Salam. kawan-kawan, hari ni kita review citer baru hangat di pasaran.. storm warrior. The storm warrior adalah edisi kedua, selepas edisi pertama The Storm Riders berada di pasaran pada tahun 1998. Kedua-dua filem ini diadaptasi dari komik Pedang Setiawan.. (bebudak lelaki suker bace nih..- aku tau sebab abg aku camtu gak dulu..). igt lagi, sanggup sembunyi dalam envolope la konon-kononnya mak tak tau.. padahal mak tau.. hahaa..
Berbalik kepada cerita The Storm Warrior.. kali ini sedikit berbeza apabila karektor 'Fung' (angin) lakonan Ekin Cheng, lebih berani & sedikit berwatak jahat kerana mempelajari ajaran jahat kerana ingin menewaskan Aties Jati (lakonan Simon Yam). Angin terpaksa mempelajari ajaran ini kerana ia cara yang kuat dan paling cepat bagi menghapuskan aties jati. DIa dipilih kerana dikatakan mampu mengawal kuasa jahat (kuasa jahat ni kalau tak dapat dikawal, orang tu akan jadi jahat selama-lamanya). Sementara Aaron Kwok sebagai 'Wan' (awan) pula jika Storm Riders lebih bersifat pendiam & sedikit agresif, tetapi untuk kali ini beliau lebih lembut sifatnya, lebih bersifat kemanusiaan (sequel pertama dia lebih kejam) dan menjadi anak murid Tanpa Nama, (lakonan Kenny Ho) yang belajar teknik-teknik hebat pedang, juga bagi menghapuskan aties jati. Aties jati sangat hebat ketika ini kerana kuasanya untuk menakluk China bersama-sama anaknya, aties kuntum, lakonan Nicholas Tze.. (klakar lak nama..).
Yang menarik dalam cerita ini:
- Aksi lawan yang best, terutamanya sama angin dan awan berlawan satu sama lain..
- Kesan sampingan yang menarik
- Lagu yang best, walaupun aku tak faham..
- Sedikit berbeza dengan edisi pertama, walaupun tujuannya untuk menghapuskan kejahatan
- Watak utama lebih ditonjolkan dengan aksi-aksi menarik
Yang menjadi persoalan:
- Apa jadi dengan awan selepas menyelamatkan angin? - mungkin ada sequel ketiga pula...
- Apa sebenarnya terjadi kepada anak aties jati, aties kuntum selepas perebutan tulang belakang (harta kerajaan China)
- Aku tak suka Ekin Cheng jadi jahat.. walaupun di sebaliknya aku suka aksi itu.. camne tuh?
- terutamanya bila dia bunuh aweknya Awan (Tang Yan yang menggantikan Shu Qi sebagai watak Chu Chu). Jahat sangat muka dia masa tu.. - Tak nampak sangat gabungan angin dan awan bagi menghapuskan aties jati. Macam si angin jer yang bunuh.
Anyway, cerita ni memang menarik hati kepada sesiapa yang suka citer aksi-aksi, yang minat baca komik Pedang Setiawan, juga kepada mereka yang minat pelakon-pelakon yang terlibat..
Kesimpulannya, aku suke citer ni, best. Setakat ini dulu review, selamat menonton.
Nota kaki: petang ni nak balik kampung, balik ambil annur.. yeay.. doakan semua selamat ye..
Nota kaki: petang ni nak balik kampung, balik ambil annur.. yeay.. doakan semua selamat ye..