Friday, September 4, 2009

Thursday, September 3, 2009

suker ati jawab tag...

Salam. hari ni tak bizi sangat.. jadi masa terluang tu masa lawati blog rakan-rakan... terbaca satu blog ni.. kenal dari ratu hati.. juga pernah beli CD (cloth diapers) dari tuan punya blog.. sue lunatots.. bangga bila baca blog suraya ni.. muda-muda dah boleh buka bisnes sendiri.. bagusnye.. bilakah turn diriku ini? suraya, baru bukak kedai sendiri di cheras. anda boleh baca kat blog puan suraya ye.. (berangan-angan gak nak jadik cmni.. tapi entah bila kan terlaksana..)

Kat en3 suraya tu..de tag kpda sesape yang bace... senang jer tag die.. (tu yg nak buat tu..).. apakah wallpaper anda & kenapa anda memilih wallpaper itu... jeng jeng jeng.. inilah wallpaper ku buat masa ini...

ini gambar anakku yang kecil itu.. nape ye daku suker & jadikan ia wallpaper?
Sebenarnya daku memang suker tukar2 wallpaper.. tapi pilih dulu la.. wat masa ni suker gambar ni, sebab ia mengingatkanku akan anakku itu.. cak, comeynye die.. hikhihkihk....so, sesaper yang bace entry ini dan berminat nak jawab tag ini silakan..
  1. apakah wallpaper anda .. sila upload
  2. nape pilih wallpaper nih?.. sila la jawab ye..
Okeh, sampai sini dulu.. encik suami dok tanya, tulis apa cepat sgt menaip tu.. hihiii....

Wednesday, September 2, 2009

ayam goreng madu..

Salam.. apa khabar? huhu.. dah jadik satu sindrom plak, mood menulis kureng.. sama macam encik suami ku... tak de idea nak tulis pe.. belek punya belek, hari ni cerita pasal resepi mudah & ringkas.. maklum la bulan pose nih, mula la nak mencari masakan yang lain kan..

Kali ni kita cuba gorengkan ayam madu... nih cara-caranya..
  1. Potong ayam ikut suka.. kalau nak besar, tak payah potong.. Kalau tak, potong kecik2..
  2. Ambil 1 sudu madu dan gaul bersama potongan ayam tadi..
  3. Perapkan selama beberapa jam. (Saya perap tengahari & goreng masa nak berbuka..)
  4. Selepas perap, campurkan dengan garam dan kunyit, dan gaul sebaiknya..
  5. Panaskan minyak, dan goreng ayam tadi..
Oh ye, ayam goreng madu ni akan kelihatan sedikit hitam, sebab madu kot.. Tapi sedap rasanya.. Isi ayam jadi lebih lembut.. sedap dimakan.. yum yum.. boleh la cuba resepi mudah ni kan.. Selamat mencuba..

** gambar tak de, lupa nak amek.. dah abis makan baru teringat.. huhuuu...
** oh ye, selamat berpuasa ye semua.. dan selamat berbuka..

Monday, August 31, 2009

salam kemerdekaan

Salam.. apa khabar semua? Selamat hari merdeka.. Tanpa kita sedari sudah 52 tahun negara kita beroleh kemerdekaan dari penjajah. Begitu besar usaha mereka (orang2 tdahulu), dalam memastikan negara kita bebas dari penjajah.. Setelah bermacam perkara yang mereka alami dan atasi, berolehlah kemerdekaan dan kebebasan buat semua.. Hasilnya, Malaysia seperti sekarang yang kita lihat. Renungilah perjuangan mereka yang terdahulu yang berusaha dan mereka yang mengharungi perit-getir perjuangan. Jika tanpa mereka, Malaysia tidak akan se'gah' keadaan sekarang.

Lahirkanlah ucapan terima kasih sebaiknya. Peliharalah keharmonian negara & kekuatan masyarakat majmuk di negara kita. Moga Malaysia terus maju dan maju seiring kemajuan dunia tanpa meninggalkan atau melupakan agama, bangsa dan identiti kita.. Selamat hari merdeka.. (hari ni dah 1hb..xpe, leh jer..)..

p/s: Dalam melayari alam kemerdekaan ini, sudah kita benar-benar merdeka? Apakah minda dan perlakuan kita menunjukkan kita benar-benar merdeka? Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan bersama....

Sunday, August 30, 2009

SD$10 Siri Orkid Tandatangan Mr Hon Sui Sen



Wang kertas siri pertama Singapore iaitu siri orkid dengan tandatangan Mr Hon Sui Sen tanpa red seal keluaran tahun 1972 - 1973.

Gambar Belangkas