Saturday, February 14, 2009

Duit Semar 2



Duit semar ini dibuat daripada tembaga (kuningan).

*TELAH DIMAHARKAN KEPADA HAMBA ALLAH DARI KELANTAN.

Duit Semar 1


Duit semar dibuat daripada timah hitam, aku pun tak tahu dari mana asalnya. Mungkin juga dari Indonesia.

*TELAH DIMAHARKAN KEPADA HAMBA ALLAH DARI KELANTAN.

Duit RM2



Duit $2 ini dikeluarkan pada tahun 1996 dan ditandatangani oleh Gabenur Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Dom. Designed & printed by Glesecke & Devrient, Germany.
Duit $2 keluaran tahun 1999 ditandatangani oleh Gabenur Tan Sri Ali Abul Hassan


Friday, February 13, 2009

Duit $5




Duit Malysia RM5 keluaran tahun 1995 ditandatangani oleh Gabenur Tan Sri Ahmad Mohd Dom.


Lampu minyak tanah



Untuk kegunaan berjalan malam.

Kepunyaan Aladdin...


Aladdin tertinggal khazanah ni?

Alahan Makanan 2

Okey..ni info mengenai alahan makanan yang saya cakapkan sebelum ni. Tahukah kowang bahawa sesetengah kanak-kanak boleh mengalami gatal-gatal kulit, lelah, resdung, cirit-birit, muntah-muntah dan sebagainya setiap kali mereka makan makanan yang tidak serasi dengan mereka? (Tapi bukan setakat kanak-kanak, malah orang dewasa - kite le tu; boleh mengalami gejala yang sama.) Ketidakserasian ini mungkin disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan (food allergy). Ini adalah reaksi badan terhadap sestengah jenis makanan. Pernahkah anak anda (atau anda sendiri) mengalami masalah ini? Jika ya, mari kita berkongsi maklumat mengenai perkara ini. Kali ini kita bincangkan dulu beberapa maklumat asa mengenai alahan makanan..


APAKAH ITU ALAHAN MAKANAN?

Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan kepada beberapa jenis makanan. Antibodi boleh dikesan di dalam saluran darah bagi individu yang mengalami alahan makanan


BERAPA KERAP IA BERLAKU?

2% kanak-kanak dikesan mengalami alahan pemakanan, manakala kanak-kanak yang lebih dewasa pula di anta 5-8%. Kebanyakan kanak-kanak dapat dikesan alahan mereka ketika berusia 3 tahun. Malah asa yang dikesan ketika mereka masih bayi lagi. Orang dewasa pula biasanya hanya 1% terlibat dari populasi keseluruhan.

APAKAH JENIS MAKANAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN ALAHAN?
  1. Susu lembu

  2. Telur

  3. Kacang soya

  4. Kekacang - kacang tanah, kacang panjang etc..

  5. Gandum

  6. Jagung

  7. Makanan laut

  8. Ubat-ubatan

  9. Sebahagian pewarna, pengawet dan bahan perasa

  10. Selain itu, sekiranya makanan lain yang mempunyai unsur/bahan yang menyebabkan alahan, gejala ini boleh berlaku.


TANDA-TANDA INDIVIDU MENGALAMI ALAHAN MAKANAN
  1. Selsema, batuk, merah mata dan tanda kemerahan di kawasan sekitar mulut

  2. Ruam pada kulit, ekzema termasuklah gatal-gatal kulit (terdapat tompok-tompok gatal)

  3. Rasa loya, muntah, cirit-birit dan perut buncit

  4. Termengah-mengah dan sukar untuk bernafas

  5. Perut memulas pada bayi

  6. Sentiasa resah, tidak nyenyak tidur, sukar menumpukan perhatian dan terlalu aktif

  7. Anafilasis - reaksi teruk berhubung dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah, terkejut malah boleh mendatangkan kematian bagi kes yang teruk.

Gejala- gejala ini biasanya berlanjutan dengan cepat dalam pengambilan makanan dalam jangka masa beberapa minit hingga jam.


Okey,setakat ini dulu ye..nanti-nanti kite sambung balik..Penatla menaip..okeh, moga jumpe lagi..Lau de info, bolehla bagitau saya ye..

Gambar Belangkas