Wednesday, April 8, 2015

Blogger dipenjara seumur hidup kerana bunuh anak

 Lacey Spears (Gambar kecil) Garnett.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu berhadapan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah meracun anaknya yang berumur lima tahun dengan garam.

Menurut Strait Times, Lacey Spears, 27 yang mengendalikan blog mengenai penyakit anaknya, Garnett, didapati bersalah menyebabkan kematian kanak-kanak tersebut pada 2014.

Pendakwaraya mendakwa Spears memasukkan jumlah garam yang merbahaya ke dalam saluran bantuan pemakanan anaknya di Westchester Medical Center.

Peguam Spears bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan akan membuat rayuan berhubung keputusan tersebut.



Sumber: Sinar Harian

Tasik Teller, Kolam Ikan Emas Terbesar Di Dunia


 SEBUAH tasik di Boulder, Colorado bakal menjadi kolam ikan emas terbesar di dunia apabila ia dipenuhi ikan peliharaan itu.

Tasik Teller pada asalnya tidak menjadi daya tarikan penduduk sehingga dijadikan lokasi membuang ikan peliharaan.


Bermula dengan empat atau lima ekor ikan emas dibuang ke dalamnya, kini tasik tersebut dihuni oleh 3,000 hingga 4,000 ikan emas.

Kehidupan baru itu turut mengubah suasana tasik berkenaan yang kini dilihat lebih cantik dengan aksi ikan emas di permukaan air.


Jurucakap Hidupan Liar dan Taman Colorado, Jennifer Churchill berkata, pembiakan pantas ikan peliharaan yang dibuang itu turut menjejaskan kehidupan asal tasik berkenaan.

Jelasnya, keadaan itu memaksa mereka bertindak mengurangkan pembiakan ikan emas berkenaan dengan melakukan renjatan elektrik di kolam tersebut.

Katanya, dengan usaha itu, pihaknya mampu mengawal ikan emas sedia ada daripada terus membiak dan memusnahkan keseluruhan hidupan asal tasik tersebut. - mstar.com.my

Ikan Koi mutan membesar sehingga 10 kali ukuran normal

Seorang pemancing menangkap ikan koi berukuran masif sepanjang satu meter dengan berat lapan kilogram. Foto: Freshwater Fish Group & Fish Health Unit

Pakar biologi menyebut ikan peliharaan yang dibuang pemiliknya ke sungai atau tasik boleh mengganggu ekosistem semulajadi.

Hal ini terbukti dari banyaknya ikan koi yang membesar 10 kali saiz normal di perairan Australia Barat. Ikan yang dulunya tinggal di akuarium dan kolam kecil kini berubah menjadi raksasa sungai.

Kehadiran ikan raksasa ini dikhuatiri boleh membuat populasi ikan tempatan menurun drastik, atau bahkan pupus.

"Orang ramai tidak menyedari kerosakan apa yang mereka timbulkan terhadap ekosistem. Ada banyak ikan 'perosak' di perairan Australia Barat," ucap Ketua Penyelidikan Perikanan dari Universiti Murdoch, Doktor David Morgan, pada Daily Mail, baru-baru ini.

Ikan-ikan 'mutan' ini ukurannya jauh lebih besar dari spesies tempatan seperti crayfish. Ikan bersaiz besar secara semula jadi akan memangsakan ikan yang lebih kecil. Selain itu, ikan berukuran besar itu juga kerap membawa parasit serta penyakit eksotik ke ekosistem.

Salah satu parasit itu adalah cacing anchor, yang menyebabkan penyakit parah terhadap ikan tempatan.

Doktor Morgan dan rakan-rakan Stephen Beatty menemui sekurang-kurangnya ada 13 spesies ikan non-tempatan di perairan barat dan selatan Australia. Para peminat ikan akuarium diyakini sebagai pelaku di sebalik munculanya mutan-mutan itu.

Oleh kerana memberi kesan buruk terhadap ekosistem, Doktor Morgan berharap kerajaan Australia boleh memberikan nasihat terhadap para pemilik akuarium. 




Sumber: Metrotvnews.com

Seksi Juga Isteri Muda Nazri Aziz



Pergh.. Boleh tahan dato seri nazri.

Menteri pelancongan la katakan.

Khabar dari Parlimen- Harapan dan Terus Berdoa

[Khabar dari Parlimen- Harapan dan Terus Berdoa]

1. Mungkin ramai yang sedang menanti pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Untuk makluman, setakat hari ini giliran pembentangan masih yang terakhir, iaitu nombor 24. Pada kebiasaannya urusan kerajaan seperti Rang Undang-Undang dan Usul mestilah didahulukan namun, Peraturan Tetap Dewan ada menyatakan perlunya seorang Menteri mencadang untuk urusan usul tertentu didahulukan. Ini bermakna, pihak Kerajaan boleh memohon usul pada no 24 itu diawalkan gilirannya.

2. Esok,merupakan hari terakhir Sidang Dewan Rakyat sesi kali ini. Jikalau, diizinkan Rang Undang-Undang Persendirian untuk meluaskan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akan dibentangkan oleh Tuan Guru Presiden PAS. Situasi luar biasa dan sejarah akan berlaku jika undian dibuat kerana ia akan merentasi sempadan parti politik dan menguji sejauhmana kesediaan Ahli Parlimen Muslim daripada PAS, UMNO, PKR dan DAP untuk menyokong usul ini.?

3. Perlu diingat, Rang Undang-Undang Persendirian ini bukanlah berkenaan Hudud secara langsung tetapi ia ada kaitan untuk membuka jalan ke arah pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015) yang lebih dikenali sebagai Hukum Hudud. Ia tidaklah berkait dengan orang bukan Islam kerana selama ini pun sememangnya orang Islam sahaja yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. Jadi, Ahli Parlimen bukan Islam tidak perlulah terkejut mahupun takut.. 

Seandainya Tuan Guru belum diberi keizinan untuk dibentangkan usul tersebut pada esok, insyaAllah kita usahakan lagi pada sidang Mei akan datang.
Kepada Allah kita berdoa dan berserah..

Oleh: Syed Ahmad Fadhli, Pegawai Penyelidik PPP

Ceritaejoy : Entry Tanpa Kata #2

Ceritaejoy : Entry Tanpa Kata #2|wordless wednesday

These funny animals
These funny animals

These funny animals

These funny animals

These funny animals

These funny animals

These funny animals

Penyanyi rap maut ditembak ketika penggambaran video muzik

Lokasi dimana Ivy membuat penggambaran video muziknya bersama 20 penari lain. Gambar kecil: Lafonzo Leonard Iracks

SEORANG bakal penyanyi rap yang sedang sibuk merakamkan video muziknya maut selepas ditembak di bahagian dada menggunakan pistol yang dijadikan prop dalam penggambaran itu.

Menurut Mirror, insiden yang menyebabkan kematian artis prolifik YouTube Keaway Lafonz Ivy, 21, atau nama pentasnya Kealo, didakwa dilakukan salah seorang penarinya.

Menurut penyelidik, Ivy terbunuh akibat terkena peluru tunggal ketika penggambaran bersama 20 penari lain di sebuah tempat letak kereta di kawasan perumahan di Maryland, Amerika Syarikat, sekitar pukul 10.30 malam (waktu tempatan).

Difahamkan, Lafonzo Leonard Iracks, 21, ditahan Jumaat lalu dan dituduh mempunyai kaitan dengan kematian Ivy. Dia dituduh terlibat dalam penggambaran video tersebut dan didakwa beredar dari tempat kejadian selepas kematian penyanyi itu.

Dia bagaimanapun kemudiannya dikesan di barat laut Washington.

Pada awalnya, pihak polis menahan beberapa orang untuk disoal siasat bagi menyiasat punca kejadian sama ada tembakan berkenaan adalah tidak sengaja atau disengajakan. - Sinar Harian

Gambar Belangkas