Thursday, February 12, 2009

Kerambit & Keris pendek


Senjata tersembunyi orang-orang melayu, selalu diselitkan di pinggang untuk kegunaan waktu kecemasan iaitu mempertahankan diri dan penguat semangat.

Kacip pinang & gobek





Alat yang selalu digunakan oleh nenek moyangku di waktu kelapangan.

Monday, February 9, 2009

Alat timbang lama 1

Tempat simpan batu pemberat/batu timbang

Tempat simpan piring tembaga( Untuk meletakkan barang timbangan)


Sekali tengok macam biola. Sebenarnya itu bentuk tempat simpannya. Dibuat daripada kayu. Bahagian yang bulat besar tu tempat simpan ceper tembaga. Bahagian yang kecik di tengah tu tempat simpan batu dia. Bahagian dari hujung sampai ke bawah tempat simpan batang timbang. Yang aku suka sebab batangnye dibuat dari gading. Aku jumpa masa ronda di Sungei Road, Spore. Aku rasa sesetengah kedai ubat Cina masih pakai alat timbang ni.

Untuk dijual RM 300.00

Tepak sirih

Aku jumpa tepak sirih ni di kedai besi buruk di Kluang, Johor. Saper tak sayang barang gi jual kat kedai Cina? Aku beli murah-murah.

Cerana sireh


Cerana sireh ni kepunyaan arwah nenek aku. Tak de saper nak simpan. Barang buruk nak buat ape. Aku simpan tanda ingatan aku padanya. Teringat masa kecil aku tolong dia kopek pinang dan gobek sirih campur pinang ngan kapur. Gobek tu pun masih aku simpan bersama kacipnye sekali.

Alat timbang (kati) lama



Aku ingat tak le lama sangat alat timbang ni. Diguna sekitar tahun 1970an. Aku beli dari guru ngaji aku. Aku nampak tersangkut kat tiang seri umah dia.

Keris kecik

Keris ni pemberian seorang kenalan sekitar tahun 1990 di Kuala Trengganu. Aku simpan jer buat kenangan. Kalau ade nak pinjam guna untuk bersanding boleh ler.

Gambar Belangkas