Sunday, June 7, 2009

Saturday, June 6, 2009

Tetuang Dari Tanduk Kerbau




Bahagian hujung ( tempat meniup).

Alat ini aku pun tak tahu apakah sebenar namanya. Masa aku budak-budak dulu orang kampung aku panggil "ttuang", mungkin tetuang atau tuang-tuang. Ada kawan aku panggil stuang. Diperbuat daripada tanduk kerbau. Bukan semua orang boleh meniup alat ini, kerana jika tidak betul caranya, tidak akan mengeluarkan bunyi kuat seperti yang dikehendaki.

Alat ini adalah alat perhubungan iaitu apabila ditiup akan mengeluarkan bunyi yang kuat. Orang kampung aku akan faham apabila terdengar bunyi dari alat ini, samada untuk berkumpul atau ada kecemasan.

Menurut cerita arwah datuk aku dulu, alat ini telah digunakan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu sekitar tahun 1942. Apabila terdengar bunyi dari alat ini tandanya Jepun telah masuk kampung dan orang-orang muda harus bersembunyi dari Jepun. Kalau tidak akan ditangkap untuk dijadikan buruh paksa.

Alat ini digunakan di kampung aku sehingga tahun 70an. Apabila orang kampung dah mampu pakai basikal dan motosikal, kaedah memanggil dari rumah ke rumah lebih praktikal.
Aku simpan kenangan ini walau pun bukanlah terlalu bernilai.

Sudu Lama


Tulisan "TONIC CHOP GAJAH" terdapat di bahagian depan.

Ukiran logo bagi jenama ini juga ada terdapat di bahagian depan.

Bahagian belakang terdapat Syarikat Pengedar tonic ini.


Sudu di atas adalah sudu Tonik Chap Gajah. Digunakan untuk meminum tonik keluaran syarikat ini sekitar tahun 60an dan 70an.

Sudu ini mengingatkan aku kepada arwah datuk aku serta atuk sedara aku. Mungkin ianya bukanlah barang yang terlalu bernilai, tapi kenangan yang lama menyebabkan aku menyimpannya sampai ke hari ini .

Buluh Tumpat



Buluh tumpat di atas kami jumpa di suatu lorong laluan binatang berhampiran Hutan Simpan Kemasul, Temerloh Pahang. Panjangnya lebih kurang dua kaki,sekali dengan akarnya. Aku ambil bahagian ini saja sebab ramai lagi kawan lain yang minta. Kawan aku yang jumpa tu masih simpan bahagian akar dan beberapa ruas. Aku berani beri jaminan ini adalah buluh tumpat yang asli.
Khasiat dan kelebihannya aku tak tahu, aku cuma tahu simpan saja.

Friday, June 5, 2009

Jam Lama



Jam lama jenama RADO, aku jumpa masa selongkar cari sudu lama dalam laci almari aku. Sayang sekali sebab disimpan dengan cara begitu. Bila aku cuba, masih bergerak secara automatik. Jam ni dah lama dalam simpanan aku. Cerminnya anti calar.
Saja aku upload dalam blog aku ni kalau-kalau ada kawan peminat jam lama yang berkenan. Aku tak dapat beri jaminan jam ini asli atau tiruan sebab aku bukan pakar dan minat dalam hal ini. Bahagian belakang ada tertulis jenama RADO begitu juga dengan talinya pun tertulis jenama yang sama.

*SOLD.

Gambar Belangkas