Wednesday, April 22, 2009

Wang kertas RM100 Ali Abul Hassan


Wang kertas RM100 di atas adalah koleksi yang di tandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman. Side Sign dan centre sign. Sekali pandang tandatangan seperti 'Aishah' . Inilah yang selalu digembar-gemburkan oleh mereka yang kurang faham. Hal ini terjadi kerana pada masa itu Raja Permaisuri Agong adalah YM Cik Puan Aishah isteri kepada Yang Dipertuan Agong Almarhum Sultan Sallahuddin Abd Aziz Shah yang kemudian mangkat dan tandatangan itu tidak kelihatan lagi. Kebetulan pula Gabenor Ali Abul Hassan digantikan oleh Zeti Akhtar Aziz.

renungan setiap hari - hargailah keluarga anda

Mulianya seorang isteri di sisi Allah,
dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak,
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka, kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak,
Biarlah seburuk mana pun isteri anda, sayangilah mereka.

Beruntungnya seorang wanita yang mempunyai rahim ini, ialah kerana dia bekerja dengan Allah - jadi 'kilang' manusia,
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh, 7 hingga 15 hari sebulan, bila tiba masanya, dia tak wajib solat, tetapi Allah tetap anggap di waktu itu solat terbaik daripadanya.

Cuti bersalin juga antara 60 hari,
Selepas itu, susukanlah anak, jangan takut 'kendur' atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak jangan merebut dengan anak..

Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi cuti yang Allah beri, sebab dia bekerja dengan Allah, tapi bila dah habis cuti tu, layanlah suami, 'offer' lah pada suami,
Nabi bersabda: berjimak dengan isteri itu pahala, jangan buat tak tahu saja, jangan buat alasan itu dan ini, ingat itu si isteri ye..
Kata nak pahala lebih

Orang lelaki tak ada cuti solat, solat wajib baginya sejak dia baligh hingga ke akhir nyawanya.

Satu lagi berita baik untuk si isteri,
Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya
Lahir sahaja bayi, seluruh dosanya habis
Inilah nikmat Allah kurniakan pada wanita, jadi kenapa perlu takut untuk beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah,
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga, tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur
Untuk peringatan semua isteri yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala, tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung

Di akhirat nanti, seorang isteri yang solehah, akan terperanjat dengan pahala 'extra' yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah, ganjaran Allah ke atasnya jua

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di Titian Sirat, dia tak nak masuk Syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk Syurga
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu, tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suaminya, dia tak akan dapat pahala 'extra' ini

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat, di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak-anak dan isteri yang tidak dididik dia akan tanggung, ditambah lagi dosa-dosa lain
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah, agar tidak derhaka kepadaNyaSesungguhnya wanita dijadikan dari rusuk kiri lelaki
Dia bukan dicipta dari kepala untuk memijak lelaki
Juga bukan dari tapak kaki untuk dipijak-pijak
Dia dicipta dari rusuk kiri lelaki, supaya dia hampir kepada kamu (lelaki)
Dari dekat dengan lengan lelaki untuk dilindungi
Dekat dengan hati lelaki, untuk disayangi.

Kredit daripada: Pak Utih, coretan dari Ratu Hati.

Tuesday, April 21, 2009

7 nilai murni

Terapkanlah 7 nilai murni bukan sahaja dalam diri anda, malah dalam diri setiap ahli keluarga anda. Jadikanlah satu cara dalam mendidik ahli keluarga.. Selamat mencuba

bubur untuk si kecil

Makanan yang sihat penting untuk pertumbuhan bayi anda. Mari belajar membuat bubur untuk si kecil..Senang jer..

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
  • segenggam beras
  • air mencukupi
  • oat
  • ayam/ikan/daging - boleh dipilih
  • lobak merah - separuh - juga boleh gunakan pelbagai jenis sayuran hijau (bayam/brokoli) - cincang dahulu sayuran ini
CARA MEMBUAT:
  • cuci beras sebersihnya
  • masukkan air dan biar mendidih - macam masak nasi, cuma airnya lebih
  • masukkan oat, ayam/ikan/daging
  • masukkan sayuran
  • tambah air jika perlu
  • setelah masak, masukkan ke dalam pengisar. kisar sebentar sahaja jika mahukan tekstur yang lebih kasar
  • boleh dimakan oleh si kecil anda..
Perlu diigatkan tidak perlu menambah sebarang bahan perasa untuk si kecil. Andalah yang mencorakkan pemakanan anak anda nanti..

Monday, April 20, 2009

samun

Salam buat semua. Harap-harapnya sihat sentiasa. Kali ni nak cerita sikit pasal keadaan yang sering berlaku di Malaysia nih.. Malaysia sekarang dah jadik macam negara-negara maju yang penuh dengan kes jenayah. Tak la sama, tapi hampir. Baru-baru ni, pulang dari tempat kerja, saya dan suami rasa nak makan pau yang dijual di tepi jalan di sekitar taman perumahan di daerah Gombak ni. Gerai ni baru lagi. Bila berhenti kat tepi gerai tu, akak (orang melayu la) yang berniaga pau ni kata tinggal lagi 2 je. Okla tu kan, cukupla untuk saya dan suami. Suami saya ni peramah, tanyakan la akak ni..mana kete kancil akak yang de kat cini? - Kitorang nih suker memerhatikan gerai-gerai baru yang muncul kat area situ.. Pastu akak tu pun citer la..kancil die tu, suami die bawak, kejar 2 mamat yang terdesak sangat ni.. Mamat 2 ekor nih naik moto, baru jer pas samun duit jualan pau akak ni..
Operasinya..de kete benti nak beli pau, tapi orangnya xturun pun, just cakap dari dalam kete..Akak ni xsangka la..just bungkuskan dan bagi la kat orang dalam kete ni. Tanpa disangka2 2 mamat yang de atas moto tgh benti kt situ masa tu, dengan sekoyong-koyongnye telah pergi amek dan melarikan duit jualan akak ni.. Tak tahu la kan, kete tu terlibat ke tak.. Tak baik nak tuduh jer kan.. Mungkin kebetulan terjadi..
Kesian akak ni..dah le mase tu dah banyak dah die jual. Huhu..Sebagai seorang yang masih berfikiran waras, terasa sangat, pe dah jadik dengan dunia sekarang nih.. Jenayah berleluasa walaupun jalan tu sibuk. Entah la.. Kita hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa agar dipelihara dan dijauhkan perkara-perkara sebegini. Amin. Terasa sedih pulak, orang lain bersusah payah mencari rezeki yang halal, orang lain pulak yang dapat kesenangan dengan cara yang tidak betul. Moga-moga insaflah, ingatlah kita di dunia ni hanya sementara. Moga Allah melindungi kita dan keluarga kita hendaknya. Amin.

** moral of the story - berhati-hatilah selalu..sentiasalah berteman jika tidak yakin berseorangan

Saturday, April 18, 2009

kebaikan nutrien

You are what you eat.. Pernah dengar? Apa yang anda makan akan 'menghasilkan' diri anda apabila dewasa kelak. Jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat sejak kecil, pasti kesannya dapat dilihat suatu hari nanti. Jadi, mari kita lihat apa kebaikan nutrien pada badan kita.

KARBOHIDRAT
  • membekalkan sumber tenaga yang diserap segera oleh sistem tubuh manusia terutamanya otak dan sistem saraf
  • ditukarkan daripada kanji & gula kepada glukosa dan akhirnya tenaga
  • menyumbang 50% tenaga diperlukan tubuh
  • karbohidrat ringkas tidak mengandungi vitamin dan mineral - gula pasir & sirap
  • karbohidrat kompleks mempunyai serat & penuh nutrien - nasi, mee, ubi, bijirin, kekacang
PROTEIN
  • mempunyai 5 fungsi utama - merangsang pertumbuhan & penggantian tisu otot; membentuk antibodi; mengimbangi kandungan air; memelihara keseimbangan tubuh; membentuk kompaun tubuh yang penting - hormon, enzim & hemoglobin
  • komponen penting otot, organ & kelenjar
  • sumber haiwan: lembu, kambing, ayam, ikan, telur - lengkap & mengandungi asid amino penting yang tidak dihasilkan tubuh
  • sumber sayuran: bijirin, kekacang dan roti - tidak lengkap (kecuali kacang soya)
  • susu ibu adalah protein terbaik untuk si kecil
VITAMIN
  • penting untuk metabolisme & pembinaan & pengawalan fungsi-fungsi sel
  • diperlukan hanya sedikit untuk keperluan harian
  • 2 jenis; larut lemak (A, D, E dan K) & tidak larut lemak (B dan C)
SERAT
  • serat larut (kacang, bijirin, oat barli & pisang) akan menarik air & ditukar kepada bahan yang berbentuk gel semasa penghadaman - proses penghadaman menjadi lambat
  • serat tidal larut (sayur-sayuran, bijirin & produk gandum) menyebabkan najis banyak dan mempercepatkan perjalanan makanan melalui badan seterusnya mengelakkan sembelit
AIR
  • Gabungan hidrogen & oksigen
  • tempat bergantung semua sel dan organ tubuh untuk menjalankan fungsi dengan baik.
  • penting untuk mengawal suhu badan & proses pernafasan

Thursday, April 16, 2009

Wang kertas Malaysia RM1


Wang kertas Malaysia RM1 ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan sangat jarang ditemui. (ITEM INI TELAH DITEBUS OLEH HAMBA ALLAH DARI PAHANG).

Gambar Belangkas