Thursday, June 4, 2015

Dialog PM bersama NGO bertukar kecoh

KUALA LUMPUR - Suasana di luar bilik Seroja bertukar menjadi tegang selepas Tun Dr Mahathir Mohamad keluar menuju ke dewan Tun Hussien Onn.



Puluhan media yang menunggu di hadapan bilik tersebut berasak bersama-sama dengan penyokong mantan Perdana Menteri itu yang turut mengiringi ke dewan dialog.

Penyokong itu melaungkan 'Hidup Tun' manakala Dr Mahathir hanya senyum ke arah media tanpa memberi sebarang kenyataan.

Media tidak dibenarkan masuk ke dalam  dewan dan pintu dikunci sejurus kemasukan Dr Mahathir pada jam 10.20 pagi.

Sebelum itu, Pengerusi Sukaguam yang menjadi penganjur program ini, Datuk Khairul Anwar berkata, beliau akan menemui media untuk menyatakan status dialog ini.

"Saya masuk jumpa Tun dahulu, kemudian akan bercakap," katanya ringkas.

Kelibat Datuk Seri Najib Razak masih tidak kelihatan.

Mengikut jadual, Perdana Menteri dijadualkan tiba pada jam 9 pagi. - SH

Gempa bumi landa Sabah


KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.15 pagi ini.

Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata, gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pusat gempa tersebut terletak 16km barat laut Ranau. Jurucakap pusat tersebut ketika dihubungi berkata, tiada lagi gempa bumi‎ dilaporkan, sehingga berita ini ditulis.

Ia turut menyebut, Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa netizens berkongsi gambar kerosakan harta benda selain memuat naik status akibat gegaran tersebut.    - Bernama



Gambar yang dimuatnaik di media sosial
 




Polis arah forum dihadiri Najib, Dr Mahathir dibatalkan

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya majlis dialog bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang 1Malaysia Development Berhad yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad dibatalkan.
Khalid mengeluarkan arahan itu menerusi akaun Twitter @KBAB51, kira-kira sejam sebelum acara bermula pada 10 pagi ini.

“Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy, @PDRMsia mengarahkan Dialog di atas, di PWTC (Putra World Trade Centre), Kl pagi ini dibatalkan,” tulis Khalid pagi ini. - TMI

Sabah Dilanda gempa bumi 6.0 skala Richter

Sabah Dilanda gempa bumi 6.0 skala Richter| Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Sumber : berita harian

Kucing hidup semula selepas jatuh dari bangunan 17 tingkat!

Pernah dengar cerita yang kucing mempunyai 9 nyawa? Aku waktu kecik dulu, selalu dengar pasal perkara ni. Dan aku sangat percaya akan hal ini! Tetapi itu waktu kecil la. Bila dah besar sikit ni, minda itu berfungsi dengan baik. bukanlah cakap minda tak berfungsi waktu kecik, tapi kurang sempurna. Hehehehe. Baik, gambar di bawah adalah gambar kucing yang terjatuh daripada bangunan 17 tingkat. Tetapi, selepas beberapa ketika, kucing ini kembali bangkit! Untuk pencinta kucing, jangan teruskan bacaan anda!

gambar kucing normal
gambar kucing comel

gambar kucing comel

gambar kucing normal

Hahahahhaha. Sebenarnya, ia adalah simbahan cat yang sudah kering. Kucing ini boleh pulak tidur dekat situ. Kalau dari jauh, memang nampak ngeri la kan? Hehehehe.

Warna air kencing mempengaruhi kesihatan anda.

Warna air kencing mempengaruhi kesihatan anda|Samada anda perasan atau tidak, warna air kencing manusia sentiasa berubah-ubah. Semasa pemeriksaan kesihatan, air kencing juga sering digunapakai. Kenapa mesti air kencing? Pagi ni, sewaktu aku sedang blogwalking blog rakan-rakan baru, aku terjumpa info yang sangat menarik di blog anasuffian.com. Ia ada menceritakan apakah maksud warna air kencing manusia. Jom kita sama-sama belajar ya!




Tidak berwarna (lutsinar) = Anda telah minum banyak air.


Warna pucat : Kandungan air di dalam badan mencukupi.


Kuning lutsinar : Ini normal.


Kuning gelap : Ini juga normal tetapi perlu minum air selepas buang air kecil ya!


Kuning madu : Badan anda kekurangan air, sila minum air dengan segera.


Warna perang : Anda berkemungkinan mengalami masalah hati.


Warna merah jambu kemerahan : Anda mungkin mengalami jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang atau hati. Sila berjumpa dengan doktor anda.


Berbuih atau berkabut : Ini mungkin protein berlebihan pada diet anda. Ianya juga mungkin berkaitan masalah pada bahagian buah pinggang. Segeralah berjumpa dengan doktor anda!

Baiklah, inilah antara serba sedikit penerangan kepada warna air kencing manusia. Warna air kencing sememangnya mempengaruhi kesihatan anda. Jadi, banyakkan minum air, untuk kesihatan anda dan keluarga. :)

Makanan Hampir Pupus Perak - Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur



Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur
Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur yang telah siap 

Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Kerabu Umbut Bayas 
Kulat Sisir
Penjan Ubi
Ikan Pindang Daun Seniar
Kebebe
Gulai Kemahang
Nasi Lemuni

Sejenis lagi lauk gulai yang hampir payah nak jumpa sekarang ni...

Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur
Antara bahan2 untuk Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur

Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur
Masakan  in imenggunakan pucuk asam gelugur yang masam dan telah diolah menjadi satu hidangan yang enak.....
Hidangan ini sesuai dijadikan sajian pada waktu tengahari.....
Rasa gulainya agak masam, namun ada kalanya menjdai pilihan sebagai pembuka selera.....
Ianya biasa dicampur dengan udang atau ikan bilis bagi menaikkan rasa....
Namun tidak ramai mengetahui bahawa pucuk asam gelugur juga boleh dimakan mentah....

Bahan-Bahan:
Pucuk Asam Gelugur
CIli Padi
Kunyit Hidup
Serai
Santan
Ikan Bilis
Garam

Cara Membuat:
Cili Padi, kunyit hidup dan garam dikisar....
Bahan yang telah dikisar dimasukkan kedalam periuk....
Masukkan santan dan ikan bilis dan masak sehingga mendidih....
Masukkan pucuk asam gelugur dan biarkannya untuk seketika.....
dan Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur telah siap untuk dimakan.....

Gambar Belangkas