Friday, October 2, 2009

BANKNOTE PERINGATAN SUKAN KOMAMWEL KL 98




Wang Polimer pertama Malaysia dikeluarkan bersama folder pada 1.6.1998 sempena Sukan Komamwel KL 98. Bersaiz 152mm x 76mm, ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don dengan nilai muka RM50.

Tuesday, September 29, 2009

bulan syawal - ceritera raya...

Salam.. apa khabar semua? Uh..berhabuk sungguh rumah eden nih.. maklumlah cuti raya yang panjang.. Bagaimana cuti raya anda semua? seronokkah? Atau ada sesuatu yang menyayat hati.. Pada saya ada suka dukanya.. Suka, sebab menyambut hari lebaran yang penuh kesyukuran, dapat bertemu ahli keluarga, sanak saudara dan sebagainya.. DUka? kenapa ya? duka sebab tahun ini kemalangan dan kematian yang dicatatkan lebih tinggi dari tahun sebelumnya.. Tapi sungguh, sepanjang perjalanan dari KL-Penang-Kuala Terengganu-Pekan-KL menjadi perjalanan yang menakutkan..

Kenapa menakutkan? Ye la, Dari KL ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, keadaan ok, cuma tiba di Berapit, Perak, sebuah lori minyak terbakar. Jadi jalan pun sesak, ditambah pula pemandu yang mengambil kesempatan di belakang ambulans & bomba.. Kalau lah boleh ku saman pemandu-pemandu itu, alangkah bagusnya.. Bersabarlah wahai pemandu-pemandu sekalian.. Orang lain beratur.. tapi awak..... fikirlah sendiri.. semua orang nak cepat sampai ke destinasi... jadi, berhemahlah..
Di hari raya, tiada apa yang menyesakkan fikiran.. cuma anak saya sedikit manja, kerana tidak biasa dengan orang yang ramai.. (dengan sepupu2nya....).. maklumlah kami di sini cuma bertiga, tapi bila di kampung, ramai sungguh...













kiri: gambar annur
bersama abahnya...
kanan: annur bersama mama..


Hari raya pertama di sebelah keluarga saya (kami beraya ikut giliran...). Jadi di pagi raya seusai sudah solat sunat hari raya, bersalam-salaman & sesi bergambar.. sedihnya, tahun ini gambar diambil tanpa abang sulung & keluarganya, (sebab abg beraya di sebelah akak ipar..).. tak pe lah, yang penting semua bahagia...

inilah gambar keluarga di sebelah saya.. tiada di dalam gambar: abang rizal, kak bibi, anak sedaraku; amira, adrianna, aisyah & ammar
ini pula gambar kedua orang tua ku.. ayah dan emak tercinta...












kiri: gambar kami ber3 bersama wan & mak tuk annur.. (annur wat perangai sikit..ngantuk kot..)
kanan: gambar kami ber3 raya 2009 di Penang..

Raya ke3 kami ber3 pulang ke Chendering, Kuala Terengganu pula.. Perjalanan ke KT juga menyaksikan sebuah kereta terbabas ke tepi (nasib baik de divider kat tepi tu.. lau x..xpasal2..). Kereta tu dah le satu je, maksudnya xde langgar dgn kereta lain la.. So, lau camtu sama ada laju tak dapat kawal atau memang tiba2 jadik cmtu.. saper nak jawab? Nasib baik tgk cam xde yang cedera.. Perjalanan pulang ini juga menyaksikan tahap kesesakan yang sama setiap tahun di Tanah Merah.. aduh.. setiap tahun camni.. Abg ipar saya, balik hari ke2 raya, katanya, 1jam tak sampai 1km bergerak.. argh.. Kalau la jadik camtu kat saya.. adoi.. dah le kete saya 'hebat' sangat.. kecian kat baby, panas ler.. ditambah pula kereta yang pemandunya tidak sabar, memotong di tepi jalan yang memang tak boleh dipotong... saman lagi kereta-kereta itu... papepun, mungkin pihak berwajib perlu cari penyelesaian bagaimana nak elakkan kesesakan di situ...

Oh ye, sedihnya, lupa pula nak bergambar di KT.. ada gambarnya pada adik ipar, tapi belum dicilok darinya.. lain kali la ye.. Raya di KT sempat ke rumah sedara dan juga cikgu2 abang sahaja.. Lagi, ada kenduri sedara atau dipanggil makan pulut disebelah timur..

Perjalanan raya diteruskan ke Peramu Jaya 3, Pekan, kerana rakan baik saya merangkap roommate mase belajar kat UPM dulu mendirikan masjid.. alhamdulillah, tahniah diucapkan pada roommate ku sowang ni.. Semoga berbahagia la ye.. Perjalanan penuh dengan kereta.. Semua merancang pulang ke kota.. Perjalanan kami ke suatu tempat yang kami tidak pernah sampai, di kanan kiri agak dipenuhi hutan belukar, dengan kebanyakan kereta berplat J.. Nak ke Johor ke nih?haha.. namun diteruskan jua, sehinggalah kami sedar kami berada di landasan yang betul..(ayat tak hengat..)..

nih gambaran perjalanan balik setelah perut kenyang... oh ye, bawah nih gambar pengantin baru.. pengantin lama (saya la..) de gak, tapi kat tepi kerusi tu.. tak yah masukla..

Suami miey ni namanya afif.. penah jumpa sekali je mase datang kat rumah tu.. Kata suamiku, baik budak afif nih... hehee...

Perjalanan balik ke KL, alhamdulillah, lebih aman.. perjalanan dari Gambang bermula pukul 5ptg..
Lihatlah gambar yang tak berapa clear semasa perjalanan pulang, tapi cantik ini...
Sampai di Lentang, jalan jammed.. pas2 terdengar pulak de siren ambulan.. Mesti accident la nih.. Disebabkan takut kesesakan berlanjutan, suami singgah dulu di Masjid Lentang, supaya kami boleh solat Maghrib terlebih dahulu.. Lepas tu perjalanan diteruskan, masih bersisa-sisa kesesakan. Di tengah-tengah kesibukan sesak tu, de sebijik kereta wira memotong di sebelah bahu jalan.. Malang nasibnya (yang tidak sabar itu..), pihak abang polis tercegat di hadapan tu.. Pe lagi, memang kena panggil dek abg2 polis itu ler..walaupun si wira cuba meneruskan perjalanan di sebelah paling kanan jalan.. Itula, orang pesan, bersabar di jalan raya.. Jangan memotong barisan.. Kan dah kena saman...

Lagi satu yang saya perasan, laluan lebuhraya (baik highway PLUS mahupun LPT) tidak ada laluan motor, jadi apabila waktu malam, agak sukar mamat2 moto ini kelihatan.. lagi2 kalau yang bawak laju2 tu... mungkin pihak berwajib perlu memikirkan sesuatu tentang hal ini... walaupun bilangannya tidak ramai, namun keselamatan mereka ini perlu juga dikira memandangkan pemandu-pemandu kereta semuanya dah jadi ala-ala pemandu F1...

Kami selamat tiba di Gombak hampir pukul 9.. setelah hampir 10jam perjalanan dicampur dengan makan-makan angin, alhamdulillah, tiba kami di rumah yang bersepah.. haha.. bila la nak kemas rumah nih.. huhuuu.. sesiapa leh tolong kemaskan..? Bercadang nak rumah sedikit makan-makan, tapi tunggu sket masa lagi la ek... Nanti saya khabarkan..

Itulah serba sedikit.. silap.. serba banyak ceritera raya 2009 kali ini.. sehingga berjumpa lagi.. Akhir kata, pandu cermat jiwa & nyawa selamat...

p/s: dah mulakan puasa enam? mari kita meriahkan bulan Syawal jom...

Wednesday, September 16, 2009

salam aidilfitri...



...ASSALAMUALAIKUM...

Sudah agak lama blog ini ditinggalkan.. saya kekurangan idea sebenarnya.. oh ye, sedar tak sedar lagi 2 hari sahaja kita berpuasa. Cepat sungguh terasa puasa kali ini. Jumpa lagikah bulan yang penuh berkat ini tahun hadapan? Mudah-mudahan. amin..

Hari Ahad ini, insyaAllah, kita semua umat Islam akan menyambut hari lebaran, hari raya, sebagai hari meraikan kejayaan kita semua menjalani ibadah puasa. Seperti mana yang diriwayatkan dalam hadith Muslim yang bermaksud:
Dari Aisyah r.a katanya: "Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam perang Bu'ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar: "Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w?" Hari itu adalah hari "Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w: "Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya ('Id) dan hari ini adalah hari raya kita."
Sudah menjadi amalan kita pagi-pagi raya dalam menjalankan solat sunat hari raya. Ini tanda kesyukuran dan tanda terima kasih kita kepada Allah dalam menyambut hari raya. Selain itu Nabi Muhammad juga mengingatkan kita agar bertakbir di hari mulia itu. Menurut hadis at-Tabrani yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir."
sumber sini

Sungguhpun begitu berpada-pada lah kita dalam menyambut hari lebaran ini. Jangan kerana ingin meraikan maka, bergolok gadai semua harta, penuh hutang-piutang dan sebagainya. Kerana membazir itu amalan syaitan.

Dalam kesungguhan menyambut Aidilfitri, suasana balik kampung itu memang cukup dirasai bagi mereka yang berada jauh dari ibu bapa, yang mencari rezeki, yang mencari ilmu Allah. Di kesempatan yang ada ini, masing-masing sudah merancang pulang ke kampung. Dalam keseronokan ini, keselamatan perlu dijaga.

Walaupun baru hari ke4 ops sikap dijalankan, kemalangan dan kematian sudah direkodkan. Memang benar ini urusan Allah, namun kita perlu mengambil sikap berhati-hati dan sabar dalam memulakan perjalanan. Bagi yang berkeluarga, menjadi kebiasaan si ayah yang akan memandu kereta ditemani isteri dan anak-anak. Tahukah isteri dan anak-anak bukan sahaja menjadi ahli dalam perjalanan, tetapi masing-masing ada tugas yang perlu dilaksanakan.?. Sikap isteri dan anak-anak kadang-kadang mampu menghalang berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Sebagai seorang isteri, bukan tugas anda hanya berehat di sebelah pemandu dan seterusya... zzzz... - tido. Diakui ramai melakukan perkara ini dek kerana perjalanan yang panjang dan bosan. Sebagai isteri anda perlu bijak mencari suasana agar suami anda tidak bosan terhadap pemanduan dan fokusnya lebih tinggi. Carilah topik perbualan yang tidak terlalu berat untuk dikongsi bersama-sama suami. Sekurang-kurangnya si suami ada teman untuk berbual. Tahap atau aras mengantuk suami mampu dikurangkan.

Tugas seorang anak, cuba kawal perangai anda di dalam kereta. Jika anak sudah besar, mungkin masalah ini tidak timbul. Namun, anak-anak yang masih kecil, tentu aktif walaupun di dalam kenderaan. Seboleh-bolehnya, si isteri perlu menasihati anak-anak agar kawal dan jangan melampaui batas. Kadang-kadang tindak tanduk mereka ini mampu mengundang kecelakaan. Mungkin boleh diberikan barang mainan yang tidak mengganggu pemanduan si ayah, atau bahan bacaan yang mampu 'merehatkan' mereka buat seketika.

Si suami pula, jangan memandu terlalu laju dengan harapan cepat sampai. Jika terasa berat mata untuk dibuka, berehatlah sebentar. Seminit yang anda luangkan mampu menyelamatkan nyawa insan kesayangan anda.

Masih banyak perkara yang boleh dilakukan sebenarnya. Apa pun, anda perlu berhati-hati supaya keceriaan yang bakal disambut tidak berakhir dengan tragedi. Anda mampu mengubahnya..

Akhir kata, Selamat hari raya dan salam lebaran dari saya, fiezaradzi sekeluarga buat kawan-kawan sekalian. Saya menyusun sepuluh jari andai ada yang terguris hati dan perasaan yang mungkin tidak saya sedari. Moga Ramadhan dan Syawal ini mampu membawa seribu keberkatan dan pengertian buat anda semua. Selamat pulang ke kampung dengan selamatnya.. insyaAllah..

nota kaki:
* berhati-hati di jalan raya
* ambil langkah terbaik bagi membendung H1N1.
* selamat pengatin baru buat miey yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 7 Syawal - insyaAllah kita jumpa
* jangan lupa balik semula menuanikan tanggungjawab selepas berhari raya.....
* doakan perjalanan kami ke 2 buah kampung dan ke sini semula selamat hendaknya.. amin..

...SALAM LEBARAN...

Monday, September 14, 2009

Wang Kertas 25 sen King George VI


Wang kertas 25 sen King George VI prefix E ini dah dikira rare jugak . Dikeluarkan pada 1st September 1940 sebagai Emergency Issues.

Sunday, September 13, 2009

Koleksi Syiling 50 sen Parlimen

Duit syiling 50 sen parlimen dikeluarkan dari tahun 1967 hingga 1988. Tahun 1970, 1972, 1974,
1975 dan 1976 tidak dikeluarkan.

RM10 4th Series Replacement Note


Duit RM10 siri ke 4 tandatangan Ab Aziz Hj Taha gantian. Condition dah teruk sikit, tapi inilah saja yang ada setakat ini.

Gambar Belangkas