Friday, December 18, 2009

RM50 Siri ke 2



Dikeluarkan tahun 1972 dan ditandatangani oleh Ismail Md Ali

Sukan SEA Laos

Salam semua,
Selamat pagi Sabtu.. di saat ini, aku keseorangan melayari internet free di sebuah universiti di Malaysia.. Kenapa? Cik suami ku sedang berada di dalam bilik untuk seminar.. tak pe la, untuk sebuah ilmu (penjodoh bilangan yang tak tepat.. kanak2, jgn tiru...).. Idea kurang, tapi bosan.. so, ku karangkan sedikit perkara untuk semua..


kredit gambar: http://www.laoseagames2009.com

Baru-baru ni, Sukan SEA Laos berlangsung (of course la kat Laos kan..). Ada sukan yang diharapkan emas, tidak kesampaian, ada juga yang tidak diletakkan harapan, membawa sejuta harapan & kenangan buat Malaysia. Badminton contohnya, dikatakan antara sukan yang digeruni di peringkat antarabangsa.. Tapi, tanpa pemain perseorangan utama dunia, harapan emas tinggal kenangan. Tanpa kelibat Datuk Lee Chong Wei, punah harapan Malaysia membawa pulang emas untuk pasukan badminton lelaki Malaysia. Begitu pun, pasukan wanita berjaya mengubat hati dengan membawa pulang emas. kenapa begini? Keadaan yang terjadi menunjukkan bahawa Malaysia ketandusan pemain badminton lelaki baik perseorangan mahu pun bergu.Hanya Lee Chong Wei mampu berada di kelompok konsisten, yang lain - sukar diramal. Kadang-kadang menang dengan lawan yang hebat, ada kalanya, kalah dengan pemain tidak ternama. Siapa yang bakal membawa Malaysia di peringkat atas andai kata Chong Wei tidak lagi berkhidmat untuk Malaysia. Bersara atau kecederaan mungkin...?? Mungkin Malaysia perlu mencari bakat muda lebih banyak, untuk dijadikan pemain pelapis untuk negara.Anak Misbun Sidek antara yang perlu diberi perhatian. mereka perlu dilatih mental & fizikal, supaya dapat menjadi pemain yang kental.

Pasukan bola sepak negara juga memberi impak kepada seluruh warga Malaysia. Jenuh diumpat & dikeji kerana kegagalan meraih sebarang tempat mahu pun pingat, kali ini pasukan bola berjaya membuka mata mata rakyat Malaysia. Di corong radio mahu pun televisyen, masih berkumandang berita kejayaan hingga ke hari ini. Setelah 20 tahun tidak meraih pingat emas, akhirnya Khamis lalu membuktikan Malaysia berjaya membawa pulang pingat emas untuk acara kegemaran ramai itu. di dalam pertandingan akhir bola sepak, Malaysia melawan Vietnam. Bermula dengan agak berhati-hati dan lebih kepada bertahan di separuh masa pertama, kita ternanti-nanti aksi menarik dari pemain. Nyata, kedua-dua pasukan bertahan tanpa jaringan hingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan. Separuh masa kedua menyaksikan pasukan negara lebih banyak menyerang. Ternyata, peluang yang hadir dengan penjaga gol vietnam yang cedera dimanfaatkan sepenuhnya. Walau pun tendangan Safiq terkena pemain Vietnam, namun kejayaan tetap kejayaan. Kedudukan kekal 1-0 hingga wisel penamat dibunyikan. Keseluruhan game di separuh masa kedua adalah memuaskan. Ternyata pertahan negara kental, walau pun banyak cubaan gol dilakukan.. Juga dapat dilihat walaupun berkali-kali jatuh, pemain terus bangun meneruskan permainan. Ini sesuatu yang sebelum ini sukar kita saksikan. Tahniah buat semua pemain. Namun, taktik biasa, iaitu melambat-lambatkan permainan ternyata dikesan sehinggakan penjaga gol dihadiahkan kad kuning.. Sememangnya itulah corak permainan kebanyakan pasukan apabila hampir disahkan menang di saat-saat akhir.

Semoga dengan kekalahan & kemenangan setiap pasukan membawa seribu erti buat negara. Moga kekalahan yang diperoleh dapat digunakan sebagai panduan agar di masa hadapan dapat menjulang kejayaan. Juga semoga kejayaan yang dijulang akan menjadi titik permulaan agar kejayaan demi kejayaan dapat dinikmati berulang-ulang kali. Jangan mudah lupa diri dengan kejayaan yang baru dikecapi, sehinggakan memakan diri. Jadikan kejayaan sebagai perangsang untuk kita lebih bersemangat & terus konsisten..

Tahniah buat semua pemain Malaysia sama ada anda menang atau kalah. Sesungguhnya, anda tetap pejuang untuk negara. Sehingga berjumpa lagi.. InsyaAllah..


Wednesday, December 16, 2009

macam-macam

Salam all,
lama sungguh kan blog ni tak ber'update'.. sungguh busy.. sampai rasa cam tak cukup tido.. tiap-tiap minggu kena ke johor untuk urusan kerja.. balik jumpa anak di kampung.. memang penat la.. sungguh setiap minggu tak ada di rumah..

Ke Johor setiap minggu bermakna setiap minggu kami menjadi penghuni tetap semalam di Hotel Paragon, Johor Bahru.. nih semua atas ihsan tuan bos yang bermurah hati menaja kami tidur di situ.. tapi kan, walau pun bertaraf 4 bintang (ye ke..? tak ongat la..), ada sesuatu yang kelakar pasal singboard hotel nih.. mari kita tengok..
 Signboard yang salah.. bukan penggena, tapi penggera.. bukan pancur riser, sepatutnya paling kurang pancur basah..

Selalunya kami sampai petang, pukul 3/4 tu kami check in hotel.. rehat-rehat, malam kuar makan & tengok tv.. pastu penat, tido, esok pagi bangun siap-siap, pergi breakfast & bertolak ke tempat kerja. Sia[ buat kerja balik ke kl... penat oo... Ni gambar lagi..









  
kiri& kanan: pandangan dari tingkat 25 paragon di waktu petang












kiri& kanan: pandangan dari tingkat 25 paragon di waktu malam

 Oh ye, hari tu kan ada pertandingan super siri badminton kat johor bahru kan.. kebetulan masa kami ada di paragon, pemain badminton, tk sure la dari mana, naik sekali lift.. rasa diri kecik je masa tu.. rendah jer aku nih..



Haha.. pe lagi nak citer.. oh ye, hari tu de member mintak link nak tgk citer jepun/ korea.. tapi leh tengok online la ek.. lau nak download kena tempat lain.. nanti saya bagi link nye..
  1. http://www.mysoju.com/
  2. http://www.viikii.net/
Itu la yang saya selalu tengok. Kadang-kadang tengok dari mana sumber, then saya search kat google.. selamat menikmati cerita ye.. Tapi jangan sampai kerja lain tak buat pulak ek.. hihiii...


Oklah, sampai sini dulu.. inilah cerita ku minggu ini.. Sehingga berjumpa lagi.. InsyaAllah..


Monday, December 14, 2009

Duit Magik

Kalau handal, kau buatkan aku RM100 jadi duit syiling seposen-seposen huhu..





Saturday, December 12, 2009

RM50 Siri ke 3


RM50 siri ke 3 keluaran tahun 1976 ditandatangani oleh Tun Ismail Md Ali

Thursday, December 10, 2009

RM50 Siri ke 4


RM50 Siri ke 4 keluaran tahun 1981 ditandatangani oleh Gabenor Ab Aziz Taha

Antara Rumah Seram Yang Cantik


The Whaley House

PhotobucketBertempat di persimpangan jalan raya San Diego dan jalan Harney, is di kenali sbgi rumah paling berhantu di Amerika. Skrg ni da jd muzium dan di buka stiap hari dari 10am - 17.30pm.

Antara hantu2 yg menempati rumah tu adalah Yankee Jim (pemilik asal kot), Whaley dan isteri juga anak kecil dorg yg meninggal sbb demam panas.

Keturunan Whaley yg paling last duduk situ, Corinne Lilian Whaley. Ank pompan bongsu dari 6 bradik. Meninggal dlm usia 89 thn pd 1953.

Tahun 1960, pestime Whaley House di buka utk kunjungan umum, bnyk peristiwa aneh yg di alami oleh pengunjung dan pak guard umah tu. Mereka mengaku dpt merasa kehadiran hantu di sana.

Antara yg di alami mereka, dengar muzik dan suara org menyanyi, suara anak kecil ketawa dan menangis. Kdg2 tercium bau asap rokok, perfume atau masakan dari dapur pada mingu2 menjelang X'mas. Ada yg kata, mungkin suara anak kecil yg nangis tu adalah anak Whaley yg meninggal dek demam panas itu.




The Amityville Horror

Photobucket13 November 1974, enam anggota keluarga di Amityville, New York, dibunuh oleh salah seorang anak di keluarga itu, Ronald Jr. ("Butch") DeFeo. Dalam mahkamah, DeFeo mengaku bahwa ia terdorong oleh kekuatan setan yang ada dirumah itu untuk membunuh. Pemilik baru rumah dengan alamat 112 Ocean Avenue juga mengaku mengalami berbagai fenomena seram, yang akhirnya ditulis dalam novel dan film-film seram. Tapi semua usaha tersebut tidak pernah berhasil dibuktikan dan pengacara DeFeo mengakui bahwa semua cerita yang ada hanyalah bohongan.





Alcatraz

PhotobucketPenjara paling terkenal di dunia yang berada di San Francisco Bay ini, berhasil memerangkap banyak infiniti masyarakat dalam berbagai film dan buku. Penjara yang dingin, gelap dan menyedihkan ini sudah berkali-kali menjadi saksi bisu atas pembunuhan, pemberontakan, bunuh diri dan berbagai hal seram lain selama 29 tahun ia menjadi penjara. Selama itu juga, Alcatraz membuahkan berbagai cerita tentang suara aneh, sel yang tertutup dengan sendirinya, jeritan dengan asal yang tidak jelas, dan berbagai macam penampakan mengerikan.





The Winchester Mystery House

PhotobucketPada 1881, Sarah Winchester, janda pembuat senjata yg terkenal, Oliver WInchester, tiba2 percaya yg dia harus mendapatkan perlindungan dari semua roh org2 yg trebunuh oleh senjata yg di buat oleh suaminya. Seorg penilik bgtau kat dia, dia harus menambahkan ruangan dlm rumahnya ini yg terletak di San Jose, California.

Sarah percaya dan sejak itu dia terus modified umah dia selama 40 thn, dgn menambahkan lebih dari 100 ruangan dan tangga sampai dia meninggal pd thn 1922. Setelah itu, ramai yg melihat kelibat roh Sarah berjln2 di dlm bilik2 di rumahnya itu.

Ajaib, Benar!



Gambar Belangkas