Tuesday, April 7, 2015

Darius : Arnab Terbesar Di Dunia!

Arnab terbesar di dunia|Darius.

worlds_largest_rabbit
worlds_largest_rabbit

worlds_largest_rabbit

worlds_largest_rabbit

worlds_largest_rabbit

Lelaki pekak terharu seluruh jirannya belajar bahasa isyarat agar dapat berbicara dengannya

Muharrem terkejut saat jirannya tiba-tiba berkomunikasi dengannya menggunakan bahasa isyarat  

Seorang lelaki pekak, menitiskan air mata terharu, setelah seluruh jirannya belajar bahasa isyarat agar dapat berbicara dengan dirinya.

Seperti dilapor dailymail.co.uk, lelaki bernama Muharrem dari Turki, yang menderita pekak, secara diam-diam dirinya dipaparkan menjadi bintang sebuah iklan call center syarikat telefon bimbit terkenal, dengan mesej 'Sebuah dunia tanpa halangan adalah impian kami.'

 Seorang wanita yang tak sengaja melanggarnya pun menggunakan bahasa isyarat saat meminta maaf

Muharrem, tanpa sedar, dirinya telah difilemkan apabila keluar dari rumahnya di Istanbul.

Rakaman bermula ketika dia keluar dari rumah bersama adiknya, Ozlem, yang sebenarnya sudah mengetahui rancangan ini.

Para sukarelawan yang bertugas menyapa Muharrem sudah mempelajari bahasa isyarat selama satu bulan.

Selepas beberapa saat keluar dari rumahnya, di jalan dia bertemu dengan seorang lelaki yang mengucapkan selamat pagi padanya. Saat masuk ke kedai makan, penjaga kedai juga berbicara dengan bahasa isyarat kepadanya.

 Papan iklan di jalan juga 'berbicara' dengan Muharrem menggunakan bahasa isyarat

Ketika ingin membeli roti, penjual juga berbicara dengannya mengguna bahasa isyarat , begitu juga dengan penjual buah.

Seorang wanita yang tak sengaja melanggarnya pun meminta maaf dengan bahasa isyarat.

Muharrem semakin terkejut dan hairan apabila seorang pemandu teksi menyambutnya dengan bahasa isyarat.

 Pemandu teksi menggunakan bahasa isyarat saat berbicara dengan Muharrem

Sebuah papan iklan yang dia lihat di jalan pun seakan berbicara padanya dengan bahasa isyarat.

Sebenarnya, puluhan kamera, telah diletakkan di sekitar kawasan yang dilalui Muharrem.

Muharrem menangis ketika mengetahuinya.

 Muharrem menangis kerana terharu

Aksi kejutan ini dipersiapkan selama satu bulan, dan dianjurkan oleh syarikat telefon bimbit Samsung Turki, untuk mempromosikan call center untuk orang kurang pendengaran.

Walaupun hanya menjadi sebahagian daripada iklan, Muharrem berterima kasih atas usaha jirannya yang sudah bersusah payah memberikan kejutan dan perhatian untuknya.

Semoga dengan adanya call center ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah pendengaran.




Sumber: Vemale.com
Foto: Daily Mail

Ceritaejoy : Entry Tanpa Kata #1

Ceritaejoy : Entry Tanpa Kata #1


Funny Picdump

Kehidupan Aku Bukan Hanya Pada Handphone!

Kehidupan Aku Bukan Hanya Pada Handphone|Keburukan teknologi.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. Kehidupan aku bukan hanya pada handphone semata-mata. Malah lebih dari itu! Handphone tidak menjadi sesuatu yang sangat penting kepada aku, melebihi dari apa yang aku perlu. Ia sekadar menjadi penghubung dengan orang yang jauh dan perbualan penting. Bukan setakat berbual untuk mengisi masa lapang!

Aku punya kehidupan aku sendiri. Yang mana aku perlu hargai masa yang ada. Aku punya masa 24jam sehari, dan adalah lebih baiknya aku habiskan masa aku bersama keluarga daripada masa aku berbual di dalam dunia lain. Aku tidak memegang telefon 24jam!

Semua manusia tidak sama! Atau aku mungkin yang lain darinya. Aku tidak tahu bergambar dan teramat sukar bergambar. Lihat gambar pada FB, entah tahun bila gambar itu di ambil. Lihat pada IG, gambar apa yang ada? Ini kerana aku tidak tahu bergambar dan sememangnya tidak suka bergambar. Apa perlu aku dipaksa? Biarkan manusia kata aku sombong. Kehidupan kita bukan menjadi suatu arahan. Ianya adalah suatu kebebasan.

Entah apa yang ingin aku suarakan. Entah sampai atau tidak suara yang aku jeritkan. Handphone tidak menjadi sesuatu yang penting pada aku. Hinggakan, sewaktu kerja, ianya menjadi simpanan tetap di dalam loker. Aku sendiri terlupa nak update perihal keluargaku dirumah. Atau pun, sukar untuk mencari aku di mana.

Sewaktu kerja, aku bekerja, di rumah, masa aku hanya untuk keluarga. Apakah aku tidak bersosial hanya kerana aku tidak melayan apa yang di bicarakan hampir setiap masa? Perkara apakah yang terlalu penting, hinggakan aku perlu lepaskan masa yang ada hanya untuk memahami apa yang sedang dibicarakan? Apa perlu?

Biarkan orang kata aku sombong. Biarkan. Kerana aku punya rasa simpati pada masa anak-anak dan isteri aku. Kalaupun, anda juga ada masa untuk mereka tetapi mampu memberikan masa di antara media sosial dan kehidupan peribadi. Anda manusia terhebat. Tetapi tidak pada aku.

Manusia ini dilahirkan dengan pelbagai sifat. Ada warna-warnanya. Kalaupun semua bersetuju, pasti akan ada seorang yang mendiamkan diri. Apa perlu kita berubah dan melawan kehendak diri hanya untuk keseronokan semua? Apa perlu? Untuk apa? Sekadar hiburan. Matlamat anda jelas. Itu pasti.

Entah apa yang aku ingin luahkan. Ia sekadar pemberitahuan agar semua tahu yang kehidupan aku bukan hanya pada handphone. Ia adalah lebih dari itu. Biarkan orang kata aku sombong. Kerana aku tahu, tiada kata yang lebih sesuai selain dari kata-kata itu. Warna berbeza. Sama juga halnya dengan manusia. Punyai pelbagai sifat. Aku tidak meminta-minta. Aku tidak merayu hanya untuk perkara yang aku rasakan biasa. 

Datangku tidak dijemput, pergiku tidak disuruh. 

Definisi hari yang malang.

Definisi malang tidak berbau|Koleksi gambar lawak

The Definition of a Bad Day
The Definition of a Bad Day

The Definition of a Bad Day

The Definition of a Bad Day

The Definition of a Bad Day

The Definition of a Bad Day

The Definition of a Bad Day

The Definition of a Bad Day

The Definition of a Bad Day

The Definition of a Bad Day

The Definition of a Bad Day

Seorang lelaki terbaring koma dijenguk 30 orang kekasihnya sekaligus

 Senarai nama kekasih Yuan.  Foto: hk.on.cc

thatsmags.com melaporkan, seorang wanita,  Xiao Lu (bukan nama sebenar) berusia 21 tahun mendapat panggilan telefon untuk datang ke hospital kerana kekasihnya mengalami kemalangan kereta dan berada dalam keadaan koma. Namun betapa terkejutnya Xio ketika sampai di hospital kerana terdapat ramai wanita lain yang berdiri mengelilingi katil kekasihnya yang bernama Yuan.

Tiga hari kemudian, ada 20-30 wanita lagi yang menjenguk Yuan. Rupa-rupanya semua wanita tersebut mengaku sebagai satu-satunya kekasih Yuan. Bahkan ada beberapa orang yang mengaku hamil anak Yuan.

Xiao Lu pun mengambil inisiatif dengan membuat grup WeChat yang berisi 17 wanita yang mengaku kekasih Yuan. Semua wanita itu mengaku Yuan meminjam wang dari mereka dan tak pernah dikembalikan. Salah seorang kekasih Yuan sanggup menyisihkan sebagian gajinya setiap bulan untuk diberikan si lelaki hidung belang tersebut.

Pihak keluarga Yuan enggan campur tangan urusan asmara Yuan. Mereka akan mendapat keterangan lebih jelas selepas Yuan bangun dari komanya nanti.

Penjelasan Salah Seorang MP PAS Isu Ponteng Dewan



Sebab tu aku kata, senaraikan ahli parlimen yang tak dalam dewan malam tu.

Aku nak tahu!

Gambar Belangkas