Friday, June 5, 2015

Gambar Sheera Iskandar Bercuti bersama kekasihnya



We do not now this Malaysia female celebrity name but for us the pictures are too beautiful not to share with our readers. If you know the details of this Malaysia celebrity, please tell us.

We think that this female celebrity went on a holiday in Malaysia with her husband or boyfriend. She seems to enjoy it and look happy in the pictures.

More pictures of this beautiful female Malaysia celebrity on holiday by reading the full article.

Gempa Bumi: Penduduk Ranau Dinasihat Berwaspada Dalam Masa 24 Jam

Siling sebuah bangunan di sini rosak akibat gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter di Sabah pada 7.15 pagi hari ini. Pusat gempa itu terletak di 16km barat laut Ranau.

KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi menasihatkan penduduk di Ranau, Sabah dan sekitarnya supaya berwaspada kemungkinan berlaku gempa bumi susulan dalam masa 24 jam.

Jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Bernama berkata kebiasaannya jika berlaku gegaran seperti ini akan berlaku gempa susulan dalam masa satu jam sehingga 24 jam selepas kejadian.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi tadi.

Gegaran itu dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan,  Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.


Sementara itu di RANAU, beberapa struktur bangunan,termasuk premis perniagaan dan kemudahan perniagaan, mengalami kerosakan kecil akibat gempa bumi itu.

Seorang penduduk Yunus Muhamad ketika dihubungi berkata pintu kaca sebuah bank berkecai akibat gegaran itu manakala dinding sebuah lagi bank dan sebuah pasar raya mengalami keretakan.

"Satu daripada kubah kecil Masjid Pekan Ranau juga mengalami kerosakan," katanya.

Bagaimanapun Yunus berkata urusan harian penduduk Ranau berjalan seperti biasa dan premis perniagaan seperti bank serta kedai-kedai masih beroperasi.

Mengulas kejadian pagi tadi, Yunus seorang pekerja bank berkata ketika kejadian dia berada di kebun berhampiran rumahnya, dan dapat menyaksikan jambatan utama di Sungai Liwagu yang menjadi laluan utama ke pantai timur Sabah bergoyang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin mengesahkan beberapa premis perniagaan dan bangunan kerajaan di daerah Ranau mengalami keretakan dan anggota bomba sudah diarahkan membuat pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa terperangkap.


Sumber: mstar.com.my

Bekas Vokalis Nasyid Saujana kini Pondan..??



Bekas penyanyi nasyid kumpulan Saujana iaitu kumpulan nasyid yang dahulunya terkenal dengan penyanyi-penyanyi kumpulan ini yang terdiri dari pelajar-pelajar cemerlang. Kumpulan ini yang pernah popular suatu masa dahulu tetapi senyap kini mungkin kerana anggota kumpulan ini yang sibuk dengan pelajaran.

Namun begitu, nama kumpulan nasyid Saujana digegarkan semula dengan kemunculan salah seorang anggota nasyid kumpulan ini iaitu Khairul Idzwan Baharin yang dikenali kini Dr Khairul Idzwan Baharin,27 dengan penampilan yang amat berbeza sekali berbanding dengan imej nasyid dahulu di program realiti One In A Million (OIAM).

Mungkin beliau ingin meniru jejak langkah Faizal Tahir dahulu yang sebelumnya adalah penyanyi nasyid kumpulan Nirwana, tetapi jika Faizal Tahir muncul dengan imej rock manakalaKhairul Idzwan Baharin muncul dengan imej lebih lembut pula!



Dr Khairul Idzwan Baharin seperti mendedahkan imej sebenar yang dahulunya di tutup dengan imej berkopiah. Saya macam tak percaya tapi kalau benar itulah Khairul Idzwan Baharin bekas vokalis Saujana, harap beliau berubah semula seperti dahulu.

Apalah sangat dengan dunia glamour, Khairul Idzwan Baharin pun dah bergelar Doktor.

Gambar gunung kinabalu selepas gempa bumi.

Gambar gunung kinabalu selepas gempa bumi|Gambar ini aku ambil dari rakan yang berkongsikan gambar ini di laman sosial facebook. Bayangkan, gunung pun boleh berubah bentuk, inikan pula yang kecil-kecil anak ni. Kita sebagai manusia, hanya mampu memohon perlindungan dari yang maha esa. Semoga rakyat-rakyat sabah dilindungi dari segala perkara yang tidak diingini.

Gambar selepas gempa bumi sabah

Gambar selepas gempa bumi sabah

Thursday, June 4, 2015

Hiasan dalaman rumah kecil menjadi serba mewah.

Harga hartanah pada masa kini menunjukkan kenaikan seperti tidak masuk akal. Jadi tak hairanlah kenapa masih ramai orang yang masih belum memiliki rumah sendiri. Bagi yang sudah memiliki kediaman sendiri, keluasan rumah bukanlah menjadi agenda utama *janji ada rumah sendiri sudah. Tetapi adakah anda benar-benar berpuas hati dengan reka bentuk kediaman anda? 

Masa kini, kreativiti manusia semakin hebat. Siapa kata kediaman kecil tidak mampu memberikan kepuasan maksimum kepada pemiliknya? Kediaman di bawah terletak di belanda. Pemiliknya merubah ruang kecil kediaman mereka menjadi kediaman serba mewah. Kini, segalanya tidak mustahilkan? Jom layan gambar-gambar dibawah, mana tahu mampu memberikan idea kepada anda. :)

This Tiny Loft Is the Perfect Use of a Small Space
This Tiny Loft Is the Perfect Use of a Small Space

This Tiny Loft Is the Perfect Use of a Small Space

This Tiny Loft Is the Perfect Use of a Small Space

This Tiny Loft Is the Perfect Use of a Small Space

This Tiny Loft Is the Perfect Use of a Small Space

This Tiny Loft Is the Perfect Use of a Small Space

This Tiny Loft Is the Perfect Use of a Small Space

This Tiny Loft Is the Perfect Use of a Small Space

This Tiny Loft Is the Perfect Use of a Small Space

This Tiny Loft Is the Perfect Use of a Small Space

Ibarat kemenangan palsu, kata Ahmad Awang

Pencabar jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau menerima kekalahannya dalam merebut jawatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas naib presiden PAS mendakwa, kemenangan yang diperolehi barisan pimpinan baru itu diibaratkan sebagai "kemenangan palsu".

Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai "chai" untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan kepimpinan, katanya.

"Dengan "chai" ini nampak sangat saya rasa kemenangan yang diperolehi oleh yang menang - dari presiden sampai ke bawah - kemenangan yang palsu yang berasaskan dengan perbuatan yang tidak sihat.

"Bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi dan syariat kerana melakukan tindakan untuk singkirkan rakan perjuangan berdasarkan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Ahmad turut melahirkan kebimbangan bahawa budaya "chai" tersebut bukan sahaja memburukkan imej parti, malah presiden parti itu sendiri.

"Saya tak ada masalah kalah tapi cara mereka lakukan itu menjatuhkan imej parti Islam seMalaysia. Jatuhkan imej presiden sendiri.

"Kalau dibiarkan berlaku chai ni, amalan ini sangat tak bagus," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu lagi.

Ahmad menjadi pemecah tradisi apabila mencabar jawatan presiden PAS.

Ahmad kalah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang- yang menjadi presiden PAS selama 13 tahun.

Hadi mendapat 928 undi manakala Ahmad hanya memperrolehi  233 undi.  - Malaysiakini

PM Baru Hendak Keluar Rumah - Sukaguam

KUALA LUMPUR: Pengerusi, Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sememangnya berhasrat untuk hadir pada acara Dialog PM Bersama NGO pada pagi ini tetapi membatalkannya selepas dimaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

"Perdana Menteri sebenarnya baru hendak keluar dari rumah untuk datang ke acara ini tetapi diberitahu polis mengenai acara berkenaan dibatalkan," katanya di Pusat Dagangan dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Difahamkan, PDRM mengambil langkah membatalkan acara berkenaan untuk mengelak sebarang bentuk provokasi yang boleh mengancam keselamatan orang ramai khususnya mereka yang hadir pada acara berkenaan. - mD

Gambar Belangkas