Thursday, June 4, 2015

Polis Abu Dhabi Lawan Dubai Guna Hypersport Car

 
ABU DHABI — Polis tempatan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bukan sahaja mewah, malah kereta peronda pasukan penguat kuasa tersebut menggambarkan betapa hebatnya negara kaya minyak di Teluk Parsi itu.


Jika polis Dubai awal tahun ini menggemparkan dunia dengan kereta peronda jenis mewah, pasukan wilayah jirannya, Abu Dhabi turut tidak ketinggalan bersaing dengan imej lebih sensasi bukan supercar tetapi hypercar.

Malah, anggota polis peronda wilayah itu dilaporkan mengguna pakai kereta paling mahal dan amat jarang dijual di dunia, Lykan Hypersport yang pernah muncul menerusi filem aksi lasak sekuel terbaharu Fast & Furious 7.

Akhbar-akhbar UAE melaporkan, penggunaan kereta model coupe dua pintu berenjin flat-six dengan transmisi automatik dual klac tujuh kelajuan itu seumpama mewujudkan perang antara polis Abu Dhabi dan Dubai.

Lykan Hypersport sebenarnya adalah jenama Timur Tengah yang dihasilkan oleh firma tempatan, W Motors dan dimiliki usahawan Ralph R. Debbas berasal dari Beirut, Lubnan pada 2012, namun kini berpangkalan di Dubai.

Uniknya model edisi terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak tujuh unit sahaja dengan harga AS$3.4 juta (RM12.5 juta) setiap buah; rekod ketiga paling mahal di dunia selepas Lamborghini Veneno dan Maybach Exelero.

Model ini yang mula dilancarkan pada Pameran Motor Qatar 2013 lalu dilengkapi dengan jentera twin-turbo enam silinder segaris berkapasiti 3.7 liter jenis Ruf CTR3 yang menghasilkan daya 740 tk dan torsi 960 Nm.

Menurut akhbar-akhbar UAE, kereta peronda ini mampu memecut daripada kelajuan sifar kepada angka 100 kilometer sejam hanya dalam masa 2.8 saat dengan top speed boleh mencapai maksimum 385 kilometer sejam.

Polis peronda Dubai pula setakat ini menggunakan Ferrari FF, Mercedes-Benz SLS AMG, Mercedes-Benz G-Wagon Brabus, BMW M6, Nissan GT-R, McLaren 12C, Bentley Continental GT, Audi R8 dan Bugatti Veyron.

Manakala model McLaren MP4-12C, Aston Martin One-77, Lamborghini Aventador, Ford Mustang, Chevrolet Camaro, Mercedes-Benz SL 63 AMG, Renault Twizy dan Lexus RC F hanya digunakan apabila perlu sahaja.

Selain UAE, pasukan polis negara lain seperti Itali turut menggunakan kereta sport supercar, tetapi model Lamborghini Huracan sebagai kereta peronda lebuh raya baharu bagi menggantikan jenama Gallardo sejak 2009.

Tidak ketinggalan polis Romania dengan Lotus Evora S, Belgium pula dengan Porsche 911 997 Turbo, Korea Selatan dengan Ferrari 360 Modena dan Britain dengan Lamborghini Murcielago. — Agensi/H.A.AMREE


PAS Teruskan Tahaluf Siyasi Dengan Pakatan Rakyat – Hadi

KUALA SELANGOR – PAS akan terus melaksanakan tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat, walaupun parti itu diserang siang dan malam oleh rakan sekutunya dalam pakatan itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun parti lain dalam pakatan memperjuangkan perlembagaan sekular, yang bercanggah dengan perjuangan PAS, namun PAS tetap meneruskan tahaluf siyasi selagi mana ia tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah.

“Sebagaimana yang berkali-kali diperjelaskan sebelum ini, bahawa PAS melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat adalah dalam perkara-perkara yang dipersetujui bersama…agenda ini kita rangkakan sebagai panduan, sebagai perkara yang dipersetujui dalam polisi Pakatan Rakyat.

“Perjuangan yang menjadi agenda yang berbeza yang sudah tentunya tiada dalam polisi bersama, adalah menjadi perjuangan parti masing-masing,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 di sini hari ini.

Katanya, walaupun parti rakan Pakatan Rakyat memperjuangkan perlembagaan sekular, PAS tidak pernah meminta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular ini dalam perbincangan.
Sambil tidak menamakan parti tersebut, Abdul Hadi berkata PAS juga tidak pernah mencampuri urusan kepimpinan dalam parti lain yang berada dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, aspek tahaluf siyasi merupakan dasar yang telah melalui satu perbincangan para ulama dan diterima oleh parti itu sejak berpuluh tahun lalu dan telah melakukan beberapa bentuk kerjasama politik.

PAS sebelum ini dikritik hebat sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP yang tidak senang dengan cadangan parti Islam itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan kerana dikatakan bertentangan dengan polisi Pakatan Rakyat.

Krisis kedua-dua parti itu bertambah getir apabila DAP sebelum ini mengumum memutuskan hubungan kerjasama dengan Abdul Hadi tetapi tidak dengan PAS dan tidak mahu terlibat dalam Muktamar PAS kali ini.
Tiada wakil DAP hadir pada majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, sementara sebuah lagi parti dalam Pakatan Rakyat, PKR diwakili Timbalan Presidennya Mohamad Azmin Ali.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menyentuh mengenai pelaksanaan undang-undang hudud dan menafikan parti itu bersikap gopoh dalam melaksanakan undang-undang tersebut kerana ia merangka undang-undang itu sekian lama.

Maka, katanya parti itu menolak mereka yang tidak mahu memberikan jalan kepada pelaksanaan hukum Islam itu.

“Jangan siapa yang menyekat perjuangan kami atau memesongkan perjalanan kami secara berterangan atau menipu helah dengan cara mengikat PAS supaya tidak bergerak ke hadapan dalam membawa agenda Islam,” katanya.

Abdul Hadi menegaskan kerajaan Kelantan pimpinan PAS wajib mengusahakan pelaksanaan hudud kerana ia desakan umat yang sudah ingin kembali kepada Islam.
Lebih seribu perwakilan menghadiri muktamar itu dan tengah hari ini mereka akan menentukan barisan kepimpinan PAS bagi sesi 2015-2017 dalam sesi pemilihan. – BERNAMA

Australia Bimbang Ikan Puyu Jejaskan Ekosistem Negaranya, Dakwa Mampu Berjalan Dan Panjat Pokok


Saintis Australia kini dikatakan dalam kebimbangan selepas telah menemui spesis ikan asing yang sudah berhijrah ke negara mereka sebagai ikan pendatang.

Mereka mendakwa ikan berkenaan akan memusnahkan ekosistem di negara mereka kerana ikan ini boleh menyebabkan ikan asal negara tersebut dan juga burung tercekik jika memakan ikan berkenaan.

Yang lebih menakutkan mereka, saintis di sana mendakwa ikan ini mampu berjalan di atas tanah kerana boleh bertahan di atas darat tanpa air selama enam hari dan ia mampu memanjat pokok.

Ikan asing yang dikenali sebagai ikan puyu di negara kita dikatakan telah tiba di dua pulau di negara tersebut di Queensland yang terletak di selat Torres.


Mereka juga menggambarkan ikan puyu sebagai ikan yang boleh bergerak di seluruh tanah kering, memanjat pokok, dan membuat ikan dan burung tempatan tercekik seolah-olah berada di Jurassic Park, tetapi destinasinya sebenarnya ialah Australia.

Perkara ini telah mendapat perhatian Jabatan Pertanian dan Perikanan Australia yang memuatnaik laporan di laman web mereka bahawa ikan boleh 'berjalan di seluruh tanah di sirip dada mereka dan, seperti namanya, bahkan boleh memanjat pokok.

Menurut laman web berkenaan ikan spesies air tawar ini boleh hidup di dalam air masin juga.


ABC News melaporkan seorang saintis dari James Cook University, Dr Nathan Waltham percaya bahawa ikan telah datang dari Papua New Guinea, dan akan menjadi ancaman kepada hidupan liar tempatan.

"Insang mereka tajam dan terbuka menyebabkan ia akan terperangkap di dalam kerongkong ikan dan burung membolehkan ikan-ikan tempatan akan mati jika memakannya."

"Kami telah menjumpai ikan ini di Pulau Boigu dan Pulau Saibai yang merupakan pulau paling dekat dengan Papua New Guinea dimana ia telah berenang melalui selat Torres menghala ke Australia," kata Dr Waltham


Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada nelayan dan pelancong supaya membuang ikan ini sebelum ia boleh sampai ke tanah besar Australia.

Jabatan Pertanian dan laman web Perikanan Australia juga berkata bahawa sifat pemangsa mereka sangat maju, menunjukkan bahawa 'spesies ini merupakan risiko yang tinggi untuk terus hidup, membiak dan kesan buruk kepada alam sekitar di perairan Queensland. -



Kredit: Siakapkeli.my

Risalah Wajah Perosak PAS Diedar

KUALA SELANGOR: Kempen pemilihan PAS semakin agresif pada saat-saat akhir apabila wujudnya risalah yang melabel pemimpin tertentu sebagai perosak parti.

Ditemui diletakkan secara meluas di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kundang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LTAR), risalah berkenaan cuba membezakan antara kumpulan 'pendukung fahaman liberal' dan kumpulan yang 'tunduk kepada pendukung liberal'.

Risalah bersaiz A4 dengan cetakan berwarna itu menyenaraikan gambar barisan kempimpinan tertinggi PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri bagi sesi 2013-2015.
Daripada 54 gambar dan nama pemimpin yang disenaraikan, 17 daripadanya ditandakan dengan bulatan berwarna biru yang berada dalam kategori 'wajah pendukung liberalisme yang merosakkan PAS dari dalam'.
Kumpulan ini dikatakan cuba menghapuskan dominasi ulama yang menjadi tunjang dalam PAS.

Bukan itu sahaja, mereka yang tersenarai dalam kumpulan ini turut didakwa membawa agenda 'tuan politik' luar kerana ditaja dengan pelbagai bentuk imbuhan dan ditugaskan menguasai PAS demi kepentingan penaja.

Antara yang berada dalam senarai kumpulan biru ialah Datuk Husam Musa, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Khalid Samad serta Hanipa Maidin.

Selain itu, lapan daripada senarai berkenaan ditandakan dengan bulatan jingga kerana dikatakan sebagai 'pemimpin yang sudah tunduk kepada pendukung liberarisme dan menjadi lalang serta berani menentang golongan ulama dalam PAS secara terang-terangan.

Kumpulan ini terdiri daripada Mohamad Sabu, Salahuddin Ayob, Suhaizan Kayat, Datuk Mahfuz Omar serta Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Penyebaran risalah ini dilihat sebagai cubaan untuk mempengaruhi perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan yang akan diadakan pada petang Khamis.

Keputusan pemilihan jawatankuasa tertinggi PAS akan diumumkan secara rasmi pada pagi Jumaat. - Mstar

Umno Kuala Selangor Raikan Ulama PAS


KUALA SELANGOR: Bermula Khamis, pemimpin dan ahli PAS dari seluruh negara mula membanjiri daerah ini dan bandar di sekitarnya bagi menghadiri perhimpunan terbesar parti Islam itu.

Di sekitar Stadium Tertutup Kuala Selangor di mana berlangsungnya Muktamar PAS ke-61, kelihatan bendera dan poster pemimpin parti itu menghiasi tiang lampu dan persimpangan jalan bagi menyambut kehadiran perwakilian dan pemerhati PAS.

Namun terdapat satu banner ucapan 'selamat bermuktamar' kepada perwakilan PAS yang digantung di beberapa kawasan dilihat mencuri perhatian apabila ia didapati milik Umno Bahagian Kuala Selangor.

"Umno Kuala Selangor mengalukan Muktamar PAS Pusat dan kepimpinan Ulama ke Kuala Selangor.
"Demi Islam Melayu raja," demikian kata-kata yang tertulis di banner dengan logo Umno itu.

Ucapan dengan memberi fokus kepada kepimpinan ulama dilihat senada dengan perkembangan dalam pemilihan dua sayap PAS apabila kumpulan pro-ulama mendominasi kepimpinan baharu Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Keputusan dua Dewan berkenaan juga dilihat bakal mempengaruhi pemilihan jawatankuasa tertinggi PAS Pusat yang akan berlangsung hari ini.

Pertembungan kumpulan ulama dan profesional dalam PAS lebih ketara apabila wujudnya 'cai' atau senarai pilihan yang disebarkan di media sosial membabitkan kumpulan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pencabarnya iaitu bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang.

Keputusan pemilihan jawatankuasa tertinggi PAS akan diumumkan secara rasmi pada pagi Jumaat. - Mstar

Usul 'Cerai Dengan DAP' Perlu Dibincang Sebelum Diputuskan - Hadi


KUALA SELANGOR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan usul tergempar 'PAS Cerai Dengan DAP' masih belum dimuktamadkan.

Beliau berkata usul tersebut perlu dibincangkan secara berperingkat terlebih dahulu sebelum dibawa ke peringkat Majlis Syura Ulama dan pimpinan PAS Pusat untuk dibuat keputusan.

"Itu satu usul bukan keputusan. Ia akan dibawa ke Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat untuk dibuat keputusan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-61 di sini, Khamis.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata mana-mana perwakilan boleh membawa usul kerana PAS mengamalkan konsep  demokrasi di dalam parti.

"Itu demokrasi di dalam PAS. Sesiapa sahaja boleh buat usul, itu saya serah kepada perwakilan," katanya.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik membawa usul tergempar supaya parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas.

Ketika ditanya mengenai ketiadaan pemimpin DAP pada pembukaan persidangan kali ini, Hadi bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

Sebaliknya, beliau meminta pemberita untuk bertanya sendiri perkara itu kepada sekutu mereka, DAP.
"Sikap DAP kena tanya DAPlah. Namun kita jemput semua untuk hadir memeriahkan muktamar ini," katanya.

Diminta mengulas saranan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang menggesa agar beliau dan Lim Kit Siang untuk ketepikan ego masing-masing, Hadi berkata isu tersebut perlu diselesaikan secara peribadi.
"Saya rasa hak peribadi perlu selesai secara peribadi," katanya ringkas. - Mstar

Photoshoot Awek Melayu Terlampau Meghairahkan YangTidak Sepatutnya Di Neo Damansara ‪#‎retrohavoc2015‬ (10 Foto)






Gambar Belangkas