Tuesday, April 21, 2009

7 nilai murni

Terapkanlah 7 nilai murni bukan sahaja dalam diri anda, malah dalam diri setiap ahli keluarga anda. Jadikanlah satu cara dalam mendidik ahli keluarga.. Selamat mencuba

bubur untuk si kecil

Makanan yang sihat penting untuk pertumbuhan bayi anda. Mari belajar membuat bubur untuk si kecil..Senang jer..

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
  • segenggam beras
  • air mencukupi
  • oat
  • ayam/ikan/daging - boleh dipilih
  • lobak merah - separuh - juga boleh gunakan pelbagai jenis sayuran hijau (bayam/brokoli) - cincang dahulu sayuran ini
CARA MEMBUAT:
  • cuci beras sebersihnya
  • masukkan air dan biar mendidih - macam masak nasi, cuma airnya lebih
  • masukkan oat, ayam/ikan/daging
  • masukkan sayuran
  • tambah air jika perlu
  • setelah masak, masukkan ke dalam pengisar. kisar sebentar sahaja jika mahukan tekstur yang lebih kasar
  • boleh dimakan oleh si kecil anda..
Perlu diigatkan tidak perlu menambah sebarang bahan perasa untuk si kecil. Andalah yang mencorakkan pemakanan anak anda nanti..

Monday, April 20, 2009

samun

Salam buat semua. Harap-harapnya sihat sentiasa. Kali ni nak cerita sikit pasal keadaan yang sering berlaku di Malaysia nih.. Malaysia sekarang dah jadik macam negara-negara maju yang penuh dengan kes jenayah. Tak la sama, tapi hampir. Baru-baru ni, pulang dari tempat kerja, saya dan suami rasa nak makan pau yang dijual di tepi jalan di sekitar taman perumahan di daerah Gombak ni. Gerai ni baru lagi. Bila berhenti kat tepi gerai tu, akak (orang melayu la) yang berniaga pau ni kata tinggal lagi 2 je. Okla tu kan, cukupla untuk saya dan suami. Suami saya ni peramah, tanyakan la akak ni..mana kete kancil akak yang de kat cini? - Kitorang nih suker memerhatikan gerai-gerai baru yang muncul kat area situ.. Pastu akak tu pun citer la..kancil die tu, suami die bawak, kejar 2 mamat yang terdesak sangat ni.. Mamat 2 ekor nih naik moto, baru jer pas samun duit jualan pau akak ni..
Operasinya..de kete benti nak beli pau, tapi orangnya xturun pun, just cakap dari dalam kete..Akak ni xsangka la..just bungkuskan dan bagi la kat orang dalam kete ni. Tanpa disangka2 2 mamat yang de atas moto tgh benti kt situ masa tu, dengan sekoyong-koyongnye telah pergi amek dan melarikan duit jualan akak ni.. Tak tahu la kan, kete tu terlibat ke tak.. Tak baik nak tuduh jer kan.. Mungkin kebetulan terjadi..
Kesian akak ni..dah le mase tu dah banyak dah die jual. Huhu..Sebagai seorang yang masih berfikiran waras, terasa sangat, pe dah jadik dengan dunia sekarang nih.. Jenayah berleluasa walaupun jalan tu sibuk. Entah la.. Kita hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa agar dipelihara dan dijauhkan perkara-perkara sebegini. Amin. Terasa sedih pulak, orang lain bersusah payah mencari rezeki yang halal, orang lain pulak yang dapat kesenangan dengan cara yang tidak betul. Moga-moga insaflah, ingatlah kita di dunia ni hanya sementara. Moga Allah melindungi kita dan keluarga kita hendaknya. Amin.

** moral of the story - berhati-hatilah selalu..sentiasalah berteman jika tidak yakin berseorangan

Saturday, April 18, 2009

kebaikan nutrien

You are what you eat.. Pernah dengar? Apa yang anda makan akan 'menghasilkan' diri anda apabila dewasa kelak. Jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat sejak kecil, pasti kesannya dapat dilihat suatu hari nanti. Jadi, mari kita lihat apa kebaikan nutrien pada badan kita.

KARBOHIDRAT
  • membekalkan sumber tenaga yang diserap segera oleh sistem tubuh manusia terutamanya otak dan sistem saraf
  • ditukarkan daripada kanji & gula kepada glukosa dan akhirnya tenaga
  • menyumbang 50% tenaga diperlukan tubuh
  • karbohidrat ringkas tidak mengandungi vitamin dan mineral - gula pasir & sirap
  • karbohidrat kompleks mempunyai serat & penuh nutrien - nasi, mee, ubi, bijirin, kekacang
PROTEIN
  • mempunyai 5 fungsi utama - merangsang pertumbuhan & penggantian tisu otot; membentuk antibodi; mengimbangi kandungan air; memelihara keseimbangan tubuh; membentuk kompaun tubuh yang penting - hormon, enzim & hemoglobin
  • komponen penting otot, organ & kelenjar
  • sumber haiwan: lembu, kambing, ayam, ikan, telur - lengkap & mengandungi asid amino penting yang tidak dihasilkan tubuh
  • sumber sayuran: bijirin, kekacang dan roti - tidak lengkap (kecuali kacang soya)
  • susu ibu adalah protein terbaik untuk si kecil
VITAMIN
  • penting untuk metabolisme & pembinaan & pengawalan fungsi-fungsi sel
  • diperlukan hanya sedikit untuk keperluan harian
  • 2 jenis; larut lemak (A, D, E dan K) & tidak larut lemak (B dan C)
SERAT
  • serat larut (kacang, bijirin, oat barli & pisang) akan menarik air & ditukar kepada bahan yang berbentuk gel semasa penghadaman - proses penghadaman menjadi lambat
  • serat tidal larut (sayur-sayuran, bijirin & produk gandum) menyebabkan najis banyak dan mempercepatkan perjalanan makanan melalui badan seterusnya mengelakkan sembelit
AIR
  • Gabungan hidrogen & oksigen
  • tempat bergantung semua sel dan organ tubuh untuk menjalankan fungsi dengan baik.
  • penting untuk mengawal suhu badan & proses pernafasan

Thursday, April 16, 2009

Wang kertas Malaysia RM1


Wang kertas Malaysia RM1 ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan sangat jarang ditemui. (ITEM INI TELAH DITEBUS OLEH HAMBA ALLAH DARI PAHANG).

membuka akaun semasa

Salam. Kali ni saya cuba berkongsi dengan anda mengenai cara membuka akaun semasa ('current acount') di bank. Apa keperluannya membuka akaun semasa ini. Akaun ini pada pendapat saya diperlukan apabila anda ingin membuat bayaran pada jumlah yang besar. Bayangkanlah, dengan nilai ribuan ringgit, untuk diberikan pada individu tertentu atas alasan tertentu.. tentu sukar untuk membawa wang tunai yang berjumlah ribuan ringgit itu. Perkara ini pernah terjadi pada saya. Pada ketika itu, pelbagai perkara bermain di fikiran. Dalam dunia yang penuh mencabar ini, perlbagai perkara boleh berlaku. Saya bukanlah tergolong di antara mereka yang hidup mewah, jadi nilai wang yang ribuan itu, adalah satu perkara yang serius. Jadi pada pendapat saya, lebih baik saya membawa sehelai cek, berbanding membawa puluhan atau ratusan helai wang tunai untuk pelbagai urusan yang melibatkan nilai yang besar.
Semasa mengambil keputusan untuk membuat akaun semasa dan buku cek ini, saya telah pergi ke sebuah bank terkemuka, kerana semua urusan kewangan saya di lakukan di bank tersebut. Sangkaan saya dan suami, apabila kita sudah mempunyai akaun simpanan di bank tersebut, maka lebih mudah untuk urusan membuka akaun simpanan. Namun, telahan kami suami isteri ternyata salah. Kami diminta untuk mengisi borang permohonan lain, dan apa yang lebih penting, kami perlu mencari 'introducer'; yang mana introducer ini perlu mempunyai akaun semasa di bank tersebut, dan rekodnya adalah bersih. Berjauhan di negeri orang, tentulah agak sukar untuk kami mencari kenalan untuk dijadikan 'introducer' ini.
Hampir terputus niat untuk membuka akaun semasa. Tapi kami mencuba pula di sebuah bank yang berlainan. Sebuah bank yang sedang meningkat maju, terasa perbezaan ketika berurusan dengan kakitangan bank tersebut. Dengan layanan yang mesra, pertolongan yang diberi tanpa dipinta, terasa kami dilayan sebagai seorang pelanggan sebenar. Memang benar untuk membuka akaun semasa, perlu seorang 'introducer'. Namun yang bagusnya bank ini, pengurus bank itu sendiri boleh menjadi 'introducer'. Malah semasa kami dalam proses membuat akaun semasa itu, langsung perkara tersebut tidak ditanya.

Jika anda ingin mengetahui cara untuk membuka akaun semasa dan permohonan buku cek, sila klik
SYARAT MEMBUKA AKAUN SEMASA
  • 18 tahun ke atas
  • tidak bankrap
  • waras, mempunyai keupayaan mental dan fizikal untuk mengandalikan akaun
  • bagi pemilik perniagaan, perniagaan mereka perlu didaftarkan dengan pihak berkuasa yang berkenaan.
  • perlu hadir sendiri ke bank
  • perlu ada pencadang ('introducer')
  • kad pengenalan
  • deposit - bank yang saya berurusan ini, perlu meletakkan RM1000 ke dalam akaun sendiri.
  • bagi perniagaan: perlu pendaftaran perniagaan, resolusi lembaga pengarah, dan lain2..(sila rujuk bank anda berurusan)
PROSEDUR
  • hadir sendiri ke bank
  • isi borang pembukaan akaun semasa dan permohonan buku cek
  • berjumpa dengan pegawai bank atau pihak berkenaan.
  • kad pengenalan perlu disahkan
  • tunggu sehingga akaun semasa diwujudkan
  • masukkan wang deposit ke akaun
  • selesai urusan
  • tunggu sehingga pihak bank telefon anda untuk mengambil buku cek. Tapi perlu diingatkan, anda perlu menelefon bank selepas 3 hari bekerja sekiranya masih belum menerima panggilan. Tanyakan jika buku cek telah siap atau belum.
  • pergi ambil sendiri buku cek tersebut
NASIHAT PENGGUNAAN
  • tulis cek dengan terang dan jelas, gunakan pen dakwat kekal (pena mata bulat)
  • pastikan tiada pindaan, pembetulan/ pemadaman di atas cek - jika tidak cek akan dikembalikan
  • tulis jumlah dalam perkataan berdekatan dengan "Ringgit" tanpa ada ruang di antara perkataan dan pastikan jumlah yang dibayar diakhiri dengan perkataan "sahaja". Jumlah dalam angka ditulis berdekatan dengan "RM" dan ditulis terang.
  • Pastikan tiada cek yang dikeluarkan tanpa pengetahuan anda, dan pastikan cek yang rosak, dimusnahkan sepenuhnya.
  • Simpan cek dengan selamat dan berkunci; jangan tinggalkan cek yang telah ditandatangani atau belum tanpa pengawasan
  • semak sekerap mungkin bilangan cek yang belum digunakan dan buat pelarasan amaun cek yang telah dikeluarkan dengan penyata akaun.
  • lapor segera kepada bank jika terdapat helaian yang hilang atau sebarang percanggahan dalam penyata
  • pastikan dana dalam akaun mencukupi sebelum membuat bayaran
  • jangan menandatangani sebarang cek kosong atau mengeluarkan cek kosong untuk pembayaran
  • jangan lipat, pin atau mengokot cek yang telah ditulis.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila rujuk bank tempat anda berurusan

sumber: info perbankan, akaun semasa , bank negara malaysia
layari: www.bankinginfo.com.my

salam

salam semula buat semua..juga kepada yang log in as fiezaradzi tu..hihiihi...

Gambar Belangkas