar kat bahagian atas sana).. Tapi kalau duduk di Iraq, makanan jadi mewah. Ini datang untuk enjoy ke apa ni?!!
Jom tengok lagi gambar-gambar anak-anak kafir biadab ni ber-fun fair di Iraq.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Thursday, December 24, 2009

RM50 Siri Pertama


Dikeluarkan antara tahun 1967 hingga 1972 dengan tandatangan Ismail Md Ali. Semakin susah nak jumpa dalam pasaran sekarang, aku dapat pun yang vf saja.

Wednesday, December 23, 2009

storm warrior...

Salam. kawan-kawan, hari ni kita review citer baru hangat di pasaran.. storm warrior. The storm warrior adalah edisi kedua, selepas edisi pertama The Storm Riders berada di pasaran pada tahun 1998. Kedua-dua filem ini diadaptasi dari komik Pedang Setiawan.. (bebudak lelaki suker bace nih..- aku tau sebab abg aku camtu gak dulu..). igt lagi, sanggup sembunyi dalam envolope la konon-kononnya mak tak tau.. padahal mak tau.. hahaa..

Berbalik kepada cerita The Storm Warrior.. kali ini sedikit berbeza apabila karektor 'Fung' (angin) lakonan Ekin Cheng, lebih berani & sedikit berwatak jahat kerana mempelajari ajaran jahat kerana ingin menewaskan Aties Jati (lakonan Simon Yam). Angin terpaksa mempelajari ajaran ini kerana ia cara yang kuat dan paling cepat bagi menghapuskan aties jati. DIa dipilih kerana dikatakan mampu mengawal kuasa jahat (kuasa jahat ni kalau tak dapat dikawal, orang tu akan jadi jahat selama-lamanya). Sementara Aaron Kwok sebagai 'Wan' (awan) pula jika Storm Riders lebih bersifat pendiam & sedikit agresif, tetapi untuk kali ini beliau lebih lembut sifatnya,  lebih bersifat kemanusiaan (sequel pertama dia lebih kejam) dan menjadi anak murid Tanpa Nama, (lakonan Kenny Ho) yang belajar teknik-teknik hebat pedang, juga bagi menghapuskan aties jati. Aties jati sangat hebat ketika ini kerana kuasanya untuk menakluk China bersama-sama anaknya, aties kuntum, lakonan Nicholas Tze.. (klakar lak nama..).

Yang menarik dalam cerita ini:
  1. Aksi lawan yang best, terutamanya sama angin dan awan berlawan satu sama lain..
  2. Kesan sampingan yang menarik
  3. Lagu yang best, walaupun aku tak faham..
  4. Sedikit berbeza dengan edisi pertama, walaupun tujuannya untuk menghapuskan kejahatan
  5. Watak utama lebih ditonjolkan dengan aksi-aksi menarik
Yang menjadi persoalan:
  1. Apa jadi dengan awan selepas menyelamatkan angin? - mungkin ada sequel ketiga pula...
  2. Apa sebenarnya terjadi kepada anak aties jati, aties kuntum selepas perebutan tulang belakang (harta kerajaan China)
  3. Aku tak suka Ekin Cheng jadi jahat.. walaupun di sebaliknya aku suka aksi itu.. camne tuh?
    - terutamanya bila dia bunuh aweknya Awan (Tang Yan yang menggantikan Shu Qi sebagai watak Chu Chu). Jahat sangat muka dia masa tu..
  4. Tak nampak sangat gabungan angin dan awan bagi menghapuskan aties jati. Macam si angin jer yang bunuh.
Anyway, cerita ni memang menarik hati kepada sesiapa yang suka citer aksi-aksi, yang minat baca komik Pedang Setiawan, juga kepada mereka yang minat pelakon-pelakon yang terlibat..

Kesimpulannya, aku suke citer ni, best. Setakat ini dulu review, selamat menonton.

Nota kaki: petang ni nak balik kampung, balik ambil annur.. yeay.. doakan semua selamat ye..

Gambar Belangkas