Sunday, July 12, 2009
RM50 Ali Abul Hassan Side Sign
Dikeluarkan pada 5.4.1999 rekabentuk sama dengan siri sebelumnya, cuma ditandatangan oleh Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman.
RM50 Signed Ahmad Mohd Don
Friday, July 10, 2009
perempuan oh perempuan...
Salam. malas la nak mukadimah. En3 kali ni citer pasal perempuan. Setakat yang penulis mahu tulis la.. Penulis pun perempuan gak, tapi penulis tak faham ler dengan perempuan sekarang nih.. Kengkawan de tgk kat brita kt tv malam tadi atau baca brita mengenai sorang girl ni, umur 19 tahun kot, cuba nak terjun dari jejambat pejalan kaki yang telah menyababkan sistem LRT tergendala selama lebih kurang 1 jam? Habis, orang-orang yang tak bersalah, lambat masuk kerja, lambat membuat urusan. Pe pandapat kowang pasal nih? Bagila pendapat ye..
Pada penulis.. Mereka yang bertindak seperti ini seolah-olah berfikiran singkat, atau lebih baik disebut tidak berfikir langsung.. Maaf la lau de yang terasa dengan bahasa yang kasar nih.. Tapi penulis tetap nak tulis.. Ye la, hanya disebabkan berselisih faham dengan teman lelaki, terus mengambil keputusan ingin terjun ke landasan.. pe takde fikiran langsung ke..?( penulis cuba gunakan ayat yang lebih baik.. wpun dalam hati nak tulis lagi kejam..hehe..). Disebabkan lelaki yang belum menjadi haknya, maka diambil keputusan dengan begitu mudah.. (walaupun jika lelaki itu jadi miliknya, tak sepatutnya bersikap sedemikian...) Berbaloi ke mencederakan diri sendiri disebabkan hal kecik? Apa tidak terfikir ke apa perasaan ibu & ayahnya di rumah? atau abg2, kakak2 & sanak saudara nya?
Itu belum lagi melibatkan anak-anak gadis yang lari mengikut teman lelaki. Kadang-kadang teman lelaki itu baru dikenali tak sampai seminggu dua.. Dah mula percaya, lebih dari mempercayai ibu bapa masing-masing.. Bila dah terjebak mulalah menyesal, mulalah menyalahkan diri & orang lain. Menyalahkan diri tu, betul la..menyalahkan orang lain tu.. fikir-fikir le sendiri. Bukan setakat satu dua kes macam ni, tapi sekarang ni dah jadi macam trend. Lari, lepas tu menyesal tak sudah. Sepatutnya dengan terjadi satu dua kes tu dijadikan iktibar & panduan, tapi agaknya bila nafsu dah menguasai diri, mulalah lupa harga diri.
Juga belum cerita tentang anak gadis yang sibuk mengejar suami orang. Lebih 'secure' katanya. Ye la, lelaki orang ini dikatakan lebih romantik, lebih pandai menjaga perasaannya, lebih stabil & lebih sebagainya.. Andai itu benar jodoh yang ditetapkan Allah, mmg kita tidak mampu melakukan apa-apa. Tapi kalau sekadar mencari keseronokan & kemewahan, apakah itu patut kita biarkan? Kadang-kadang bila kita kenal lebih ramai orang, maka lebih banyak cerita yang kita peroleh. Contohnya, penulis banyak membaca cerita mengenai kes sebegini di ratu hati.. Banyak kes yang terjadi sebenarnya..
Namun, siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Si lelaki atau si perempuan yang sudah hilang akalnya? Atau pun ibu bapa? Salah didikan kah? Kadang-kadang kesian pulak bila fikirkan kepada ibu bapa yang anaknya sebegini.. Hancur luluh agaknya.. Penat dikandung dan dilahirkan, belum lagi dikira berhabis wang ringgit untuk menyekolahkan mereka & memberi makan minum, mudah saja ambil keputusan yang tidak bijak sama sekali...
Pada penulis, bukan salah ibu bapa, bukan salah didikan. Kalau pun ada, mungkin peratusannya hanya sedikit. Yang utama, diri sendiri. Andai tahu menjaga maruah diri, keluarga, berfikir sebaiknya, malah yang paling utama, dengan asas agama, mungkin perkara seumpama ini tidak terjadi. Penulis bukanlah dari keluarga yang hebat agamanya, tetapi sedikit sebanyak penulis masih mampu memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk untuk diri penulis ini. Moga keluarga penulis, penulis sendiri & kawan-kawan penulis terhindar dari gejala seperti ini.
Pada si lelaki pula, janganlah mengambil kesempatan di atas kelemahan perempuan.. Penulis akui perempuan adalah golongan yang lemah, sebab itulah perlunya lelaki untuk membimbing. Jadi atas dasar tanggungjawab seorang lelaki dalam membimbing, bimbing lah dengan baik, jujur dan bijaksana. Janganlah pula membimbing kaum hawa ini ke arah yang negatif.
Pada perempuan di luar sana, anda perlu menjaga diri. Itu kewajipan masing-masing. Jika bukan anda yang menjaga, siapa lagi? Anda adalah diri anda. Berubahlah jika anda rasakan ia boleh memudharatkan diri sendiri & ummah. Tak salah untuk 'menjual mahal' atas ajakan lelaki-lelaki yang bukan mahu memimpin anda, malah ia tindakan yang bijak. Bukan tidak ada lelaki yang lebih baik untuk anda, cuma anda yang perlu memilihnya. Janganlah jadi seperti habis madu sepah dibuang.. Fikir-fikirkan lah..
mote:

Sebaik-baik perhiasan, adalah wanita solehah.Jadi kepada semua, jagalah diri, hiasi peribadi, pelihara maruah diri.
mote:
- Jangan mudah terpengaruh dengan janji manis seorang lelaki yang belum tentu betul-betul mahukan kita.
- Berfikir sebaiknya untuk diri anda, jangan terjebak ke kancah yang penuh dusta.
- Lengkapkan lah diri dengan ilmu-ilmu yang berguna, supaya kita lebih terjaga, berhati-hati & selamat.
- Jangan menyakiti diri sendiri atas perkara yang kecil/remeh.
- Berkawanlah/bersahabatlah dengan mereka yang lebih baik dari kita. Moga dengan itu, kita turut menjadi seperti mereka.
- Ikhlaskan lah hati anda dalam bersahabat & bersahabatlah kerana Allah, kerana dengan keikhlasan dan kerana Allah jua lah yang dapat membuatkan hubungan persahabatan itu bertahan selagi dengan kehendakNya.
Thursday, July 9, 2009
Wednesday, July 8, 2009
annur sihat...
Salam. semalam saya cuti..nape? Annur, hari sebelumnya (kelmarin..) panas, sejuk, panas , sejuk.. so, bawakler jumpa doktor.. pa tah lagi, dengan buangan hijau di hidung.. cian die.. So, bile check, doktor kate xdemam, lepas amek ubat di klinik yang ramai tu.. (nasib baik doktor bagi time sleep, wpun company aku xkesah sangat...), dgn senang hati bawak annur ke taska. Xde pe jadik..
Petang bila amek annur, cikgu die kata, annur xsihat ye? panas sikit..aik?doktor kate x.. xpela, balik bagi ubat, dengan harapan Allah cepat sembuhkan annur. amin. Malam tu kepala annur panas sikit.. Tapi, kira ok la..cuma kesian kat die.. selalunya lau die berpeluh, ok. tapi kali ni, wpun berpeluh, kepala still rase panas.. Mem'buang' pun selalu.. cian tgk die..

Esoknya (semalam), bangun dari tidur, still panas.. dengan naluri ibu yang baik nih.. (cewah.. puji sendiri..) amek keputusan jaga annur kat rumah. So, tido, makan dengan mama la ye.. (mama tumpang tido skali..)hahahaa...
Alhamdulillah, pagi tadi, ok skit.. dah xpanas lagi badan annur. Tapi kena makan antibiotik bagi habis tau... SO, macam biasa pagi tadi, annur nangis masa g htr taska.. sbb die xleh duduk dgn mama die yang besh nih..Hahhaaa...
tu je nak criter hari ni..xde idea la..

- Kalau ade sesape yang demam, makan ubat xjadik juge, baik jumpe doktor.. untuk langkah pencegahan & perawatan yang lebih efektif.
- Sayangi lah anak anda..hahaa.. kalau risau bawak g jumpe doktor ye.. (teringat iklan kat tv pasal demam denggi tu..ayah die x bawak g jumpe doktor.. cian anak die..)
Okeylah, sehingga berjumpa lagi...InsyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...