Friday, February 13, 2009

Duit $5




Duit Malysia RM5 keluaran tahun 1995 ditandatangani oleh Gabenur Tan Sri Ahmad Mohd Dom.


Lampu minyak tanah



Untuk kegunaan berjalan malam.

Kepunyaan Aladdin...


Aladdin tertinggal khazanah ni?

Alahan Makanan 2

Okey..ni info mengenai alahan makanan yang saya cakapkan sebelum ni. Tahukah kowang bahawa sesetengah kanak-kanak boleh mengalami gatal-gatal kulit, lelah, resdung, cirit-birit, muntah-muntah dan sebagainya setiap kali mereka makan makanan yang tidak serasi dengan mereka? (Tapi bukan setakat kanak-kanak, malah orang dewasa - kite le tu; boleh mengalami gejala yang sama.) Ketidakserasian ini mungkin disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan (food allergy). Ini adalah reaksi badan terhadap sestengah jenis makanan. Pernahkah anak anda (atau anda sendiri) mengalami masalah ini? Jika ya, mari kita berkongsi maklumat mengenai perkara ini. Kali ini kita bincangkan dulu beberapa maklumat asa mengenai alahan makanan..


APAKAH ITU ALAHAN MAKANAN?

Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan kepada beberapa jenis makanan. Antibodi boleh dikesan di dalam saluran darah bagi individu yang mengalami alahan makanan


BERAPA KERAP IA BERLAKU?

2% kanak-kanak dikesan mengalami alahan pemakanan, manakala kanak-kanak yang lebih dewasa pula di anta 5-8%. Kebanyakan kanak-kanak dapat dikesan alahan mereka ketika berusia 3 tahun. Malah asa yang dikesan ketika mereka masih bayi lagi. Orang dewasa pula biasanya hanya 1% terlibat dari populasi keseluruhan.

APAKAH JENIS MAKANAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN ALAHAN?
  1. Susu lembu

  2. Telur

  3. Kacang soya

  4. Kekacang - kacang tanah, kacang panjang etc..

  5. Gandum

  6. Jagung

  7. Makanan laut

  8. Ubat-ubatan

  9. Sebahagian pewarna, pengawet dan bahan perasa

  10. Selain itu, sekiranya makanan lain yang mempunyai unsur/bahan yang menyebabkan alahan, gejala ini boleh berlaku.


TANDA-TANDA INDIVIDU MENGALAMI ALAHAN MAKANAN
  1. Selsema, batuk, merah mata dan tanda kemerahan di kawasan sekitar mulut

  2. Ruam pada kulit, ekzema termasuklah gatal-gatal kulit (terdapat tompok-tompok gatal)

  3. Rasa loya, muntah, cirit-birit dan perut buncit

  4. Termengah-mengah dan sukar untuk bernafas

  5. Perut memulas pada bayi

  6. Sentiasa resah, tidak nyenyak tidur, sukar menumpukan perhatian dan terlalu aktif

  7. Anafilasis - reaksi teruk berhubung dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah, terkejut malah boleh mendatangkan kematian bagi kes yang teruk.

Gejala- gejala ini biasanya berlanjutan dengan cepat dalam pengambilan makanan dalam jangka masa beberapa minit hingga jam.


Okey,setakat ini dulu ye..nanti-nanti kite sambung balik..Penatla menaip..okeh, moga jumpe lagi..Lau de info, bolehla bagitau saya ye..

Thursday, February 12, 2009

Alahan Makanan

Adoila..huhu..pernahkah kowang mengalami alahan makanan?ade? xde?..lau kowang xpe..lau budak kecik..I mean baby..kena mesti kesian kan..
Alkisahnye begini..hari tu..minggu lepas la..my dear baby..annur syazwani dihantar ke nursery..rutin biasa sebab mama abah die keje..dalam hati mama die ni kate mata baby cam xbakpe sihat jer..tapi gagahkan jua hantar ke nursery..sebab baby senyum ajer..
Tup-tup tengah hari, pihak nursery kol..kate muke baby merah2..so, my hubby and I pun ke nursery..dalam ati kate merah sket2 jer..tapi bile tgk muke die..huhu..sedey rase ati..sebak jer..(ati seorang ibu kan..) muka baby dah mcm anak org lain dah..x nampak muke die yang cute (like her mother :) la..hihi).. muka baby dah bengkak.. Then I asked baby sitter, ade bg mkn pape ke? die kate just bubur nasi kosong..so xnak la perasangka jahat kan...bwakla ke klinik..after bagi ubat, alhamdulillah..muka baby ok..tp cian die..mama die terus balik rumah..tak masuk opis dah..haha..
So, yang nk citer psl alahan..until now, still doesn't know the cause of the allergy.. But I expected it's from the food.. My baby maybe alah pada susu tepung gak..but, that day, nursery bagi susu badan.. xtau la..
Anyway, thanks to Allah, my baby dah ok.. So, skang demi kesejahteraan baby, terpaksa la beli susu soya yg mahal tu..isomil utk tambahan susu.. Demi anakku..aku sanggup buat ape saje.. Mama sayang Annur..Sayang abah juge..hihi..Abah annur jgn marah ye..
Oh ye..nanti saya cari info tentang alahan makanan ni ye...

Batu Telur

Batu berbentuk telur aku pun tak tahu apakah sebenar benda ini. Aku pernah terbaca artikel dalam satu majalah, ada hamba Allah yang mengatakan batu telur naga. Ada yang mengatakan batu berlianyang masih muda. Apabila direndam dalam air dan dilihat menghala matahari, akan memancarkan warna kuning keemasan. Wallahu a'lam.

Sebiji daripadanya telah ditebus oleh rakan dari KL

Tempat bara/tempat membakar kemenyam


Bekas yang diperbuat daripada tembaga ini digunakan untuk membakar kemenyam bagi tujuan tertentu oleh orang-orang yang tertentu. Aku simpan jer sebagai koleksi.




Gambar Belangkas