Saat diri membuka facebook, kelihatan begitu banyak gambar-gambar yang diupload oleh kawan-kawan.. semuanya berkaitan dengan reunion 10 tahun sekolah lama ku.. srikandi yang hadir.. dengar kata lebih dari separuh.. bagusnya urusetia yang berjaya mengumpulkan ramai ni.. Tapi, diri ni sedar.. tak banyak yang boleh ku katakan engenai reunion nih.. Niat di hati memang sangat-sangat nak pergi.. maklumlah 10 tahun sudah.. Namun, ada kekangan yang tidak dapat di jelaskan... Mulanya, rasa biasa kot tak dapat pergi.. Yelah, ku sedar, siapalah diri.. bukanlah pelajar yang begitu hebat.. Bukan juga pelajar terbaik.. haha.. (pe kena mengena ek..?).. Namun, memang benar, tidak dapat menghadirkan diri..
Memang rasa kecewa tak dapat menghadiri majlis itu.. tengok gambar2 je dah tau majlis tu besh, superb.. tapi apakan daya, tidak dapat ku merasai semua itu.. Kawan-kawan.. bilakah dapat kita berjumpa lagi... 10 tahun lagi kah..?
Seperti kata ain.. tidak dapat tidak terimbau kembali saat bergelar pelajar STF dulu.. saat didenda menjadi superman sebelah kaki di bawah terik mentari, di saat makan malam formal setiap
Paling tidak dapat ku lupa, saat 'bermasam muka' dengan cikgu add math, semuanya gara-gara salah faham.. memang, ketika itu, asal nampak je cikgu tu, terus lari.. sanggup melalui jalan jauh, asal tidak bertembung dengan cikgu yang diminati ramai itu.. Lagi, saat dijadikan 'menantu' tanpa rela oleh cikgu math, sehinggakan hampir kesemua cikgu mengetahui perkara itu.. Lagi cikgu akaun yang begitu murah hati 'membelanja' hanya kerana pertolongan kecil dilakukan untuk kursus akaun untuk senior-senior ku.. Tak tahu la bila masa akan dapat berjumpa semula dengan 'kenangan-kenangan' itu...
Sungguh hati sangat merindui kawan-kawan yang telah lama ditinggalkan.. Kalau pun berjumpa, hanya segelintir.. Itu pun di waktu majlis perkahwinan, atau terjumpa ketika waktu kerja.. Melihatkan gambar reunion, hampir segelintir yang tidak dapat dikenali.. Kalau berjumpa di luar, mungkin tidak bertegur sapa, dek kerana tidak kenal empunya wajah.. Sungguh, sepuluh tahun berlalu tanpa disedari..
Kalau mahu membicarakan tentang perkara ini, tidak cukup semalam.. cukuplah, nanti de pulak yang termuntah baca.. hahaa... tapi, kawan-kawan.. memang aku nak sangat jumpa korang.. Tapi....