Monday, July 20, 2009

sebiji epal...

epal
Salam.lama sudah tidak saya coretkan di sini.. Hari ni cerita sikit mengenai buah. Buah epal. Dulu masa penulis dalam fasa mengandung, buah ni boleh dikatakan menjadi santapan setiap hari.. Memang sedap rasa masa tu. Alhamdulillah, anak kuar comey je kulitnya.. hahaa.. anak pun suka makan buah sekarang..
Epal dikatakan cukup berkhasiat dan lazat. Itu sudah semestinya (bagi saya la..). Ia dikatakan tidak mempunyai lemak, mengandungi kandungan nutrien dan serat, termasuklah anti-oksidan yang mampu meningkatkan prestasi badan. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, lantas mampu mengurangkan kolesterol darah.

ANTI-OKSIDAN
Zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai anti-oksidan yang melawan kolesterol, yang berpotensi dalam penyumbatan pembuluh darah. Pada masa yang sama, anti-oksidan akan berfungsi meningkatkan kadar kolesterol yang boleh memberi manfaat kepada tubuh badan. Pada tahun 1996, kajian menunjukkan zat fitokimia pada kulit epal dapat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43%.

MAMPU DIBELI
Ada apa dengan epal ni? Umum mengetahui, epal antara buah luar negara yang masih mampu dibeli oleh masyarakat kita. Malah kanak-kanak juga mengenali apa itu epal. Kalau masa kecik dulu, selalu belajar, A for apple..

MELAWAN KERAPUHAN TULANG & PENYAKIT JANTUNG
Bagi epal hijau, ia dikatakan mampu mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Pada saat ini, rembesan hormon estrogen yang berkurangan mampu mengundang penyakit seperti kerapuhan tulang dan penyakit jantung boleh dicegah dengan zat yang terdapat di dalam sebiji buah epal hijau.

MENGHINDARKAN MASALAH PENCERNAAN
Serat di dalam epal mampu mengurangkan masalah pencernaan dan ia dikatakan mampu mengurangkan berat badan. Masalah sembelit dan cirit-birit juga dikatakan mampu diatasi dengan diet epal dalam kehidupan seharian anda.

MENGURANGKAN KEROSAKAN GIGI
Sebiji epal menyumbangkan satu pertiga keperluan vitamin C untuk sehari. Mengunyah epal dikatakan cara terbaik untuk membersihkan dan menyihatkan gigi. Sungguhpun gula buah asli hadir dalam epal, namun pengeluaran amilase (air liur) mampun menolong mengelakkan kerosakan gigi.

MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL
Epal juga mengandungi pektin, yang merupakan serat larut, terbukti mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah. Dalam satu kajian, di dalam epal terdapt D-glucaric yang mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.

MENYEIMBANGKAN ZAT
Kanak-kanak yang memakan makanan ringan dan kemudiannya memakan epal dikatakan mampu menyeimbangkan kandungan zat dalam tubuh badannya dan mampu mencegah pembentukan lemak dalam badan.

* Anti-oksidan: bahan yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas ini terhadap sel normal, protein dan lemak. Beberapa jenis anti-oksidan, seperti vitamin, mineral dan fitokimia.

mote:
  1. Buah-buahan adalah antara diet utama, ambil 3 kali sehari.
  2. Buah-buahan tempatan juga banyak khasiatnya, terpulang pada anda dalam memilih jenis diet anda.
  3. untuk memastikan diet anda sihat, jangan lupa mengambil hidangan yang sebaiknya.
Baiklah, sekian dulu untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi.. InsyaAllah..

Friday, July 17, 2009

idea ku kekeringan...

Salam, selamat hari jumaat. Walaupun, dah petang ni.. Sekarang ni, quite bizi la.. dengan urusan pejabat. Pas2 bizi plak nak ubah2 rupe blog ku yang tah pape nih.. Dah lama nak cari frame kat ring dekat buku.. Last, cuma jumpe yang ni.. Nih pun penat mengedit..haha.. Tapi, idea tak dtang-datang untuk upload blog.. Jadi, ini ajela yang dapat saya coretkan.. hahaa.. selamat berhujung minggu..

I need a break, but doesn't know when....

Ha, untuk kengkawan saya, yang de berita gembira, tahniah saya ucapkan.. moga kalian semua berbahagia menempuh alam baru, & sentiasa lah bersedia atas apa jua cabaran yang mendatang..

Sehingga berjumpa lagi.. InsyaAllah.. babai..

mote: tak de ye hari ni.. tak larat nak fikir...

Monday, July 13, 2009

rumah terbakar.. eh kedai terbakar..

Salam.. apa khabar? macam mana dengan hujung minggu? hari ni rasa penat sebenarnya.. huhu.. so, ingat tak de en3 dah.. tup2 tgh dok tengok gambar, tiba2 de idea.. tak de la, cuma mengisi masa yang penat nih..haha..

Dulu, tempat nih jadik tempat makan saya & hubby masa lum kawen. Masa tuh kitorang keje kat UIA lagi.. Sejak kawen dah kurang makan kt situ.. Kalau ada pun jarang-jarang la.. Pas2 tiba-tiba hari tu teringin nak makan tom yam kat tempat lain lak. So, kitorang pun teringat kat tempat nih dulu.. Pergilah, dan ternyata memang sedap lagi.. Siap order air carrot susu.. RM2.50 jer.. Gelas besar gak..

So, masa family datang tu, dorang teringin nak minum air jus.. So, saya & hubby pun bawakle family ke tempat tu lagi.. Sedap lagi.. Tapi kami cuma minum je, sebab petang tu dah hentam Satay Kajang kt MRR2 tu..

Seminggu lepas tu, teringin lagi nak makan tom yam sedap lagi.. Bercadang la nak ke situ.. Saya dan hubby kuar pas Maghrib, dalam kul 8 camtu.. Disebabkan tak jauh, kejap je.. Siap plan nak makan pe.. Tiba-tiba sampai je kat situ.. terkejutnye.. kenapa?.. tengoklah gambar ni..












Nih le keadaan kedai tu.. banyak deretan kedai sebenarnya. habis semua kedai kat situ hangus. Bila berlaku kebakarannya, kitorang pun tak tahu.. Oh ye, gambar ni diambil pada petang hari, di mana saya & hubby pergi semula ke tempat tu semata-mata nak tgk kesan kebakaran tu.. hahaaa.. apalah nasib peniaga-peniaga sekalian.. Pastu, saya tak dapat makan tom yam sedap.. huhuu...

So, malam tu, kitorang pusing cari kedai yang boleh dikatakan sedap, tapi disebabkan ramai orang (mungkin pengunjung kedai terbakar pergi cari tempat lain..), last sekali kami pergi kedai yang biasa pergi. Dan cuma bungkus jer, sebab baby pun dah tertidur dalam kereta.. Lambat sangat dia kata mama abah cari kedai makan..hahaaa... Layan..

mote (de jugak nih...):
  1. Jangan main api, nanti terbakar diri, rumah & mata pencarian diri
  2. Sapa tau de tempat makan yang best kat area Gombak & Batu Caves, boleh bagitau?
  3. Masakla kat rumah, kan senang.. hahaa.. kena kat diri sendiri...
Setakat ini sahaja ke'merepek'kan saya buat kali ini.. Sehingga berjumpa lagi.. InsyaAllah..

Sunday, July 12, 2009

RM50 Ali Abul Hassan Side Sign


Dikeluarkan pada 5.4.1999 rekabentuk sama dengan siri sebelumnya, cuma ditandatangan oleh Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman.

RM50 Signed Ahmad Mohd Don


Mula dikeluarkan pada 20.7.1998 dengan rekabentuk baru bertemakan "WAWASAN 2020". Ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Ahmad Mohd Don di bahagian tepi.

Friday, July 10, 2009

perempuan oh perempuan...

Salam. malas la nak mukadimah. En3 kali ni citer pasal perempuan. Setakat yang penulis mahu tulis la.. Penulis pun perempuan gak, tapi penulis tak faham ler dengan perempuan sekarang nih.. Kengkawan de tgk kat brita kt tv malam tadi atau baca brita mengenai sorang girl ni, umur 19 tahun kot, cuba nak terjun dari jejambat pejalan kaki yang telah menyababkan sistem LRT tergendala selama lebih kurang 1 jam? Habis, orang-orang yang tak bersalah, lambat masuk kerja, lambat membuat urusan. Pe pandapat kowang pasal nih? Bagila pendapat ye..

Pada penulis.. Mereka yang bertindak seperti ini seolah-olah berfikiran singkat, atau lebih baik disebut tidak berfikir langsung.. Maaf la lau de yang terasa dengan bahasa yang kasar nih.. Tapi penulis tetap nak tulis.. Ye la, hanya disebabkan berselisih faham dengan teman lelaki, terus mengambil keputusan ingin terjun ke landasan.. pe takde fikiran langsung ke..?( penulis cuba gunakan ayat yang lebih baik.. wpun dalam hati nak tulis lagi kejam..hehe..). Disebabkan lelaki yang belum menjadi haknya, maka diambil keputusan dengan begitu mudah.. (walaupun jika lelaki itu jadi miliknya, tak sepatutnya bersikap sedemikian...) Berbaloi ke mencederakan diri sendiri disebabkan hal kecik? Apa tidak terfikir ke apa perasaan ibu & ayahnya di rumah? atau abg2, kakak2 & sanak saudara nya?

Itu belum lagi melibatkan anak-anak gadis yang lari mengikut teman lelaki. Kadang-kadang teman lelaki itu baru dikenali tak sampai seminggu dua.. Dah mula percaya, lebih dari mempercayai ibu bapa masing-masing.. Bila dah terjebak mulalah menyesal, mulalah menyalahkan diri & orang lain. Menyalahkan diri tu, betul la..menyalahkan orang lain tu.. fikir-fikir le sendiri. Bukan setakat satu dua kes macam ni, tapi sekarang ni dah jadi macam trend. Lari, lepas tu menyesal tak sudah. Sepatutnya dengan terjadi satu dua kes tu dijadikan iktibar & panduan, tapi agaknya bila nafsu dah menguasai diri, mulalah lupa harga diri.

Juga belum cerita tentang anak gadis yang sibuk mengejar suami orang. Lebih 'secure' katanya. Ye la, lelaki orang ini dikatakan lebih romantik, lebih pandai menjaga perasaannya, lebih stabil & lebih sebagainya.. Andai itu benar jodoh yang ditetapkan Allah, mmg kita tidak mampu melakukan apa-apa. Tapi kalau sekadar mencari keseronokan & kemewahan, apakah itu patut kita biarkan? Kadang-kadang bila kita kenal lebih ramai orang, maka lebih banyak cerita yang kita peroleh. Contohnya, penulis banyak membaca cerita mengenai kes sebegini di ratu hati.. Banyak kes yang terjadi sebenarnya..

Namun, siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Si lelaki atau si perempuan yang sudah hilang akalnya? Atau pun ibu bapa? Salah didikan kah? Kadang-kadang kesian pulak bila fikirkan kepada ibu bapa yang anaknya sebegini.. Hancur luluh agaknya.. Penat dikandung dan dilahirkan, belum lagi dikira berhabis wang ringgit untuk menyekolahkan mereka & memberi makan minum, mudah saja ambil keputusan yang tidak bijak sama sekali...

Pada penulis, bukan salah ibu bapa, bukan salah didikan. Kalau pun ada, mungkin peratusannya hanya sedikit. Yang utama, diri sendiri. Andai tahu menjaga maruah diri, keluarga, berfikir sebaiknya, malah yang paling utama, dengan asas agama, mungkin perkara seumpama ini tidak terjadi. Penulis bukanlah dari keluarga yang hebat agamanya, tetapi sedikit sebanyak penulis masih mampu memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk untuk diri penulis ini. Moga keluarga penulis, penulis sendiri & kawan-kawan penulis terhindar dari gejala seperti ini.

Pada si lelaki pula, janganlah mengambil kesempatan di atas kelemahan perempuan.. Penulis akui perempuan adalah golongan yang lemah, sebab itulah perlunya lelaki untuk membimbing. Jadi atas dasar tanggungjawab seorang lelaki dalam membimbing, bimbing lah dengan baik, jujur dan bijaksana. Janganlah pula membimbing kaum hawa ini ke arah yang negatif.

Pada perempuan di luar sana, anda perlu menjaga diri. Itu kewajipan masing-masing. Jika bukan anda yang menjaga, siapa lagi? Anda adalah diri anda. Berubahlah jika anda rasakan ia boleh memudharatkan diri sendiri & ummah. Tak salah untuk 'menjual mahal' atas ajakan lelaki-lelaki yang bukan mahu memimpin anda, malah ia tindakan yang bijak. Bukan tidak ada lelaki yang lebih baik untuk anda, cuma anda yang perlu memilihnya. Janganlah jadi seperti habis madu sepah dibuang.. Fikir-fikirkan lah..
Sebaik-baik perhiasan, adalah wanita solehah.
Jadi kepada semua, jagalah diri, hiasi peribadi, pelihara maruah diri.

mote:
  1. Jangan mudah terpengaruh dengan janji manis seorang lelaki yang belum tentu betul-betul mahukan kita.
  2. Berfikir sebaiknya untuk diri anda, jangan terjebak ke kancah yang penuh dusta.
  3. Lengkapkan lah diri dengan ilmu-ilmu yang berguna, supaya kita lebih terjaga, berhati-hati & selamat.
  4. Jangan menyakiti diri sendiri atas perkara yang kecil/remeh.
  5. Berkawanlah/bersahabatlah dengan mereka yang lebih baik dari kita. Moga dengan itu, kita turut menjadi seperti mereka.
  6. Ikhlaskan lah hati anda dalam bersahabat & bersahabatlah kerana Allah, kerana dengan keikhlasan dan kerana Allah jua lah yang dapat membuatkan hubungan persahabatan itu bertahan selagi dengan kehendakNya.
Setakat itu sahaja untuk kali ini. sehingga kita berjumpa di minggu hadapan.. selamat berhujung minggu.. Jumpa lagi, InsyaAllah.. bye..bye..


Gambar Belangkas