



Duit $1 ( one dollar ) ini dikeluarkan pada 1.7.1941 dengan potret King George VI ditandatangani oleh Weisberg bersaiz 124mm x 64mm. Dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd London. Wang kertas ini sah diperlakukan di dalam Negeri-negeri Melayu.



Duit $1 Malaya dan British Borneo dengan potret Queen Elizabeth II sah diperlakukan di negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei dan Borneo Utara. Dikeluarkan pada 21.3.1953, ditandatangani oleh W.C Taylor dan dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd. London.
RM 50 yang ditandatangani oleh Zeti Aziz dengan radar nombor siri NJ1166611 yang kebetulan aku jumpa semasa terima baki dari kedai mamak. Condition bagi aku kira VF, tapi kalau kedutannya hilang mungkin boleh jadi EF kerana tiada kesan kotoran. Kesan kedutan itu kerana aku masukkan dalam poket seluar.