Berikut adalah beberapa info mengenai perubahan pada tubuh ibu yang hamil di trimester pertama (0-12 minggu):
PEMBESARAN PAYUDARA
Payudara akan membesar dan kencang, ini disebabkan terjadinya peningkatan hormon kehamilan yang menimbulkan pelebaran pembuluh darah dan memberi nutrisi pada jaringan payudara. Anda mungkin akan merasa PD atau bra anda terasa sesak dan tidak selesa. Sebaiknya, persiapkan bra baru yang sesuai dengan ukuran baru ini untuk memberi keselesaan dan dapat menyokong payudara anda. Juga harus diingati, bra yang sesuai penting bagi memastikan payudara anda kembali seperti biasa sesudah menyusu bayi dihentikan. Ingat, jangan buang yang lama, anda perlu menyimpannya karena payudara akan kembali ke ukuran sebelum anda hamil setelah anda berhenti menyusui nanti.
Dalam 3 bulan pertama ini, daerah sekitar puting dan puting susu anda akan bewarna lebih gelap, manakala daerah sekitar payudara pula akan nampak bayangan jaluran darah di bawah kulit. Ini kerana terjadi peningkatan persediaan darah ke seluruh tubuh
SERING BUANG AIR KECIL
Anda akan merasa lebih kerap ingin membuang air kecil, kerana terdapat pertumbuhan di dalam rahim yang menekan pundit kencing anda dan juga disebabkan perubahan hormon. Harus diingatkan, ketika ini pengambilan air kosong (air masak) tidak dikurangkan bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi dalam badan.
SEMBELIT
Anda juga mungkin akan mengalami kesulitan untuk membuang air besar, kerana adanya peningkatan hormon ‘progesterone’ yang menyebabkan relaksasi otot sehingga usus kurang efisien. Ada juga yang mengatakan pengambilan tablet zat besi (iron) yang diberikan oleh doktor biasanya memyebabkan masalah ini. Selain itu tablet zat besi juga akan menyebabkan warna feses anda kehitaman. Tapi, usah bimbang, kerana masalah ini dapat diatasi dengan banyakkan minum air kosong, makanan yang berserat tinggi (sayuran dan buahan) serta bersenam.
MUAL/MUNTAH (MORNING SICKNESS)
Terdapat laporan menunjukkan bahawa separuh dari wanita hamil mengalami mual atau muntah. Ia selalunya bermula pada bulan kedua kehamilan. Rasa mual mungkin berlaku terhadap makanan tertentu, malahan juga boleh terjadi dengan hanya mencium bau makanan tersebut. Perubahan hormon juga dikatakan penyebab mual atau muntah ini berlaku. Jika perkara ini terjadi pada anda, atasinya dengan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Pada awal kehamilan, ibu biasanya hanya akan mengalami peningkatan berat badan yang sedikit dan ini tidak mempengaruhi perkembangan bayi anda. Tetapi sekiranya anda mengalami mual yang teruk, berjumpalah dengan doctor bagi memastikan anda tidak mengalami dehidrasi dalam badan.
MERASA BERASA PENAT
Anda juga akan merasa lelah atau penat, kerana tubuh anda bekerja secara aktif untuk menyesuaikan kahamilan ini secara fizikal dan emosional. Peningkatan hormon juga boleh mempengaruhi pola tidur anda. Carilah waktu untuk beristirehat secukupnya.
SAKIT KEPALA
Rasa mual, penat, cepat lapar, tekanan darah yang rendah, tekanan emosi atau mungkin juga depresi akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang lebih kerap daripada biasa. Atasinya dengan mendapatkan istirehat yang cukup, bertenang dan penuhilah waktu kehamilan anda dengan perkara-perkara yang menggembirakan anda. Sekiranya sakit kepala semakin bertambah, sebaiknya berjumpalah dengan doktor anda. Dikhuatiri pada kehamilan lanjut sakit kepala merupakan tanda pre-eklampsia , yang biasanya disertai dengan peningkatan tekanan darah dan kaki serta tangan yang membengkak.
PERUT MENEGANG
Pada trimester pertama ini, anda mungkin mengalami penegangan perut seperti menstruasi atau rasa sakit seperti ditusuk yang dating sebentar dan tidak tetap. Hal ini sering terjadi kemungkinan kerana adanya pertumbuhan dan pembesaran dari rahim di mana otot dan ligamen merenggang untuk menyokong rahim.
Yang harus diingati, apabila penegangan perut yang datang disertai dengan pendarahan pada vagina, hubungi doktor segera, kerana tanda-tanda ini berhubungan dengan keguguran.
EMOSIONAL
Pada trimester pertama kehamilan ini juga emosional anda akan menjadi tak stabil, kadang kala berasa suka dan ada kalanya anda akan berasa sedih secara tiba-tiba. Hal ini terjadi kerana adanya perubahan hormon dan juga rasa tanggungjawab baru sebagai seorang ibu. Jangan terlalu melayani perubahan emosi ini. Atasinya dengan mencari waktu untuk diri anda, berbincang dengan orang yang dekat dengan anda mengenai perasaan anda dan selalulah berfikir positif akan keadaan diri anda. Selanjutnya anda akan sedar saat itu adalah saat yang paling indah dalam hidup anda.
Sumber dari - www.infoibu.com