Sunday, March 1, 2015

Misteri Sumpahan Ladang Myrtles

Ladang Myrtles merupakan sebuah kawasan ladang yang luas beserta sebuah rumah agam yang terletak di St. Francisville dalam daerah Louisiana, Amerika Syarikat. Ia dibina lebih 200 tahun lalu.


Terdapat pelbagai versi yang diceritakan tentang asal usul rumah ini. Salah satu versi mengatakan, rumah ini dibeli oleh Ruffin Gray Stirling pada tahun 1834. Dia membawa isterinya, Mary Catherine Cobb

Gambar Ombak Besar Membeku.

ombak besar

ombak besar

ombak besar

ombak besar

ombak besar

ombak besar

Stik Gajah Hidangan Hari Lahir Ke-91 Mugabe


VICTORIA FALLS: Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-91 dengan menyediakan hidangan stik gajah untuk ribuan tetamu pada majlis yang mencecah kos $1 juta itu.

Majlis pada Sabtu itu yang diadakan di sebuah hotel mewah di sini bagaimanapun mendapat kritikan pelbagai pihak kerana ia dianggap keterlaluan bagi negara yang mencatatkan kadar kemiskinan yang tinggi.

Masing-masing dua gajah, kerbau dan rusa serta lima impala disembelih untuk barbeku gergasi pada majlis itu.

Kebanyakan haiwan berkenaan disumbangkan peternak terkemuka negara itu, Tendai Musasa, lapor Los Angeles Times.

Presiden Zimbabwe African National Union-Patriotic Front (Zanu-PF) parti politik negara itu memaklumkan, wang untuk mengadakan majlis itu dikumpul daripada orang perseorangan dan juga sumbangan syarikat.

Ahli Parlimen Eropah turut mengutuk majlis itu terutama selepas pihak Kesatuan Eropah meluluskan AS$270 juga untuk bantuan bagi menyokong sektor pertanian dan kesihatan Zimbabwe.

 Mugabe (tengah) bersama isterinya, Grace (kanan) serta anaknya, Bona (kiri) pada majlis sambutan hari lahirnya yang ke-91, Sabtu.

Mugabe yang memerintah negara itu sejak ia mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1980 adalah pemimpin paling tertua di dunia.

Ketika menghadiri majlis rasmi awal bulan ini, Mugabe terjatuh selepas gagal melangkah dengan baik apabila terlepas satu anak tangga.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kejadian itu, Mugabe menganggap ia perkara biasa yang tidak seharusnya diperbesar-besarkan.

Malahan, Mugabe juga menafikan isterinya, Grace Marufu yang juga Ketua Liga Wanita bagi parti yang diterajui suaminya sebagai seorang yang 'berkuasa' dalam pentadbiran negara itu.

Mugabe mengahwini Grace, 49 pada 1996 dan dia lebih dikenali dengan panggilan "Gucci Grace" dan "Dis Grace".


Sumber: mstar.com.my

Menguap Boleh Membatalkan Solat!

Menguap boleh menyebabkan solat kita tidak sah! Bagaimana??      

Membaca rukun qouli dalam keadaan menguap.

Contohnya : Ketika sedang membaca Fatihah, kita menguap. Bacaan tetap diteruskan walaupun dalam keadaan menguap!

MAKA SOLAT TERSEBUT TIDAK SAH! Kerana makhraj2 dan sifat huruf dalam Surah Fatihah sudah hilang.

HENDAKLAH ketika menguap, berhenti dulu bacaan, tutup mulut dengan belakang tapak tangan kiri (sunat) dan meneruskan bacaan.

Benda remeh namun tidak dititik beratkan boleh membawa impak yg besar dalam solat kita.

Semoga bermanfaat.

Ustaz Di Hukum Gantung Sampai Mati.


Alor Setar: Seorang Ustaz yang juga warden asrama dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan menyebabkan kematian pelajar berusia 11 tahun, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Arau, Perlis empat tahun lalu.

Hukuman berkenaan diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Wahab terhadap tertuduh, hanif Muhammad Ali,31, selepas pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh yang berasal dari Teluk Intan, Perak bagaimanapun kelihatan tenang sebalik keputusan itu dibacakan.

Hanif sebelum ini dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh namun dipinda pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan asal di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, keputusan di akhir pembelaan mendapati tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 KK dan dijatuhkan gantung sampai mati.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Perlis Badius Zaman Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shakir Khairi.

Dalam kejadian pada 31Mac2011, Saiful Syazani yang ketika itu berusia 7 tahun koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahivah, di sini, 5.40 pagi pada 3April2011 dipercayai akibat dipukul warden asrama terbabit ketika menyiasat satu kes kecurian di asrama Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis.

Penguatkuasa Wanita Muslimah Negeri Kelantan



Syabas dan tahniah. Kuat kuasakan segala peraturan yang ada.

Tegak kan hukum islam.

TEGURAN HORMAT BUAT USTAZ AHMAD AWANG

Pertamanya tahniah dan syabas diucap kepada Ustaz Ahmad Awang. Selepas lama menyepi dari arena politik dan tidak terlibat dalam aktiviti PAS, Ustaz muncul dengan sebuah tulisan yang menunjukkan kecaknaan terhadap PAS. Semoga ustaz terus menunjukkan komitmen dalam bahtera kita bersama ini, walau tanpa ditaklifkan apa-apa jawatan.

Kedua, berhubung tulisan ustaz yang bertajuk Multaqa ibarat menyimbah minyak ke atas api, suka saya untuk mengemukakan respon balas. Saya percaya ustaz yang sudah bergiat lama dalam dewan ulama amat terbuka untuk menerima apa-apa teguran yang baik dari ahli bawahan. Itulah sikap seorang muslim sejati.

Saya melihat teguran ustaz dibuat tanpa terlebih dahulu menghadiri multaqa. Mustahil rasanya ustaz tidak mengetahui penganjuran program besar ini sebelum dari tarikh. Jemputan juga telah disampaikan buat semua pihak terutama tenaga pengajar agama.

Mungkin ustaz punya keuzuran tertentu untuk hadir, tetapi membuat teguran tanpa mengetahui isi sebenar dan berjumpa sendiri dengan empunya badan adalah satu tindakan yang tidak kena. Besar kemungkinan teguran ustaz berpandukan kepada laporan-laporan media yang dipenuhi prasangka semata-mata. Tidakkah ustaz ingat kaedah alim ulama kita, hukum terhadap sesuatu adalah terhasil dari gambaran tepat ke atasnya. (الحكم على شيء فرع عن تصوره)

Teguran ustaz banyak berkisar mengenai sikap asatizah kita yang banyak menegur ahli-ahli PAS setelah dilihat lari dari dasar, akhlak dan matlamat perjuangan. Bagi ustaz, perbuatan tersebut dilihat tidak membantu menguatkan pakatan rakyat.

Sudah menjadi tugasan para alim ulama, untuk sentiasa menegur mana-mana pihak tidak kira kawan atau lawan supaya sentiasa bertindak mengikut lunas Al-Quran dan sunnah. Ulama sejati tidak akan bertindak mengikut kemahuan ramai, tidak tunduk pada desakan keadaan, dan tidak akan turuti tuntutan-tuntutan semasa sekiranya bercanggah dengan syariat Islam.

Kerana itulah Ulama akan dipandang serong sebagaimana Nabi-nabi terdahulu kerana tindakan mereka yang terkadang terpaksa menongkah arus. Kerana Ulama itu pewaris Nabi. Apa yang menimpa Nabi turut menimpa alim ulama hari ini. Kerana itu juga Nabi meninggalkan suatu pesanan yang amat inspiratif kepada kita supaya para ulama merasai kesinambungan perjuangan Islam:

بدأ الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
Islam itu bermula dalam keadaan pelik, dan akan kembali pelik seperti permulaannya.
Maka bergembiralah orang-orang yang pelik (dengan ganjaran besar dari Allah).

Ulama secara umumnya adalah orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Ada perkara yang mereka tahu dalam Islam melebihi orang-orang awam. Justeru itu dalam lapangan amar maaruf nahi mungkar, mereka dapat mengesan kepincangan-kepincangan pada diri dan jemaah umat Islam yang mungkin tidak dapat dikesan orang awam. Kerana itulah mereka akan bertindak menangani masalah tersebut dan orang awam haruslah meletakkan kepercayaan kepada mereka tanpa belah bahagi. Ini prinsip thiqah yang harus dibina pada setiap anggota gerakan.

Seperti juga doktor. Mereka dapat mengesan simpton penyakit pada seseorang walaupun orang lain melihat mereka normal. Doktor terkadang perlu menyuntik jarum walaupun menyakitkan. Sampai suatu tahap mereks terpaksa membelah tubuh dan memotong anggota pesakit untuk merawatnya walaupun dilihat kejam. Pesakit dan orang awam harus memberi kepercayaan kepada doktor menjalankan kerja mereka.

Antara perkara yang dilihat oleh Ulama pada hari ini telah terhakis pada umat Islam ialah kefahaman tentang perjuangan Islam. Krisis yang paling teruk adalah krisis wala', krisis ketaatan terhadap pimpinan dan krisis campuraduk pemikiran asing. Ini adalah penyakit yang amat dititik beratkan sarjana Islam zaman berzaman. Ianya perlu dirawat. Dan menerusi wasiat-wasiat nabawi, ulama secara adatnya tahu cara merawatnya, walaupun nampak kasar mengikut pandangan orang awam. Penentangan sebahagian orang awam itu lumrah. Kata ulama kita:
الإنسان عدو لما يجهل
Manusia itu amat memushi perkara yang mereka tidak tahu.

Sekiranya teguran ulama dalam multaqa adalah silap, maka ustaz sebenarnya telah mempertikaikan Sultanul Ulamak, Izzuddin Abdul Salam sebagai silap kerana sentiasa menegur khalifah walaupun orang awam tidak mendapatinya sikap khalifah bercanggah. Ustaz juga telah menafikan tindakan Imam Malik, Abu Hanifah dan Imam Ahmad yang tegas tidak mempedulikan tuntutan keadaan dalam menyatakan kebenaran walaupun bagi orang biasa, ia hanya masalah remeh.

Resolusi Multaqa baru-baru ini adalah hasil perbahasan ratusan ulama seluruh Malaysia. Yang memutuskannya bukan ijtihad dua tiga orang. Dan Nabi sendiri memberi jaminan dengan sabdanya:
لا تجتمعوا أمتي على الضلالة
Umatku tidak sekali-kali berhimpin di atas kesesatan.

Justeru pandangan ustaz yang menyalahi pandangan ratusan ulama lain tidak boleh dikira lebih tepat. Bahkan tidak keterlaluan jika saya nyatakan, mungkin tulisan ustaz lebih tepat jika diibaratkan sebagai mencurah minyak. Teguran tersebut juga tidak membantu meredakan keadaan.

Ustaz juga mempertikaikan tindakan ulama mengemukakan masalah dalam PAS. Adakah Ustaz bermaksud ulama perlu menyembunyikan masalah dan berlagak semuanya beres, hanya kerana nak berlakon di hadapan musuh? Kata Imam Malik,
إذا سكت العالم تقية والجاهل ينطق فمتى يتبين الحق؟
Apabila orang alim berdiam diri kerana bimbang, dan orang jahil berbicara, maka bilakah akan zahirnya kebenaran?

Ustaz ada bertanya laporan kajian tahaluf siyasi. Tidakkah ustaz membaca secara teliti tentang resolusi multaqa lepas? Ianya adalah desakan dari ulama kepada pihak berautoriti. Suatu jawatankuasa yang merangkumi semua pihak dalam PAS perlu diwujudkan pihak atasan supaya semua mekanisme kajian lengkap diperolehi. Malangnya bukan setakat kàjian, mekanisme kajian pun masih gagal disediakan. Laporan postmortem PRU13 sampai sekarang masih belum dibentang oleh Pengarah Pilihanraya, Dr Hatta Ramli.

Tulisan ustaz menggambarkan kononnya asatizah kita mengadakan multaqa atas niat menjatuhkan pihak tertentu. Ini suatu kenyataan tidak berasas. Tiada seorangpun nama individu dipetik. Yang dibincang hanyalah bentuk pemikiran dan akhlak yang wajib dibendung.

Sekiranya ada individu berwatak demikian, mereka harus menerima teguran yang benar dan menyingkirkan pemikiran tersebut, bukan menyingkirkan diri sendiri. Allahumma kecualilah jika dia berdegil dengan sikapnya, maka ahli perlu korbankan satu dua individu tersebut demi maslahah menyelamatkan sebuah jemaah.

Sekiranya ustaz ikuti perbahasan dari awal hingga akhir, ustaz akan dapati ia turut melibatkan solusi kepada masalah ekonomi, politik dan sosial yang berlaku hari ini. Malah bukan dari multaqa sahaja, ustaz boleh melihat dalam web dewan ulama, blog Dr Takiri, facebook Ustaz Zaharuddin dan buku-buku terbitan ulama dalam PAS yang lain.

Tapi kerana sikap prejudis sesetengah media, hanya beberapa kerat perkataan yang dijadikan isu. Nampak sangat tulisan Ustaz hanya bersandar pada laporan akhbar semata-mata. Ustaz menyebut tabayyun, tapi adakah Ustaz jiga bertabayyun sebelum menegur?

Secara keseluruhannya saya melihat komen Ustaz banyak berbentuk persepsi semata-mata tanpa menteladani sirah jemaah Islam di zaman Nabi terdahulu. Ustaz tidak berjaya melihat kekacauan hari ini adalah ulang tayang bagi catatan perjuangan umat Islam zaman berzaman.

Akhirnya, saya memohon ribuan kemaafan seandainya tulisan ini dibaca dengan intonasi mengkritik dan menghina. Sehingga ke saat ini, hormat saya pada Ustaz selaku salah seorang berperwatakan Ulama masih tidak luntur. Saya harapkan Ustaz agar dapat kembali aktif seperti dulu, bersama sejemaah dengan para asatizah lain supaya maklumat yang lebih tepat diperolehi. Benarlah sabda Nabi SAW:

عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ ، وَإِيَّاكُمْ وَالْفُرْقَةَ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِد
Wajib ke atas kamu berjemaah. Jangan sekali-kali berpecah. Sesungguhnya syaitan bersama yang keseorangan.

Sekian dari saya bukan Ulama, bukan teknokrat. Saya hanya cintakan kebenaran.

(Alang Ibn Shukrimun)

Gambar Belangkas