Sunday, December 27, 2009

RM1 Siri ke 10




RM1 siri ke 10 ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman mempunyai nilai yang agak tinggi. Dikeluarkan tahun 1999 dengan prefix CR sahaja.

Friday, December 25, 2009

Makanan tentera Amerika di Iraq

Tentera selalu diajar untuk makan beruk kat hutan (di Malaysia lah tu) makan daun-daun, dan minum air sungai (walau pun ada member buang air besar kat bahagian atas sana).. Tapi kalau duduk di Iraq, makanan jadi mewah. Ini datang untuk enjoy ke apa ni?!!
Jom tengok lagi gambar-gambar anak-anak kafir biadab ni ber-fun fair di Iraq.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Thursday, December 24, 2009

RM50 Siri Pertama


Dikeluarkan antara tahun 1967 hingga 1972 dengan tandatangan Ismail Md Ali. Semakin susah nak jumpa dalam pasaran sekarang, aku dapat pun yang vf saja.

Wednesday, December 23, 2009

storm warrior...

Salam. kawan-kawan, hari ni kita review citer baru hangat di pasaran.. storm warrior. The storm warrior adalah edisi kedua, selepas edisi pertama The Storm Riders berada di pasaran pada tahun 1998. Kedua-dua filem ini diadaptasi dari komik Pedang Setiawan.. (bebudak lelaki suker bace nih..- aku tau sebab abg aku camtu gak dulu..). igt lagi, sanggup sembunyi dalam envolope la konon-kononnya mak tak tau.. padahal mak tau.. hahaa..

Berbalik kepada cerita The Storm Warrior.. kali ini sedikit berbeza apabila karektor 'Fung' (angin) lakonan Ekin Cheng, lebih berani & sedikit berwatak jahat kerana mempelajari ajaran jahat kerana ingin menewaskan Aties Jati (lakonan Simon Yam). Angin terpaksa mempelajari ajaran ini kerana ia cara yang kuat dan paling cepat bagi menghapuskan aties jati. DIa dipilih kerana dikatakan mampu mengawal kuasa jahat (kuasa jahat ni kalau tak dapat dikawal, orang tu akan jadi jahat selama-lamanya). Sementara Aaron Kwok sebagai 'Wan' (awan) pula jika Storm Riders lebih bersifat pendiam & sedikit agresif, tetapi untuk kali ini beliau lebih lembut sifatnya,  lebih bersifat kemanusiaan (sequel pertama dia lebih kejam) dan menjadi anak murid Tanpa Nama, (lakonan Kenny Ho) yang belajar teknik-teknik hebat pedang, juga bagi menghapuskan aties jati. Aties jati sangat hebat ketika ini kerana kuasanya untuk menakluk China bersama-sama anaknya, aties kuntum, lakonan Nicholas Tze.. (klakar lak nama..).

Yang menarik dalam cerita ini:
  1. Aksi lawan yang best, terutamanya sama angin dan awan berlawan satu sama lain..
  2. Kesan sampingan yang menarik
  3. Lagu yang best, walaupun aku tak faham..
  4. Sedikit berbeza dengan edisi pertama, walaupun tujuannya untuk menghapuskan kejahatan
  5. Watak utama lebih ditonjolkan dengan aksi-aksi menarik
Yang menjadi persoalan:
  1. Apa jadi dengan awan selepas menyelamatkan angin? - mungkin ada sequel ketiga pula...
  2. Apa sebenarnya terjadi kepada anak aties jati, aties kuntum selepas perebutan tulang belakang (harta kerajaan China)
  3. Aku tak suka Ekin Cheng jadi jahat.. walaupun di sebaliknya aku suka aksi itu.. camne tuh?
    - terutamanya bila dia bunuh aweknya Awan (Tang Yan yang menggantikan Shu Qi sebagai watak Chu Chu). Jahat sangat muka dia masa tu..
  4. Tak nampak sangat gabungan angin dan awan bagi menghapuskan aties jati. Macam si angin jer yang bunuh.
Anyway, cerita ni memang menarik hati kepada sesiapa yang suka citer aksi-aksi, yang minat baca komik Pedang Setiawan, juga kepada mereka yang minat pelakon-pelakon yang terlibat..

Kesimpulannya, aku suke citer ni, best. Setakat ini dulu review, selamat menonton.

Nota kaki: petang ni nak balik kampung, balik ambil annur.. yeay.. doakan semua selamat ye..

Tuesday, December 22, 2009

kenangan semalam

Salam semua,
Saat ni dah de kat Gombak, selepas penat drive bertukar-tukar dengan incik suami dari johor.. Memang penat kalau dah berminggu-minggu asyik travel kl-jb-kl.. pas2 kadang2 dari kl-penang-kl.. uish.. takkan ku ulangi semua ini. harap-harap kalau berlaku lagi, akan ada pilihan yang lebih baik..

Oh ye, hari tu ada entry saya kat sebuah U.. di kesempatan yang ada, saya melawat cikgu yang lama muncurahkan ilmu kepada saya.. Melawat beliau & isteri, bersama-sama suami, betul-betul mengimbas kembali kenangan lama. Terima kasih cikgu.. Memang ternyata cikgu banyak berbakti untuk saya & rakan-rakan. Tambahan pula sms menyusul mendoakan kebahagiaan saya bersama suami, sangat-sangat saya hargai & perlukan.. Cikgu, saya doakan cikgu juga bahagia bersama keluarga cikgu..

Disebabkan masih ada masa terluang, saya mengajak suami ke sekolah yang mana 5 tahun menghadap muka saya nih.. Kenangan sangat-sangat menjelma.. Teringat lagi kenangan bersama kawan-kawan  yang satu batch sekalian.. Namun, dek kerana cuti sekolah, maka tidak dapatlah saya masuk ke dalam.. Cuma dapat melihat dari jauh perubahan sekolah, dan dapat juga menjejak kaki ke padang/astaka kebanggaan bila adanya hari sukan...









atas kiri: astaka sekolah dari pintu pagar
atas kanan: astaka sekolah - tempat duduk
atas tengah: padang astaka - tempat selalu marching & sukan sekolah

Sempat lagi ke belakang sekolah.. Nih gambar yang sempat diambil...










kiri: bangunan ni dulu tak de, sekarang mungkin rumah cikgu/rumah dijual.. rasa-rasa kuarters cikgu kot..
kanan: dulu tempat ni hutan jer, tapi dah de bangunan belakang tu..

Masa tu ingat lagi, form 5.. masa kat hutan tu sedang dibangunkan, sekolah kami dikejutkan dengan kehadiran 'tetamu' tak diundang.. saya sempat terserempak & mengejar.. tak ingat takut dah masa tu.. Tapi, tu cerita dulu..











kiri: pintu gerbang sekolah 
kanan: laluan masuk ke sekolah

dari luar sekolah, bangunan putih kiri gambar, bangunan baru - tak tau apa..

Ni pulak signboard sekolah, pintu pagar, kat tempat masuk.. sepatutnya saya ambil gambar berdiri kat situ kan.. lupa la...

Itu lah gambar yang sempat saya ambil.. Memang kenangan sangat-sangat sebab 5 tahun duduk sana.. Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat belajar 5 tahun kan... hiihii.. Diam tak diam dah 10 tahun saya meninggalkan sekolah tu.. Harap-harap suatu hari nanti saya berpeluang masuk ke sekolah  itu semula.. Bukan sebagai cikgu kot.. besar tanggungjawabnya...Teringinnya nak ke sekolah semula...

* p/s: saya dah menonton storm warrior.. best.. teringat kat bilik komputer sekolah ni la saya menonton cd citer storm riders dulu bersama kawan saya...

Sunday, December 20, 2009

Friday, December 18, 2009

Gambar Belangkas