Sunday, May 10, 2009
Duit 20 sen 1970.
Duit 20 sen mula dikeluarkan Malaysia tahun 1967 iaitu sebanyak 49,560,00 unit. Tahun 1968 sebanyak 40,440,000 unit. Tahun 1969 sebanyak 15,000,000 unit.
Koleksi di atas adalah keluaran tahun 1970. Pada tahun ini syiling 20 sen hanya dikeluarkan sebanyak 1,054,000 unit sahaja. Menyebabkan syiling ini susah untuk dijumpai sekarang dan harganya meningkat setiap tahun.
Koleksi 50sen terbelah 1967, 1968 dan 1969
Tahun 1967 Malaysia mengeluarkan duit syiling yang pertama. Duit 50 sen ini diperbuat daripada Cooper-Nickel dengan seakan terbelah di bahagian tepi sama dengan duit 50sen Queen Elizabeth yang diguna pakai oleh Malaya sebelum ini. Pada tahun 1967 jumlah duit 50sen yang dikeluarkan oleh BNM adalah sebanyak 15,000,000 unit. Duit amat jarang kita jumpa sekarang.
Duit5 50sen tahun 1968 sama dengan keluaran tahun 1967 tetapi jumlah keluaran untuk tahun 1968 adalah sebanyak 12,000,000 unit.
Tahun 1969 pun sama dengan 1967 dan 1968 tetapi jumlah keluarannya paling sedikit iaitu sebanyak 2,000,000 unit sahaja. Bagi pengumpul duit lama, 50sen ini harganya telah meningkat tahun demi tahun.
*SOLD
Saturday, May 9, 2009
mengurus kewangan anda...
Anda tidak ada simpanan setiap bulan?
Anda tidak cukup wang setiap akhir bulan?
Anda tidak mampu memberi wang kepada ibu bapa?
Anda ada hutang yang banyak?
Anda terpaksa meminjam wang dari keluarga/kawan?
Jika anda mempunyai pendapatan bulanan, dan semua jawapan di atas benar, kemungkinan besar anda mengalami masalah kewangan. Soal pendapatan yang kecil mungkon menjadi penyebab utama, namun jika penyebabnya adalah kerana anda tidak sedar bagaimana wang anda habis, bermakna anda tidak bijak menguruskan kewangan anda.
Sebagai individu yang sudah bekerja, tentu sahaja anda perlu bijak mengatur hidup anda, termasuk mengatur & menguruskan kewangan anda. Jika setiap akhir bulan, anda kehabisan wang sebelum tiba gaji baru, ini masalah besar bagi anda. Bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak?

Pertama sekali anda perlu menetapkan diri anda agar tidak goyah membuat keputusan. Jika anda sudah memutuskan untuk belajar menguruskan wang, jangan pula diubah apabila merasakan tidak perlu.
- Buat satu catatan mengenai keluar masuk wang dalam kehidupan anda. Buat satu catatan mengenai perbelanjaan yang wajib anda keluarkan.
- Tetapkan yang perlu dilakukan dahulu - bayar mana2 ansuran bulanan (kereta, rumah, pinjaman, insurans, bil-bil utiliti atau apa saja hutang yang perlu dibayar)
- Seterusnya tetapkan berapa jumlah yang mampu anda simpan tanpa mengganggu perbelanjaan bulanan anda.
- Jangan diusik simpanan tersebut. Biarpun simpanan itu hanya berjumlah RM50, tidak mengapa. Mulakan dari jumlah yang sedikit, kemudian bulan seterusnya boleh ditambah nilainya.
- Dalam kehidupan bulanan anda, berbelanjalah seadanya. Jangan terlebih dan tidak pula terlalu kurang.
- Sebelum keluar membeli barangan keperluan, buat senarai terlebih dahulu. Utamakan mana yang penting. Jika merasakan sesuatu barangan itu, tidak begitu penting, mungkin anda boleh membuangnya dari senarai tersebut.
- Bijaklah berbelanja. Buat tinjauan (survey) terlebih dahulu. Belilah barangan yang sama, tetapi di tempat yang lebih murah. Bagi yang tidak mementingkan jenama, mungkin anda mampu melakukan perkara ini.
- Sekiranya boleh membeli barang dengan harga tunai, lakukan. Sebaik-baiknya kurangkan amalan membeli barang (elektronik/perabot) secara ansuran. Di sini, anda perlu bijak memilih. Jika anda sedar anda bukanlah golongan mewah, maka belilah elektronik/perabot yang sesuai dengan pendapatan anda - ukur baju di badan sendiri. Dengan membeli secara tunai juga anda tidak perlu pening memikirkan mengenai bayaran ansuran setiap bulan.
- Untuk mengelakkan diri anda kerap ke mesin ATM, sebaiknya simpan wang lebihan anda di akaun yang tidak menggunakan kad ATM. (contoh: Tabung Haji, ASB, dsb...)
- Jika di akhir bulan, anda masih mempunyai lebihan wang, simpan juga wang tersebut untuk masa depan anda atau untuk sebarang kecemasan. Anda boleh menggunakan wang tersebut untuk kegunaan harian atau untuk kemahuan anda, tapi fikirlah, mungkin suatu ketika nanti anda memerlukan wang tersebut untuk keperluan yang lebih utama.
- Hadkan kehendak anda semasa membeli-belah. Jika dibiarkan, wang yang dibawa akan habis sekelip mata. Anda perlu buat pilihan yang bijak. Jangan terlalu ikutkan kehendak & perasaan anda. Fikir sebaik-baiknya.
p/s: Penulis bukanlah penasihat professional, tetapi artikel ini untuk tatapan, renungan dan nasihat yang mungkin berguna untuk anda. Ini cuma amalan biasa yang dilakukan penulis.. dan setakat ini masih dimudahkan Allah dalam urusan kewangan. Alhamdulillah...
Friday, May 8, 2009
bila anak sudah mula faham..
Salam.. hari ni de mase terluang sket.. just nak isi masa lapang. Anak kecil saya sudah memasuki bulan ke-10. Terasa begitu cepat masa berlalu.. Benarlah kata kenalan saya, lepas bersalinkan anak nanti, cepat jer die membesar.. Benarlah kata-kata tu.. Atau saya je rase camtu.. Tapi betul la, sakit melahirkan tu masih terasa, masih terbayang suami memegang anak ketika di hospital dulu..tup2 dah semakin membesar. Betapa hebatnya ciptaan Allah.. Betapa agungnya.. Alhamdulillah.. Allah kurniakan rezeki, waktu dan kesihatan buat kami membesarkan anak.
Sekarang ni, anak kecil tu sudah bijak. Biarpun, belum boleh bertutur, namun sudah difahami apa yang diutarakan oleh mama dan abahnya.. Disuruh tepuk tangan, dibuat.. Tapi yang paling tidak dapat dilupakan, apabila suara mama nih ditinggikan, mula lah die mamandang muka mama, pas2 tiba2 menangis.. Waktu tu rase..alahai, kesiannya.. Ada juga ketikanya die terus je pandang muka kite, sambil buat muka kesian.. tak pun di sapanya kita.. aiii.. Tak jadik nak marah.. Bijaknya anak mama ni..
Kalau dengar je pape muzik kat tv..mula la, badan borgoyang. Tak kira waktu berdiri ke, duduk ke, bahkan waktu tgh baring pun, die boleh goyangkan badan & kaki..huhu..klakar plak.. Tapi yang menyentuh perasaan, sengaja abahnya bukak siaran yang ada azan. Khusyuk anak kecil itu mendengarnya. Seolah-olah faham akan apa yang dilontarkan. Senyap hingga tamat azan di tv. Cuma mama dan abah harap, anak kecil ini mengurangkan goyangannya seiring dengan peningkatan usia nanti.
Melihat anak-anak membesar di depan mata merupakan satu anugerah yang sangat berharga. Sebab itulah, apabila mak dan ayah di kampung meminta cucunya ini ditinggalkan sementara di kampung, berat rasa hati. Mungkin hidup terasa kosong jika tanpa si kecil menemani. Apatah lagi, si kecil ini masih menyusu badan. Biarpun penat terasa badan melayan karenahnya, namun apabila sudah menjadi kebiasaan, semua itu dilupakan.
Begitulah kehidupan kita. Ibu bapa tidak pernah menyatakan kesusahan menjaga kita, namun kita sebagai anak mampukah melakukan perkara yang sama kepada kedua orang tua kita? Sejak bergelar ibu kepada anak, saya mula lebih faham akan perasaan & naluri seorang ibu. Sebagai anak, senangkanlah hati & kehidupan orang tua anda semampunya selagi masih berkesempatan.
Wassalam.

selamat hari ibu...
Salam.. saban hari di bulan mei nih kita asyik terdengar ungkapan ini dan di kaca tv tidak ada yang terlepas untuk menyiarkan apa pun iklan atau cerita berdasarkan ibu.. Semua ini untuk menunjukkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu agar kita tidak lupa pada insan ini..
IBU.. MAMA.. MAK.. MA.. BONDA.. UMI.. MUMMY.. apa pun ungkapan yang diucapkan atau panggilan yang mewakilinya, hanya satu yang terbayang.. Setiap wanita yang melahirkan anaknya tanpa mengira penat, lelah, sakit dan sebagainya. Bertarung nyawa ketika proses melahirkan seorang individu yang hanya dapat dilakukan oleh seorang wanita yang bergelar ibu.. Tanpa ibu, siapa lah kita.. (Tanpa bapa juga ye..). Pengorbanan ibu tidak mungkin dapat dibalas sepanjang hayat kita bergelar manusia. Sesungguhnya hanya Yang Maha Esa dapat membalas erti kasih sayang & pengorbanan seorang ibu. Hargailah ibu & bapa anda selagi anda mampu melakukannya..
Jika dulu saya cuma mengetahui perasaan ibu, tanpa mampu menyelami.. Kanapa ibu menangis, kenapa ibu merajuk, kenapa ibu pendamkan perasaan, kenapa ibu meleter, kenapa ibu perlu marah dan sebagainya. Kadang2 segala yan ibu cakap, cuma dipandang sepi, seolah-olah sekadar mendengar mengambil hatinya.. Namun, sejak bergelar ibu, saya mula faham apa perasaan ibu. Jika anak kecil demam, boleh tidak tidur semalaman.. Apabila anak menangis wujud kerisauan.. Apabila anak tidak makan, runsing segala kehidupan. Kalau boleh, anak merengek pun ibu akan rasa tidak tenteram. Kenapa perlu berleter, kanapa rasa risau dan sebagainya. Terlalu sukar untuk dinyatakan. Mungkin ada yang menganggap, itu cuma remeh, perempuan yang mudah tersentuh perasaannya, namun hanya yang bergelar ibu sahaja yang memahami perasaan ini..
p/s: Selamat hari ibu buat mak, Pn. Fatimah Ahmad di Penang & juga buat ma, Pn. Tuan Normah di Terengganu.. Jasa kalian berdua tak mungkin anakanda lupakan. Sayang kalian berdua.. Terima kasih atas segalanya..

Tanpamu ibu, tidak lahirlah aku ke dunia ini..
Tanpamu juga, tidak dapat ku kecapi erti disayangi, erti dikasihi oleh seorang wanita bergelar ibu..
Tidak dapat ku ketahui cabaran hidup tanpa nasihatmu, tanpa bimbinganmu.
Hidupku sunyi tanpa kata-kata nasihatmu, tanpa kata2 marahmu..
Sesungguhnya semua itu menjadi panduan untuk diriku meniti hidup yang penuh pancaroba ini.. Terima kasih ibu..
Tidak terbalas jasamu dengan apa yang aku berikan padamu..
Moga Allah merestuimu dan segala jasamu.
Aku hanya mampu berdoa agar ibu sentiasa dalam lindunganNya..
Terima Kasih Ibu..
Saya sayang Ibu...

Thursday, May 7, 2009
personality test..
Just visiting my friend's blog & found this..
Personality Test
Just having fun doing it.. some true & some false..(biasala kan..)
Personality Test
Just having fun doing it.. some true & some false..(biasala kan..)
Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.
The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.
Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.
The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.
Your views on education
Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.
The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.
How do you view success:
You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.
What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.
Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.
united menang..
Sebelum ini, manchester united dikatakan kurang menyerlah apabila terlepas satu piala.. Piala FA.. Ferguson ketika itu menurunkan pemain-pemain bukan utama. Tapi perlawanan pagi tadi menyaksikan United mara ke akhir bagi Liga Juara-Juara setelah menewaskan Arsenal 3-1. Jaringan awal dimulakan oleh Park Ji-Sung sebelum Cristiano Ronaldo menambah jaringan sejauh 35 meter selepas cuma 11 minit.
Gol ketiga dihasilkan sekali lagi oleh Ronaldo pada minit ke-61 dari kawasannya. 1 gol dari Robin van Persie tidak mampu menghalang United ke akhir Liga juara-juara..
United mungkin akan bertemu dengan Chelsea atau Barcelona pada peringkat akhir nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...