Tuesday, October 13, 2009

mak ayah - saya sayang kamu..

Salam. apa khabar? Saat entri ini ditulis, saya baru je lepas baca satu laman blog yang biasa dikunjungi. Dan saya amatlah bersyukur kerana penulis blog ini telah membuka satu lagi web yang lebih berorientasikan Islam. Katanya dulu, ada ke orang nak baca blog macam ni..? Pada saya, kalau tak banyak pun, mesti tetap akan ada orang yang singgah, baca dan mengambil panduan. Percayalah..

mak ayah, terima kasih atas segalanya...

Dalam blog tu, ada entri pasal ibu.. sebab tu jugak tergerak nak tulis pasal ni.. Juga, bacalah link yang ada pada entri itu.. kisahnye sedih, tapi masih boleh tersenyum membaca..

DULU
Memang kan.. dulu, masa masih remaja, saya percaya ramai yang merasakan dirinya sudah besar, sudah pandai memikirkan baik buruk perkara, sudah pandai menentukan arah hidup sendiri.. Saya pernah juga terfikir sebegitu, namun sedar, mak adalah insan yang berhak ke atas diri saya.. Bila ingatan kembali sedar, barulah kita sedar apa tindakan kita yang sepatutnya..

Kadang-kadang kita sanggup berbohong kerana takutkan mak marahkan kita.. Dulu di sekolah rendah.. ingat lagi saya, sepatutnya ada kelas, tapi telah dibatalkan tanpa kami ketahui.. Jadi, masa yang ada saya gunakan untuk ke rumah kawan (yang tidak biasa dilakukan, kerana mak kurang gemar anak2nya mengganggu rumah orang lain, apatah lagi di waktu tghari/petang..). Tempat yang saya tujui adalah di belakang bukit yang dikatakan agak 'keras'. Memang saya tidak pernah ke belakang bukit itu, kerana mak memang melarang.. Dek kerana ajakan kawan-kawan, saya pun ikutkan hati dengan berbasikal beramai-ramai di bawah matahari.. Nak dijadikan cerita, kebetulan mak ayah saya ke sekolah kerana ingin mengajak saya ke suatu tempat.. Oleh kerana saya tiada, mak pun teruskan perjalanan tanpa saya.. Pulang ke rumah, mak tanyakan saya ke mana, kerana mak cari tiada. Saya, dek kerana takut mak marahkan diri kicik ini, berbohong, kata ke rumah kawan yang lain (bukan di belakang bukit..). Keesokan hari, kerana kebijaksanaan mak, seorang kawan yang turut serta ke belakang bukit singgah ke rumah saya kerana mahu ke sekolah petang, mak terus menyoal kawan dengan penuh hikmah. Rupa-rupanya saya telah 'dikantoikan' oleh kawan saya.. Petang itu, saya tidak ke sekolah petang, dan dimarahi emak.. Menangis saya kerana mak marah.. Tapi selepas itu, mak terus tanyakan saya kenapa saya berbohong... Dan itulah rasanya kali terakhir saya berbohong kepada mak, kecuali perkara-perkara yang saya tidak mahu mak sedih.. (Contohnya duit tak de, tapi bila mak tanya, ada mak..).. Kemaafan dari seorang ibu amat penting dan bermakna, kerana tanpa kemaafan, dan tiba-tiba ibu tiada, apalah nasib anak ibu itu...

Sungguh, saya tidak mahu menyusahkan emak.. menyusahkan keluarga.. Dan sungguh, jika ada sebarang masalah, sejak di sekolah menengah, tidak saya ceritakan kepada mak. (Saya sekolah asrama, jarang jumpa mak..). Ketika SPM, wan saya (atuk lelaki), meninggal dunia, dan saya tidak ketahui, sehinggalah saya pulang ke kampung.. Sungguh sedih rasa hati kerana rumah kedai wan lah tempat saya adik-beradik tuju ketika cuti sekolah. Kamilah yang menjadi tokey kedai dan kami jugalah yang tolong 'membeli' ais krim wan.. Tapi, di depan ahli keluarga, saya tunjuk saya tiada kesedihan.. tiada air mata, sedangkan saya sedih kerana saya sorang jer yang tak de masa wan meninggal. Sehingga sekarang, saya kesal saya tiada bersama. Kata mak, sengaja tidak diberitahu kerana tidak mahu menggangu SPM saya. (sungguh saya ada telefon bertanyakan pasal wan ketika minggu SPM itu, tapi diberitahu sihat..).. Cukuplah pasal ini, sedih pula...

SEKARANG
Sekarang, saya bergelar seorang ibu, mama kepada seorang puteri. Sungguh pengalaman mengandungkan bayi, melahirkan, menjaga dan membesarkan anak benar-benar mengajar saya erti perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Sakit demam anak, saya tidak lena tidur. Risaukan anak, takut perkara yang tidak diingini berlaku. Sungguh saya tidak bersedia. Saat anak tidak lalu makan, gundah gulana hati, resah gelisah. Saat anak menangis ketika dihantar ke jagaan orang lain, sepanjang hari terkenangkan anak di pejabat. Ok kah anak aku, makan dan minum kah.. Tapi bila anak sihat, berselera makan, terus perasaan saya berubah. Senang hati dan gembira melihat perubahan itu (saya pasti ayah juga begitu.. tapi saya tidak dapat menyelami, kerana saya bukan seorang ayah..). Mungkin ayah boleh tuliskan perasaan ini, namun saya sedar seorang ibu perasaannya senang ditonjolkan berbanding seorang ayah.

moga mama mampu membesarkan annur menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara..

Sungguh saya sedih bila terbaca kisah seorang anak lari meninggalkan keluarga demi kekasih hati.. Sedih bila anak tidak mengaku mak dan ayahnya kerana perselisihan faham, sanggup mencederakan mak ayah bila nafsu menguasai jiwa. Sedih saya melihat seorang nenek di kawasan taman saya, berulang-alik ke rumah anak-anak seorang diri, kerana tiada sesiapa mampu menjaga di kampung. Menceritakan perasaannya kepada saya, mahu saja dipeluk kerana teringatkan tuk di kampung..

Sungguh bertuah bagi kita yang masih mempunyai ibu bapa. Kerana manusia selalunya sedar akan kehadiran insan itu, di saat mereka sudah meninggalkan kita.. Bertuah mereka yang setiap pagi sebelum ke tempat kerja mampu bersalaman dan mencium pipi ibu ayah.. Alangkah indahnya jika saya dapat lakukan itu setiap hari.. Namun saya bersyukur, kerana mak ayah, saya jadi begini. Saya masih mampu bercakap-cakap melalui telefon, dan gembira minggu ini saya dapat mencium tangan dan pipi ibu ayah kerana kedua-duanya ada di rumah saya.

MASA DEPAN
Sering saya dengar ungkapan seorang mak boleh menjaga sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seoarang mak.. Moga-moga saya, kita semua tidak tergolong dalam golongan ini. Moga saya mampu menjaga mak (dengan keizinan suami), jika itu ditakdirkan. Saya mahu menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya, anak yang bolah berbakti kepada kedua ibu bapanya, walaupun keutamaan saya sekarang terhadap seorang insan bergelar suami..

Maaf entri kali ini mungkin sedikit terasa, tapi bagi mereka di luar sana, ambillah kesempatan yang ada sebelum terlewat..

Sehingga berjumpa di lain entri.. InsyaAllah..


Sunday, October 11, 2009

P1 wimax.. MyWorld..

Salam. apa khabar semua? memang lama nak menunggu en3 dari saya kan... okla, nak citer sikit la perkembangan baru nih.. Baru-baru nih bincang dengan encik suami pasal internet.. last-last bincang (dipendekkan cerita..), kami membuat keputusan untuk cuba membuka akaun internet di rumah.. Setelah berbincang juga, kami membuat pilihan memilih P1 wimax berdasarkan komen-komen dari pengunanya..

Terima kasih kerana di Sri Gombak ni dah ade coverage untuk P1 wimax nih.. Untuk pengetahuan, P1 wimax adalah rangkaian internet berdasarkan satelit.. Katanya, tiada masalah bila hujan, kecuali angin yang kuat.. Setelah ada sejarah karenah dengan satu lagi pihak internet (apa aku tulis nih..), kami pun memilih wimax ini.. Ada 7 hari tempoh percubaan..

Nih antara kebaikan wimax:
  1. Bayaran serendah RM 49 sebulan (pakej Home Lite - 400kbps download, 150kbps upload) - sila lihat jadual 1
  2. Percuma modem beserta WiFi (tapi ada kontrak 2 tahun, kalau kontrak setahun, kena bayar RM199 semasa bil pertama) - sila lihat jadual 2
  3. Boleh dibawa ke mana-mana tempat yang ada coverage & plug
  4. Lagi, sekarang ada promotion semperna ulang tahun pertama.. sila klik sini
Jadual 1Jadual 2
Jadi hari Jumaat yang lepas, kebetulan di Sri Gombak ada reseller yang menjual P1 wimax ni.. Dengan bayaran RM 100, kami membawa pulang satu set wimax ini.. Lihat gambar ye...

wimax yang dibawa pulang ke rumah..

set wimax dari beg..

barang-barang dari kotak..

annur yang sibuk nak naik mainan gerak kat situ...

Jadi kami bawa pulang barang itu..oh ye, kat bawah ni enjoy video annur main mainan gerak tu.. pe tah nama die. nih 1st time annur naik, masa tu ada budak lain kat sebelah naik benda yang sama.. sorry ye, sebab kena tgk nyenget... video amatur jer...

Oh ye lagi, berkenaan wimax, masih lagi di peringkat percubaan 7 hari, setakat ini signal sangat bagus.. malah walau pun guna 2 laptop, masih ok lagi.. nanti saya update lagi dari semasa ke semasa ye pasal P1 wimax nih..
CUMA satu jer hari tu.. reseller tu kata, selepas sejam, boleh activated & guna, sama juga di blog kengkawan lain.. tapi, mungkin hari tu beli pun dah malam, reseller 'malas' agaknye nak key in data, telefon customer service pun tidak berangkat, walaupun jam baru 10.30 malam (katanya customer services sampai kul 11 malam...??). Esoknya telefon dilayan dengan baik.. dan reseller juga sudah hantar pengaktifan... Sekarang cuma itu sahaja. Lain-lain masalah belum ada..



Sehingga kita berjumpa lagi.. insyaAllah...

10 DOLLARS KING GEORGE VI


10 Dollars dengan Potret King George VI bewarna merah keluaran 1st July 1941.

Friday, October 9, 2009

5 DOLLARS KING GEORGE VI


Wang kertas 5 Dollar bewarna hijau dengan potrait King George VI dan watermark kepala harimau di bahagian tengah. Ditandatangani oleh Weisberg di keluarkan pada 1.7 1941. Bahagian belakang terdapat logo Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Semenanjung dan Brunei.

Thursday, October 8, 2009

kewajipan berbakti kepada ibu bapa..

Salam.. apa khbar semua? lama sudah tidak mencoretkan sebarang berita mahu pun info di sini.. Sifat malas dan sibuk masih menyelubungi diri... Terasa dah lama tak menulis sesuatu yang memberi ilmu..

Sebagai seorang anak, baik lelaki mahupun perempuan, adalah menjadi suatu kewajipan bagi kita berbakti, menghormati , taat kepada ibu bapa. Jika dulu, ketika masih bergelar solo, saya tahu perasaan seorang emak, tapi setelah menjadi ibu, baru saya benar-benar sedar akan perasaan dan sudut hati seorang yang bergelar ibu..

Ibu bapa kita lah yang melahirkan kita semua. Tanpa mereka, kita tidak akan wujud di dunia ini. Kewajipan kepada kedua ibu bapa ini telah ditulis dalam Al-Quran, seperti firman Allah SWT:
"Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa..."
Surah An-Nisa, ayat 36
Juga dalam Surah Al-Isra', ayat 23 yang bermaksud. Firman Allah SWT:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
Sedangkan mengucapkan 'ah' tidak dibenarkan, apatah lagi mengucapkan perkataan yang lebih teruk atau meninggikan suara. Alangkah bertuahnya mereka yang masih tinggal di bawah satu bumbung dengan kedua ibu bapa mereka, kerana dengan melihat wajah kedua ibu bapa, beroleh pahala dari Allah. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (diterima) lagi mabrur (berpahala)."
Hadis riwayat Ar-Rafi'i dengan sanad yang dha'if.

Nota:
  1. Wajib berbakti kepada kedua ibu bapa
  2. Wajib berbakti kepada kedua ibu bapa sekali pun kedua ibu bapa bukanlah beragama Islam.
  3. Berbakti kepada kedua ibu bapa adalah yang utama dalam perbuatanyang paling disukai Allah
  4. Berbakti kepada kedua ibu bapa dapat menghapuskan dosa besar
  5. Berbakti kepada kedua ibu bapa akan dipanjangkan umur dan dimuarahkan rezeki
  6. Sambutlah kedatangan ibu bapa ke rumah dengan baik.
  7. Pahala berbakti kepada kedua ibu bapa adalah terus menerus walaupun apabila mereka sudah tiada (seperti mendoakan mereka..)
  8. Menziarahi kubur ibu bapa juga dikira berbakti
  9. Menjalinkan silaturrahim atau hubungan yang baik dengan sahabat kedua ibu bapa setelah mereka tiada juga disebut berbakti
  10. Dikira satu ibadah jika melihat wajah ibu bapa dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran
  11. Bersikaplah lemah lambut terhadap kedua ibu bapa
setakat ini dulu ye.. Sehingga kita berjumpa lagi .. InsyaAllah..

mote:
Berbuat baiklah dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi anda terdaya melakukannya, dan selagi ia belum terlewat...


Saturday, October 3, 2009

SD 10 Dollars Orkid Series Complete Signature

Tandatangan Mr Lim Kim San keluaran tahun 1967 - 1969

Tandatangan Dr. Goh Keng Swee keluaran tahun 1970 - 1972.

Tandatangan Mr. Hon Sui Sen tanpa red seal keluaran tahun 1972 - 1973.


Tandatangan Mr. Hon Sui Sen dengan red seal keluaran tahun 1973 - 1976.

Friday, October 2, 2009

King George VI - 10 cents Emergency Issue

Wang kertas 10 cents dengan Potret King George VI, dikeluarkan pada 15.8.1940 sebagai emergency issue. Designed dan dicetak oleh The Survey Department, F.M.S dengan tandatangan oleh L.S. Corney.

Gambar Belangkas