Thursday, May 7, 2009
Duit 1 cent Empat Segi sama
Aku anggap ini adalah siri pertama 1 cent jenis empat segi sama. Duit ini mula dikeluarkan tahun 1919 sebanyak 20,165,000 unit dengan gambar King George V dan diperbuat daripada gangsa. Tahun 1920 sebanyak 55,000,000 unit. Tiada pengeluaran tahun 1921 hingga 1925. Tahun 1926 dikeluarkan semula sebanyak 5,000,000 unit.
Koleksi di atas adalah bagi tahun 1919, 1920 dan 1926.
Duit 1 cent Segi empat sama
Aku kategorikan duit ini adalah siri ke 2 kerana ia menggunakan gambar George VI King Emperor. Duit seperti di atas dikeluarkan pada tahun 1939 (20,000,000 unit), 1940 (23,600,000 unit) dan tahun 1941 ( 33,620,000 unit). Koleksi di atas adalah bagi ketiga-tiga tahun tersebut.
Duit yang sama juga dikeluarkan semula tahun 1943 ( 50,000,000 unit) dan tahun 1945 (40,033,000 unit) seperti koleksi di atas.
Duit 1 cent Empat Segi Sama
Duit 1 cent Petak atau empat segi ini aku asingkan dalam siri yang berbeza supaya mudah aku buat koleksi. Duit dengan cetakan gambar Queen Elizabeth The Second ini aku anggap sebagai siri ketiga. Ianya dikeluarkan pada tahun 1956 (6,250,000 unit), 1957 (12,500,000 unit) , 1958 (5,000,000 unit ) dan tahun 1961 (10,000,000 unit).
Koleksi di atas adalah merangkumi keempat-empat tahun tersebut.
Duit Syiling Malaya 1 cent
Wednesday, May 6, 2009
practical student..
Salam..pe kabar semua? Susah sket la skang nih nak masukkan entry..Bizi..huhUHU.. Kali ni nak share dgn semua la.. Anda tergolong dalam kategori mana?
- Seorang bos yang berhak menentukan sama ada boleh menerima pelajar untuk latihan industri?
- Seorang pekerja yang menerima arahan untuk mengajar pelajar latihan industri?
- Seorang pekerja yang tidak perlu mengajar pelajar latihan industri?
- Seorang pelajar yang memerlukan kebenaran untuk melakukan latihan industri?
- Seorang pelajar yang pernah menghadiri latihan industri?
- Seorang pelajar yang tidak memerlukan latihan industri?
Jika anda salah satu di atas, mngkin anda boleh memberi maklum balas mengenai perkara ini.
Jika dulu pengalaman saya, mendapat tempat untuk melakukan latihan industri sudah cukup bagus bagi diri saya. Bayangkan lah, dalam beratus-ratus pelajar, anda masih mampu menempatkan diri di mana2 tempat di industri. Bagi yang bertuah, tempat industri yang diperolehi adalah bertetapan dengan course yang diambil. Bagi yang tidak, sekurang-kurangnya dapat mengetahui keadaan sebenar di dunia pekerjaan. Saya, ketika itu, tergolong dalam kategori kedua. Tidak pula menyoalkan mengenai tempat tinggal, elaun atau pengangkutan yang disediakan oleh majikan yang membenarkan latihan industri dilakukan. Sudah cukup bagus, sekiranya mereka menerima anda.
Namun, berbeza keadaan sekarang. (Saya sudah bekerja di sebuah syarikat swasta).. Tergolong dalam kumpulan kedua di atas. Bernasib baik sekiranya pelajar yang anda terima berminat untuk belajar, berminat untuk turut serta dan jika mampu berkomunikasi dengan baik.. (xperlu terlalu bijak berkomunikasi..sekadar boleh mjalinkan hubungan yang mesra..).. Tapi, sekiranya yang datang tidak berminat, sekadar mendapat kelulusan kerana membuat latihan industri, berchatting/berinternet..bagaimanakah perasaan anda? Kalau nak dimarah, sudah besar.. Sekadar menegur, mgkin boleh.. Apatah lagi kalau yang datang membuat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga, tapi sudah bertanyakan mengenai elaun sama ada diperolehi atau tidak?
Bagi saya kedua-dua situasi sudah saya alami.. Pertama kali, saya cukup bertuah kerana pelajar2 yang diperolehi menunjukkan minat, rajin, dan mampu berkomunikasi dengan baik. Kali kedua agak kurang, kerana kurangnya minat untuk turut serta, seolah2 sudah pandai, dan perlu dipanggil setiap kali tugasan. Kali ketiga (dalam proses..).. masih di peringkat awal, namun menunjukkan minat dan rajin bertanya. Pendapat saya, kita masih bergelar pelajar walaupun kita sudah bekerja, kerana kadang2 kita memperoleh ilmu baru terutamnya dalam bidang kajian. Sekiranya yang bekerja masih belajar, apatah lagi bagi seorang individu yang masih bergelar pelajar...Bagi seorang pelajar, minat yang mendalam perlu ditunjukkan. Berusahalah mencari ilmu sebanyak mungkin kerana peluang pembelajaran yang terbuka luas. Percayalah, sekiranya anda meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, belum tentu anda akan memperoleh ilmu sebagaimana yang diperolehi di dunia bekerja yang sebenar. Bagi seorang pekerja pula, andai menerima pelajar yang berminat, paling tidak bersemangat kembali untuk mencurahkan ilmu walaupun pada awalnya terpaksa menerima atas arahan pihak atasan.
Apakah sebenarnya masalah graduan sekarang? Mengharapkan sesuatu yang belum lagi dicurahkan daripadanya? Atau bersikap mementingkan diri dan kurang rasa bersyukur? Masih adakah pelajar/graduan yang bekerja kerana minat yang mendalam, rasa bersyukur kerana peluang yang diberikan dan rajin bekerja tanpa mengharapkan balasan yang setimpalnya? Adakah sebab2 ini memungkinkan graduan sekarang sukar mendapatkan pekerjaan?
Jadi bagaimana, anda sekiranya seorang pekerja (dari kategori kedua terutamanya), menghadapi situasi begini? Bagaimana pula pandangan anda sekiranya anda dari kategori lain yang dinyatakan di atas? Sekiranya anda ada pandangan, jangan malu untuk menyatakan..
Monday, May 4, 2009
balik kampung lagi..
Salam. Lama x masuk blog nih..Quite buzy nowadays.. Sempena cuti hari pekerja nih, kami sekeluarga balik ke kampung..Kali ni balik ke Permatang Pasir, Penang plak.. Lama rasenye x jumpe mak ayah,abang adik..huhu.. Lagipun balik kali nih nak jumpe ahli baru dalam keluarga besar kami.. Aleesya Nur Maisara (tul ke eja nih?).. Baby abang ke2 saya..Anak sulung..Lahir bulan 3, tapi baru skang sempat nak tgk..Abang plak wat kenduri kesyukuran, untuk baby baru lahir nih, dgn kenduri masuk rumah baru.. Alhamdulillah, perjalanan dimudahkan Allah.Gambar atas: Gambar Aleesya Nur Maisara binti Mohd Redza (Tak tau eja tul x nama baby nih...)
Bertolak kul 7 pagi dari GOmbak. Kul 12.30 tghri dah sampai rumah..Xde la jem..ye la, balik hari Khamis, mmg la..hihi.. My daughter palk..klakar jer.. Selalunya kami b3 jer kt rumah..tiba2 de ramai org nk dukung die.. Leh plak die jual mhal.. Patutnye lau duduk nursery, xde la xnak kt org, tpi nih,susah sket.. Bayangkanla..adik saya yang pompuan tu..DIe nih mmg jadik kesukaan anak2 buah..Maknanye, anak buah suke kt die.. KDg2 de Yg jeles sbb tgk achik dorang nih dukung baby lain..Alih2 my daughter nih xnak ke die.. Jual Mahal tul.. Cuma kt Pak ngah die jer ok..(Abg Saya Yg BarU dpt baby tu..)..Pas2 wan,& acu..tu pun,lau saya de..xnak..naper tah.. My dAUghter nih, pesyen nyer..Main-main leh..xpe..besh, tpI lau nak amek die, Nk duKung die..NO way..Adoi.. Penat gak la..susah nk wt keje..
Habis hari ahad, kitorang pun balik semula ke KL..Perjuangan keje harus diteruskan.. Isnin nih plak.. de Prctical student nak masuk..Adoi..penat bile pk psl nih..xpela,mudah2an dipermudahkan urusan keje nih..Amin..
Tambahan: My daughter nangis pagi tadi mase anta ke taska..Tak nak berenggang dgn kami nih..HuhuhuhuhUHUh...
Bertolak kul 7 pagi dari GOmbak. Kul 12.30 tghri dah sampai rumah..Xde la jem..ye la, balik hari Khamis, mmg la..hihi.. My daughter palk..klakar jer.. Selalunya kami b3 jer kt rumah..tiba2 de ramai org nk dukung die.. Leh plak die jual mhal.. Patutnye lau duduk nursery, xde la xnak kt org, tpi nih,susah sket.. Bayangkanla..adik saya yang pompuan tu..DIe nih mmg jadik kesukaan anak2 buah..Maknanye, anak buah suke kt die.. KDg2 de Yg jeles sbb tgk achik dorang nih dukung baby lain..Alih2 my daughter nih xnak ke die.. Jual Mahal tul.. Cuma kt Pak ngah die jer ok..(Abg Saya Yg BarU dpt baby tu..)..Pas2 wan,& acu..tu pun,lau saya de..xnak..naper tah.. My dAUghter nih, pesyen nyer..Main-main leh..xpe..besh, tpI lau nak amek die, Nk duKung die..NO way..Adoi.. Penat gak la..susah nk wt keje..
Habis hari ahad, kitorang pun balik semula ke KL..Perjuangan keje harus diteruskan.. Isnin nih plak.. de Prctical student nak masuk..Adoi..penat bile pk psl nih..xpela,mudah2an dipermudahkan urusan keje nih..Amin..
Tambahan: My daughter nangis pagi tadi mase anta ke taska..Tak nak berenggang dgn kami nih..HuhuhuhuhUHUh...
Sunday, May 3, 2009
Duit Spore Siri Kapal
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...