Saturday, December 5, 2009

Camera trick (1)

Ini ada sedikit idea cameraman yang boleh kau orang tiru. Walaupun kau orang buat tak serupa macam gambar, tapi boleh la setakat nak letak dekat dekstop komputer tu.. asyik gambar ikan je dari dulu.. huhu


Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



Friday, December 4, 2009

KOLEKSI WANG KERTAS SINGAPORE 5 DOLLARS SIRI ORKID




Wang kertas siri orkid keluaran pertama Singapore. 5 Dollar di atas keluaran tahun yang berbeza dengan tandatangan Gabenor yang berlainan.

Wednesday, December 2, 2009

you're beautiful

Salam all,
Hari nih rase rajin plus de masa nak menulis.. tapi kali nih topik lain sikit ye.. baru-baru nih saya de tengok drama korea, yang baru di'onair'kan di tv korea.. (saya nih peminat citer korea+jepun)..  saya tgk online la tapinya.. ha, tajuk drama tuh You're Beautiful.. atau bahasa koreanya 'Minami Shineyo'.. kategori drama ini - romantic + comedy.. Jom kita tgk sinopsis cerita ini..

PELAKON
Park Shin Hye - sebagai Go Mi Nyu/ Go Ni Nam
Jang Geun Suk - Hwang Tae Kyung
Jung Yong Hwa - Kang Shin Woo
Lee Hong Ki - Jeremy
UEE - Yoo Hee Yi
Kim In Kwon - manager Ma ( manager Mi Nam)

SINOPSIS
Kat korea de satu group/boy band yg kire glamer cam SMAP, KAT TUN, FT ISLAND.. (saper minat korea/jepun, mungkin tau..).. kira menjadi idaman gadis2 remaja la kat sana.. group nih namanya A.N.JELL, de 3 orang lelaki.. Band nih kiranya nak mencari ahli ke4, disebabkan suara penyanyi utama sedikit de masalah.. ke3-3 mereka setuju, cuma bagi penyanyi utama, kalau xcukup bagus, lebih baik tak payah.. Lagi kebanyakan lagu kononnya ditulis oleh penyanyi utama itu (pelakon utama la nih), so dlogik la die cukup memilih mencari penyanyi lain utk nyanyikan lagu die... Presiden Ahn (bagi fan group nih) meminta khidmat Pengurus Ma bagi mendapatkan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik, Go Mi Nam. Go Mi Nam kebetulan masa tu de masalah kesihatan. Pengurus Ma mencari adik kembar Mi Nam (yang sebijik macam die - sebab org yang sama), nama Go Mi Nyu.. Mi Nyu sebenarnya tgh belajar untuk jadik sister kat gereja.

Bila dah jumpe Mi Nyu, Pengurus Ma merayu agar adik kembar nih berlakon jadi abangnye.. mula2 untuk sign aggreement sajer, tapi alih2 kena plak buat show, jadik model etc la.. pulak kena kongsi rumah dgn bbudak group tu.. Disebabkan demi abangnya, si adik kembar ni pun buatlah.. Juga utk mencari siapa ibu mereka (mak ayah dorang dah xde..)

Macam2 perkara terjadi semasa Mi Nyu berlakon jadik abang die nih.. termasuklah 'terjatuh' cinta dengan penyanyi utama Hwang Tae Kyung. Tae Kyung pun suker si Mi Nyu nih, (die dah tau rahsia Mi Nyu, tapi entah kenapa die ikutkan jer rancangan pengurus & Mi Nyu nih - mungkin 1, sebab nak tlg Mi Nyu carik mak die, lagi 1 sebab dah suker..). Bebeudak lagi 2 org tu pun suke, sorang Kang Shin Woo (sgt cool wataknya) memang dah tau Mi Nyu nih pompuan, juga merahsiakan dari org lain.. sorang lagi Jeremy (watak kelakar, tapi suara sedap..), yang nih tak tau tapi minat si Mi Nyu nih.. kononnya die pasrah dia gay wpun die tau xpatut..

JUga turut berlakon UEE sebagai Yoo Hee Yi, yang suker kat Tae Kyung (tapi tak dilayan), juga pelakon/model kesukaan ramai, yang digelar Tae Kyung sebagai 'fake fairy' - sebab die suker berlakon tipu.. Yoo Hee tau juge rahsia Mi Nyu nih, tapi terpaksa rahsiakan atas permintaan Tae Kyung, kalau tak, Tae Kyung tak mau pura2 bercinta dgn die..

Last2 semua ahli group tau, tapi rahsia disimpan dari peminat. Mi Nam yang sebenar-benarnya juga kembali ke korea, jadi pertukaran dilakukan dengan sebaik mungkin. Selepas itu, confession hati & perasaan yang menamatkan cerita..

KOMEN
  1. Ahli group nih kelihatan jambu la, tapi kalau kat korea/jepun, itu perkara biasa..
  2. Shin Woo sgt cool, & Jeremy sgt ceria & klakar, menaikkan semangat nak tgk.. esp gelagat si Jeremy..ha, gelagat Pengurus Ma juga klakar..
  3. De part2 yang sangat comel antara Mi Nyu, Tae Kyung, Jeremy & Shin Woo.. esp kat mart di tengah2 malam..
  4. Lagu yang sangat menarik hati..
  5. Sedikit tak syok bila tiada part bersama antara Mi Nam & Mi Nyu - sangat menunjukkan dorang nih org yang sama..
  6. Sangat terserlah keayuan Mi Nyu sebagai lelaki- pelik gak nape org tak perasan die pompuan..
KESIMPULAN
Citer nih best, de gembira, sedih, ceria, ,macam2 la.. cam citer hanazakari no kimi tachi (dikenali hanakimi), syok dilayan, boleh disyorkan kepada orang yang suker citer korea, juga org yang de mase free.. heheee.. tapi de a few yang masih boleh diperbaiki.. ape pun.. jom layan...

pstt: nih bukan review dah, cam jalan citer sebijik-bijik.. tul la sinopsis kot..
selamat menonton..

Tuesday, November 24, 2009

TEN CENTS STRAITS SETTLEMENTS


Keluaran 14/10/1919, dicetak oleh Thomas De La Rue & Co. Ltd. London dan signature by AM Pountry.

Saturday, November 21, 2009

ULSER MULUT

Salam dan khabar baikkah anda semua? Rasenya dah lama saya tidak update mengenai sebarang info dalam ni.. Apa kata kali ini kita sama-sama mencari info..

Pernahkah anda mengalami ulser mulut? Pastinya pernah sepanjang umur hidup, paling kurang sekali. Anak saya juga pernah mengalami ulser mulut. Kesian tengok.. Malah ada kenalan saya yang anaknya sampai berdarah mulut disebabkan penangan ulser mulut ini. Rasa tidak selesa pastinya hadir, jika ulser mulut ini berada dalam mulut kita.. Mari kita selami dan kenali ulser mulut ini..

ULSER MULUT
  • Dikenali juga sebagai lompangan/lepuh, yang berlaku di dalam mulut. 
  • Berwarna putih, terasa sakit andai tersentuh dengan lidah, gigi atau apa jua makanan.
  • Mempunyai saiz berbeza-beza
  • Akan kembali seperti biasa dalam masa kurang dari tiga minggu (sebaiknya jika lebih dari dua minggu, eloklah berjumpa dengan doktor).
TANDA ULSER MULUT
  • Bulat berwarna putih/ kuning, di kelilingi kawasan berwarna merah.
  • Hilang selera makan
  • Ketidakselesaan 
  • Rasa sakit apabila tersentuh
  • Rasa membakar di dalam mulut 
  • Sukar untuk bertutur
  • Boleh menyebabkan demam
PUNCA/SEBAB TERJADI
  • Kurang jelas, tetapi boleh disebabkan oleh kecederaan kecil seperti tergigit lapisan mulut, atau makanan tajam dan juga air yang terlalu panas.
  • Alahan
  • Kekurangan zat makanan
  • Kurang rehat/ tidur
  • Jangkitan kuman/ bakteria/ virus/ fungus
  • Pengambilan ubat-ubat tertentu (anti-histamine yang menyebabkan mulut kering & steroid yang menurunkan daya tahan sakit)
  • Perubahan hormon
  • Rawatan kemoterapi
  • Rawatan radiasi
  • Stress/ tekanan
TEMPOH
  • hilang sendiri dalam masa 2-3 hari
  • kurang dari 2 minggu
GOLONGAN YANG BERISIKO
  • Sesiapa sahaja tidak mengenal umur, malahan boleh juga menyerang bayi
 
LANGKAH MENGHILANGKAN
  • berehat & dapatkan tidur yang cukup serta berkualiti
  • gunakan cecair antiseptik untuk membersihkan mulut
  • jauhi minuman berasid (minuman berkarbonat)
  • kekalkan amalan kesihatan mulut yang baik
  • kurangkan makanan pedas dan berempah
  • letakkan gel untuk ulser - contoh: bonjela
  • letakkan ketulan ais pada ulser
  • makan makanan yang berkhasiat - utamakan vitamin B12 dan vitamin C
  • makan makanan yang lembut
  • minum air suam / air masak dengan banyak
  • AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT
PETUA
  1. Cubit sedikit asam keping sebesar jari kelingking dan tekapkan pada ulser selama 2-3 minit. Sedikit pedih, tetapi ulser akan cepat hilang. 
  2. Letak secubit garam pada ulser. Juga sedikit pedih akan terasa.
TINDAKAN JIKA BERPANJANGAN
  • Segera berjumpa doktor andai kata masih berpanjangan selepas 2 minggu - bagi memastikan tiada tanda-tanda pra-kanser mulut/lidah dan tiada lesi kanser
  • Jumpa doktor jika ulser berdarah
Perlu diingatkan, ulser mulut biasa terjadi. Ia tidak berjangkit & merebak. Jika ulser masih tidak sembuh selepas 14 hari, dinasihatkan agar berjumpa doktor untuk rawatan lanjut..

Sekian dulu mengenai ulser mulut ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri.. InsyaAllah...



Tuesday, November 17, 2009

kasih ibu - entry khas untuk annur...

KASIH IBU
Salam.. lama sudah tidak dikarang dalam post ku ini.. sibuk melayan cerita korea online... you're beautiful & hello miss.. adoi..

oh ye, hari ni, malam ni adalah malam ke3 annur tiada disisi.. dek kerana tuntutan tugas, annur terpaksa balik ke kampung.. sebenarnya, saya & suami kena outstation di Johor.. 2 hari 1 malam setiap minggu di Johor. Tidak dapat tidak, annur terpaksa balik ke kampung, dek kerana tiada siapa dapat menjaganya sepanjang 2 hari 1 malam itu.. sedih nya hati tidak terkata... ingatkan mudah, tapi, saat malam pertama tanpa annur, terus tidak tertahan.... entah pukul berapa terlena di bahu suami.. nasib baik ada suami yang meneman.. kalau tidak, lagi susah dibuatnya..

Annur, setiap hari mama telefon, takut menyusahkan mak tok, ye lah, annur suka main, walau pun di malam hari.. ternyata, pukul 12 baru mahu melelapkan mata.. tapi, mama tahu annur budak baik.. terbukti bila mak tok cakap hanya malam pertama annur menangis di saat terjaga di malam hari.. sungguh, annur tidak pernah berenggang dengan mama & abahnya.. tidak pernah walau sehari annur tidur tanpa mama & abah.. tapi, di malam ke2 mungkin sudah faham mama & abah kerja, annur hanya merengek, buka mata & tidur semla selepas mak tok tepuk2 bahu.. sungguh mama bersyukur dianugerahkan Allah anak sebegini.. moga, mudah-mudahan annur tidak menyusahkan sesiapa sehingga besar nanti..

Annur, mama tinggalkan annur bukan kerana tidak sayang, tapi kerana tugas.. Fahamilah wahai anakku.. sesungguhnya kasih sayang mama tidak berkurangan, malah bertambah sepanjang tiada annur disisi mama.. saat ini pun, mama rasa sebak sebenarnya, bila terkenangkan annur.. maafkan mama sayang.. insyaAllah, di hari raya korban nanti kita berjumpa.. tunggu mama ye..

Oh ye annur, saat ini mama & abah bermalam di hotel Grand Paragon, di bandar Johor Bahru.. Oh ye, mama dulu sekolah di bandar JB nih.. teringat zaman dulu-dulu.. tadi mama melalui jalan di tepi selat, terkenang saat satu family hantar mama masa form 4 dulu.. dek kerana sampai di waktu malam, kami hanya bermalam di dalam van di tepi selat itu.. ingat lagi, betul-betul berhampiran hospital.. siap de polis datang tanya.. entahlah, ketika tu, mmg langsung tak terfikir akan hotel atau mana2 rumah tumpangan... kenapa yek..??

Oklah sayang, esok mama kena ke tempat kerja, maka mama hentikan dulu luahan hati mama.. mula2 mama ingat abah tidur bilik lain.. rupa-rupanya, bos mama baik hati, ditempahnya 2 bilik.. besar pulak tu, dalam bilik tu, de lagi 2 bilik lain.. maka, dapatlah abah menemani mama di malam ini, lebih-lebih lagi annur tiada disini..

Annur, ucap terima kasih ye pada mak tuk, wan & achik.. belikan annur baju tidur baru.. anak mama sungguh comel.. patut ler de satu pakcik ni suka sangat ingat diri die 'abang' pada annur.. (hak.hak.. jangan marah ye org itu...- ini utk menggembirakan hati yang lara..).



Mama sertai sekali gambar bilik hotel mama.. nanti2 mungkinkah kita boleh ke sini annur...???

Oh ye annur, nanti mama upload pula gambar anak-anak ayam buat tatapan annur kemudian hari ye... nantikan kemunculan entry itu ye sayang..

Oklah, sehingga berjumpa lagi..

* Ucapan terima kasih buat kedua mak ayah, abang-abang & adik-adik, tok, yang datang ambil annur hari tu.. Juga teristimewa buat annur dan suamiku, kerana bersikap baik & membantu diri ini tatkala kerinduan.. Juga buat bos-bos ku yang baik hati menyediakan pengankutan & penginapan serta makanan yang sedap...

Monday, November 9, 2009

srikandi asrama penuh...

Saat diri membuka facebook, kelihatan begitu banyak gambar-gambar yang diupload oleh kawan-kawan.. semuanya berkaitan dengan reunion 10 tahun sekolah lama ku.. srikandi yang hadir.. dengar kata lebih dari separuh.. bagusnya urusetia yang berjaya mengumpulkan ramai ni.. Tapi, diri ni sedar.. tak banyak yang boleh ku katakan engenai reunion nih.. Niat di hati memang sangat-sangat nak pergi.. maklumlah 10 tahun sudah.. Namun, ada kekangan yang tidak dapat di jelaskan... Mulanya, rasa biasa kot tak dapat pergi.. Yelah, ku sedar, siapalah diri.. bukanlah pelajar yang begitu hebat.. Bukan juga pelajar terbaik.. haha.. (pe kena mengena ek..?).. Namun, memang benar, tidak dapat menghadirkan diri..

Memang rasa kecewa tak dapat menghadiri majlis itu.. tengok gambar2 je dah tau majlis tu besh, superb.. tapi apakan daya, tidak dapat ku merasai semua itu.. Kawan-kawan.. bilakah dapat kita berjumpa lagi... 10 tahun lagi kah..?

Seperti kata ain.. tidak dapat tidak terimbau kembali saat bergelar pelajar STF dulu.. saat didenda menjadi superman sebelah kaki di bawah terik mentari, di saat makan malam formal setiap malam khamis, juga stay up malam-malam di dewan makan, sehinggakan ternampak van memasuki kawasan sekolah, terus berlari ke dorm yang sebesar hospital.. Lagi, tentang 'green lady' yang sering ke udara diperkatakan...Semua itu tidak luput, cuma bila tidak bersama mereka yang terlibat, kenangan itu 'hilang' sebentar..

Paling tidak dapat ku lupa, saat 'bermasam muka' dengan cikgu add math, semuanya gara-gara salah faham.. memang, ketika itu, asal nampak je cikgu tu, terus lari.. sanggup melalui jalan jauh, asal tidak bertembung dengan cikgu yang diminati ramai itu.. Lagi, saat dijadikan 'menantu' tanpa rela oleh cikgu math, sehinggakan hampir kesemua cikgu mengetahui perkara itu.. Lagi cikgu akaun yang begitu murah hati 'membelanja' hanya kerana pertolongan kecil dilakukan untuk kursus akaun untuk senior-senior ku.. Tak tahu la bila masa akan dapat berjumpa semula dengan 'kenangan-kenangan' itu...

Sungguh hati sangat merindui kawan-kawan yang telah lama ditinggalkan.. Kalau pun berjumpa, hanya segelintir.. Itu pun di waktu majlis perkahwinan, atau terjumpa ketika waktu kerja.. Melihatkan gambar reunion, hampir segelintir yang tidak dapat dikenali.. Kalau berjumpa di luar, mungkin tidak bertegur sapa, dek kerana tidak kenal empunya wajah.. Sungguh, sepuluh tahun berlalu tanpa disedari..

Kalau mahu membicarakan tentang perkara ini, tidak cukup semalam.. cukuplah, nanti de pulak yang termuntah baca.. hahaa... tapi, kawan-kawan.. memang aku nak sangat jumpa korang.. Tapi....

Gambar Belangkas