Sunday, July 23, 2006

Fakta dunia (2)

* Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh
menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa
sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan
hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi
(perubahan genetik).


* Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.

* Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.

* Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.

* Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.


* Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.

* Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

* Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.


* Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
melebar sebanyak 300 milimeter.

* Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.

* Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.

* Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.

* Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.

* Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

* Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

* Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

* Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

* Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.

Wednesday, July 19, 2006

Al-Fatihah untuk Basayev: Gugurnya Panglima Perang terbaik dunia Islam

Oleh : Gabungan Penulis Manir, Terengganu.




Hari isnin, 10 Julai 2006 adalah hari telah perginya Pahlawan terbilang dunia islam Shamil Basayev. Shamil Basayev dari Chehnya dilaporkan telah terbunuh bersama 3 orang lagi anggotanya. Tiada lain yang diharapkan oleh para pencinta perjuangan islam diseluruh dunia melainkan Shamil Basayev diterima SYAHID disisi Allah (insyaallah syahid).

Gabungan Penulis Manir dan para pendukung perjuangan dunia islam merasa sedih diatas pemergian Shamil Basayev. Shamil Basayev menjadi model pejuang dan sanjungan Gabungan Penulis Manir sejak sekian lama. Ianya menjadi ikon kepada kami selain daripada beberapa pemimpin hebat dunia islam yang lain seperti Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ayatollah Khomeini, Hassan Al Banna, Mullah Umar Taliban, Jeneral Zia-Ul Haq di Pakistan, Sheikh Hassan Nasrallah dan ramai lagi.

Shamil Basayev atau nama sebenarnya Abdallah Shamil Abu-Idris telah terlibat di dalam perjuangan yang panjang bersama-sama para pejuang Chehnya yang lain. Perjuangan mereka begitu getir. Tentera yang dihadapi bukannya calang-calang pasukan tentera. Bukannya tentera Malaysia yang kerap rosak jet pejuangnya atau tentera Nepal, ataupun tentera Hungry tetapi pasukan ketenteraan yang hampir setaraf kekuatannya dengan tentera Amerika iaitu tentera Russia.

Chehnya telah beberapa kali menewaskan tentera Russia di dalam peperangan panjang tersebut. Walaupun ada ketika kedudukkan mereka agak getir seolah-olah akan tewas akibat asakan hebat tentera kafir Russia tetapi kemenangan mereka keatas Russia beberapa kali tidak kurang hebatnya. Mereka pernah mengusir Russia dari bumi Chehnya, dan ianya menjadi kenangan pahit buat tentera Russia apabila mereka tewas dan berundur dari Chehnya beberapa tahun yang lalu.

Selepas tewas di Afghanistan ketika berdepan dengan tentera Mujahiddin Afghanistan, tentera Russia dimalukan buat kali kedua apabila mereka tewas kepada tentera Chehnya yang dipimpin oleh beberapa Panglima Perangnya dan yang paling tersohor sudah tentulah Syamil Basayev.

Kehebatan pasukan tentera pimpinan Syamil Basayev yang paling diingati dan tidak dapat dilupakan sampai bila-bila oleh golongan kafir diseluruh dunia ialah kejayaan beliau menyusup masuk ke Russia dan menawan sebuah hospital dan membawa balik beberapa orang tahanan perang. Pasukan pimpinan beliau dikatakan hanya berbelas orang ketika itu dan mereka berjaya menembusi kawalan ketat seluruh Russia dan dengan izin Allah mereka berjaya pulang semula ke Chehnya tanpa ada seorang pun anggotanya yang tercedera. Bahkan mereka berjaya pula membawa pulang tahanan perang. Russia telah dimalukan di buminya sendiri.

Kejayaan yang diceritakan diatas hanyalah satu daripada rentetan kehebatan Syamil Basayev di medan perang. Kehebatan beliau di medan perang serta ketokohannya sebagai pemimpin menyebabkan beliau menjadi calon kedua yang mendapat undi terbanyak selepas calon yang memenangi jawatan Presiden Chehnya iaitu Aslan Mashkadov (juga telah dibunuh oleh Russia) di dalam Pilihanraya Chehnya akhir tahun 90an dulu.

Maklumat ini pula menceritakan akan kehebatan semangat jihad Syamil Basayev. Shamil Basayev telah kudung sebelah kakinya akibat terkena serangan Russia 3 atau 4 tahun lalu tetapi kudung kakinya itu bukannya membuatkannya berehat sambil menonton tv di katil rumahnya. Beliau terus berjuang sehinggalah beliau terbunuh ketika bersama 3 lagi anggotanya di dalam sebuah trak yang penuh dengan bahan letupan 10 Julai baru-baru ini.

Russia telah menawarkan hadiah yang cukup lumayan kepada mereka yang berjaya menangkap atau membunuh beliau. Tetapi hadiah lumayan itu tidak mampu menghalang beliau dari meneruskan jihadnya terhadap tentera kafir Russia. Bahkan tiada siapa penduduk kampungnya yang berani melaporkan maklumat mengenai beliau kepada tentera Russia. Penduduk kampungnya sekata menyokong beliau. Mereka menyanyangi Basayev yang berjuang untuk tanah air mereka.

Penulis kagum dengan semangat orang-orang Chehnya. Tiada istilah menyerah kalah di dalam diri mereka. Mereka berjuang sehingga gugur di medan perang. Ketika waktu mereka tewas, mereka tidak pernah menyerah bahkan mereka kembali menyusun pasukan tentera mereka dan melakukan serangan balas. Serangan ala gerila yang menjadi corak serangan mereka menjadi igauan ngeri kepada tentera Russia. Telah banyak angggota tentera Russia maut di tangan tentera jihad Chehnya.

Mereka berbeza dengan Tentera Taliban di Afghanistan yang menyepi selepas diasak oleh tentera Amerika pada tahun 2002. Walaupun Taliban kembali mengasak sejak akhir-akhir ini tetapi mereka mengambil masa yang agak lama untuk kembali berperang. Tetapi tentera Chehnya tiada masa rehat, mereka berperang dan terus berperang sehingga ke hari ini.

Penulis terasa akan kehilangan Syamil Basayev. Marilah kita sama-sama sedekah surah Al-Fatihah buat beliau. Semoga rohnya diterima sebagai golongan orang-orang yang mati Syahi

Fakta dunia (1)

1. Hitler and Napoleon both had only one testicle.
2. In America you will see an average of 500 advertisements a day.
3. It’s illegal in Newcastle, WY to have sex in a butcher shop’s meat freezer.
4. In ancient Rome, when a man testified in court he would swear on his testicles.
5. Jaguars are frightened by dogs.
6. Holland has the densest population per square mile of any nation in the world.
7. In Alaska it is illegal to whisper in someone’s ear while they are moose hunting.
8. It takes about 48 hours for your body to completely digest the food from one meal.
9. It’s against the law in Willowdale, Oregon, for a husband to curse during sex.
10. Honey is the only food that doesn’t spoil.
11. Human tapeworms can grow up to 22.9m.
12. It’s been estimated that one out of every two hundred women is born with an extra nipple.
13. In Atlanta, GA, it is illegal to tie a giraffe to a telephone pole or street lamp.
14. Horses are forbidden to eat fire hydrants in Marshalltown, Iowa.
15. It takes 17 muscles to smile and 43 to frown.
16. In Britain, failed suicides were hanged in the 19th century.
17. If a child burps during a church service in Omaha, Nebraska his or her parents may be arrested.
18. It takes a lobster approximately seven years to grow to be one pound.
19. In a lifetime the average US resident eats more than 50 tons of food and drinks more than 13,000 gallons of liquid.
20. In California, animals are banned from mating publicly within 1,500 feet of a tavern, school, or place of worship.
21. Hamsters blink one eye at a time.
22. If a person has two thirds of their liver removed through trauma or surgery, it will grow back to the original size in four weeks time.
23. Human thigh bones are stronger than concrete.
24. In Arkansas it is illegal to buy or sell blue lightbulbs.
25. If Barbie were life-size her measurements would be 39-23-33. She would stand seven feet two inches tall and have a neck twice the length of a normal humans neck.
26. Hondas and Toyotas are the most frequently stolen passenger cars because they have parts that can be readily exchanged between model years without a problem.
27. In 1386, a pig was executed by public hanging for the murder of a child.
28. Humans are the only animals that use a smile as an emotional response.
29. When a small amount of liquor were placed on a scorpion, it would instantly go mad and sting itself to death.
30. Homosexuality remained on the American Psychiatric Association’s list of mental illnesses until 1973.

Wednesday, July 12, 2006

Micatz





Ahad 9 Julai aku pergi ke Mid Valley dgn adik aku untuk menonton pertandingan kucing (Malaysia International Cat Show). Byk betul kucing2 cantik dan yg best bila dapat tengok kucing jenis sphinx. Tapi ada seekor sahaja dan taklah besar tapi kalau tengok mcm anak anjing pun ada. Telinga dan mukanya panjang memang tak cantik tapi rasa seram sikit, warna badan warna taik anjing. Bila sentuh badannya terasa mcm kita sentuh kaki kita selepas dicukur sebab memang tak ada bulu pun. Ekor dia mcm ekor tikus...geli. Tapi yg spoilnya tuannya pakaikan baju pula. Hampeh!!

Aku rasa kalau aku nak jaga rumah supaya tak dimasuki pencuri aku bela saja kucing mcm ini. Mesti pencuri ingat itu anjing ataupun makhluk asing ataupun binatang jelmaan jin.

Ada kucing yg besarnya mcm anjing tapi manja. Naik seriau juga tengok kucing besar anjing, gigi pun boleh tahan. Kalau digigitnya kita agaknya boleh kena penyakit kucing gila. Seronok tengok kucing2 yg hiperaktif tapi yg paling menyampah bila tengok peserta2nya yg terover2. Depa melayan kucing2 mcm melayan anak. Lap sana lap sini, ada kelambulah, ada karpetlah dan ada barang permainan patung lagi pula tu. Rasa melampaulah manusia2 ini.

Tak boleh pegang sebarangan pula kucing2 tu. Kalau benarkan kucing tu hidu jari kita akan menyebabkan penyakit dan jangkitan pada kucing. Ala...kucing kampung tu jgn kata hidu jari jilat apa benda tu pun tak ada pun sakit demam. Kadang2 kasihan pula tengok kucing2 tu asyik duduk dlm kandang dan kawasan utk dia bermain pun dlm rumah saja.

Tak macam kucing aku si nemo. Nemo tu aku bebaskan kat kampung biar dia jadi kampung boy biar dia berkawan dan bergaduh dgn kucing2 lain. Tapi makanan masih maintain highclass dan bulu pun maintain cantik. Jilat apa pun tak sakit demam pun. Tapi disebabkan terlalu bebas dia dah mati kena langgar. Tapi oklah tu daripada dia mati dlm kurungan dan di dlm rumah bandar yg sempit dan tiada kebebasan.

**Atas tu gambar nemo

Sunday, June 18, 2006

Menyanggah Hang Tuah berbangsa Cina

Hang Tuah: Satu Interpretasi Bukan Melayu
Kenny Chee


Pertama, terima kasih kepada Sdr Shahabudeen kerana menulis pandangannya Hang Tuah Berbangsa Cina.

Memang banyak diperkatakan tentang Hang Tuah berketurunan Cina, terutama setelah Wawasan 2020 diumumkan oleh seorang perdana menteri yang mengubah paradigmanya, dari pendukung ketuanan Melayu kepada pendukung meritokrasi, serta pendukung teori bahawa orang Melayu, berasal dari imigran Indonesia.

Walaupun Hang adalah satu nama keluarga Cina, Hang juga adalah satu gelaran kepada orang Melayu zaman dahulu, seperti Tuan, Wak dan Wan. Dalam loghat orang Melayu Kedah, Hang adalah satu panggilan yang sudah lama dipakai, dan perdana menteri kita juga menggunakannya bila berinteraksi dengan rakyat Kedah yang sering bergaul dengannya.

Dalam sejarah orang Melayu, Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati dari komuniti Orang Laut Bintan, satu daripada suku kaum Orang Melayu Asli, nenek-moyang kepada orang Melayu Deutero (Melayu "Melayu") seperti Sdr. Mahathir, Sdr. Anwar Ibrahim dan Sdr. Abdullah Ahmad Badawi yang kita hormati.

Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua.

Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia didirikan oleh Orang Laut Kelang seawal abad ke-2, dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.

Hang Mahmud, selain berdarah Orang Laut Bintan, juga berdarah Orang Laut Sulawesi, iaitu Orang Bugis. Keluarga diraja Bugis selalu berdagang dengan keluarga diraja Melayu Sri Vijaya, dan putera raja Bugis berkahwin ke dalam keluarga batin Orang Laut Bintan, yang memimpin angkatan laut Sri Vijaya dan Melaka. Jadi, Hang Tuah melalui bapanya berdarah raja Bugis. Begitu juga sahabat karibnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka adalah anak-anak saudara Hang Mahmud.

Orang Bugis adalah golongan Melayu Asli Borneo (nama betul pulau itu adalah Brunei sempena suku kaum Brunei yang paling berkuasa dan mendirikan negara mereka sendiri). Mereka dan juga orang Melayu Asli lain yang menghuni seluruh kepulauan Melayu asalnya tinggal di pulau Brunei. Orang Melayu Asli pulau Brunei pula, berhijrah dari tanah besar Asia Tenggara, tempat asal bangsa Melayu.

Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.

Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan

Mengenai Hang Jebat, dia tidak menderhaka kepada raja dalam erti kata yang sebenar. Hang Jebat memberontak kerana Sultan Mansur Shah menghukum bunuh Hang Tuah, yang difitnah oleh ejen Siam, musuh tradisi Melayu Melaka. Bapa saudara Sultan Mansur, Bendahara (Ketua Menteri) Tun Perak, yang menjadi orang kuat Melaka yang sebenar, tahu bahawa Hang Tuah tidak berzina dengan isteri raja. Dia menyembunyikan Hang Tuah di Kelang. Tun Perak telah menasihati Sultan Mansur Shah berangkat bersama keluarganya dan pembesar lain ke Kelang semasa Hang Jebat menguasai Melaka. Di sana, Tun Perak telah membawa Hang Tuah mengadap sultan, dan sultan telah mengampunkan Hang Tuah.

Pengunduran sultan Melaka ke ibu negeri keduanya, Kelang, adalah satu taktik strategik yang dirancang oleh Tun Perak yang bijak. Tun Perak adalah pakar perang secara pengunduran strategik, satu taktik yang berjaya menangkis serangan Siam ke atas Melaka dan Johor. Dari Kelang, Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur telah mengumpulkan tentera-tentera dari negeri-negeri naungan Melaka seperti Kedah, Kelantan, Siak, Minangkabau dan Mandahiling. Tentera ini telah mengalahkan Hang Jebat yang mentadbir Melaka sebagai "wakil raja". Hang Jebat telah ditangkap oleh Sultan Melaka dan dihukum bunuh. Tetapi Sultan Melaka telah membenarkan Hang Jebat, yang pernah berjasa kepadanya, memilih cara hukuman.

Hang Jebat telah meminta supaya orang yang paling kuat dan berani di empayar Melaka bertikam keris dengannya. Akibatnya, Hang Tuah, yang disangka mati, telah dihantar oleh sultan untuk bertarung dengan Hang Jebat.

Kita tidak akan tahu sama ada Hang Tuah benar-benar membunuh Hang Jebat. Atau adakah Hang Tuah membunuh seorang penjahat dan mengatakan kepada Sultan dan Bendahara bahawa Jebat telah mati. Disebabkan Hang Tuah adalah sahabat baik Tun Perak, dan Tun Perak adalah orang yang paling kuat di Melaka, Hang Tuah mungkin telah melepaskan Hang Jebat dan membunuh seorang penjahat.

Sejarah Melayu yang ditulis oleh cicit Tun Perak, Tun Seri Lanang, sebenarnya banyak memburukkan imej raja dan pembesar Melaka yang awal, seperti Sultan Mansur, Hang Tuah dan Tun Perak. Tun Seri Lanang berkhidmat sebagai bendahara semasa Empayar Melaka berpindah pusatnya ke Johor, dalam abad ke-16. Empayar itu, yang digelar Empayar Johor-Riau-Selangor-Pahang, sempena empat ibu negaranya, banyak dipimpin oleh raja yang lemah, dan pembesar yang rasuah dan zalim.

Hang Tuah berbangsa Cina

Hang Tuah Berbangsa Cina
Shahabudeen Jalil


Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?

Thursday, June 15, 2006

Teori konspirasi 11 September

annas menulis "Mengimbas kembali kejadian yang berlaku ke atas serangan mengejut bangunan (WTC) banyak teori dan pendapat berbeza diketengahkan oleh segelintir pihak.Lebih kurang 3,000 orang dianggarkan mati semasa kejadian itu berlaku.Pesawat American Airlines Penerbangan 11 (melanggar arah utara),Pesawat United Airlines Penerbangan 175 (arah selatan),Pesawat American Airlines Penerbangan 77 (menyerang Pentagon) dan Pesawat United Airlines Penerbangan 93 (kearah tanah).Semua pesawat ini dikatakan telah dirampas oleh para pengganas terutama al-Qaida.Benarkah tuduhan ini atau ada dalang disebaliknya ?Mari kita fikirkan sejenak dan lihat pada gambar yang telah sempat dirakamkan.

Kerajaan di bawah pimpinan Presiden George Walker Bush (Amerika Syarikat) menyalahkan al-Qaida di bawah pimpinan Osama Laden.Sehinggakan (AS) menyeru agar Afganistan menyerahkan Osama Laden untuk dibicarakan.Malah (AS) turut menyerang dan menzalimi rakyat Afganistan.Namun ramai penunjuk perasaan anti-AS dan hak asasi kemanusiaan menentang sepenuhnya tindakan (AS) yang menuduh tanpa sebarang bukti kukuh.

Malah teori Bush juga yang mengatakan bahawa pengganas yang menyerang (WTC) itu adalah di bawah pimpinan al-Qaida telah disangkal dan tidak dipersetujui oleh beberapa pihak di bawah pentadbirannya.Menurut kajian,walaupun ada bukti yang mengatakan terdapat beberapa nama Arab di dalam pesawat itu,namun nama-nama itu ternyata masih hidup.Salah satunya ,Waleed al-Shehri,yang dicurigai FBI,saat itu beliau ada di Maroko.Bahkan ada yang telah meninggal beberapa tahun setelah serangan itu.

Selain itu salah seorang mangsa yang terselamat iaitu William Rodriquez yang membuat lawatan ke Malaysia baru-baru ini untuk memberi penerangan mengenai di sebalik kejadian tersebut.Beliau menegaskan dengan semangat keberanian bahawa kejadian yang berlaku itu adalah bukan angkara sebenar pengganas Islam.Sebaliknya dia melahirkan keyakinan bahawa peristiwa tersebut sebenarnya telah dirancang dan didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang tinggal di negara Amerika Syarikat (AS).

Lagipun amat sukar dipercayai sekali (AS) menuduh pergerakan Islam.Ini kerana,menurut pengalamannya,semasa berlakunya tragedi tersebut,terdapat letupan terlebih dahulu di tingkat bawah bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York sebelum dirempuh oleh pesawat itu.Malah menurut beliau yang berada disitu,pada masa itu bahagian bawah bangunan (WTC) juga dalam keadaan kosong serta lengang dan ia seolah-olah telah dirancang terlebih dahulu.

Malah beliau juga merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam penyiasatan pihak-pihak berkuasa (AS) mengenai kejadian tersebut.Beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan (AS) mengenakan tindakan ketenteraan terhadap negara-negara Islam yang disyaki mempunyai kaitan dengan peristiwa itu.

Selain itu terdapat juga beberapa pihak yang dicurigai sebagai dalang di sebalik serangan ke atas (WTC).Antaranya,serangan itu dilakukan oleh bangsa Israel,menerusi laporan time.com,dari sekitar 6000 yang menjadi mangsa,hanya beberapa sahaja orang Yahudi.Padahal dalam kajian seramai 4000 orang Yahudi berada dan bekerja di dalam bangunan itu.Sebelum kejadian itu,kononnya orang-orang Yahudi telah diberi nasihat dan larangan agar tidak mendekati serta masuk ke dalam (WTC) pada hari itu.Malah menurut pengamatan salah seorang pakar Kabakln,Zaini Anshar Maulani (1939-2005),kemungkinan teori ini adalah benar.Menurut beliau,selama ini pun Israel sering memanfaatkan dan memprovokasi beberapa orang Arab fanatik untuk melakukan serangan bunuh diri itu.

Walau apa pun teori dan pendapat yang diberikan namun sehingga kini (AS) masih lagi tiada bukti kukuh menuduh pergerakkan Islam melakukannya.Apa yang menjadi kebenarannya,musibah dan bencana ini adalah satu petanda kekuasaan Allah swt dan satu amaran kepada pihak-pihak yang cuba menzalimi dan menindas umat Islam di seluruh dunia."



Kesimpulan daripada teori di atas ada benarnya. Israel dan yahudi sanggup melakukan apa sahaja utk membuat fitnah terhadap islam. Malangnya ada org2 Islam yg kurang akal percaya itu perbuatan militan Islam.

Gambar Belangkas