Monday, April 6, 2015

Budak-budak sekarang.

Susah cari kerja.


Budak-budak zaman sekarang ni, macam manja sangat. Ini yang aku nampak dekat tempat kerja aku sekarang. Terlalu manja, tak macam orang dulu-dulu.

Orang dulu, semua gasak-gasak. Tak macam budak-budak sekarang, duduk production sekejap je, baru sebulan dua, dah sakit pinggang, dah macam-macam penyakit. Dah mintak proses yang lebih senang.

Aku pelik. Cukup pelik. Masih ada lagi "otai-otai" yang aku kenal dekat production. Yang masih lagi bekerja. Yang hampir kesemuanya, melebihi 10 tahun bekerja. 10 tahun tau, bukan 10 bulan. Rilek je. Kenapa pulak yang baru sebulan dua ni, dah macam-macam penyakit? Siap jumpa doktor pakar untuk dapatkan surat pelepasan kerja berat. Aku pelik, cukup pelik.

Manja sangat ke budak-budak sekarang ni? Zaman sekarang ni, bukan mudah nak cari kerja. Ramai graduan yang tanam anggur. Jadi, bila dah ada kerja tu, kenalah bekerja dengan baik. Ini tidak, kerja yang ada ni, tak dihargai langsung. Pelik sungguh.

Manja tu satu hal, ni, ada pulak nak tunjuk kuasa. Ini lagi la aku pelik. Lagak mereka yang bekerja bawah 1 tahun, lebih dari mereka yang dah bekerja 10 tahun. Sampaikan satu tahap, aku rasa, mereka ni lebih daripada majikan. Hebat sungguh!

Aku sendiri tak pasti, apa yang sedang berlaku sekarang ni. Kenapa mereka-mereka ni jadi macam ni. Apa penyebab kepada permasalahan ni. Kalau aku ingat dulu-dulu, waktu aku dekat production, rasanya lagi teruk dari apa yang ada sekarang. Tapi kerja tetap juga di jaga. Takda pula rasa nak ambil surat perlepasan kerja berat semua tu.

Hai budak-budak sekarang, apa sebenarnya yang berlaku? Apa penyebab kepada masalah ni? Apa yang perlu kita buat untuk ubah perkara ni?

Sifat Sebenar Orang Kita.

Sifat orang melayu|Sifat sebenar orang kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terasa macam nak bercerita, diantara sifat orang-orang kita yang sememangnya sudah diketahui semua. Bukanlah aku mengatakan semua orang kita mempunyai sifat macam ni, cuma segelintir sahaja. Cumanya, bila kita berbicara perihal perkara ni, ramai yang akan mengatakan, ya! Inilah sifat sebenar orang kita.

Ok, apa sifat yang cuba aku sampaikan ni? Sifat itu adalah, "hasad dengki". Sekali lagi ya, aku tidak mengatakan kepada semua, cuma segelintir sahaja. Cumanya, bila aku berbual mengenai perkara ni dengan rakan-rakan, pasti semuanya akan bersetuju. Memang inikah sifat terbesar dalam diri orang kita?

Mula sekali, siapa yang percaya pada mimpi? Aku pernah bercerita mengenai mimpi di sini : Mimpi : Mainan tidur atau petunjuk? 

Semalam aku bermimpi lagi, dalam mimpi aku tu, aku didatangi seorang wanita yang berpesan kepada aku, supaya menjaga keluarga aku dengan baik. Katanya, ada orang yang tidak suka melihat aku dan keluarga. Kerana, walaupun aku di dalam kategori suami yang bekerja sendirian, tetapi masih mampu memiliki kesemuanya. Aku terjaga dari mimpi jam 0300am. Bila terjaga tu, aku bangun, lepas tu aku pasang beberapa ayat al-quran sambil tengok wife dengan anak aku sikit punya nyenyak tidurnya.

Mungkin ada yang menganggap mimpi itu sekadar mainan tidur, tetapi tidak pada aku. Sebabnya aku pernah terkena dulu. Ada sahaja manusia yang iri hati dan tidak senang melihat kita senang. Perasaan hasad dengki manusia tu terlalu kuat. Yang peliknya manusia macam ni, mereka juga buat perkara yang sama!

Berkaitan dengan apa yang aku ada. Itu dinamakan rezeki. Dan rezeki tidak datang bergolek. Perlulah usaha yang kuat. Kalau dah jenis pemalas, tapi nak semua benda, tak perlulah nak iri hati dengan orang lain. Orang lain, usaha pagi petang siang malam untuk dapatkan apa yang mereka inginkan. Tak perlulah bandingkan dengan mereka yang hanya duduk diam tetapi memasang impian yang tinggi.

Sifat hasad dengki ni memang tak kemana kan? Pernah dulu, waktu aku masih di dalam production line, ada seorang pekerja yang cuba menjatuhkan aku di mata majikan aku. Aku sendiri tak pasti, kenapa manusia tu berperangai sedemikian. Di hantarnya aku ke bahagian lain, dalam usaha, supaya aku menjadi tension dan berhenti kerja. Alhamdulilah, aku menjadi lebih senang di bahagian baru dan tahu apa yang terjadi kepada manusia ni tadi? Dia pula yang berhenti kerja kerana tension. Aku percaya sangat dengan hukum Allah. Jika kita bersabar, pasti akan ada balasannya. 

Cumanya, hasad dengki manusia ini pasti ada. Mungkin terlalu kasar untuk aku cakap yang ianya adalah sifat sebenar orang kita. Tapi inilah hakikatnya. Bukanlah aku cakap, semua orang ada sifat ini, bukan itu maksud aku. Tapi hampir kebanyakkan rakan-rakan terdekat aku, mengatakan perkara yang sama.

Semoga aku dan keluarga di lindungi hendaknya. Amin.

Pencalonan tinggi Husam mesej tidak baik kepada Hadi, kata penganalisis

Akar umbi PAS menghantar mesej jelas kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mereka tidak senang dengan kepimpinannya apabila memberikan hampir 30% pencalonan kepada Datuk Husam Musa untuk jawatan tertinggi itu, kata penganalisis politik Ibrahim Sufian.

"Ini belum pernah berlaku dalam PAS apabila calon lain mendapat tujuh pencalonan daripada 24 kawasan yang membuat pencalonan sehingga kini," kata pengarah Merdeka Center itu kepada The Malaysian Insider.

"Saya rasa pencalonan kepada Husam untuk presiden adalah satu yang luar biasa, sebelum ini satu je dan nak dua pun susah. Ini signal daripada ahli tentang rasa tidak puas hati mereka.”

Bagaimanapun menurut Ibrahim, kumpulan konservatif masih mempunyai kelebihan dalam pemilihan yang akan berlangsung pada Jun kerana mereka lebih rajin turun ke bawah untuk menjelaskan isu-isu dan merapati akar umbi.

Husam yang juga naib presiden PAS mencipta sejarah apabila sehingga kini mendapat 7 pencalonan termasuk 4 dari Johor iaitu Kota Tinggi, Segamat, Batu Pahat dan Seri Gading manakala 2 dari Negeri Sembilan iaitu Seremban dan Teluk Kemang dan 1 dari Batu Sapi, Sabah.

Sementara Hadi menerima 4 pencalonan dari Pahang, 3 di Johor, 3 di Selangor, 2 dari Wilayah Persekutuan dan masing-masing 1 dari Terengganu, Kedah dan Melaka.

Dua lagi calon yang turut mendapat pencalonan untuk jawatan presiden PAS adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahmad Awang.

Terdapat 150 kawasan PAS di seluruh negara yang masih belum mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan sehingga akhir bulan depan.

Pada Ahad, Husam mengakui berada dalam dilema berikutan pencalonan kawasan-kawasan untuk membolehkannya bertanding jawatan presiden PAS.

"Husam memberikan jawapan yang tepat," kata Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang memulakan usaha mencalonkan selain Hadi untuk jawatan presiden.

Seorang pemerhati politik PAS melihat perkembangan baru ini sebagai kemungkinan Hadi terpaksa menggantikan Datuk Haron Din sebagai mursyidul am selepas muktamar pada Jun.

"Ia menimbulkan persoalan kepada saya, apakah ini juga membuka peluang kepada Ustaz Hadi ke kerusi mursyidul am," kata beliau yang enggan namanya dinyatakan kerana hubungannya yang agak rapat dengan Hadi.

Majlis syura ulama boleh melantik pengerusi mereka yang baharu selepas wakil-wakil dari Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat, Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat dilantik semula selepas muktamar Jun nanti.

Bagi Ibrahim, apa yang berlaku dalam PAS kini adalah desakan akar umbi agar hala tuju parti sekarang diubah.

"Dalam mereka hendak menang, mereka juga mahu jelas menang dengan siapa. Nampaknya mereka mahu PAS kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) dan bukan dengan Umno," kata Ibrahim yang membuat banyak kajian sokongan di kalangan rakyat negara ini.

Bagaimanapun, kepimpinan tidak jelas Hadi menyebabkan ahli parti keliru dengan hala tuju parti dan kesetiaan, kata Ibrahim.

Katanya, ekoran kegawatan dalam Umno sekarang, dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Najib Razak, ahli PAS tahu betapa teruknya keadaan Umno kini.

"Tetapi pimpinan khasnya presiden tidak mahu ambil kesempatan daripada kelemahan Umno sebaliknya dilihat macam nak bekerjasama dengan Umno pula. Dari situlah timbulnya kekaburan itu," katanya.

Menurut Ibrahim, berdasarkan kajiannya, tiada siapa dalam PAS menyangkal cita-cita perjuangan Islam termasuk hudud tetapi pimpinan tidak menjawab banyak persoalan bagaimana ia boleh membawa kepada kemenangan.

Ibrahim memberikan tiga punca utama kenapa Husam mendapat banyak pencalonan dalam pemilihan kali ini; sikap PAS seperti tidak berminat terus bersama PR, kelemahan dalam pengurusan konflik dan polemik negatif dan tuduh menuduh sesama kumpulan bertelagah.

Menurut Ibrahim, ahli PAS juga mahukan pemimpin yang boleh membawa kemenangan dalam pilihan raya, mengambil kesempatan daripada kelemahan Umno dan Barisan Nasional dengan pelbagai isu termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan sebagainya.

"Tidak berbangkit soal geng Erdorgan (profesional dalam PAS) tak nak bawa hudud, cuma persoalan yang timbul macamana kita nak menang Putrajaya, boleh ke kita menang kembali Selangor dan Perak. Semua orang nak menang," kata Ibrahim. - TMI

Parlimen lulus RUU tahan tanpa bicara

Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan diluluskan di Dewan Rakyat pada malam ini walau mendapat tentangan keras MP pembangkang.

Ia diluluskan tanpa sebarang pindaan pada jam 2.25 pagi Selasa dengan 79 undi menyokong dan 60 undi menentang.


Jam Dewan Rakyat dihentikan sebelum tengah malam tadi untuk membolehkan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Usul untuk menghentikan jam itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Rosnah Shirlin.

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada, Isnin dan diluluskan kira-kira 14 jam perbahasan.

Usaha oleh Dr Michael Jeyakumar (PSM-Sungai Siput) untuk merujuk rang undang-undang itu ke jawatankuasa terpilih parlimen dan juga usaha untuk memindanya juga tidak berhasil.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin minggu lalu.

Pembangkang bimbang dengan kuasa penahanan tanpa bicara dalam peruntukan itu. - Mkini

MUKA ANEH PERANGAI PUN ANEH!


Sepasang suami isteri Tito dan Amanda Watts ditahan kelmarin kerana menjual ‘tiket emas ke syurga’ kepada beratus-ratus orang.Pasangan berkenaan yang menjual tiket itu dengan harga AS$99.99 (RM362) setiap satu memberitahu pembeli tiket berkenaan dibuat daripada emas padu dan setiap tiket itu melayakkan pembelinya satu tempat di dalam syurga.


Mereka hanya perlu menunjukkan tiket itu untuk memasukinya.Seorang jurucakap polis Jacksonville, Florida berkata: “Semua orang boleh menjual tiket ke syurga. Tetapi apa yang dilakukan pasangan Watts itu ialah mereka memutar belit produk yang mereka jual.Tiket itu hanya kayu yang disembur dengan warna emas lengkap dengan kata-kata ‘Tiket ke Syurga - Untuk Seorang.’

Anda tidak boleh menjual sesuatu dengan berkata ia emas sedangkan ia sebenarnya bukan emas.”Dalam kenyataannya kepada polis, Tito berkata: Saya tidak peduli apa yang polis cakap. Tiket itu emas padu. Saya tidak menyembur cat padanya. Jesus yang memberinya kepada saya di belakang restoran KFC dan memberitahu saya boleh menjualnya supaya saya boleh pergi ke angkasa lepas.

Saya bertemu seorang makhluk asing bernama Stevie yang berkata jika saya sudah mempunyai wang secukupnya, dia akan membawa saya dan isteri terbang ke planetnya dan menghisap dadah.“Kami boleh hisap seberapa banyak dadah yang kami mahu dan ia percuma.

Kami tidak bersalah jangan cuba masukkan kami dalam penjara kerana kamu akan terima padahnya nanti. Saya bersedia untuk perangkap Jesus jika kamu mahu kami lakukannya.”Isterinya, Amanda pula memberitahu polis: “Kami hanya mahu meninggalkan bumi ini, pergi ke angkasa lepas dan hisap dadah. 

Saya tak mahu apa-apa lagi. Tito jual tiket itu. Saya hanya memerhatikannya.Polis merampas wang tunai berjumlah lebih AS$10,000 (RM36,200), tiga paip ganja dan seekor anak buaya daripada pasangan itu.

Pembeli Tak Tahu Malu!

Pembeli online penipu|Pembeli Tak Tahu Malu

Semalam aku ada cerita pasal seorang pembeli online yang terlalu susah nak bayar tetapi sudahpun mengambil tempahan baju kurungnya. Boleh baca kat sini : Pembeli penipu

Aku sebenarnya, tak bersetuju dengan wife aku bila dia buat keputusan untuk bagi dahulu baju kurung tempahan pelanggan ini atas alasan pelanggan ini adalah rakan kepadanya. Wife aku kenal semua ahli keluarga rakan dia ni.

Tapi itulah kan, sebenarnya, kita jangan percaya dengan sesiapa pun. Sebab takut perkara macam ni akan terjadi. Kita ni dah macam peminta sedekah, nak minta duit dari dia ni. Dasar pembeli tak tahu malu!

Aku sampai naik malas nak mesej, untuk tanya bayaran baju kurung tu. Dari ayat pembeli ni, tak macam menunjukkan apa-apa rasa pun. Aii, takde rasa salah kan? Awak tu dah ambil barang, tapi bayaran belum dibuat lagi kak. Mana ada barang free dalam dunia ni.

Alasan paling gempak yang aku terima dari pembeli ni adalah, dia balik kerja lewat, dah pukul 12malam, jadi tak sempat nak transfer duit. Erks. Lepas tu, no akaun yang aku beri tu, tak boleh digunakan. Hahahahahahhahahaha. Ha, gelak panjang aku dibuatnya. Kak, no akaun tu, saya dah gunakan bertahun-tahun lamanya. Dah berapa banyak duit saya bank ambil. Hehehehehe.

Part yang paling aku suka adalah, bila pembeli ni, mesej kasitau, nak baju tempahan dia cepat-cepat sebab dia nak jahit manik. Hahahahha. Baju nak cepat, tapi bayaran lambat. Tempahan 2 baju kurung, tak sampai RM100 pun, pun susah nak bayar.

Yang buat aku rasa sakit hati ialah, bila ada "ayat-ayat" dia yang macam menunjukkan aku ni tak paham bahasa. Sebabnya aku kerap minta bayaran. Siap ada tulisan huruf besar lagi. Uhh, susahnya berhadapan dengan pembeli semacam ini.

Inilah jenis pembeli yang tak tahu malu. Sepatutnya mereka ada rasa bersalah, tapi kita pula yang di salahkan bila kerap minta bayaran. Siap ada nada marah lagi. Hmm, rasanya, inilah yang perlu dihadapi semua peniaga. 

Lembaran al-Quran zaman Rasulullah ditemui


SWITZERLAND - ZURICH. Tujuh lembaran al-Quran yang ditulis di atas kulit disahkan secara saintifik bahawa ia telah ditulis pada era Rasulullah iaitu antara tahun 606 dan 652.

Penemuan lembaran itu ditemui di Perpustakaan Negeri di Berlin, selepas ia disembunyikan bertahun-tahun lamanya.

Memetik laporan akhbar Maerkischer Allgemeine Zeitung, jurucakap perpustakaan Negeri, Jeanette Lamblia berkata, selepas lembaran cetakan al-Quran itu ditemui, pihaknya segera mengujinya dan mendapati ia memang dari zaman Nabi Muhammad.

“Salinan itu telah diuji.

“Ia sebagai sebahagian daripada projek besar jangka panjang yang dikenali sebagai ‘Corpus Coranicusm’ dan lembaran itu telah dianalisis di makmal di Zurich,” katanya.

Corcus Coranicusm, adalah satu projek yang menguji dan memeriksa semua salinan al-Quran di seluruh Eropah.

Cetakan al-Quran khusus ini disimpan di Perpustakaan Negeri itu selama lebih 100 tahun.

Cetakan yang pada asalnya sebahagian daripada warisan pusaka seorang ahli sains Mesir berkemungkinan dibawa ke Jerman, pada akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20.



Sumber: Sinar Harian

Gambar Belangkas