Tuesday, October 20, 2009

kau tak pernah jauh...

Salam.. kali ni jom kita layan lirik lagu...

Kau tak Pernah Jauh - Nora
Di mana pun ku berdiri
Kau kan tetap ku ingati
Kau selalu dekat dalam hati ini

Dan tak pernah sehari pun
Hari-hari yang berlalu
Tanpa ku merindumu kekasihku

Saat kita berjauhan
Jangan ada rasa bimbang
Kerna cinta menyatukan perasaan

Tak mengira detik waktu
Ingin ku lafaz selalu
Aku cinta kepadamu

Walau seribu liku di depanku
Akan tetap aku tempuh
Dalam hatiku kau tak pernah jauh
Walau terpaksa ku menunggu
Tanpa jemu dan selalu
Sentiasa dekat di hatiku..
Kau membuat hidup ini
Semakin lebih bererti

Kau miliki kelebihan tersendiri
Tak mengira detik waktu
Ingin ku lafaz selalu
Aku cinta kepadamu

Walau seribu liku di depanku
Akan tetap aku tempuh
Dalam hatiku kau tak pernah jauh

Walaupun terpaksa ku menunggu
Tanpa jemu dan selalu
Sentiasa dekat di hatiku
Kau membuat hidup ini
Semakin lebih bererti
Kau miliki kelebihan tersendiri

Tak mengira detik waktu
Ingin ku lafaz selalu
Aku cinta kepadamu
Kekasih.. kepadamu.. kekasih

Oh ye, kalau sesaper de lagu ni, leh tak saya nak..? Dah lama cari lagu ni, tapi tak jumpa-jumpa..huhu..

* mengimbau kenangan lama...


Friday, October 16, 2009

SGD 50 DOLLARS ORKID SERIES


Wang kertas 50 Dollars Spore siri orkid signed by Mr Hon Sui Sen keluaran tahun 1972.

SGD 10 DOLLARS ORKID SERIES


Wang kertas Spore 10 Dollars Orkid Series signed by Mr Lim Kim San prefix A/1 keluaran tahun 1967.

bihun lada...

Salam semua dan selamat hari Jumaat. Masuk hari ni dah 4 hari mak ayah de kat rumah..syiok.. haha.. adikku kena lapor diri, 3 hari di putrajaya.. so, mak ayah menghantar anak die tu.. (tgk, jasa mak ayah kita..)hehe.. skang ni asyik citer pasal mak ayah jer.. hahaa..

Oh ye, kali ni pasal mak juger.. tapi lain sikit..pasal bihun lada ciptaan mak.. yang saya tau, tuk ajar mak, sekarang mak ajar saya..hihi.. selalu bulan puasa mesti mak akan buat sekali, dua kali, dan beberapa kali.. tapi, bulan puasa lepas, tak sempat saya nak rasa.. pastu fikir buat bihun lada la.. so, petang semalam sibuk mencari bahan-bahan bihun lada ni.. pastu, terus buat dengan mak.. mak ajar la kan.. sedap...nak tau camner...? jom...

BIHUN LADA BUATAN MAK SAYA...
BAHAN
  1. bihun halus - direndam dengan air selama beberapa jam
  2. udang putih
  3. lada hitam - ditumbuk
  4. bawang merah & bawang putih - hiris halus
  5. asam jawa
  6. garam & gula secukup rasa
  7. sawi
  8. daun bawang, tauhu (tokua), cili padi - untuk hiasan & makan
CARA
  1. tumis bawang yang dihiris halus tadi sehingga wangi/kekuningan
  2. masukkan lada yang ditumbuk halus berserta air
  3. tambah air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  4. masak sehingga kuah menjadi pekat
  5. masukkan udang putih
  6. kemudian masukkan sawi
  7. seketika, tambah bihun ke dalam kuali
  8. kacau sebati
  9. angkat & tambahkan bahan hiasan
  10. boleh dimakan..
Warna bihun mungkin sedikit tidak menarik, tetapi bagi penggemar pedas, mesti anda menggemari bihun lada ini.. Kalau ada masa lebih-lebih nanti, ingin ku buat sendiri.. Sukatan bahan-bahan cam biasa la, kena agak-agak sendiri ye.. sebab saya pun main agak-agak jer.. haha, so, sesaper nak cuba, cubalah ye.. Coba kau coba...

Inilah entri ringkas.. Maaf lupa nak ambil gambar sebab excited nak makan.. hahaa... Okey lah, sehingga berjumpa lagi..InsyaAllah..

Tuesday, October 13, 2009

50 CENTS KING GEORGE VI 1941


Wang kertas 50 cents Potret King George VI, keluaran 1st July 1941 dengan variety b & d.

Gambar Belangkas