Salam.. selamat hari khamis.. sibuk bekerja kah...? kali ni saya nak tulis sesuatu berkenaan dengan permotoran.. xde lagi en3 pasal ni.. cuma tadi borak2 dgn rakan sekerja, pasal moto die yang pancit.. pas2 terkeluar plak citer pasal tayar.. tu yang datang idea nih..
Saya nih kategori suka bawak kereta, tapi semenjak ada baby nih, banyak jadi co-pilot yang berjaya berbanding pilot.. hahaaa.. tapi, sekali-sekala de gak bawak, & alhamdulillah, xde la tersemput-semput kat jalan tuh.. ni kete kecintaan saya...
Okey, berbalik pada topik.. Ada apa pada tayar kereta? Tanpa tayar, kereta xdapat bergerak.. sudah semestinya la bergantung pada enjin & komponen2 lain pada kereta tu.. (tapi, tanpa kunci & pemandu, lh x kereta jalan? kowang pikir2 le sendiri..). Tayar yang bersesuaian dengan kereta amat penting. Jika tidak, tahap pencapaian kereta anda mungkin tidak seoptima yang diharapkan.. (kereta aku kira optima ker....?Bukan Kia Optima ye...)..
Info selanjutnya..klik..
Selanjutnya
TAYAR KENDERAAN ANDA
TREADWEAR 280 - ketahanan tayar daripada cepat haus. Semakin tinggi nilai treadwear, semakin lambat tayar haus. Pilihlah tayar yang treadwear lebih tinggi
TRACTION A - kadar kekuatan cengkaman tayar. AA adalah paling bagus, kemudian A, B dan C.
TEMPERATURE A - ketahanan tayar terhadap suhu. A- kawasan panas, B - kawasan normal, C - kawasan sejuk
Ok, sekarang baru jelas kan. Pe lagi, moh le kite praktikkan sambil dapat menambah ilmu pengetahuan...
TAYAR KENDERAAN ANDA
- Pilihlah tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta anda. Contohnya, jika kenderaan anda berenjin 1.3, cukuplak sekadar tayar bersaiz 14''(inci).
Jika tayar lebih besar digunakan, kekuatan pecutan kereta anda akan berkurangan.. (Cian keta aku.. xkena rupanye...). Alat penyentap hentakan (absorber) akan mudah rosak, speedometer tidak menunjukkan bacaan sebenar & kos penggunaan minyak akan bertambah. - Jangka hayat tayar. Perhatikan pada bahagian tepi tayar kereta anda. Di situ akan terdapat rangkaian nombor yang dicetak. Nombor ini memberi maklumat bila tayar kereta itu dikilangkan. Ia berdasarkan minggu & tahun. Mengikut piawaian antarabangsa, tayar yang baik adalah dalam jangka masa 2 tahun selepas dikilangkan. Jika lebih had tersebut, penggunaan tayar pada kenderaan mungkin akan ada masalah.. Dengan iklim & cuaca panas, sejuk, tayar akan lebih mudah haus (tayar x minum air ye..), pecah & sebagainya.. Jadi, perhatikan tarikh tayar dikilangkan.. am gambar nih, maknanye dalam minggu ke 26 tahun 2007 (bulan 6).
- Jenis tayar. Ini bergantung kepada budget & kesukaan anda. Yang terbaik pilihlah tayar yang tidak terlalu lembut & tidak terlalu keras. (yang sedang-sedang saja..). Terdapat pelbagai jenis tayar di pasaran seperti Michelin, Good Year, Silverstone, Yokohama, Falken & sebagainya. Terdapat tayar yang agak mahal harganya. Namun, ia adalah berbaloi jika difikirkan tetang prestasi & keupayaan kenderaan anda. Dalam hal ini, andalah penentunya.
- Perhatikan juga nombor pada tayar anda. Pernah lihat nombor seperti ini? 205/45 R16 83W. Cetakan nombor ini membawa maksud tayar mempunyai 205mm, ketebalan tayar (jarak antara rim ke permukaan tayar) adalah 45% daripada kelebaran tayar dan ia untuk penggunaan rim bersaiz 16".
83 pula membawa maksud indek keupayaan mengangkut yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Contohnya, 82 mampu memikul berat maksima 475kg bagi setiap tayar. Jadi keupayaan seluruh kereta memikul beban maksima adalah 1900kg (475kg x 4 tayar). W pula bermaksud tayar sesuai sehingga kelajuan 270 km/j tanpa menjejaskan kekuatan & ketahanan tayar.
S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi had laju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
melebihi 270 km/j, huruf ZR akan digunakan - Adalah digalakkan untuk menukar kedudukan tayar kereta anda setiap 3 bulan. Ini bagi memastikan tidak hanya sesebuah tayar yang mengalami kecederaan yang melampau. Dengan menukar kedudukan tayar, keseimbangan tayar dapat dilakukan. Tukarlah tayar kiri hadapan ke kanan belakang dan sebaliknya.
- Perhatikan juga bunga pada tayar kereta anda (tayar pun nak cantik, pakai bunga...hehehe..). Jika bunga tayar sudah terlalu nipis, adalah dinasihatkan supaya anda menukar tayar kereta anda, bagi memastikan cengkaman tayar pada jalan pada paras optima (juga untuk keselamatan anda di jalan raya..)
1) Bunga tayar pada bahagian tepi lebih cepat haus - tekanan udara dalam tayar rendah/membelok dgn keras (hard cornering).
2) Bahagian luar tayar - keselarian tayar tidak bagus, perlu diperbetulkan.
3) Bahagian tengah cepat haus - tekanan dalam tayar terlalu tinggi
4) Bunga tayar haus secara tidak sekata - tukar absorber & tukar tayar.
TREADWEAR 280 - ketahanan tayar daripada cepat haus. Semakin tinggi nilai treadwear, semakin lambat tayar haus. Pilihlah tayar yang treadwear lebih tinggi
TRACTION A - kadar kekuatan cengkaman tayar. AA adalah paling bagus, kemudian A, B dan C.
TEMPERATURE A - ketahanan tayar terhadap suhu. A- kawasan panas, B - kawasan normal, C - kawasan sejuk
Ok, sekarang baru jelas kan. Pe lagi, moh le kite praktikkan sambil dapat menambah ilmu pengetahuan...